"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

..kerana manusia itu tidak sempurna..

bismillah..

minggu2 kebelakangan ini adalah minggu yang sangat banyak saya dengar perihal "hati" = "heart" = "qalb" (sila tambah bahasa lain). yang kurang best bila initial perkataan hati itu di tambah perkataan "terasa" = terasa hati = hard feeling. Dari malaysia hinggalah banglore sana, perkhabaran sampai. hebat kemajuan telekomunikasi kini. mohon pinjam tajuk, bidadari di banglore =)

manusia ni tak sempurna. ini hakikat. amat mustahil kalau kita harapkan semua orang redha dengan kita. buktinya? semulia2 akhlak nabi SAW pun ada yang benci dan menentang. kita ni pasti lagi banyak buat silap dan dosa. memang, terkadang apa yang orang katakan (baca: umpatkan) itu tak betul dan tak benar. sakit hati? pasti.. jadi kita perlu buat apa? umpat balik? tak kan nak biarkan circle ni berterusan...
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-hujurat:12)
bersangka saja sudah dosa, apa lagi menyebarkan sangkaan kita yang belum tentu benar. jangan judge orang laian andai kita benci orang lain judge kita. jangan buat perkara yang kita tak suka orang buat pada kita. sama2lah jaga hati dan pancaindera kurniaanNya untuk hal2 yang Dia redhai. sungguh, perit bila diri jadi mangsa umpatan. semolek2 jalan penyelesaian adalah memaafkan. forgiveness is one of the key to happiness. sesetengah orang mungkin berkata, to forget is not as easy as to forgive. saya setuju. tapi sekurang2nya, cubalah untuk meneutralkan hati. kita yang buat dosa berulang kali kepada Pencipta sendiri pun Dia janjikan keampunan dengan taubat nasuha. kalau kita mengharapkn Allah ampunkan kita, kenapa kita susah untuk ampunkan makhluk? anggaplah dia tidak tahu.. maafkanlah.. maafkanlah.. ambillah yang baik dari 'umpatan' orang. mungkin ada secebis hikmah yang boleh kita kutip dari situ. mungkin ada sikap kita yang perlukan perubahan. namun, andai akhlak kita adalah akhlak anjuran al-quran, maka pedulikanlah. utamakan redha Allah daripada redha makhluk. hindarilah hati dari mengumpul titik2 hitam angkara kebencian.. wallahua'alam..


nota kaki:
-entri ini adalah peringatan yang di tujukan khas buat diri penulis, kemudian pembaca yang dapat mengambil iktibar dari entri ini.
- penulis mohon jutaan kemaafan kepada semua andai pernah "memakan daging kalian"

p/s: sekarang ni dalam minggu peperiksaan pertengahan sem. 10/12 (physics), 23/12 (chemistry & EAP) dan 26/12 (BTQ).  mohon doa semua.

Friday, November 27, 2009

enjoy laa puas2~

bismillah..

"hidup ni sekali jea.."
"enjoy laa puas-puas.."
"kang ko nyesal tak sudah.."
"dah tua nanti, taubat la.. habis cite.."

-uik..?? nape nak taubat..?-

"laa, ko nak masok nerake..??"

-mesti la tak nak. tapi ape kaitan neraka dengan taubat?-

"ingat ko ni dah cukup bijak. bijak aku lagi rupenye.. hehehe.."
"biase,la.. waktu kau enjoy muda2, mesti ko banyak buat dose kan.."
"kalau dah buat dose, nerake laa jawapnye nanti.."

-oh, gitu.. tapi bile ye kite masok nerake..?-

"bile ko dah mati, nanti ko di bangkitkan semula"
"sebab tu ko kene tobat sebelum ko mati, dapat masok syurga.."
"uish, ko nih.. tak kan tak belaja agame, kot? budak tadika pon tau"

-dah tu, bile pulak kite mati..?-

"tu keje Tuhan.. ko tak perlu tanya.. dosa tau.."

-adess.. gitu pulak..-
-dah ko tak tau ko mati bile, nape ko konfiden suh tobat bile tua?-
-dah ko kate hidup ni skali je, nape ko kate nnti akn di bangkitkn?-
-dah ko kate kite boleh enjoy skali je, nape ko pecaya akn ade syurga?-

Wednesday, November 25, 2009

melihat dunia

bismillah..

