"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, June 25, 2011

a ray of sunlight

bismillah..


"what's your name?", tanya ku.

"yi keong", ujarnya dengan wajah ceria.

"hye, yi keong.. could you please help me to read my name?", saya mengujurkan tag nama kepadanya.

"N.. A.. J.. I.. eh, I don't know how to pronounce it. tell me, tell me, what is your name", pintanya. tangan kiriku di tarik sedikit.

"secret... haha", sengaja saya berbisik dekat telinganya.

dia menarik wajah masam.

"haih.. you should tell me your name leh.. I don't know what to call you"

"ok, ok. na..ji..bah"

"na..ji.. eh, what?"

tersengih aku di buatnya. bukan dia seorang, hampir semua peserta bulat mata mahu menyebutnya.

"call me najib or jib instead. can aa..?"

"ok!", yi keong merenung dari atas kaca matanya.

aku membetulkan duduk kaca matanya yang sedikit melurut.


"eh, where is your hair??", dia tiba-tiba bersuara.

pecah tawa kami. pei ying turut tersengih lebar.

"go check,la", shah beri 'jalan'.

yi keong memulakan sesi spot-check.

"I can't see.. sure eh you don't have hair?"

lucu. mahu setiap inci tudungku di beleknya.

"please.. please... I wanna see..", rayuannya makin mengundang tawa.


"where is your ears?? you don't have also??", tanya yi koeng penuh curiga. matanya di buka besar.

sekali lagi, kami pecah tawa. seronok melayan karenah kanak-kanak di sini.

"how can I hear you, then?", ujarku.

"hurmm.. you only got hole but no ears?", yi keong meluahkan teori mindanya.

;)

macam-macam...

"under her hijab. go check!", sekali lagi shah beri jalan.

dengan excitednya, yi koeng kembali menyiasat.

"let me have a look.. only for once.. please.. please... i really wanna look", rayu yi keong.

Ya Allah, sakit perut menahan gelak.

puas hatinya bila dapat menjamah walau hanya di luar hijab. "there, I can touch it!"


"where's your leg??", sekali lagi yi koeng bertanya.

dari atas sampai ke bawah di tiliknya. bahaya sungguh!

laju dia menjamah stokinku.

"oh.. you wear socks eh.."

haha. lucu.

"no, I don't have leg coz you can't see it"

"no, you have! under your socks!"

****

fitrah anak-anak itu penuh dengan sifat ingin tahu :)
a ray of sunlight -google image-



tembusilah ruang yang kelam demi menerangi sekeping hati..

-memoirs of sunbeam's kids-


"i'm going back to malaysia"

"oh, malaysia? when?"

"yup. in 4 days. will you miss me..?"

"no. hee.."

=.="

Thursday, June 23, 2011

cream caramel & macaroon

bismillah...

aku melabuhkan duduk di sofa empuk bewarna kelabu.

selesa.

ma, pa dan Jia Hui, turut mengelilingi meja kaca yang sama.

"encik mahu memesan apa?", tanya seorang pelayan berbahasa Inggeris. segak dalam suit blazer hitamnya dengan rambut terpacak.

aku asyik memerhati hiasan dalaman ruang itu.

indah.

lampu oren berkaca menyimbah frame dinding dengan lukisan abstrak.

"cik..?"

"oh.. emm.. cream caramel, please", hanya menurut pilihan Jia Hui.

ma memesan jasmine green tea sebelum menghulur buku menu kepadaku.

"lihatlah dahulu, kamu mungkin mahu menukar pesanan", kuntum senyum di hadiah.

huluran itu bersambut. helaian demi helaian ku selak.

jiwaku berkocak hebat.

'astaghfirullah al-adzhim.. astaghfirullah al-adzhim..'

hanya pa masih belum memesan apa-apa. kepada kami di beri ruang dahulu.

"wine, sir?"

mataku membulat.

"oh, tidak. saya tak minum waktu siang. lagi pula, sekejap lagi saya harus memandu", ujar pa dalam sing-lish nya.

aku sedikit lega.

"saya minum wine pukul 8 pagi tadi. ok, sahaja. kamu perlu cuba!" sekilas dia menoleh pandangan kosongnya ke arahku.

aku mengetap bibir.

dalam hati, rancak berhusnu dzan.

