"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, December 24, 2010

dedicated to her :)

bismillah

[nota 1: brothers tidak di galakkan untuk membaca entri ini. ini cuma ceritera 'kami-kami' sahaja. terima kasih]

[nota 2: maafkan bahasa rojak yang di gunakan. 'dia' tak suka bahasa skema ;)]

khas buat dia, my beloved bubbly mubbly clumsy buddy

kita sekelas sejak 1st semester 1st year. 1st impression; vouge! sejujurnya, pernah timbul rasa "macam susah je nak masuk dengan dia". mana tidak, sudahlah bijak bistari, jenis speak-out lagi. takut kena 'sound' nanti. bila buat presentation, mantap sangat. oh. nak banding ngan kite ni.... jauh nam san tower dari klcc.

walaupun tinggal di level yang sama, jarang kita berbual mesra. sampailah saat Allah nak ubah 1st impression kte pada kamu. pelik juga bila kamu baca yaasin seorang-seorang kat lobby level 6. rupanya Allah jadikan waktu 'hanya kau dan aku' itu sebagai 'starter' untuk kite lebih kenal kamu. terkejut sangat bila kamu cerita masalah kamu kat kite. yela, kte kan kawan hye-hye bye-bye je, langsung tak rapat. tapi takdir Allah merubah segalanya. 180 darjah dari yang di sangkakan. betullah, kita hanya mampu meramal tapi tak mampu memastikan masa depan.


ungs: dunia 'kita'

kite-kamu jadi ...-mate dalam erti kata sebenar. kalau sehari ada lebih 24 jam, sebanyak tu jugak lah kita menghadap satu sama lain. bangun pagi, menghadap kamu. solat dengan kamu, breakfast dengan kamu. bersiap pergi kelas jugak dengan kamu. dalam kelas duduk sebelah kamu. sebelum lecturer masuk pun borak dengan kamu. brunch, lunch, dinner, supper jugak dengan kamu. balik bilik menghadap lagi kamu. oh, tak berkembang. kite ingat, kite akan bosan menghadap kamu 24 jam sehari tapi... ajaibnya tidak!

rindunya.. rindu nak borak dengan kamu, cerita pasal mama, abah, sarah, along, mak cik. rindu nak makan ruski dengan kamu (opss! kite dah tak makan ruski semua-semua tu), toast roti dengan kamu. rindu kamu 'mendedahkan realiti' masyarakat zaman ini. rindu kamu review movie, "jangan tengok cerita ni, nanti rosak otak". rindu kamu 'memalukan diri' dengan action spontan kamu =.=', rindu kamu yang clumsy, yang caring sangat bila kite tak sihat, yang baik hati, rindu bila kamu mengaku menangis sorok-sorok sambil buat muka malu segan. siap blushing. rindu perkara pelik yang kita buat sama-sama. dulu pernah kata nak pakai 'tudung kite',kan? hehe. bila lagi?

discover your true beauty

banyak yang kite belajar dari kamu walaupun mungkin kamu tak sedar. kamu ajar kita, lagi kita rasa uneasy dengan seseorang, paksa diri untuk kenal orang tu. rapati seseorang itu untuk kenal 'kecantikan' dia. sungguh, tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini melainkan baginda SAW. semua orang ada kelemahan. bagi orang yang melihat dari luar, teliti dan petiklah kecantikan pada mereka di sekeliling kamu. bukan menghukum dia dengan kelemahan yang ada.

walau ramai yang pelik tengok kita yang mereka kata berbeza, hanya kita je tahu apa 'samanya' kita. bak kata shake, kite dan kamu berbeza tapi sama =) kamu selalu kata, kite jaga kamu sebab tu kamu jarang cakap dengan 'kaum mereka' waktu ungs. tapi hakikatnya, kita wujudkan 'dunia kita' sampai kamu tak sempat nak cakap dengan orang lain pun. pernah kite terfikir, kenapa lewat sangat Allah 'kenalkan' kite dengan kamu. mungkin inilah hikmahnya. kesian orang lain. bila kita berdua, dah macam tak nampak orang sekeliling =) dasyatnya penangan.. kite pernah doa supaya Allah panjangkan masa ungs. kite nak kenal kamu lagi dalam sebab kite tahu, bila dah masuk main campus kite dah tak boleh macam dulu walau kite dan kamu selalu berzikir "rindunya waktu ungs.."