Setiap yang berlaku dalam hidup ni, walaupun sekadar gugurnya daun dari pokok, pasti ada hikmah. Ini adalah soal kewajipan kita untuk melihat dunia dari dimensi seorang khalifah. Allah berfirman dalam kitabNya yang agung, mafhumnya, tidak Dia ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Jadi, penting bagi orang yang mengaku hamba juga khalifah di bumi ini untuk mengambil cakna firman Allah ini dan mengkaji sebaiknya.

Kagum saya dengan seorang sahabat yang mampu 'bercakap' dengan haiwan dan tumbuhan. Alhamdulillah, dia masih lagi siuman, cuma dia sangat memasukkan jiwanya dalam jiwa makhluk Allah yang lain. Pernah sekali saya yang gatal tangan cuba memetik daun dari pokok berhampiran. Di usap lembut tangan saya lalu berkata penuh hikmah "macam mana kalau orang tarik rambut kita? sakitkan? macam tu jugak pokok, dia pun rasa sakit jugak macam kita". Kalau dia secara tak sengaja terbunuh seekor semut, pasti di ucapkan kata2 maaf berkali2. Awalnya memang agak lucu tapi akhirnya, saya pun terikut. Haiwan dan tumbuhan juga makhluk Allah. Mereka punya hak untuk hidup sama seperti kita. Maha Suci Allah yang telah menciptakan sahabat saya sebegitu dalam menjadi qudwah hasanah (contoh yang baik).

Setiap yang ada di langit juga di bumi adalah tarbiyyah (didikan) buat insan yang ingin mengambil pengajaran. Bila tersepak batu umpamanya, ada orang yang rasa geram dan marah. Ini adalah respon manusia biasa yang melihat batu itu atas dasar batu yang kaku sahaja. Ada pula orang yang insaf dan beristighfar. Inilah golongan yang ingin mengambil ibrah (pengajaran) atas apa yang berlaku. Mungkin Allah ingin menjadikan kesakitannya yang tersepak batu itu sebagai kifarah dosa2 lalu? Sabda nabi SAW mafhumnya, walau terpijak duri sekalipun Allah akan menjadikan ia kifarah kepada dosa hambaNya.

Marilah sama-sama melihat dunia dari sudut tarbiyyah. Nescaya kurang kecewa, tambahnya redha, dan terasa makin dekat denganNya. Wallau'alam..

Saturday, November 14, 2009

pentas opera

bismillah..
Wahai teman, bisikkan di hati kecilmu "Wahai Tuhanku, tiadalah daya aku berjuang jika bukan kerana kudrat dan kekuatan dariMu. Tuhan, di sisiMu jua ku pohon segala bantuan agar hati ini sentiasa di anyam kekuatan buatku kental dan tabah menempuh ujian mendatang. Di mana penghujungnya nanti ku harapkan moga berkekalan iman. ameen.." [Dahlia Husna]
Hakikat kehidupan ini satu perjalanan yang panjang dan penuh ujian di mana hujungnya nanti akan di hisab segala amalan. Ianya umpama pentas opera yang menunggu masa tayangan pada yaum-ul-zalzalah. Kitalah pelakon utama yang menjadi perhatian penonton di layar Mahsyar, nafsu dan syaitan pula pelakon pembantu yang senantiasa berusaha memacu hikayat kamu, malaikat saat itu bukan lagi saksi bisu, dan Allah adalah juri yang satu. Siapa yang berjaya merangkul gelaran artis wanita/lelaki TER-soleh? artis wanita/lelaki TER-kufur (naudzubillahi min dzalik)?

Carilah teman yang mampu menasihatimu kala jauh, rela bersama mu kala kau jatuh. Untuk mendapatkan semua itu bukan sekadar harap dan menanti, tapi kau juga harus menjadi. Terima kasih buat teman yang umpama penjual minyak wangi. Walau ku tak mampu menjadi seperti kalian, izinkan aku menikmati sedikit haruman buat teladan.

ingatkan aku kala aku lupa,
pujuklah aku kala aku sendu,
didiklah aku kala mula alpa,
sedarkan aku bahawa syurga bukan percuma~

Thursday, September 10, 2009

merundum

sedetik.. dua detik.. tiga detik..