"sungguh..??" tanya pa dalam nada kurang percaya. "kamu ok kalau saya pesan wine?", pa memandang tepat ke arahku.

perlahan ku menundukkan wajah.

Allah! bantulah aku keluar daripada kesempitan ini...

jumhur ulama' bersepakat, tidak harus malah jatuh haram hukumnya bagi seorang muslim terlibat langsung dengan arak. baik menjual, membeli, memesan, mengirim atau menerima kiriman.

duduk bersama dalam majlis yang di hidang arak juga tidak harus!

"tak apalah, bawakan saya white coffee", pa dapat 'membaca' riak ku.

senyum kelat ku hadiah.
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan  menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu) (Al-Maidah: 90-91)
"kek lapis? macaroon? biskut?", soal pelayan.

"macaroon, please", sambut Jia Hui dalam sengih lebar.

cream caramel & macaroon
lama sudah dia teringin menjamahnya, sejak kami berjalan di Marina Bay tempoh hari. namun dek harga $15 untuk 5 biji macaroon yang besar sedikit sahaja dari siling 50 sen, niat itu teraksa di batalkan.

pelayan lelaki tersebut berlalu setelah mengambil pesanan.

"dia lelaki melayu, kan?", pa menyoal, merujuk kepada pelayan lelaki tadi.

dari fizikal dan cara percakapannya, aku juga merasakan yang sama.

"emm.. saya kurang pasti", ujar ku teragak-agak.

"yea, yea..  nama dia.. saya pasti dia melayu.. tapi tadi, dia kata dia minum. macam mana tu..??"

soalan cepucemas.

"urmm.. sepatutnya tidak boleh.. hal ini termaktub dalam al-quran.. tapi, yeah.."


"yea, yea.. jesus christ juga melarang.. tapi.. ha ha.. " pa ketawa lambat-lambat.

aku faham.

"saya agak terkejut bila dapat tahu orang Islam tak boleh minum arak. kenapa,ya??", soal pa.
"Mereka bertanya ke padamu tentang khamar dan judi. Katakanlah (wahai Muhammad), pada ke duanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa ke duanya lebih besar dari manfaatnya..." (Al-Baqarah: 219)
aku diam lima saat sebelum menjawab.

"muslim wajib solat lima kali sehari. waktu solat, kami membaca surah-surah daripada al-quran. di bawah pengaruh alkohol, seseorang mungkin akan membaca ayat al-quran dengan salah. ini adalah kesalahan yang berat. hal ini pernah terjadi suatu masa dahulu sebelum arak di haramkan secara total dalam Islam"

ma khusyuk memerhati. jarang-jarang dia bercakap dek aku yang tidak tahu ber-mandarin. dia pula kurang fasih berbahasa Inggeris.

"oh, ya.. jadi, pernah berlakulah? bila?", soal pa.

"ya, dalam seribu tahun lebih dahulu"

pa, Jia Hi dan ma menggangguk perlahan.

"seribu tahun? wah! jadi, selepas sembahyang pun tak boleh? setiap waktulah maksudnya?"

giliran aku pula mengiyakan.

"Islam memilih jalan selamat dan pencegahan. arak di umpama seperti ibu segala kerosakkan. ia meragut kewarasan akal seseorang. waktu itu, orang takkan sedar apa yang di lakukan. dia mungkin membahayakan orang lain dengan memandu secara semberono, atau merbahayakan diri sendiri kerana terterjun tingkap!"

"benar.. benar.. kalau kita langgar pokok, tak mengapalah. tapi kalau kita langgar orang, kita membuatkan orang lain menangis!", sokong pa. "sebab itu saya tidak minum di siang hari. saya hanya akan minum di rumah waktu malam. selepas minum, saya terus masuk tidur, tidaklah menyusahkan orang", sambungnya lagi.

aku merekah senyum nipis.

"tak perlu minum,lah..", ujarku seloroh ada makna.

pa mengulang ketawa lambat. "saya pasti akan kurangkan.."

Saturday, June 4, 2011

seindah mawar berduri

bismillah..