pesanan

kamu cantik, kamu istimewa. asal kamu tahu yang kamu buat tu betul berlandaskan syara', pedulikan kata-kata manusia. I'll always stay by your side dear. doakan sama-sama berubah menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ke hari. kita mampu merubahnya =) apa azam baru kamu bila dah tua lagi setahun ni?

kite dah takda untuk saling buatkan cereals atau toast-kan roti. promise me, try hard not to skip your breakfast,ok? kamu bukan boleh lapar lama-lama. kesian badan tu. jangan tidur lewat sangat, jaga hak badan. jangan lupa cari rapunzel, tau.. thank you, ajarkan korea sebebis dua perkataan =D

I love you, beb.

I miss you, hyung nim.

take care, ahjumma.

all the best in your coming examination, unni.

happy birthday, Dr Amalina Zaharani.

semoga bertemu dengan calon soleh (dah besar dah dia...)

semoga segala impian murni mu di kabulkan Ilahi..

Wednesday, December 15, 2010

fahami lawan anda dalam gerak kerja

bismillah.


pertamanya, maaf kepada sesiapa (kalau ada) yang singgah di blog ini namun tiada pula up date terbaru. kekangan dengan kesihatan laptop yang kurang mengizinkan tambah dengan kesibukan penulis sendiri dengan aktiviti luar alam maya. alhamdulillah, di beri juga kesempatan untuk mencoret seketika walau mungkin ayat tunggang-terbalik (hilang momentum seketika). mohon maaf in advance =)
********************

tak kira sudah bekerja atau masih belajar, seorang mahasiswa atau pelajar sekolah, Perdana Menteri atau rakyat biasa, hampir mustahil untuk kita lari daripada berhubung dengan manusia lain. hakikatnya jelas bahawa manusia saling memerlukan dalam mengemudi hidup di bumi Allah. namun dalam interaksi mutual yang di amal, miskomunikasi yang membawa kepada tergurisnya hati dan perasaan juga hampir mustahil untuk di elak.


memahami lawan anda


kata orang, sedang lidah lagi tergigit inikan pula kita; nafs manusia yang berbeza-beza. masing-masing punya ragam dan pendirian tersendiri. seorang berfikir cara begitu, seorang berfikir cara begini. suka saya membaca "men from Mars, women from venus" beberapa lama dahulu. kajian psikologi yang mendedahkan kebiasaan cara interpretasi dan berfikir makhluk Allah; Ar-Rijal dan An-Nisa meski di bawah satu tittle 'manusia', khalifah fil ardh. masyaAllah, macam-macam ada. apa yang lebih menarik, saya sendiri pernah mengalami situasi di 'sound direct' bilamana niat untuk membantu rupanya di salah tafsir. 


tersentak sebentar bila kena praktikal.


waktu itu langsung terfikir, "ya, saya pernah baca mereka tak suka, begini begini". rasa 'tersuka' psikologi pula tiba-tiba.


gerak kerja


umum tahu, dalam bekerja, muslimat selalunya lebih teliti. memilih untuk menjadi realistik daripada idealistik. fikiran mereka mengakar walau untuk sesuatu yang kecil. terlebih 'hati-hati' mungkin sehingga ada muslimin yang merasakan mereka ini cerewet dan bossy. banyak soal dan skema? macam-macam ada. emosi mereka yang kuat terkadang di bawa-bawa dalam gerak kerja.

untuk muslimin, tak mampu nak komen banyak. kalau muslimat selalu di label 'emosi', muslimin pula ada yang 'ego' mengalahkan KLCC. nak terangkan pun tak tau =) mungkin muslimin sendiri boleh tambah-tambahkan nanti. suka saya tekankan, ini hanyalah kebiasaannya sahaja bukan merujuk kepada semua secara total. ada sahaja muslimat yang masih rasional dalam menerima kritikan. masih ada lagi muslimin 'cool' yang dalam menerima bantahan.

pesanan


"letakkan emosi di tingkat terakhir dalam gerak kerja"


bila rasa nak marah, ingat-ingatlah balik ayat di atas. banyak-banyak baca ucapan isti'azah, jangan benarkan syaitan membakar obor neraka. wahai muslimin, muslimat ni memang complicated. wahai muslimat, muslimin ni memang memeningkan kepala. solusinya? saling memahami dan berlapang dada. saya begini, kamu begitu. fitrah kita berbeza tapi saya perlu kamu, kamu juga perlu saya. maniskan kalau saling menampung menutup cela?


nota: adat sudah bila berbantah-bantah dalam gerak kerja. fikirlah positif, mungkin idea makin bercambah. suka sangat bila argumentasi di siang hari, tiba malam macam tak ada apa yang jadi. panas sekejap-sekejap sudah la ya.. paling penting, jangan rojakkan urusan peribadi dengan kerja.

