"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, November 22, 2015

stuDent diary: graduated, Alhamdulillah!


Bismillah..

disclaimer: tulisan ini adalah siri kenang-kenangan penulis. ia adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya dan tidak ada kaitan dengan pihak yang lain .

tiada yang lebih layak di ungkap melainkan;

"Alhamdulillah, hadza min fadhli Robbi.. Laa hawla wala quwwata illa billah.."

ini semua dari kurnia Tuhanku. dan.. aku tiada kekuatan melainkan yang di pinjamkan olehNya

banyak yang nak di coret sebagai kenang-kenangan di masa akan datang. nak buat baca sendiri je pun. mana ada orang baca blog dah zaman skarang ni. heh. blog ni pun dah bersawang teruk eloklah di serikan sikit.

graduated! with so many dramas.

merenung masa hadapan
rindu. tapi taknak la masuk dental school semula.. bak kata seorang Dr, there's nothing hell-er than your time in dental school. wah. begitu sekali kata specialist ni. maksudnya post-grad pun tak tertekan macam undergrad. ye eh?

lepas oath taking hari tu, Dr wan tanya ummi "selalu ke dia call, menangis?"

ummi senyum sambil pandang saya. ini sangat tertusuk. sebab pernah termenangis depan Dr bila patient yang di tunggu berjam-jam tak kunjung tiba. dah burn session tiga kali. kali ni call tak dapat, mesej tak angkat. Allah je tahu gelisahya jiwa sambil mehintung hari yang berbaki untuk siapkan treatment.

tengah muka sememeh, jiwa koyak, Dr tanya: "patient kamu dah sampai? pukul 3.30 ni dah tak sempat nak ambil impression"

tak mampu nak jawab. suara dah tersekat di kerongkong.

"eh, awak... jangan la nangis" kak taq bagi nasi tambah.

hahha. silap besar la pergi tegur jiwa tengah sebak. memang banjir terus. lari pergi cubicle kosong sambil call ummi. first and last time sepanjang undergrad. masa bajet-bajet mungkin fail gmgs tu pun nangis dekat kawan je, tak bagitahu ummi abah.

kenangan sungguh laa..

rindu zaman busy-lah-sangat tahap tak rela pergi lunch sebab nak naik lab siapkan denture patient. rindu zaman sedih tahap tak-tahu-nak-kata-apa bila crown tak fit dan kena alter. rindu pujuk kawan teman drive pergi jemput dan hantar patient kat rumah. rindu buthurt dengan lecturer (ahaha. Dr bergurau je pun. sensitif sangat masa ni) siap mengalir air mata pilu dan cikgu kite pun termangu-mangu. sorry, doc!

lepas melangkah kaki keluar dari taman ilmu dan budi ni, InshaAllah I am a better me. lagi sabar, lagi humble, lagi sedar diri yang kita ni banyak lagi yang tahu.

Terima kasih semua yang berkadar langsung atau tidak langsung melibatkan diri dalam perjalanan saya. May Allah bless!

terima kasih, abah

Terima kasih, Ummi

regards;

penganggur berdaftar
BDS (IIUM)

Sunday, March 22, 2015

Hubungi saya

Bismillah..

maaf sangat2, hampir setahun takda update blog ni. buka ja tengok ada banyak komen berkenaan rawatan gigi atau course dentistry.

kalau tak dapat respon dari saya di sini, boleh hubungi saya di FB;

Najibah Kazmin

InshaAllah, saya cuba bantu semampunya :)

maaf sekali lagi.

****

FAQ: Braces aka pendakap gigi

buat masa sekarang ni, rawatan pendakap gigi (braces) di UIA Kuantan untuk pendaftaran baru, hanya yang berumur 14 tahun ke bawah. waiting list dalam 2 tahun (+/- bergantung kepada kes).

UIA adalah teaching clinic. bukan private or government clinic biasa. maksudnya, akan ada students semasa sesi rawatan anak anda. mungkin student yang akan check, di bawah pantauan specialist.

harga?

Bergantung kepada jenis pendakap gigi (fixed or removable) dan kesukaran kes. specialist yang akan tentukan harga selepas assessment di lakukan. anda berhak untuk terima atau menolak rawatan selepas assessment dan anggaran harga rawatan di berikan.

untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Dental Polyclinic IIUM Kuantan.

Saturday, March 29, 2014

StuDent Diary: Promotional Exam

Bismillah..

2 hari 'study days' sebelum End Block 3 Exam. Maknanya, isnin ni mula exam; 8 kertas, isnin hingga jumaat.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah..

Untuk tahun 4 ni, kami takda professional exam tapi ada promotional exam.

Bezanya?

Promotional exam ni sepenuhnya praktikal. Ada 3 department core yang terlibat untuk melayakkan atau mem-promote-kan anda ke tahun 5.


I- Oral Surgery [checked on 3/3/2014]

Kena suntik ubat bius (block technique)
Buat cabutan mudah atau pembedahan mulut
Viva- soalan yang saya dapat;

"What is vasovagal attack and how to manage it?" beserta soalan anak-anak yang bertubi-tubi. Mechanism of action, clinical features, physiological changes, emergency measures, semua kena tanya. Dr kata ni antara soalan distinction final year OS tahun lepas-lepas. Masa pilih kertas soalan dari kotak tu kemain pilih yang paling kurus -.-' see.. rezeki masing-masing. Doa banyak-banyak supaya Allah bagi ilham..

Medical question, sangat. Setahun sudah tinggalkan jadi agak 'krikk3' la juga. Jadi adik2 junior yang tengah posting medicine & surgery, mohon serap ilmu banyak-banyak. jangan perah semua sampai lupa habis lepas exam. Ilmu ni berguna tau. Sangat.


II- Conservative Dentistry (checked on 27/3/2014)

Buat tampalan Class II amalgam restoration dalam masa 2 jam. Lebih 2 jam, markah akan di tolak setiap 3 minit.

Rasa macam explorace sangat :')

Tebuk gigi, ambil gambar guna intraoral camera, lari panggil Dr. Sambung tebuk, ambil gambar, panggil Dr. Setiap langkah kena ambil gambar & panggil supervisors untuk catat markah. Dr takkan komen atau betulkan langsung kesalahan yang kita buat. Kalau buat fatal mistake, kira gagal terus.

Palpitation tu... Allah je tau. Semalaman tak mampu lelap nak tunggu keputusan. Esoknya kena panggil dengan 3 orang panel dalam klinik;

"What mistakes you realized during the exam?". Serius semuanya.

Pelan-pelan tarik surgical mask. Dalam hati.. 'Ya Robb.. kurniakan aku jiwa yang redha untuk hadapi segala ketentuanMu'

Sempat senaraikan satu, dua. Dr sambung komen sebelum kata;

"So, yeah. you passed! Congratulation". Barulah bercahaya muka Dr2 :') nice, Dr.. Nice.. ala-ala pengumuman penyingkiran dalam master chef.


III- Prosthetic department

Kena ambil cop untuk gigi palsu bahagian bawah. Ada kriteria2 yang wajib di penuhi + soalan viva.

InshaAllah, bakal diambil dalam masa 2 minggu selepas End Block Exam. Doakan!

****

Above all.. kita (saya) lulus peperiksaan ni bukannya sebab hebat atau pandai pun. Atas rahmat Allah semata & berkat doa ummi abah.

