"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, March 11, 2012

tarbiyyatul aulad: "dah besar nanti nak kawin dengan sapa?"


bismillah..

waktu saya kecil, ummi selalu tanya,

"dah besar nanti nak kawin dengan sapa?"

ummi tanya waktu tengah suapkan nasi, mungkin umur saya dalam 6-7 tahun waktu tu.

dengan yakin saya menjawab, "ummi!"

ummi tarik senyum nipis. tahan ketawa,mungkin.

"kenapa dik na nak kawin dengan ummi?", tanya ummi lagi.

saya senaraikan seribu satu sebab, 'kenapa ummi?'

sebab ummi baik, ummi cakap malaikat rahmat tak masuk rumah bila abah tiba-tiba tutup tv waktu maghrib, ummi selalu bacakan kisah nabi sebelum saya tidur, ummi suapakan nasi.. abah garang. selalu suruh solat, mengaji, baca buku ja. tak boleh tengok tv.

"dik na sayang ummi berapa banyak, sayang abah berapa banyak?"

"sayang ummi banyak.... besar macam bukit", sambil membayangkan bukit uhud yang ummi ceritakan. "emm.. sayang ummi dua ratus, sayang abah seratus", saya menjawab.

ummi sengih lagi dengan keletah anak kecilnya.

"mana boleh macam tu.. kena la sayang ummi dengan abah sama banyak", pujuk ummi.

"abah nak anak abah jadi orang pandai, sebab tu abah suruh baca buku. abah sayang anak dia.. kalau dik na sakit, dik na tidur dengan sapa? abah yang jaga dik na..", pujuk ummi sehinggalah akhirnya saya bersetuju;

"ok, sayang ummi dua ratus, sayang abah pun dua ratus" ;)

*****
bila sudah besar sikit, ummi tanya lagi;

"antara semua orang dalam bilik ni, dik na boleh kawin dengan sapa?"

saya toleh ke semua wajah yang ada dalam bilik tv. masing-masing seolah menununggu jawapan daripada saya. waktu ni, saya sudah 'cerdik' sedikit. kita hanya boleh kahwin dengan orang yang berlainan gender sahaja. kebetulan dalam bilik itu hanya kholi, adik kandung ummi, sahaja yang lelaki.

"dengan... kholi.."

satu bilik menghambur tawa. confuse saya di buatnya.

****

[kini]

nik abdullah al-hakim menghulurkan tangannya kepada saya.

"salam" ujarnya sepatah sambil sengih.

seperti biasa, saya menyambut huluran tangan sepupu kecil.

"dik kim, kak cik nak tanya dik kim ni. boleh ke salam dengan perempuan?"

"ummu dik kim kat PASTI kata.. tak boleh", jawabnya. kening lebatnya hampir saja bercantum di tengah. keliru mungkin.

"jadi... dik kim salam dengan kak cik ni boleh ke?", saya mewarisi soalan psikologi ummi.

hakim mengangkat bahu. "entah.. kalau dengan perempuan sama besar dengan dik kim, dik kim tak salam. dik kim malu! hehehe..." ujarnya sambil menutup wajah.

giliran saya pula ketawa. comel!

'belum mumayyiz lagi ni.. sampai satu tahap, kami sudah tak boleh bersalaman' :)

****
bila di lihat suasana hari ini, ramai yang tidak mengetahui halal-haram dalam hubungan kekeluargaan. tidak kurang sahabat saya yang mengakui bahawa mereka tidak pernah bertudung bila bersama ipar duai di kampung.

"kalau pakai tudung tu kira pelik sangat. rasa macam bukan keluarga pula.."

Allahu akbar.

sahabatku,
hal ini bukanlah hal remeh yang boleh di pantang enteng. ini adalah soal fiqh yang telah di tetapkan oleh Allah hukumnya dan menjadi fardhu ain kepada setiap muslim untuk mempelajari.

yang mana ibu ayah tak pernah mengajar, mohonlah doa kepada Allah. semoga Allah mengampunkan dosa kita dan kedua ibu bapa kita di atas kejahilan lampau.

ayuh panjangkan langkah untuk mencari ilmu agama dengan bertanyakan kepada orang 'alim. lebih-lebih lagi kepada wanita. tarbiyyatul aulad itu bermula sejak kecil dan wanita lah madrasah pertama mereka.