Saturday, December 4, 2010

rabitah srikandi: teruslah melangkah

bismillah..

Meja Balqis di ketuk dengan pensil. Terkumat-kamit Zayyad menutur bicara.

Balqis mengangkat wajah. Suara Zayyad tenggelam dalam alunan Quran dari mp3 nya. Sebelah earphone yang di sumbat di telinga sedari tadi di cabut.

“nak apa?”, Balqis menutur tegas.

“jom la balik sekali..”, sekali lagi suara Zayyad memecah sepi.

Balqis diam tidak melayan.

“nak tinggal sini sampai esok pagi ke?”, Zayyad menyindir.

Balqis menoleh jam di tangan sekilas. "Sebelas suku!", batinnya menjerit. Akibat terlalu khusyuk menyiapkan tugasan, Balqis tidak sedar akan masa yang berlalu pantas. Earphone yang di sumbat di telinga membataskan pendengarannya terhadap suasana sekeliling. Di luar, langit kelihatan gelap. Hujan renyai mula turun membasahi bumi.

Balqis makin kaget melihatkan tiada seorang pun rakan muslimat yang tinggal walhal baru lima belas minit waktu prep tamat. Yang tinggal hanya dia, Zayyad dan Nazmi.

"Astaghfirullah.. muslimat lain tak perasan mungkin", Balqis memujuk hati. Langkahnya laju ke belakang kelas. Buku-buku telahannya tadi di susun kemas di atas rak yang tersedia.

"Aku tunggu ni..", tambah Zayyad mengulang ajakan. tangannya di silangkan ke dada sambil badannya bersandar ke daun pintu. Kepalanya di gerakkan sedikit, memberi signal supaya Nazmi pulang dahulu. Nazmi akur menapak langkah pulang ke asrama.

Zayyad melakar senyum senget.

Balqis resah. Dia harus pantas. Fikirannya jauh memikirkan ustaz yang bakal meronda sambil tangannya lincah mengemas buku untuk di bawa pulang ke asrama. Kalaulah ustaz datang....

"Tap!" suis lampu di matikan.

"Ya Allah!", Balqis melatah, meraba dalam gelap "ini bukan masa main-main!" Geram dengan tindakan Zayyad yang sengaja menguji kesabarannya. Suis lampu di petik semula.

"Relax.. memain je la. Siapa suruh lambat sangat?", Zayyad masih lagi dengan wajah slumber tidak bersalah.

Balqis rancak beristighfar membina sabar. dalam hati hanya Allah yang tahu.

"Silakan puteri singa...", ejek Zayyad sambil berlagak seperti penyambut tetamu. Dia menyilakan Balqis untuk lalu di hadapannya.

Geram Balqis bertambah. Mahu rasanya bertukar menjadi ibu singa dan menelan lumat manusia semacam itu. Zayyad hanya memekakkan telinga setiap kali di tegur tentang sikapnya. Sia-sia.

"Jalan sama je, bukan buat apa pun", ada sahaja alasan untuk memancing amarah Balqis.

"Saya tahu jalan balik. InsyaAllah tak sesat. Balik la dulu", Balqis statik di muka pintu. Hujan yang tadinya renyai kini semakin lebat seakan memahami resah yang di tanggung Balqis. Dentuman guruh bertemankan kilat mula memecah hening malam. Dari Taman Mohabattein, kelihatan pekerja cafe sedang mengemas perkakas untuk pulang.

Zayyad berundur. Kali ini, koridor pula menjadi sandaran. Degil dan masih tak mahu berlalu.

"Bagi saya balik dulu, baru kamu jalan", Balqis memberi arahan. Rasionalnya masih berbaki meski terasa ingin 'meletup'.

"Ok...", Zayyad menggangguk sambil tersenyum penuh makna.