Ramadhan berlalu..

berdebar + resah + gelisah = banyak dosa

"ighfir zububy, Ya Allah.."

kemudian aku ulang lagi

"ighfir zunuby Ya Allah.."

dan aku ulang lagi..

*sigh*

*sigh*

*sigh*



lagha ku terlampau

dosa ku menggunung

ighfir zunuby Ya Allah..


sepatutnya ku hintung kesyukuran

tp seringkali ku hintung kesukaran

ighfir zunuby Ya Allah..


segalanya merundum

kalaulah ada graf iman umpama bacaan EKG

mungkingkah mendatar bacaannya

sesekali naik sikit

dan turun mendatar semula

hati mati.....

ighfir zunuby Ya Allah..


Allahumma balighna Ramadhan

aku ingin Ramadhan


tp sejauh mana ku hargai RamadhanMu?

tetap aku inginkan Ramadhan

izinkan aku bertamu di RamadhanMu akn dtg

izinkan aku bertamu di lail al-Qadr Mu ='(


(layakkah...??)

*sobbing*


*Ya Allah, kurniakan aku hati yg baru...*


Monday, July 13, 2009

teristimewa buatmu,D.H.H. @>;-

Bismillah..



Awk ingat tak lagi waktu kt Puteri Wilayah,
awak, kte, Ona n Hannah penah janji
“no love before 18teen”
Siap ada surat perjanjian lagi. Lucu,kan?
Kecik lagi waktu tu, tak faham tuntutan yang sebenar.
Konon2nye bila dah 18 tahun,
kte ni dah cukup besar untuk mengenal erti cinta.
Kanak2..

Awk ingat tak lagi waktu kt Puteri Wilayah,
Kte penah di cop anti-lelaki?
Semuanya sbb masing2 belum teringin nk couple
Tak pernah ‘terima’ mana2 lelaki
(plus) kurang gemar pd mereka2 yg bercouple
Tak baik kan kte ni?
Sepatutnya benci kemungkaran ja, bukan org2nya sekali
Kanak2..

Awak ingat tak lagi waktu kt Puteri Wilayah,
Ust Hamdi selalu lecture kte2 ni pasal couple?
Kadang2 tu, sampai terasa bosan (astaghfirullah)
Konon2nya kte ni yakin yg diri dah tsabat
“Saya pesan ni, bila kamu masuk Universiti nanti..”
Tapi Ust tetap tak jemu kan
“bila masuk first year nanti, jgn dok layan abg2 final year naa, Hannah”
kesian Hannah, tergamam waktu tu
“Ust ade kasyaf,ke..?”
Kanak2..

Awak ingat tak lagi waktu kt Puteri Wilayah
Awk, Ona, Hannah, selalu ja kena usik
Maklumlah, kawan2 kte ni perfect package
Tapi kwn2 kte ni, pi mai pi mai tang tu ja
Kawan2 kte bagus sgt
Kte ni pulak bajet protector yg hebat
Kanak2..

Awk ingat tak lagi semua tu?

Awk sedar tak lagi sekarang ni
Kte di uji balik dgn semua yg kte pegang dulu?

Awk sedar tak lagi sekarang ni
Dugaan datang dalam pelbagai sudut?

Awk sedar tak lagi sekarang ni
Kte di kejar dengan kata2 kte yang lalu?

Awak sedar tak lagi sekarang ni
Kte amat mengharapkan kekuatan dari yang lain?

Awak sedar tak lagi sekarang ni
Kte saling memerlukan lebih dari waktu itu?