Banyak sangat2 faktor 'x' yang mempengaruhi.

Oleh itu, jangan pernah sesekali rasa hebat itu milik kita. Pandai itu milik kita. Hakikatnya semua milik Allah yang di pinjamkan secebis buat kita untuk menguji;

Adakah kita akan kembalikan semuanya kepada Allah? Atau mula merasakan bibit-bibit takabbur yang merosakkan amal.. (naudzubillahi min dzalik)

Alhamdulillah, Hadza Min Fadhli Robbi ♡

Thursday, March 27, 2014

inner peace

Bismillah..

Longlai.

Semua serba tak kena.

"Ku tak mampu hadapi dunia. Tolonglah! Macam mana kau..?"

Ambil nafas. Hembus..

'cipta dunia damai kau sendiri. Inner peace.'

Kedip mata. "Macamana? Kau ni memang takda masalah?"

Tarik senyum segaris. Bohonglah, aku juga penghuni dunia. Masalah itu rempah kata orang. Cuma..

'Dunia memang kan menolakmu dengan kasar. Tapi.. kau punya kuasa dalam diri. samada kau nak biar keganasan dunia merosakkanmu atau.. kau jaga'

"Jaga?"

'Ya. Jaga. Cipta dunia damai kau sendiri. Dalam diri. tak perlu orang nampak, asal kau dapat rasa'

Dunia itu hanya dua; kau dan rasa.


Yang dapat access hanya engkau.

Yang dapat jaga, hanya engkau.

Yang dapat rasa, engkau dulu

Yang pilih untuk rosak, juga engkau.

Tapi jangan lupa Dia.

Maka.. pilihlah..


Antara mengeluh atau menyuluh

Wednesday, March 26, 2014

Rasuk

Bismillah..

"Dengar tak bunyi macam anjing menyalak pagi tadi?"

Angguk. Dalam 3.50 pagi.

"Takutkan? Macam nampak benda2, macam kena rasuk ja"

Diam.

Manusia yang bangkit tengok jam tapi tarik balik comforter sambung lena tu maknanya kena rasuk kuasa dua.

Orang yang terhijab daripada ketaatan adalah orang yang pekat dengan kemaksiatan

#nangis

Thursday, January 23, 2014

takdir: the chow kit road

bismillah..


aku memerhati. bertahun.. saat Allah izinku di sini.

zaman kanak.. fikirku dunia ini indah-indah semua.

nyata aku silap..

esak tangisnya buat ku gerun; bonda di rumah menahan terajang si bapa.

rintihan si usia buat ku risau; teman memboyot membawa nyawa.

remang roma menyaksikan adegan; teman sejantina berkasih mesra.

apakah..??

dera itu hanya dalam drama. zina itu bukan di sekeliling kita. arak, dadah dan judi; semua itu jauuuhh nun di sana.


tidak rupanya.. sama sekali ianya hampir dengan ku.


ya, aku pernah jadi pemerhati kaku di sisi chow kit road.

siulan gatal anak muda itu biasa..

aku pernah meloloskan diri dari lorong-lorong sempit berbau hanyir.

aku pernah menyaksikan rumah tumpangan murah di 'sambut' pelayan seksi tapi berketak.

aku pernah melepasi tubuh yang hidupnya segan, mati nya tak tak mahu.

aku pernah mendengar pengakuan-pengakuan yang amat pedih untuk aku nukilkan..


****

dan masih segar dalam ingatan... ratap tangis si ibu supaya memaafkan anaknya yang mencuri barangku; lalu di jual untuk mendapatkan wang.

bapanya sudah tiada, entah kan hilang ke mana. tinggal lah dia bersama ibu dan adik-adiknya.

"kalau pun kita miskin, ibu tak pernah ajar kau mencuri!"- tidak. ini bukan ayat drama.

jarang-jarang ku lihat kelibatnya selepas itu. tak lama sampai pula khabar, dia sudah berhenti daripada pengajian dan mula bekerja.

andai mampu ku ulang waktu...


****

aku gadis yang pernah menghabiskan secebis umur di black-area metropolitan.

yang dulunya ku tak sabar untuk akhiri.

"ini bukan dunia" rasa ku. lucu nya aku takutnya realiti


chow kit road..

membuka dimensi baru dalam juzu' hidupku.

mengisi ruang jahil padaku tentang dunia dan isinya

tak kan ku sesal meski kelihatan tak sempurna

kau dan aku;

tak semua Allah takdir jalan yang serupa.

untunglah cuma taqwa yang di nilaiNya.



-asrar
230114
0353

Friday, October 18, 2013

wajah. waktu.

Bismillah

Kerna muka itu terlalu bising
Ku senang di wadah lama

Sepi..

Mungkin hanya ada dua
Aku dan rasa

Andai mampu ku ulang waktu
Ku pilih diam dari bicara
Ku pilih lari dari gempita
Ku pilih kelam dalam gelita

Andai ku mampu..

Biar dunia tak kenal
Terporok. Tersorok.
Mekar dalam ruang kita
Hanya kita

sungguh..

Topeng ini makin lusuh
Entah bila kan tamat tempoh
Kembali berwajah lama
Walau bercoreng takkan serupa

Wednesday, August 21, 2013

silent reader

bismillah..

sometimes we just have to pretend not to know/read anything for them to keep goin'

:)

life is an open secret.



Wednesday, July 24, 2013

StuDent Diary: ada apa dengan dentistry (II)?

bismillah..

[this post gonna be very diary-like, santai-manglish-style. heh]

Assalamualaikum pembaca wardatul asrar sekalian. terima kasih. terima kasih. terima kasih, sudi singgah. maafkan saya andai pengisian kat sini ada yang mengambil waktu emas kalian.

setelah sekian lama... hampir 2 tahun juga.. akhirnya tibalah sambungan 'ada apa dengan dentistry II'

kindly check my ancient post on 'ada apa dengan dentistry' ;)

teaser....
dizzcusting? no? yes? cool huh.

entri ini saya akan fokus kepada tahun klinikal pula InshaAllah.

selepas di survey dalam kalangan seniors, tahun pertama klinikal adalah antara tahun yang paling mencabar-selain tahun akhir.

phew.. *kesatpeluh*

tapi sangat menarik. percayalah... :) adik-adik yang bakal memulakan praktikal, All The best!


dental subject & clinical practice

8 dental subjects yang akan di pelajari dan masuk dalam end-block exam iaitu conservative dentistry, oral surgery, prosthodontics, paedodontics, dental public health, orthodontics, periodontics & oral pathology.

tahun ni lah kita akan mula merawat pesakit sebenar. no more dummy/phantom/patung yang boleh kita aci cabut jaw dan buat cavity di luar mulut dummy << not goodbelajar macamana nak communicate dengan pesakit sebenar & melayan karenah manusia yang pelbagai. daripada orang dewasa sampailah ke anak kecil.

jadinya... kena sangat-sangat banyak sabar dan doa yang tak putus supaya senang dapat kes dan pesakit, dapat pesakit yang beri kerjasama. jangan sesekali 'kedekut pesakit'. kalau kita ada pesakit lebih, kongsilah dengan kawan-kawan. kita bantu orang, InshaAllah Allah akan bantu kita dan permudahkan segala urusan kita :)

rawatan yang kita akan buat untuk tahun pertama klinikal adalah;

-tampalan
-cabutan/ assist minor oral surgery
-buat gigi palsu
-scaling atau cuci gigi
-rawatan kanak-kanak


[awesome patient with awesome dentist-to-be]


peace <3 p="">
Imani watching Pocoyo (?)




baby-sitting. ibu tengah buat treatment..

medical subject & posting

selain daripada dental subject & practical di dental clinic, kita juga akan belajar subject General Medicine & General Surgery; and posted to Medical & Surgical ward at the same time for the whole year.

awal-awal tu macam pening-pening itik sikit dengan medical subject ni sebabnya, kita (dental student) boleh kata 'zero' dalam ilmu penyakit awam.

pada masa yang sama kita kena belajar jenis-jenis penyakit (yang mana medical student belajar di waktu pra-klinikal), belajar ambil history pesakit & belajar systems examination pesakit untuk sampai kepada diagnosis.