Balqis melajukan langkah. Wajah abi dan ummi silih berganti di minda. "Ya Allah.. Bantulah aku"

"tap! tap! tap!", derap langkah yang pantas sedang menghampiri. Balqis menoleh ke belakang. Zayyad sengaja mengejarnya dari jauh. Lagaknya seperti orang kurang siuman dengan jarak kurang lima meter sahaja. Mata sengaja di beliakkan sambil menyengih ala-ala hantu dalam cerita dongeng kanak-kanak.

"Berhenti!", tiada toleransi lagi. Balqis benar-benar 'meletup'. Dia tak peduli lagi kalau-kalau jeritannya memancing mata-mata lain. Kakinya terpaku ke lantai.

Takut.

Geram.

Marah.

Sedih.

Segalnya berbaur. Balqis takut dengan Allah, takut ada orang nampak keadaan mereka. Geram dengan perangai Zayyad yang menjadi-jadi. Marah dengan dirinya yang tak cakna akan masa sehingga terjerat dalam situasi begini...

Zayyad tak sangka yang Balqis begitu sensitif. Niatnya hanya ingin bergurau. Tangan di angkat memberi signal surrender. Bahu Balqis yang terhincut-hincut menahan sendu jelas kelihatan.

Zayyad kaget.

*****************************

Angin bertiup lembut menggugurkan dedaun kering berona perang dari rantingnya. Sesekali terasa seperti berada dalam musim luruh di luar negara. Deretan wakaf di Taman Mohabbatein sekolah elit itu seperti selalu, sunyi daripada manusia. Ramai pelajar memilih untuk belajar di perpustakaan atau di kelas sahaja. Lain pula bagi Balqis dan Ayuni yang lebih selesa memilih suasana santai sambil mentadabbur alam di temani kicauan burung yang singgah sekali-sekala di wakaf mereka.


"Allah tengah uji ateh...", Ayuni mengusap lembut bahu teman sebiliknya. Jauh di sudut hati, Ayuni juga kasihankan Zayyad. Meski zahirnya mereka kelihatan sempurna dengan nikmat harta dan kepintaran akademik, jiwa mereka tandus dan minta di baja. Itulah mungkin sebabnya Zayyad sering menghujani Balqis dengan ‘pertanyaan mengarut’.

“Kenapa tak boleh tengok? Dah diorang tunjuk aku tengok lah..”, Zayyad mempersoalkan tindakan Balqis menegurnya supaya tidak melihat gambar artis yang seksi dan terdedah sebahagian tubuh di akhbar.

Balqis buntu. “tapi.. kalau betul dia tak tahu macam mana?” Balqis hilang rentak. Tak tahu cara terbaik untuk menerangkan hal ini kepada orang semacam Zayyad. Takut-takut kalau Zayyad sekadar memancing bicara.

“Penawar hati.. Ingatkan Allah.. Bacalah Al-Quran.. Ingatkan mati..”, Ayuni mengalunkan nasyid, memecahkan lamunan Balqis sebentar tadi.

“Dunia kita sekarang ni tak sama macam di Raudhah dulu.." ujar Balqis lambat-lambat.

Ayuni merenung langit.

“kita takkan selamanya dalam bi’ah selesa, ateh. lambat laun kita kena lalui juga. dunia luar jauh lebih mencabar. masyarakat nazak, apakah da'ie harus turut nazak juga? Kita ada tanggungjawab besar untuk ummah”, Ayuni melontar tasyji’.

Balqis mengganguk perlahan. Wajahnya bertukar mendung.

“malunya ateh.. sedang nabi kita.. Allah.. terlalu sedikit yang kau rasa, Balqis ”, ucapan Balqis terhenti. Esaknya membuai jiwa Ayuni.

Sirah nabawiyyah di singkap.

Tidak cukup seruan baginda di tolak mentah-mentah di Thaif, tubuh baginda turut di sakiti dengan hujaman batu dari penduduknya. Terompah baginda likat dengan lelehan darah yang mulia sedang Zaid ibn Haritsah mengalami luka-luka yang amat banyak di kepala dan badannya demi melindungi batang tubuh insan agung, Rasulullah S.A.W. Batin baginda juga di hiris dengan cercaan dan maki hamun muntahan mulut mereka yang mengkufurkan Allah.

“namun baginda tenang.. baginda sayang umat.. baginda mendoakan kebaikan”, Ayuni menyapu takungan mata dengan hujung lengan.