Awk teruji sbg hiasan dunia yg indah
Kerana Allah tahu
kemampuan kelopak menjaga Izzahmu
Kerana Allah tahu
Tajam durimu menghunus dugaan2 itu

Buktikanlah!
Mulia mu tak mudah di gugah
Buktikanlah!
Sayangmu tak mudah di serah
buktikanlah!
awk bukan saja Dr yg merawat fizikal manusia
tp juga Dr yg menyuburkan taman2 hati insan

walau lautan memisahkan jarak
awak, kte, ona dan hannah sentiasa dekat
uhibbukunna fillah
abadan abadaa



~bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba~
~bersama menjana muslimah ideal~

Sunday, May 10, 2009

jual barang atau jual orang?

bismillah..


pertamanya, saya ingin memohon jutaan kemaafan andai penulisan saya selepas ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. entri ini adalah pendapat peribadi penulis dan tiada di kaitkan dengan yang hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. (entri ini di tulis dalam keadaan emosi yg kurang stabil. sebarang kesilapan kata, harap di maafkn)


ada beberapa hal yang membuatkan saya terimbas kembali peristiwa lalu. pasti ramai yang maklum akan keadaan di PC fair yang penuh sesak hinggakan nak bernafas pun susah lebih-lebih lagi bila tibanya waktu puncak (pada hari-hari terakhir). dalam keadaan separa terpaksa, saya langkahkan juga kaki kesana untuk membeli keperluan wajib. sesekali, abah di jadikan benteng merempuh ribuan makluk yang pelbagai ragam.

sememangnya saya mudah pening pabila berada dalam keadaan yang sangat ramai orang. di tambah dengan permandangan yang menyakitkan mata, cukup package untuk saya katakan, saya kurang gemar PC fair (shopping mall, exhibition and etc~). tak cukup dengan rojak manusia lelaki dan perempuan, model2 yang membantu 'melariskan jualan' turut sama 'memanaskan keadaan'. aduh.. sakit mata di buatnya. malu, segan, geram, kesian, segalanya jadi rojak juga.



"nk jual barang ke, nak jual orang?"

persoalan yg tercetus di minda bila berhadapan dengan situasi seperti ini. perasaan yang pertama sekali timbul adalah 'kasihan'. kasihan kan wanita2 yang tak sedar bahawa diri mereka di eksploitasi untuk melariskan jualan. kostum yang jelas kekurangan kain di jadikan pakaian. tubuh gebu dan langsing mereka menjadi tatapan umum dan jamahan ribuan mata yang memandang. malu saya nak gambarkan selebihnya. kasihan diri mu, wanita....

kasihan juga pada lelaki2 yang ingin menjaga pandangan. pasti sukar, bukan? meskipun model2 itu rata2 bukan beragama Islam, akibat daripada pendedahan tubuh mereka yang terlampau adalah sama. wanita marahkan lelaki yang bermata keranjang, merenung setiap inci tubuh mereka tapi mereka yang dedahkan. umpama umpan di tayang2 depan mata, kemudian kita pula marahkan ikan yang memakannya.

seterusnya adalah keadaan filem2 terutama filem melayu yang usahkan di tanya tentang nilai2 Islam, nilai ketimuran juga entah tercampak ke lubuk mana. nak jual filem atau jual pelakon? rempit, anak halal dan yang terbaru saya dengar adalah BOHSIA. terlihatkan triller nya saja sudah menjijikkan (maaf, sedikit kasar), tak sanggup nak tengok. demi untuk menginsafkan KONONNYA, pelakon2 wanita yang MUSLIM berpakaian seperti... (kalian sedia maklum, mungkin). kalau dulu heboh artis lelaki di banned kerana beraksi kurang sopan, kenapa artis2 wanita ini di halalkan saja tindakan mereka? setelah beberapa filem 'menginsafkan' seperti ini di keluarkan, tidak pula saya dapati kes gejala sosial berkurang. makin parah, adalah. inilah situasi negara Islam.

perkongsian dari kak had setelah merujuk seorang ustaz, aurat itu adalah sesuatu yang HARAM di dedahkan dan HARAM di lihat. Dosa bagi yang mendedahkan dan dosa juga pada yang melihat. bagaimana lelaki nak tengok berita andai pembacanya seorang perempuan yang tidak bertudung? bagi ulama' yang syadid, mereka menyatakan untuk mendengar suara sahaja tanpa melihat si pembaca berita. serius kan hal ini? andai dalam hal yang penting seperti menonton siaran berita juga di haramkan, melihat filem2 sebegini apatah lagi.