"sibuk tak?"

bohonglah kalau saya katakan 'tidak'.

8-10 am: kuliah. 10 am-1pm: rawat pesakit. 1pm-2pm: lunch hour, tapi selalunya akan bertukang di makmal nak siapkan gigi palsu. 2pm-5pm: rawat pesakit dan curi-curi buat kerja makmal sampai makmal tutup.

kalau esoknya subject medical, malam tu kena ke hospital cari case presentation & persiapkan emosi dan ilmu nak deal dengan pesakit di hospital pula. weekend kadang gigih juga ke hospital. 'berat' sikit nak cover medical subjects ni.

balik bilik; 'black-out'. serius penat physically & emotionally.

but Alhamdulillah.. we are still breathing, yo! :) our seniors too..


pesanan akhir saya...

Ijlis bina wa nu'min saah- (Ayuhlah kita) duduk bersama dan beriman sejenak

supaya kita dapat mencari makna hidup di sebalik kesibukkan kita sebagai dental students. supaya kita saling mengingatkan tujuan asal penciptaan kita di dunia. supaya ada masa yang kita peruntukkan untuk tazkiyah nafs dan merenungi akhirat.

Ingat, tujuan hidup kita adalah untuk mati.

"ramai orang yang merancang kehidupan (walau hidup itu belum pasti) mereka tetapi sangat sedikit orang yang merancang kematian (sedang mati itu pasti)" 

apalah bezanya kita dengn manusia lain kalau sekadar ke kelas, balik kelas, dental practice, score tinggi-tinggi tapi takda value untuk agama?

kita nak jadi Muslim Dentist- Dentist yang ada nilai tambah dalam bidang agama. Ianya tak berlaku dengan angan-angan tetapi melalui ilmu dan kesedaran.

Jom, kita!

Saturday, March 2, 2013

Ya Allah... aku rindu!

bismillah...

Aku rindu zaman ketika HALAQOH adalah kebutuhan, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan. Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan.

Aku rindu zaman ketika DAUROH menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan . Aku rindu zaman ketika TSIQOH menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika TARBIYAH adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan obyekan. Aku rindu zaman ketika NASIHAT menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan …

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini . Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir LIQO adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian . Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos yang ngepas dan peta tak jelas.

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah . Aku rindu zaman ketika pergi liqo selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo . Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya.

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya. Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …

Ya Rabb …

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …

Ya Rabb …

Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …

"Sang Murabbi" - KH Rahmat Abdullah


***

Allah... Allah.. Aku Rindu!

Thabbit Qulubana...

Tuesday, February 19, 2013

stuDent Diary: nota buatku

bismillah..

[time: 4.32am. my roommate and I currently qiam-ul-lail doing wire bending]

sudah hampir 6 bulan terjun dalam dunia pengajian klinikal. jadual kami;

8-10 pagi: kuliah (lecture)

10 pagi -5 petang: rawat pesakit.

1-2 petang: lunch break & solat.

masa lunch break ni lah selalunya berteleku di makmal buat gigi palsu atau wire bending untuk orthodontics appliances.

hari Rabu pula kami akan posting ke hospital untuk subjek general medicine (Internal Medicine) & general surgery.

pernah satu hari saya terikut kawan masuk ke wad orthopedik. tengok saja keadaan pesakit dengan kaki tergantung, leher berbalut, rangka besi bagai, berketar kaki di buatnya. langsung ajak sahabat keluar.

Allahu Allah..

*silent*

"awak ni kenapa?"

'terkejut. sakit'

"pulak.. memanglah tak boleh jadi doktor (perubatan)"

'heh'


selalu terdetik; 'macam manalah pesakit-pesakit ni solat. adakah yang sudi ambilkan wudu'? adakah yang sudi ingatkan waktu hampir berlabuh? bersyukurlah diri yang masih mampu sujud dan rukuk dengan sempurna'


sudah berapa ramai pesakit yang kita jumpa dan tanya kepadanya; "pak cik/mak cik/adik/kakak, sudah solat?"

tunduk.


****

teaser



"cantiknya mak cik!"

-mak cik tu sangat cantik orangnya bila ada gigi-

p/s: ini bukan denture patient :)


#nota buat sahabat dan diriKU: 'rawatlah' pesakitmu dengan ubat yang paling mujarab yakni mengingati Tuhan.



Saturday, December 15, 2012

hiruk-pikuk perjalanan studi ku

Bismillah.

walaupun macam klise, nak tulis juga entri panjang ni. khas buat adik-adik yang baru habis pmr dan spm sama-sama dengan lil' brotha, Abdullah Al-Mubarak.

lama sudah saya berhasrat nak berkongsi tentang hiruk pikuk perjalanan studi ku. yang mana saya banyak sangat belajar tentang Taqdir, Hikmah dan Redha. namun terpotong dek bisikan 'macam hapa ja cerita kisah sendiri. bukan ekselen student pun'.

tapi lepas 6 tahun meninggalkan zaman sekolah sekarang ni, dah makin nampak segala hikmah bulan bintang yang Allah kurniakan selepas hujan lebat guruh berdentum bagai sebelumnya, dan InshaAllah bersedia nak berkongsi buat teladan adik-adik kalau ada..

mesti adik-adik rasa mixed-up tahap jiddan sekarang ni kan? semua borang nak isi. tapi tak tau nak letak priority, nak ambil course apa. samalah kita dulu..

apa-apa pun usaha yang kita buat, jangan lupa letakkan pergantungan kepada Allah 101%. (sampai konklusi dulu)


Istikharah


the innocent us

zaman menengah rendah dulu, saya, Muhsonat, Dahlia dan Hannah (sahabiah dunia akhirat InshaAllah) memang sangat-sangat berhajat nak ke sekolah berasrama penuh ambil jurusan sains tulen agama selepas PMR. waktu tu konon-kononnya antara pelajar yang ekselen lah juga.

ustaz sampai mengamuk bila tahu kami sekelas isi borang MRSM. kata murobbi kami, Ustaz Hamdi (mafhumnya);
"ampa tau dah MRSM tu takdak aliran agama, yang hampa pi mintak jugak buat pa? mentang-mentang cerdik, result bagus, pakat nak tiggai habis (aliran) agama? tinggai kawan-kawan? tiggai biaq yang tak berapa nak gagah ni ambik agama, lagu tu?"
menikus semuanya sebelum ada suara "kami minta ja ustaz, kami tak pegi pun nanti.. kami takkan tinggal aliran agama"

bila keluar keputusan SBP dan MRSM, hanya Muhsonat ja yang dapat ke KISAS. saya, Dahlia dan Hannah masing-masing di tawarkan ke MRSM Langkawi (sebelum minta tukar ke MRSM Jasin), Muadzam dan Serting.