[seindah mawar berduri]



SINOPSIS


Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang  yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?

Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki? Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….

Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar.

Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?

Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?

Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,

“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”

Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
 
*********
 
lama sudah penulisan ini tersimpan kemas. suka untuk berkongsi, moga ada manfaatnya buat semua.

Monday, May 30, 2011

diari ibrah: super junior & mr xy

bismillah..

berbulan sudah terputus daripada siaran main stream. apa itu ini segala yang berlaku, jadi tidak menahu. tangan yang gatal mengisi borang dalam fatrah peperiksaan rupanya membawa diri ke satu daerah yang jauh berbeza dari 'zon selesa'. sangat jauh. pertama kali seumur hidup. walhal secangkir pengetahuan tentang agendanya juga saya tidak tahu. empat hari tiga malam. macam-macam ada..
*****

bilik krew sekretariat di bangunan KBS saya redah. tumpuanku hanya satu, bawah meja. manusia dalam ruangan itu tidak terendah.

"maaf ya sis, nak cari barang sekejap", si gadis itu melarikan sedikit kasut tumit tinggi lima incinya.
 bawah meja saya intai. kiri, kanan. tiada.

"atas meja rupanya..", lega.

"boleh... err..", kata-kataku mati. tak jadi meminta di pass-kan barang. dua tiga pasang mata bergilir melihatku. saya menoleh sekilas, ada dalam tiga lelaki dan empat gadis dalam ruang itu. kami 'bermain mata'.

'reporter mungkin', saya berlalu setelah meminta izin mengambil barang. senyum di lempar segaris.

di muka pintu, sekumpulan rakan asyik mengintai "kenapa?", kening sebelah di angkat. "masuklah kalau nak amik barang. emm.. siapa mereka tu?", tanya saya jujur.


"artis la tu..", mereka menjelaskan lebih kurang. peserta realiti TV rupanya. ada juga artis berkumpulan yang pernah popular satu masa dahulu.

"oh? tak perasan..", wajah straight. saya mengulang pandang. make-up tebal, baju glamour. ya, tak mustahil. mujur bukan saya seorang tak kenal.

hari-hari berlalu dengan situasi lebih kurang sama. selebriti ada di mana-mana. sengaja saya tak bawa kamera. tak mahu jadi seorang 'pemuja'. suasana luar tak pernah sunyi. hanya surau, tempat rehat paling aman bila arahan 'stand by' (baca: tiada kerja) di terima.

*****
seawal pagi dataran di pentas utama menerima ketibaan pengunjung. sangat pasti, mereka adalah belia yang menanti artis kesayangan mendarat nun jauh dari bumi korea. ruang pentas bingit dengan artis-artis tempatan yang melakukan persembahan. ada juga di lakukan cubaan suara PA system untuk majlis pelancaran.

matahari tunduk bersembunyi. manusia semakin sesak mengerumuni. para krew yang di tugaskan mengawal crowd ada yang di asak, di maki.


"penyek kitorang!", cerita seorang sahabat.

saya belum mampu untuk turut 'bertugas' di situ. manusia berasak dan mengharapkan untuk ke ruang paling hadapan demi menikmati persembahan artis kesayangan dari jarak paling minimum.

bijak strategi penganjur menarik kunjungan satu juta belia. kalau tiada super junior (suju), sampai satu juta tak?

solat..?, ah.. saya tak berani kata. kalau sejak pagi berkampung, mungkinkah di jama' solatnya? tapi.. bolehkah jama' solat kerana ke konsert seperti ini? persoalan di situ.. saya tak berani bermain hukum. cuma setahu saya, andai niat musafir ke tempat maksiat maka tidak di bolehkan rukhsah solat.

jeritan belia mula menggila saat suju menghadirkan bayang. usahkan bayang, bila pengacara ulang nama super junior sahaja, gamat putrajaya. malah jauh lebih 'hebat' daripada konsert tahun baru sewaktu terlibat dalam skuad cegah. kalau konsert nasyid, mana ada peminat segini rupa. selama ini menonton di TV sahaja lagak manusia. hari ni di depan mata.

suffocated!

ada yang sakit jantung, asma, malah sawan pun ada! ambulan berulang alik dari dataran pentas dengan siren yang tak henti.


ah.. beginilah dunia.