Balqis turut sama tenggelam dalam sendu dan rindu. Rindu pada yang hak, rindu pada idola sekalian umat, Rasulullah SAW.

“andai jalan dakwah ini mudah, pasti ramai yang mengikut dan menyambut. Tapi jalan dakwah ini payah.. telah tertipulah diri yang merasakan dia seorang pejuang namun masih boleh bersenang-senang dengan dunia. Sunnatullah, berjuang itu pahit Balqis”, Ayuni menggenggam erat tangan Balqis. Mohon ikatan jiwa srikandi ini terus berpanjangan hingga ke syurga. “dan Balqis di pilih Allah untuk merasa cebisan kepahitan itu”

“Balqis umat baginda.. biarlah sedikit asal suatu saat nanti mahu banginda melihat Balqis dan mampu  juga Balqis katakan, inilah sedikit saja Ya Rasulullah yang aku mampu dalam menyambung perjuanganmu..”, Balqis meniup semangat buat diri. Senyuman kelat di ukir.

Telah tenanglah jasad yang mengharungi perit hari siangnya kerana kita, yang pernah mengikat perut kerana kita, yang pernah di baling batu kerana kita, yang pernah di tusuk pipinya kerana kita, yang di saat akhir hayatnya masih merindui kita.. “ummati.. ummati.. ummati..”

tutur Ayuni seiring hujanan air mata.



“wahai pemilik sekalian hati.. peganglah hati-hati kami dan bantulah kami untuk berada di jalanMu.” Jauh di sudut hati Balqis mendoakan kebaikan buat Zayyad, sepertimana baginda yang senantiasa mendoakan kebaikan buat ummat. Moga Zayyad menjadi sehebat pejuang Allah, Zaid ibn Haritsah.

Dua ekor burung yang singgah di wakaf turut mencicit perlahan seolah memahami perbualan mereka.

"kita hanya penyeru.. kita bukan penghukum.. teruskanlah dan ayunlah langkah.."

Friday, December 3, 2010

kak aji: "ceritakan tentang diri anda"

bismillah..

[nota: ini langsung tidak ilmiah dan bolehlah untuk tekan pangkah pada bahagian atas kanan tab]

jemputan (baca: tag) dari kak aji untuk menceritakan 25 hal diri sendiri. matlamat, fakta, atau apa-apa saja. amanah ke ni kak? =) maaf lambat,ya. (randomly picked. maaf, mengarut.)

1) goal: mardhotillah *beserta cara-cara menggapainya*

2) fikrah Islam, 1 Malaysia 1 Ummah

3) family-in-heart

4) ukhwah fillah itu hebat

5) jalan dakwah ini payah dan berliku. melekit dan berdebu.

6) tak suka chocolate (except white choc)

7) suka baking cakes, cuppies dan adik-beradiknya

8) sedang 'mencari diri'

9) sangat suka buku dan kedai buku

10) suka seni reka, purple dan bunga

11) suka menilai kejadian

12) sedang berusaha dan belajar untuk matang

13) sedang menjadi interior designer

14) telah mendesign rumah abah

15) sedang, pernah dan teringin jadi arkitek

16) teringin nak ke....

17) takut air terjun

18) jarang tengok TV/movies

19) simple minded (complicated kadang-kadang)

20) split personality

21) tak baik dan berusaha nak jadi baik

22) percaya, rezeki semua dah di tentukan Dia

23) "ceritakan tentang diri anda" adalah soalan paling sukar

24) oh. suka fairy tales sangat =)

25) finally.. saya sayang akak! (sweet tak?)

p/s: ada perkara yang saya tak suka (sebab Allah tak suka) tapi saya buat juga jadi saya tulis yang saya suka je.

-out-

tugas waktu cuti: keluar masuk kedai hardware. edit plan rumah. cari warna cat. cari lampu. switch nak pasang kat mana. akhirnya, impian nak jadi architect walaupun olok-olok tercapai. bila la nak dapat design rumah sendiri.

Wednesday, December 1, 2010

[doktor] "maafkan ibu,redhakan perjuanganku"

bismillah..

Kunci kereta ku letakkan di meja bersama segala dokumen kerja. Brooch tudung di longgarkan. Letih yang teramat. Pandangan ku terarah pada satu-satunya putera hati di sofa. Melihat keletahnya saja sudah mampu menghilangkan lelah.