kami terlalu yakin dalam melakar qada'Nya dan kini Allah benar-benar menguji kami dengan kata-kata kami. sudahlah tak dapat ke asrama penuh, malah terpaksa tinggalkan aliran agama yang kami ingin teruskan selama ini.

sedih. kecewa. terkilan. punah harapan. segalanya berbaur.

siapa kita untuk tentukan apa yang terbaik buat kita?

insaf.

saat inilah saya benar-benar mengenal erti istikharah. "Ya Allah! berikanlah apa yang terbaik dari sisi-Mu buat agamaku, akhiratku dan duniaku"

tiga hari tiga malam. Allah menghadirkan petanda melalui mimpi yang jelas. sangat. keputusan di buat. kami membawa haluan mengikut tawaran dan ianya melukai banyak hati.

ummi menangis sambil menagih janji. ustaz minta kami pertimbangkan. bahkan selepas sebulan berpindah pun ustazah Rokiah merayu untuk kembali. dan semua itu menyesakkan di tambah dengan kesukaran menyesuaikan diri di sekolah campur, pelajar pula cerdik tahap dinasour. hampir saja saya mengalah..

tapi... siapa kita untuk tentukan apa yang terbaik buat kita?


"Allah yang tunjukkan jalan ini dan Allah pasti akan bantu kita harungi"

redha ummi ku raih jua.

namun Allah benar-benar mentarbiyyah. dengan keras. air mata itu lumrah.

jujur.. saya bukanlah pelajar cemerlang, ranking masa graduasi pun 164 daripada 400 lebih pelajar. nak dapat pointer lebih daripada 3.5 di maktab tu rasa 'habih teh' doh. cGPA pun tak lepas 3.5. hanya berbekalkan tawakkal dan usaha semata.

bila keputusan SPM di umumkan, Allah bagi yang super lebih daripada yang selayaknya saya dapat. haza min fadhli robbi.. saya langsung tiada kekuatan. ummi hadir sama masa ambil keputusan. ummi kata;
"sejuk hati tengok akhlak pelajar-pelajar kat sini. takda nampak jerit-jerit ambil keputusan pun tapi bila di tanya, mashaAllah hebat-hebat. kat surau pun penuh pelajar sujud syukur"

senyum :) haza min fadhli robbi.

pulang ke sekolah lama berjumpa para asatizah;

murobbi bersama Lubna Humaira'
"ustaz bangga dengan kamu. kamu buktikan kamu memang boleh survive, boleh jaga diri. apa-apa pun yang kamu ambil nanti, paling penting jangan tinggal agama"

"ustazah rasa mujur sangat awak pindah.. ada hikmah, Alhamdulillah"

dan mereka adalah yang pernah di lukai hatinya dulu..

Allahu.. Allah...

Allah menyingkap hikmah hasil istikharah.

siapa kita untuk tentukan apa yang terbaik buat kita?

istikharahlah!


Sunday, December 2, 2012

StuDent Diary: muslimah bergigi besi

bismillah..

saya pakai gigi besi.

yes, braces  :)

I've been thinking & researching for almost 2 years before I made the decision and finally.. just like a 'click'- It's on my teeth alr!


kenapa pakai braces?

"gigi awak bukan dah ok ke? kenapa pakai braces?"

"student dentist memang kena pakai braces ke?"

ini adalah antara soalan-soalan yang kerap di tanya kepada saya oleh mereka yang ter-perasan saya pakai braces (kalau tak sengih over, orang tak perasan pun). mungkin sebab ramainya sahabat yang ambil bidang dentistry pakai braces dan tak kurang juga orang-orang luar yang mana pemakaian braces ni dah nampak macam 'trend' pula.

secara kasarnya, sebab orang pakai braces ni ada dua sahaja.

1) kecantikan/'trendy'/menunjuk-nunjuk

ulama' telah membincangkan panjang lebar bahawa ianya adalah salah, haram dan di laknat Allah swt kerana termasuk dalam hal yang mengubah ciptaan Allah tanpa asas yang kukuh.

atas inovasi dalam pemakaian braces, ramai pula ikut pakai sebab nampak comel dan kaya (atas kos rawatan yang mahal).


2) rawatan

ummi call saya tadi; "kakcik pakai sebab rawatan kan? bukan saja-saja kan? ummi dah rujuk perbincangan hal ni, haram kalau pakai saja-saja"

:)

risau ummi di buatnya.

InshaAllah, pemakaian saya bertujuan rawatan. itupun selepas saya belajar subjek orthodontics dan tahu serba sedikit pros & cons pemakaian braces dalam kes saya. kalau ikutkan, tak mahu pakai pun sebab functionally and aesthetically pleasant.

cuma komplikasi akan timbul dalam jangka masa panjang sebab saya masih ada gigi susu yang mana akarnya sudah resorb, tinggal sejemput dan bergoyang ('floating on the gum' bak kata Dr). gigi kekal pula berada dalam lelangit, lari dari tempat asal dan terhalang penumbuhannya atas kehadiran bendasing.

plan rawatan:-

i) gunakan braces untuk menjarakkan gigi di bahagian gigi susu (bagi ruang untuk buat surgery, nanti kena gigi bersebelahan)

ii) surgery di bahagian lelangit untuk menarik turun gigi kekal dan membuang odontom (bendasing, mungkin gigi terlebih). suntikan/surgery di bahagian lelangit adalah super-sakit berbanding ruang mulut yang lain. oral surgeon cadangkan di buat under sedation, General Anesthesia (Allah.. harapnya boleh ubah ke Local Anesthesia sahaja)

iii) pemakaian braces untuk tetapkan kedudukan gigi terutama sekali gigi kekal yang baru di tarik dan betulkan occlusion.

iv) pakai retainer seumur hidup untuk mengelakkan relapse (kembali kepada keadaan asal kedudukan gigi)


berapa kos pemakaian braces?

kos pemakaian bergantung dengan kes individu, tempoh pemakaian dan jenis braces yang di gunakan. selalunya dalam RM3000-RM5000.

dalam kes saya, kosnya dalah percuma :) khas buat dental students dan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. sesiapa tang tinggal di kawasan kuantan, jemputlah bawa adik/anak/saudara untuk rawatan ya.

[kami juga menyediakan rawatan cabutan, tampalan gigi, cuci gigi, buat gigi palsu, crowning, rawatan akar, dan lain-lain<< yang ni kena tanya senior]

best tak pakai braces?

sakit.

untuk lelaki, lagi sakit sebab pain treshold lelaki lebih rendah berbanding perempuan. ada ja yang tak sakit tapi sangat-sangat jarang. bila pakai braces, gigi di paksa bergerak dan pergerakkan ini buatkan rasa sakit. mulanya saya perasan berada dalam golongan istimewa yang tak sakit ataupun boleh tahan sakit ni. namun lepas 24jam, Ya Salam.. Allah ja tahu betapa 'best'nya rasa itu.

dan setiap kali di ketatkan wire sepanjang tempoh rawatan,setiap kali tu akan rasa sakit. tapi setakat ni, saya  masih jadi super srikandi, tak ambil ubat tahan sakit.

kaffarah dosa, Alhamdulillah...

penjagaan gigi

bila pakai braces, kebersihan gigi kena extra jaga sebab bakteria mudah terkumpul di celah-celah braket lalu merosakkan gigi.

makanan

apa yang di makan pun kena jaga sebab kalau makan makanan keras, bracket boleh pecah dan mengganggu proses rawatan. katakan tidak kepada daging yang liat, buah-buahan (epal, pear, etc)

sakit makin terasa waktu makan. payah nak kunyah dan di nasihatkan untuk makan soft diet.

bersyukur

rasa bersyukur sebab dapat rawatan percuma! heh. this is not the main point..