"shupper jun.ni.or M!!!" tak kurang yang bagai histeria layaknya.

maaf wahai peminat suju sekalian, saya berkata dari apa yang di kaca mata. saya tak benci suju, malah ada ibrah yang boleh di ambil daripada mereka walau sekejap cuma menjadi pemerhati. mereka muda, namun mampu meletakkan 'harga' diri sebegitu rupa atas usaha mereka. ada yang sanggup sujud di kaki petugas semata mahu ke back-stage! di mana pula harga diri kita? saya tak mahu mengulas lanjut tentang rumors color sebenar sikap mereka, saya pun tak kenal.

ibrah itu perlu di kutip walau dari musuh kita sekalipun. mereka tidak beraqidah dengan aqidah kita. terpulanglah mereka melakukan apa mengikut norma hidup mereka. kita? nak minat, terpulanglah. tapi ada batas hadnya kan :)


pengacara majlis bermain kata dengan enam manusia di atas pentas. jeritan pula tak henti-henti dengan sound system yang bergema, sedikit cuma yang saya faham.

sekejap sahaja bertahan, saya mula lemas. jauh membawa diri ke hujung tasik. sunyi daripada gamat suasana. mujur ada sahabat yang berfikiran sama. ramai pula tu. nampaklah yang jadi komiti ni bukan sebab suju. kan? (tak tahu pun awalnya akan wujud suju di sana) lepas tamat konsert, barulah mampu menjejak ruang itu semula.

*****

biarlah hanya dalam diam..

'kan best kalau ada mr xy..', bisik hati tiba-tiba. teringat seorang-seorang ahli kumpulan itu. teringat vocal mantap mereka yang pernah menjadi halwa telinga saat muda-muda. lunak sangat. terngiang-ngiang jadinya. senyum sendiri.

'ah.. mana mungkin mereka hadir..', saya berpijak pada realiti yang paling hampir. ada sebab yang membuatkan saya mula mencari mereka kembali. tak pernah tergambar dek akal hal ini bakal terjadi.


jam mula menginjak ke pukul dua belas malam. kaki lima di tepi jalan besar kami huni sementara menunggu bas ke tempat kediaman.

dari jauh, ternampak tiga kelibat berpakaian sunnah. makin lama, makin hampir.

'ada juga orang 'alim mahu ke sini.. menyampaikan dakwah mungkin', dalam diam, saya kagum. malu dengan diri sendiri. saya di sini, tapi apa usaha yang saya dah buat?

jarak kami makin hampir. kalau sudah pernah jadi pojaan hati (bak kata p. ramli), haruslah saya cam siapa dia.

"mr xy..?", terpacul juga namanya. selama ini lihat dalam gambar sahaja. jubah putih separa buku lali dengan rida' hijau terhias di bahu kanannya.

jarak yang kurang dua meter sudah cukup untuk membuatkan dia perasan. dia menoleh sambil senyum. tangan kanan di angkat.

bila sahaja dia menoleh, sepantas kilat darah terasa menyerbu wajah.

al-haya mula menebal.

'apa yang najibah buat ni??' respon spontan, terus pandangan di alih. menyorokkan wajah di belakang teman.

saya bukan pemuja! kan saya dah kata..

ah.. mungkin ini Allah nak uji. saya tak suka pemuja suju yang asyik menyeru. mana boleh saya laku hal yang sama.

mungkin dia faham, lalu di teruskan perjalanan.

lega rasanya. hanya melihat dari jauh bila dia semakin menjauh.. tak perlulah beramah mesra bertemu mata. biarlah hanya dalam diam..

alunan qasidah dan selawat dari dia pula yang menjadi halwa telinga kini. walau mungkin ada lompong, hijrah mereka tetap saya sokong. istiqomah. hati jadi berbunga. setelah sekian lama, rasa itu berputik semula :-)saya ingin kembali 'meminati' mereka kerana minat mereka kepada Allah dan baginda. moga mereka thabbat, bukan mudah berubah bila bergelumang dalam dunia seperti ini.

people change, kan? kita pun boleh.

ayuh hijrah!