rata2 masyarakat marahkan statistik gejala sosial yang meningkat tapi virus2 yang mendorong ke arah itu, tidak pula di bendung yang akhirnya menjadi barah! nah, akibatnya gejala rogol, sumbang mahram, cabul dan sebagainya makin berleluasa. lebih parah lagi bila ikan2 sudah tak kenal umpan asli dan umpan bayangan sehinggakan yang bertudung litup juga menjadi mangsa. saya kurang pasti sama ada, etika pemakaian untuk pameran seperti PC fair wujud. tapi etika pemakaian untuk pelakon saya pasti, ada. namun setakat mana penguatkuasaannya, boleh kita nilai sendiri... wallahu'alam..

Wednesday, May 6, 2009

nasib si santan dan mutiara

bismillah

apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang.
yang pertama, kamu jadi seperti kelapa.
mudah di peroleh, di parut, di perah, dan di ambil santannya,
selepas itu hampasnya di buang.

yang kedua, kamu menjadi sebutir mutiara,
berada d dasar lautan tersimpan rapi di lindungi kulit.
bukan senang nak melihat, apa lagi nak mendapatkannya.
hanya org yang bertuah berusaha menyelami dasar lautan, dapat memperolehnya.
harganya mahal sekali dan ia akan tersimpan selamanya.
jadi, kamu pilihlah sama ada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara.



di sebalik santan, menjadi penyedap makanan,
di perah segala kenikmatan, dgn mudah jatuh menjadi titisan
dan akhirnya habis kari di makan.
pulut panggang bersisa habis di telan dan santan hilang tak jadi ingatan.
yg terasa hanya kelazatan kari dan pulut panggang.
org tak kenang jasa santan.



mutiara, tertanam di dasar yg paling dalam.
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana di lapisi kulit keras yg menghadang
namun kiranya di temui insan,
akan menjadi permata hiasan
terletak tinggi di cincin idaman atau di leher nan jinjang atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam, makin tinggi nilaian.

tentukan mana pilihanmu..

Tuesday, February 17, 2009

kisah mu mujahidah~ (siri tarbiyyatun nafs)

bismillah..
Ini bukan kisah para sahabat di zaman Muhammad SAW juga bukan kisah jundullah di zaman khulafa' ar-rasyidin. Ini kisah DI ZAMAN INI. Saat bergenang titis mata ku mendengar ceritera kisah mu, ku merasakan kehadiran kau di sisi. "teruskan perjuangan di medan ini, adikku. Sungguh indah bila saat kembali nanti". Indah pesona saat kembali mu seunggul keperibadimu. Syahidah itu tak kan pernah "mati". Moga nukilan ku yang sedikit ini mampu memberi nafas pada ruhul jadid, (diri ini sendiri terutamanya) untuk tetap tabah dan thabat di jalanNya..

--------------------------------------------------------


Apalah kalimah yang dapat menggambarkan perasaan si ayah tatkala melihat puteri sulungnya terbaring lemah di pembaringan. Walaupun doktor memberitahu keadaan kesihatan puterinya semakin stabil, tetap si ayah menyiapkan diri dengan pelbagai kemungkinan. Melihatkan keadaan puterinya yang menghidap penyakit sendi yang kronik, si ayah sebagai seorang yang kuat pegangan agamanya pasrah.. (2:216)

"Kakak, ayah nak ke surau ni ", Kehadiran bulan rahmat Ramadhan di sambut dengan kesyukuran walau mehnah bertubi melanda.

"Mari laa duduk sini kejap.. borak dengan kakak", pinta si puteri ayu.

Ayah akur dan melabuhkan punggungnya di sisi si jantung hati..

" Malam ni ayah berbuka dengan kakak,ya..?"

" maaf, kakak.. ayah dah janji nak berbuka dengan jema'ah di surau ", bagai di tusuk sembilu hati si ayah kerana terpaksa membelakangkan pinta buah hati pengarang jantungnya. Seorang da'ie tak kan pernah memungkiri janji, kata-kata yang memujuk si ayah.