"I love to treat dental student so that they can experience the pain and appreciate their patient more" (orthodontist)

bersyukur sebab dapat rasa kesakitan patient-patient kita. dah lama tak rasa sakit gigi jadi bila rasa ni mula 'feel' nak rawat orang dengan sopan santun, simpati dan empati tu berganda-ganda.

sesiapa yang nak buat gigi palsu, nak cabut gigi ke, sila lah pm ya :) InshaAllah kami akan berikan rawatan terbaik buat anda.

wallahu ta'ala 'alam..

Tuesday, November 6, 2012

cerpen: cokelat tarbiyyah

bismillah..

Bumi Ediff Garden terpancar terang dengan dedaunan perang yang mula menari mencecah lantai. Bahang di gelanggang terbuka sangat di rasa. Namun jiwa mereka tetap segar, semekar harapan menjulang kemenangan.

“wohoo... three pointer!”, jerit Abu dari sisi gelanggang.

Malik mengukir senyum sempurna, “well.. haha”

Nazmi melangkah ke gelanggang, memilih posisi defender. Omar bersedia dengan wisel di mulut.

“prettt!”

Malik berlari lincah. Bola bagai melekat di telapak tangannya. sangat kemas. Dia lantas menyelit di bawah depaan tangan Nazmi. Lompatan Micheal Jordan dalam siri space jam dan… sekali lagi!

“great!”, jerit Yani serentak berdiri. Mereka lain turut teruja.

“your turn,bro”. Bahu Muhsein di tepuk.

Lambat-lambat dia melangkah. Mengambil tempat betul-betul di tengah gelanggang sebelum bola getah cokelat bertulisan ‘SPALDING’ di lantun.

Balingannya kemas. Tapi sayang kurang tepat. Hanya papan di belakang net yang bergetar.

“aik? bukan tadi dah warm up?”, suara Omar.

“focus, sein!”, tambah Hafiz.

Muhsein berlari-lari anak mengutip bola. Cuba untuk fokus dan melakukan lantunan seterusnya.

dua.

tiga.

Masih tersasar. Jauh.

Mereka berpandangan. Abu, Hakim dan Omar. Malik dan Hafiz berbisik sendiri. ’Izzah dan Yani yang menjadi pengomen setia turut kelu. Sejak awal latihan lagi Muhsein bagai hilang fokus. Balingannya tak pernah mengena di tambah pembawakan bola yang sangat mudah di rampas lawan.

“come on,bro.. dua bulan je lagi”, Omar selaku kapten pasukan bersuara kecewa. Langkah Muhsein di ekor dengan anak mata.

“sorry, guys..”, peluh mula memercik di dahi. sling bag nya di capai dan menarik keluarkan tuala kecil dari poket bag. Penutup botol air mineral di pulas, di teguk lambat.

“kau ok?”, ‘Izzah mengibas topi nike ke wajah. Lengannya sebelah lagi menyapa bahu Muhsein.

“no worries”, cepat-cepat Muhsein menepis. Kakinya mengambil jarak menjauhi ‘Izzah.

Mata-mata lain turut memerhati. Muhsein bukan begini. Selalunya dialah ‘hantu’ lagi-lagi bila ada ‘Izzah. Dua-dua sama naik. Komuniti kecil di bumi kangaroo ini mengikat mereka sebagai sahabat karib meski lain pengkhususan.

Pergelangan tangannya di toleh sekilas.

“almost time”, bisik Muhsein sendiri. “aku ada date,la. lupa. Sorry, gerak dulu. Next time”, ujarnya ringkas. Sengihan di ukir mengurangkan tegang.

“Sein! kita…” kata-kata Nazmi mati.

“ampun, ampun. Esok ok!”, jerit Muhsein dari jauh sambil melambaikan tangan. Dia tak boleh lambat.

‘Date?’ Mereka berteka-teki sendiri.

“’Iz.. sejak bila ni? Dengan siapa?”, Hafiz bingung.

‘Izzah menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Muhsein jarang menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan mereka.

“tak kesahlah.. jom sambung, ada apa-apa nanti dia cari,la.. ”, ujar Omar.

******

"gasaklah.. bukan aku bohong pun. dating dengan Allah kan..", monolognya sendiri.

Percikan air di wajah terasa segar. Lama sudah nikmat itu hilang. segera wudu' di sempunakan, berkejaran dengan waktu sebelum azan maghrib berkumandang dua puluh minit sahaja lagi.

Salam terakhir di iringi tadahan doa. khusyuk. Dia duduk bersimpuh, memerhati segenap sudut ruang solat.

Kosong.

Mihrab yang tersergam di hadapannya, di tenung. ada ukiran indah kalimah syahadah. sumpah yang sering meniti di bibir umat Islam yang solat. namun berapa ramai yang mengotakan sumpahnya?

Muhsein kagum sendiri. Jarang ada masjid mewah di sebuah bandar kecil lagi-lagi di negara bukan Islam.

“ke aku yang tak tak amik tau..”, sinisnya pada diri. Belakang badan di sandar pada tiang seri masjid.

Fikirannya jauh mengenangkan kisah semalam. mahu gugur jantungnya menonton livestream dari sana. jutaan manusia sujud syukur di tengah Tahrir square.

Hosni Mubarak jatuh!

"aku pulak yang suka!", ketawa Muhsein menempelak diri. "...kalaulah jadi macam tu kat negara aku, entah-entah aku orang pertama cabut dulu"

ahh... sampai bila Sein. Kau bukan muda lagi!

****

Fatimah Azzahrah menyarung tudung berona ungu lembut. di padankan dengan skirt labuh hitam dan blaus warna senada. badannya di pusing ke kiri dan kanan menghadap cermin yang hampir sama tinggi dengannya.

"nak teman tak?", tanya Zahrah lagi sambil mencapai baju panas berkain kapas.

dia sudah bersedia untuk melangkah keluar. Auni pula masih berkira-kira samada mahu menemani Zahrah atau tidak.

"nah, amik ni dulu", Auni muncul dari dapur sambil menghulur mug berisi teh panas. minuman kegemaran Zahrah.

"thank you! bismillah....", Zahrah menyenyit mata. mug teh panas bertukar tangan. "eh... kejap. kejap. kejap. ni bukan rasuahkan?"

"rasuah?", Auni bingung.

"emm.. yea, rasuah. taknak temankan Zahrah", Zahrah mengangkat kening.

"hehe. lawak la Zahrah ni. Auni memang nak buat air tu tadi.. emm.. sebenarnyakan Zahrah, Auni segan la nak teman. apa pula orang kata nanti", luah Auni, teman sebilik merangkap penyimpan rahsia besarnya.

teh di sisip perlahan.