“Ayie.. bangun sayang.. dah solat belum ni?”, kepala Ayie ku usap lembut sambil mengemaskan comforter yang membalut tubuhnya. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul enam setengah pagi. Tubuh kecil yang meringkuk di atas sofa ruang tamu mengeliat kecil.

“Sayang.. kenapa tidur kat sini? Sejuk...”, tubuh Ayie cuba ku rangkul. Dia tersedar sambil berpisat menahan kantuk. Mencuka wajahnya.

“Ibu memang tak sayang Ayie! Ibu balik lambat!”, pantas anak kecil itu berlari menaiki anak tangga.

“Ayie...”, panggilanku mati. Ayie hilang ke tingkat atas.

‘maafkan ibu...’

Mak mah yang terdengar suara Ayie segera membasuh tangannya ala kadar. Adunan cucur bilis untuk sarapan pagi itu di tinggalkan seketika.

“Puan dah balik.. Nak saya buatkan air?”, tanya Mak Mah setiba di ruang tamu.

“Kan saya cakap, panggil je Hannah..”, aku mengukir senyum. “Takpe terima kasih Mak Mah, nanti saya buat sendiri.. emm.. Ayie sihat Mak Mah? Tadi dia tidur di sofa..”

Mak Mah mengangguk kecil. “semalam dia tak mahu makan, nak tunggu Hannah balik katanya”

“kasihan dia, Mak Mah.. Mak Mah tak bagitahu saya balik lambat?”

Aku melangkah ke dapur, membuka tudung saji. Lauk hanya kelihatan sedikit terusik. Mungkin Mak Mah dan abahnya sahaja yang makan. Ayam goreng kegemaran Ayie masih tersedia dalam pinggan kaca berbunga kecil, tidak seperti selalunya. Pantang ada ayam goreng pasti Ayie meratah habis.

“Sudah, tapi dia tak dengar. Abah dia pujuk pun dia tak mahu sampai kena teman dia tidur di ruang tamu. Menangis-nangis tak mahu ke bilik”, sambung Mak Mah.

Pasti malam tadi Ayie tidur dalam kecewa, sedih dan marah.

Paip sinki ku pulas, membasuh tangan.

“Mak Mah berehatlah ya.. biar saya siapkan”, adunan cucur bilis ku capai bersama tepung. Tak lupa rencah ‘basmalah’ di adun bersama. Sikit sahaja sebelum siap untuk di goreng.

“Hannah lah berehat, baru balik. Mari sini Mak Mah siapkan. Kasihan badan tu..”, pujuk Mak Mah.

“Mak Mah memang macam ummi saya..”, aku tergelak kecil.

Rindu pada ummi tak tertahan lagi. Barulah aku tahu bukannya mudah bekerja dalam masa yang sama perlu menguruskan rumahtangga pula. Ummi memang contoh insan terbaik dalam hidupku. Meski sibuk di pejabat, masanya dengan anak-anak tidak di abai. Malah ummi pula yang ‘berebut’ dengan pembantu rumah untuk memasak dan menguruskan hal rumahtangga bila dia di rumah.

Berbakti 24 jam sehari.. hebatnya ‘ketahanan’ seorang wanita muslimah...


‘Tak sempurna seorang wanita itu selagi tak mampu menguruskan rumahtangganya dengan baik. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan tempat seorang ibu adalah di sisi anak-anaknya. Nama, pangkat atau sehebat mana pun kita di tempat kerja langsung tak bermakna kalau keluarga kita sendiri kucar-kacir tak bahagia’

Pesanan ummi ku semat utuh.

“bila lagi Ayie nak merasa air tangan saya, Mak Mah.. sikit lagi je nak siap ni..”, ujarku bersungguh.

Biarlah sekadar masa yang aku punya di rumah aku peruntukkan sebaiknya untuk mereka. Mak Mah masih di situ mengambil tugas menjerang air. Air panas di curah ke dalam teko. Minuman pagi kegemaran keluarga di bancuh.

Deruman enjin kereta memecah hening pagi. Serentak aku dan Mak Mah menyambut salam dari muka pintu.

Huluran tangan insan berkopiah dan baju melayu itu ku kucup.

“Baru balik?”, soalnya sambil mengiringiku ke dapur. Mungkin kerana baju kurung yang ku pakai sejak pagi semalam tidak bertukar.

Aku mengangguk.