Zahrah faham. pasti kecoh kalau ada yang tahu. tapi dia tak punya pilihan. Muhsein yang tak pernah kisah kedatangannya di bumi Ediff hari ini beriya-iya mahu berjumpa. sekarang pula tu.

"Takkan Zahrah nak pergi seorang.. jiran kita pun kenal Muhsein tu.. nanti mereka ingat orang Islam pun sama macam mereka, bebas bergaul lelaki perempuan. apatah lagi jumpa malam-malam macam ni.. kan ukhty??", Zahrah memancing.

Dari sudut lain, dia sangat setuju dengan perasaan malu dan segan Auni. itulah mahkota yang patut ada pada seorang muslimah. meskipun jauh di negeri orang, dia tahu diri berpijak di bumi Tuhan.

"ok.. tapi Auni teman dari jauh je ya. nak jadi invisible. dan jangan bagitau dia pun siapa nama Auni. promise?", Auni mengangkat jari kelingkingnya.

"bagitau siapa?", Zahrah mengusik.

wajah Auni merona merah. "tembak kang. taknak la teman macam ni"

"alololo.... malu dah dia. na'am ya habibaty, ana menurut perintah!", sempat Zahrah mencuit hidung Auni. kakinya melangkah laju bersama dua mug kosong ke dapur. "comey dah pakaian tu tuan puteri. tinggal sarung tudung dengan stokin je... cepat sikit tau, bising pula si dia nanti"

Auni hanya menggeleng sebelum melangkah ke kamar.

buku Keajaiban Firasat tulisan murobbinya di masukkan ke dalam beg tangan. bagai teringang-ngiang kata-kata, nasihat dan pesanan murobbi yang sering di ulang. baik lewat tulisan atau lisan;

"jagalah diri enti baik-baik. peliharalah pakaian, akhlak dan adab kerana muslimah adalah duta agama. semoga enti menjadi muslimah sejati InshaAllah"

****
nota kaki: 5 kertas lagi menanti. robbi yassir~

Saturday, November 3, 2012

diari puteri kecil

bismillah..

aku terjaga..
jarum jam merangkak ke angka dua
aku melangkah dalam mamai
ada tiga bintik kecil di tangan yang mengganggu lena.
dia bangun dari katil membawa first aid kit
lembut di sapukan calamine lotion di lengan
dan mendodoi ku kembali ke alam mimpi

it's time for school!
dia kejutkan aku dan membuatku terbang
betul-betul di depan bilik mandi di lepaskan dukungan
dia beruskan gigi saat mataku masih tekatup
dia sabunkan dan keringkan rambutku dengan sabar

aku demam..
aku muntah di tempat menunggu
dia bawaku ke sinki bilik air
tiba-tiba pandanganku kabur
aku nampak dia berlari mendakapku
aku pengsan.

Dr beritahu, aku terpaksa di bedah.
hampir saja aku rebah
dia memujuk dan katakan padaku,
"don't worry, everything will be alright"
walhal aku tahu
dialah yang paling tak keruan ketika itu
sujudnya lama, matanya memerah.

hari ini kami berjumpa dentist
gigiku terpaksa di cabut
Dr beri gula-gula tapi kucampak jauh
aku berlari keliling dental chair
dia pantas mengejar dan memelukku kejap
Dr menjalankan procedure saat aku dalam dakap

masa untuk medical check-up kini tiba
aku menangis. aku tak suka jarum!
dia duduk di sebelah
tangannya lembut di pipi sambil memalingkan wajah
"calm down, don't look at it" "done!"

aku mahu keluar dengan teman
dia tak benarkan
aku sedih, aku menangis.
"i can't forgive myself if anything happen to you"
dia menghantar ku ke sana dan menjemputku pulang

lebih dua dekad berlalu..
dan aku masih lagi puteri kecilnya..

thank you Allah for everything. thank you ummi, thank you abah. thank you friends for lighting up every single moment in my life.


lots of <3>

Monday, October 22, 2012

diari: pasca hari lahir

bismillah..

[ini post laju-laju pasca hari lahir]

maaf lama menyepi. entah ada yang singgah atau tak :)

***

terima kasih sahabat-sahabiah yang terus-terusan menembak ucapan (baca: doa)

terima kasih yang call jauh nun di sana, belanja makan, bagi kad, bagi tart.

maaf sebab buat wajah akward.

yang wish & nyanyi depan wajah jua.

saya sangat sangat menghargai ucapan kalian.

maaf sangat-sangat..

saya sangat poor dalam mengekspresi zahir apa yang saya rasa.

maaf, ya.

saya sangat-sangat menghargai segala ucapan tapi rasa segan dan malu tu mendominasi.

oh. rasa nak sorok bawah meja studi ja.

heh.

terima kasih..

barakallahu feekum ^^,

semoga Allah ganjarkan kalian dengan syurga di atas usaha mengembirakan hati saudara kalian..


dari adik-adik saya :)


:')


Friday, October 19, 2012

OHE: cara pilih berus gigi dan memberus gigi?

Bismillah..

"kakcik, abah nak beli berus gigi ni. nak beli yang macam mana? ada ultra-soft, soft, medium and hard", tanya abah di hujung talian.

waktu itu, saya baru di tahun satu. mujur sudah belajar subjek Dental Public Health, boleh la juga tolong bagi pandangan untuk soalan lazim dalam kesihatan pergigian.

"abah beli yang soft atau ultra-soft ja, keras-keras tak elok", balas saya.

"tapi kalau soft nanti rasa tak bersih", jawab abah.

"bersih, kalau ikut teknik yang betul. kalau abah beli yang keras nanti, gigi boleh rosak. gusi pun trauma, luka, berdarah"

***

kini setelah melangkah ke tahun klinikal, soalan lazim ini juga sering saya tanyakan.

"selalu kalau beli berus gigi, beli berus gigi yang macam mana? lembut ke, sederhana ke, keras?", soal saya kepada pesakit sewaktu Oral Health Education (OHE).

"selalu beli yang medium.. tak pun yang keras", jawabnya.

"oh.. lepas-lepas ni kalau nak beli berus gigi, pilih yang lembut, ya. atau pun yang extra-soft. memang mahal sikit tapi InshaAllah lebih baik untuk gigi dan gusi kita"

********************

kebanyakkan yang memilih untuk membeli berus gigi 'medium' atau 'hard' bristles adalah kerana nak rasa lebih 'bersih' lepas berus gigi.

namun, saranan daripada doktor-dotor gigi adalah untuk menggunakan berus gigi 'soft' atau 'ultra-soft'. sebabnya? gusi kita adalah tisu yang lembut dan kalau di berus dengan kasar, boleh jadi trauma atau luka. gusi ni sangat penting selain untuk kecantikan (estetik) sebab ia berperanan mengukuhkan gigi. kalau gusi rosak, lama-lama gigi boleh jadi longgar dan tercabut!

tips lain untuk memilih berus gigi daripada blog senior saya Dr Shahibul Afzan;-


Perkara-perkara asas yg perlu diperhatikan ketika membeli berus gigi:

1. Pilih berus gigi berkepala kecil
- membantu memberus bahagian yang sukar dicapai di dalam mulut.

2. Mempunyai berus yang lembut
-mengelakkan kecederaan gusi. Enamel adalah struktur yang paling keras, tetapi gusi adalah lembut dan mudah terkakis.

3. Mempunyai pemegang yang selesa
- supaya tidak tergelincir ketika anda memegangnya.

Ini sahaja.

Di bawah ini pula perkara-perkara sampingan. Maksudnya, jika anda tidak menitikberatkannya pun tidak jadi masalah.

1.Memilih berus gigi ‘powered’@ ‘electric’ @ ‘sonic’.

Menurut kajian, berus gigi ini didapati lebih berkesan daripada berus gigi manual dalam menanggalkan plak dan meningkatkan motivasi untuk memberus gigi. Cuma harganya lebih mahal.

2.Mempunyai ‘tongue cleaner’.
Lidah kita perlu dibersihkan untuk menyingkirkan bakteria dan mengelakkan mulut berbau (halitosis). Jika berus gigi anda tiada pembersih lidah, bersihkanlah lidah anda dengan bulu berus gigi.

3.Warna.

Jika anda meminati hijau, pilihlah hijau dan jika meminati biru, pilihlah biru. Dua warna ini tiada kaitan dengan politik, sebagai contoh sahaja:)

* Penggantian berus gigi secara kerap menyumbang kepada konsistensi mengekalkan kesihatan gigi yang tinggi kerana kajian klinikal menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan 30% lebih banyak plak daripada berus gigi berusia lebih tiga bulan.

Di bawah ini pula adalah teknik-teknik memberus gigi yang betul. Gigi kita perlu diberus sekurang- kurangnya 2 kali dalam sehari. Tempohnya lebih kurang 2 minit setiap kali memberus gigi.

Langkah 1:

Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus pada sudut 45 darjah di atas permukaan gigi.Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.

Langkah 2:




Untuk membersihkan bahagian dalam gigi belakang, tempatkan bulu berus bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.


Langkah 3:


Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah menggunakan hujung berus.

Langkah 4:
Untuk membersihkan permukaan mengunyah gigi (occlusal surface), berus dengan gerakan mundar-mandir untuk mencapai bahagian belakang gigi.

Langkah 5:



Bersihkan lidah dari belakang ke hujung lidah untuk 10 saat.

sekiranya ada maklumat di sini yang kurang jelas, silalah bertanya kembali kepada saya.

Rujukan:

1.Dr. Shawfekar,Kulliyyah of Dentistry IIUM(2008).Teeth brushing technique.
2.Slide PowerPoint Presentation Pelajar Pergigian UKM. Oral health education.
3.Utusan Malaysia Online. Arkib 20/04/2008. Cara terbaik memberus gigi.
4.Colgate Oral Health Kit.



Tuesday, September 11, 2012

beginners

bismillah..


minggu ni sudah masuk minggu kedua kembali ke sekolah.

seronok sebab sudah mula kerja klinikal pada manusia betul walaupun segan tahap 'x,y,z'.

kesat peluh.

tremor jadinya.

keep calm.. breath in, breath out..

normal la kan untuk beginners?


lama-lama mesti ok, InshaAllah. kawasan kepala dan leher sahaja pun. medical doctor lagi dahsyat tahap keseganannya.

mesti jerit tanpa suara bila dhh cerita kisahnya. selamat ya menghabiskan tahun akhir di bumi taj mahal..

jadi.. jiayo, dear me! mesti boleh.


esok cadangnya mahu ke hospital, belajar clerking pesakit. siapa nak ikut?

oh, ya.

minggu ni atau minggu depan ada latihan suntik LA (local anesthesia). ubat kebas yang doktor suntik tak nak bagi rasa sakit sewaku dental procedure.

debor siap-siap dah kite.

partner suntik kita. kita suntik partner.

aduh. hai.

saya harap. saya harap. fobia itu sudah di atasi sepenuhnya. Allahumma ameen..

Tuesday, September 4, 2012

indahkan kami dengan kalamMu

Bismillah..

Ramadhan itu, walau sesaat tak pernah Masjidun Nabiy lekang daripada manusia.

Seorang gadis arab melabuhkan punggung di hadapan kami. Menghadap. Tangannya mencapai kitabullah di tiang masjid.

Sekali-sekali di selak helainya. Di tatap kosong. Di kucup perlahan.

Ku perhatikan. Senyum :)

"assalamualaikum. Kamu daripada mana?", sapa ummi pada jema'ah yang solat di sekitar kami.

"saya daripada mesir.. Kalian?", balasnya mesra.

"oh.. Kami daripada Malaysia. Kamu boleh berbahasa Inggeris?", aku berbahasa.

"tidak, tidak. Bahasa arab sahaja. Kalian boleh bercakap arab?", soalnya.

"sedikit cuma.. Kami biasa cakap bahasa melayu atau bahasa Inggeris", rendah diri rasanya dengan kejahilan bahasa al-quran.

"mashaAllah, quwayyish! Kamu boleh berbahasa arab walaupun bukan bangsa arab.", balasnya teruja.

Kakak menyambung bacaan quran. Dengan tajwid dan tartil..

Spontas mushaf kakak di tarik wanita mesir tadi, "kitab ini dalam bahasa arab?", soalnya sambil melihat helaiannya.

"iya", balas kakak.

"mashaAllah, benar! Ini huruf-huruf al-Quran. Kalian juga boleh membaca al-quran, ini sangat hebat", wajahnya cerah sambil memulangkan kembali kitab kakak.

'Apakah pelik seseorang yang bukan berbangsa arab boleh mambaca al-quran? Bukankah al-quran itu untuk semua umat Islam bahkan seluruh makhluk?', monologku sendirian.

Ummi seolah mengerti. Pengalaman mengajar ummi terlebih dahulu.

"zaman sekarang, memang ramai orang tak tahu membaca al-quran walaupun mereka boleh berbahasa arab. Lebih-lebih lagi wanita, kadar buta huruf di katakan agak tinggi. Mungkin hasil kejayaan pemerintah sebelum ini yang cuba mengikis sedikit demi sedikit orang Islam daripada agama. Negara yang pemerintahnya bukan pemerintah Islam, ramai yang tidak tahu solat pun. Kasihan.. Semoga Allah mengampunkan kita dan mereka"

Aku terkesima. Ku toleh ke kiri dan kanan. Benar, pelbagai gaya solat dapat ku lihat.

Teringat aku dengan seorang ibu daripada pakistan, mungkin. Anak kecilnya berada di pangkuan. Sekali sekala bayi itu ketawa kecil bila di agah.

Ibu itu kemudiannya mencapai al-quran di tanganku. "mahu pinjam, mungkin..", aku merelakan.

Bayinya pula di halakan kepadaku.

Fenomena serupa berlaku. Kitabullah di selak helaian demi helaian. Di kucup dan di tatap dalam-dalam. Dalam sepuluh minit sebelum si ibu memulangkan kembali al-quran kepadaku.

Bacaan yang tertangguh tadi, ku sambung. Dapat ku rasakan seolah ada orang yang mendekati bahu kananku. Ku toleh perlahan sambil menguntum senyum.

Benar telahan ku, si ibu tadi. Dia menuturkan bahasa yang tidak ku fahami sebelum mengisyaratkan agar aku meneruskan bacaan. Dia ingin menumpang dengar.

Suaraku pula bagai tersekat di kerongkong. Sebak. Bahuku di goyang sedikit agar aku meneruskan bacaan.

Air mata yang bertakung cepat ku seka.