Memang menjadi kebiasaannya untuk membantu aku dan Mak Mah di dapur usai pulang berjema’ah di surau An-Nuur. “Kalau tak tolong buat kerja, tolong tengok pun jadilah”, pernah dia berseloroh. Seronok Mak Mah ketawa. Sekali-sekala ada juga dia menjadi chief bersilat di dapur. Boleh tahan hebat.

“Ayie macam mana?”, ingatanku tak luput dari memikirkan Ayie. Cucur bilis ku jemput kecil-kecil sebelum di sua ke kuali panas.

Mak Mah sudah berlalu ke ruang makan. Menyediakan meja sebelum sarapan pagi di hidang.

“Biasalah kanak-kanak.. ”, tenang suaranya.

Barulah aku tahu mengapa beriya-iya Ayie mahu aku pulang awal semalam. Rupanya, dia mendapat tempat pertama di tadikanya untuk peperiksaan bulan lalu dan mahu berkongsi berita gembira sewaktu makan malam kami sekeluarga.

“Bila surprisenya tak menjadi, tu yang mengamuk sampai ajak naik tidur kat bilik pun tak mahu”

Sesalku menebal. Harapan seorang anak kecil punah.

“kasihan Ayie... terkadang rasa nak berhenti kerja pun ada...”, ujarku lambat-lambat.

Cucur bilis yang baru ku tos di capainya.

“Bismillahillazi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardh wa la fis samaa’ie wahuwas sami’ul ‘aleem”, sengaja di baca kuat, mengusik. Kalau-kalau ada mudharat pada cucur tu, tiadalah terkesan padanya nanti.

“emm.. sedap! Tukar profesion jadi tukang masak pun boleh ni”, ujarnya sambil menyengih.

Aku mengeluh perlahan. Sepatutnya aku sebagai ibu yang lebih memberi tumpuan buat Ayie. Bukan Mak Mah atau guru-gurunya.

“Ayie perlukan perhatian seorang ibu...”, rendah suaraku.

Sepi.

Dia mengalih tumpu ke arahku. Serius.

“Abang suka keluarga yang boleh berbakti buat ummah seluruhnya, bukan hanya keluarga kecil kita semata-mata. Pasal Ayie, abang akan cuba fahamkan dia, InsyaAllah. Bersabarlah untuk beberapa bulan ja lagi. Lepas ni takdalah hectic sangat dan akan ada lebih masa untuk Ayie. Yang penting, jangan pernah lupa memohon pertolongan dari Dia supaya segalanya berjalan lancar dan terasa mudah.. kita mungkin tak mampu untuk beribadah setaraf sang ‘abid. Jadi, bekerjalah seikhlas mungkin demi menunaikan fardhu kifayah, moga-moga Allah mengira ini juga sebagai ibadah di sisiNya. Pasti ada hikmah kenapa Allah tetapkan jalan ini buat kita. Anggaplah ini pengorbanan kecil dalam perjuangan Islam”, hikmah bicaranya.

Bukan sedikit berita yang sampai di telinga berkenaan keruntuhan rumahtangga sahabat se-profession dengan ku. Segalanya gara-gara jadual kerja yang sibuk dan tak menentu. Makan pakai keluarga langsung hilang cakna. Syukur yang tak terhingga kupanjatkan buat Dia kerana meminjamkan aku pendamping yang sangat memahami. Baik kerjaya mahu diriku yang sangat banyak kelemahan dari sempurna. Dia yang terus-terusan meniup semangat memberi motivasi kala aku hampir berhenti dari jalan ini.

‘moga Allah mengira aku sebagai sayap kiri perjuangan Islam..’

***********************

“Red zone, Doctor! 1st bed”, cemas suara jururawat.

Aku tersentak.

Suasana sekitar ku kembali bingar.

Bunyi mesin ventilator bersilih dengan suara orang mengerang kesakitan.

“Robbi yassir wala tu’assir. Robbi tammim bil khair”, doa ku penuh mengharap sebelum melangkah ke medan juang.

‘maafkan ibu, Ayie. Redhakan ibu berjuang untukmu,sayang juga buat ummah seluruhnya..’



[nota buat sahabatku seorang Doktor]

Tahniah.

Tabahlah.

Moga Allah bantu dan mudahkan urusan kalian.

Baik di dunia juga di akhirat.

Selamat berjuang wahai Doktor Ummah!

ikhlas,

Wardatul asrar

26/11/2010