Bermacam hal berlari memenuhi fikiran.

'Allah.... Kau Rahmatilah aku dengan Al-Quran.. Kau muliakanlah lidahku dengan al-Quran.. Kau sempurnakanlah pancainderaku dengan mengenal huruf-huruf al-Quran..'

Dalam sebuah hadis daripada Hudzaifah r.a, ketika nabi bersolat:-

a). dan jika beliau membaca ayat tentang rahmat, beliau memohon rahmat.

b). Jika beliau membaca ayat tentang azab, beliau memohon agar dijauhkan.

c). Jika beliau membaca ayat yang menerangkan tentang penyucian sifat-sifat Allah, beliau bertasbih.

[1119] Sahih Ibnu Majah (Juga diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud).

Tapi aku..??

Jauhilah kami Ya Allah daripada menjadi golongan yang hanya membaca al-Quran tetapi tidak lebih daripada sekadar melepasi kerongkong-kerongkong kami...

Saat al-quran untuk di angkat ke langit itu makin hampir sedang umat Islam makin lalai dengan al-Quran..

Ya Robb...

Terangilah hati kami dengan al-quran, hiasilah akhlak kami dengan al-quran, jauhkanlah kami daripada api neraka dengan al-quran, masukkanlah kami ke syurgamu dengan al-quran. Jadikanlah keturunan kami ya Allah dalam golongan orang-orang yang memelihara al-Quran.

Jadikanlah al-quran sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang, cahaya di atas titian (sirath) dan teman di syurga dan penghalang, dan hijab daripada api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikkan dan tetapkanlah kami di dalam kesempurnaan, anugerahkan kami kemudahan dalam mengamalkan al-quran dengan hati dan lisan, sentiasa cinta kepada kebaikkan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman.

Selawat dan salam sentiasa tercurah kepada junjungan besar nabi Muhammad shallahu alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat baginda di atas kelembutan akhlak dan keindahan budi dalam menyampaikan ajaranNya..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 1, 2012

babak baru & virtual campus tour


bismillah...

lagi dua hari nak pulang ke kampus. perasaan?

'menjunjung kasih'
berdebar nak mulakan tahun klinikal. selain kena rawat pesakit sebenar, kena posting ke hospital untuk medical subject, general medicine dan general surgery. memang kena berguru dengan sahabat medik. tolong,ya..

senior kata tahap kesibukkan mencanak naik hampir 90% daripada tahun pra-klinikal.

Dr kata mereka dulu tak sempat makan. simpan sandwich dalam poket ja. waktu rehat mereka curi-curi makan sekejap kemudian sambung balik buat kerja makmal.

risau pula tengok senior lari-lari dari surau ke klinik. ada yang di tanya jawab tak sempat makan pun, nak hantar kes kepada pensyarah. handset pula tak lekang di tangan untuk ingatkan pesakit waktu temujanji.

oh.. #thisistruestory

tapi.. tapi.. kami akan pastikan kami sempat makan nanti. jaga hak badan, ya ;)

"nak lulus exam di clinical year dah tak bergantung pada usaha kita semata tapi banyak X-factor yang mempengaruhi"

contohnya, faktor pesakit. kalau pesakit tak bagi kerjasama, tak hadir temujanji, tak ada kes ganti, maka waktu kelas praktikal akan 'burn' macam tu ja walhal requrement makin bertambah.

jaga hubungan dengan pensyarah dan dental technician. selain kuliah teori, mereka jugalah yang akan bantu kita untuk skil tangan. skil tangan ni kena practice baru boleh mahir. tak sama dengan hafalan macam teori. salah teknik, pesakit terzalim. salah teknik, kes di tolak. kena buat semula.

**********

tapi yang paling penting sekali adalah hubungan dengan Allah.

kadang kita saya ni risau sangat dengan terma 'ulang tahun' ataupun repeat year.

tak cukup kedatangan 90% > bar exam > repeat year.

tak cukup case requirement > bar exam > repeat year.

tak lulus peperiksaan general medicine > general surgery (walaupun dental subject A semua) > repeat year.

tak lulus salah satu kertas peperiksaan subjek dental > repeat year.

"ehh... risaunya dengan repeat year..!"

memanglah kalau di beri pilihan, tiada siapa yang mahu kena repeat year. semua daripada kita nak lulus pengajian 'on time'. tapi dari sudut lain;

"mujurlah dapat repeat year dalam pengajian...."

boleh perbaiki kelemahan, betulkan apa yang silap, tambah ilmu dalam pengajian, dan berjaya di masa hadapan InshaAllah.

"exam dunia untuk akhirat pula macamana?"

hidup kat dunia untuk akhirat ni sekali sahaja untuk menyemai amal. takda repeat-repeat. kalau tak lulus (naudzubillah) sengsara kehidupan di sana.
Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: “Ayuhlah, kejarlah dunia”; kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: “Inilah dunia”. 
Menurut riwayat yang lain, pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: “Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir”. 
Baginda juga bersabda: “Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah”. 
Baginda juga bersabda: “Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.
mana patut kita risau lebih sebenarnya?

"Ya Allah! Letakkanlah dunia di tangan-tangan kami (agar dapat kami memakurkan dunia dengan agamaMu) tetapi tidak di hati-hati kami (sehingga kami tidak sanggup untuk kehilangannya)"


set our priority right.

siapa yang mengejar akhirat, dunia akan mengikutinya. bila kita bertawakkal, berusaha, tak abaikan Allah dan rasulullah dalam setiap aspek kehidupan kita, InshaAllah Allah akan kurniakan keberkatan dalam hidup.

tahun klinikal ni la medan pra-pekerjaan kita. sudah boleh praktis untuk dakwah bil hal, kalau mampu lebih sikit kita dakwah bil lisan. nanti bakal jumpa ramai pelbagai jenis ragam manusia, pelbagai bangsa, pelbagai peringkat umur. daripada sini kita boleh belajar bagaimana nak harungi kehidupan luar yang jauh lebih mencabar. dalam ber-agama :)

'umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam.. dari semalam...', siapa pernah dengar lagu ni?

sibuk macam mana pun, peruntukkan masa untuk Allah. hadiri majlis-majlis ilmu agama atau talaqqi lagi-lagi kepada yang bukan pengajian agama. peruntukkan masa untuk hadir usrah, katibah, daurah. melazimi solat tahajjud. amalkan sampai kita rasa,

"ish.. rindunya nak ada usrah.. dah lama tak datang talaqqi"

InshaAllah.. InshaAllah.. kehidupan dunia kita akan di permudahkan.

sangka baik dengan Allah. ya? ( " ,)

berusaha!

***********

kepada bakal-bakal junior, welcome to the world of Tears, Blood and Saliva :)

[teaser ja ni. kena ziarah baru best. jemmput jadi patient..]

clinical building (bro bado's picture)
Kg Gigi Sebatang
simulation lab
waiting area (specialist clinic)
specialist room
polyclinic


raining~




portable dental chair
dental public health room
admin office

'winter' in kuliyyah
ada orang guna ke? ; )
microbiology/pathology lab
plaster room
plaster room
acrylic lab (betul ke?)
erm. tak ingat nama lab ni.
prosthetic lab
prosthetic lab


control room
simulation lab
locker room
toilets
cafe
auditorium

sila serbu mereka minta belanja tunjuk ajar.



Dr Yana












full mark!