"Ayah, along nak kawin.. " senyuman malu Hajar mekar terukir di bibir. Hajar, setegar srikandi agung pemilik asal namanya. Kau juga begitu.

"Kakak dah ada calon,ke? " ayah meminta kepastian sambil tersenyum..

" Belum lagi.. hee.. ", Tabah sungguh dirimu duhai mujahidah.

" Nanti bila kakak dah ada calon, bagitau abah,ye.. die kene tidur 3 hari 3 malam dengan ayah ", mereka ketawa anak beranak. Mungkin tawa yang terakhir buat si ayah.

--------------------------------------------------------

Di surau, si ayah acap kali meraba koceknya. Bimbang kalau-kalau ada panggilan kecemasan dari rumah. Jasadnya di situ namun mindanya jauh membayangkan puteri kesayangan yang sedang menunggu saat di jemput kembali.

Di rumah, Hajar menyatakan hasrat untuk solat isya' lebih awal pada malam itu. Hajar yang terbaring di atas katil di imamkan solat oleh umminya di hujung bahagian depan katilnya.

"Assalamualaikum warah matullah...", usai salam terakhir solat witir, si ibu menoleh ke arah puteri tercinta.

kaku, tanpa gerak.

Panggilan 'kakak' tidak di sahut. Wajah tenang itu tetap kaku. Si ibu lantas menelefon ayah agar pulang segera. Hati ibu mana yang dapat menerima kenyataan pemergian ruh yang di kandung selama sembilan bulan sepuluh hari itu dengan mudah? Ayah akur dengan permintaan ibu untuk membawa kakak ke hospital walau sang ayah tahu, kakak telah pergi menghadap cinta nya Yang Satu.

Melihatkan mata along yang sering juling ke atas semasa perbualan sebelum ke surau tadi memberi sedikit tanda kepada si ayah akan masa untuk puteri sulungnya di jemput kembali sudah hampir. Pengesahan hospital memberitahu, kakak telah meninggal sewaktu di rumah lagi. Kakak meninggal waktu solat. SubhanAllah!! Indah saat kematianmu mujahidah....

--------------------------------------------------------

Antara tanda-tanda seseorang itu matinya dalam husnul khotimah adalah jumlah orang yang hadir untuk sama-sama mendirikan solat jenazahnya adalah luar biasa ramainya.

Sungguh, surau yang baru di bina dan kurang di ketahui umum sesak pada saat itu. Berpusu-pusu orang hadir untuk mensolatkan jenazah si mati sehingga si imam turut kagum. Belum pernah dia melihat jema'ah seramai ini untuk solat jenazah seusia 20-an.

"Siapakah si mati ini? SubhanAllah, hebat sungguh orangnya", si imam kagum.

siapa sangka gadis yang baru menjejak usia awal 20-an mampu menyemai benih taqwa sehingga kematiannya di naungi puluhan ribu malaikat? Siapa sangka gadis yang baru berada di tahun satu program ijazahnya mampu memancing puluhan hati untuk sama-sama mensolatkan jenazahnya?

Saat sahabiah melangkah ke bilik Hajar, harum wangi semerbak menusuk hidung-hidung mereka. Bulu roma mereka meremang. Apakah ini yang selalu rasulullah khabarkan..? Ibu kak Hajar didesak agar memberitahu apakah wangian yang di tabur sehingga harum kamar milik sahabat mereka. Air mata makin lebat membasahi pipi. Sungguh, tiada apa yang diletakkan di kamar tersebut! Selama semiggu wangian itu kekal dan seminggu itu jugalah tetamu tidak putus-putus menziarahi keluarga kak Hajar.

Sekembalinya ke kampus, para sahabiah kembali bercerita tentang kak Hajar. Kerinduan mereka terhadapnya membuak. Salah seorang sahabiah membuka cerita tentang perasaan yang timbul tatkala melihat jenazah tenang kak Hajar. Seolah-olah wajah itu berbicara lembut;

 "Teruskn perjuangan sahabatku.. Marilah ikut Hajar... Indahnya bila berada Di sisi Allah ini.."

Dengan kuasa Allah, rupa-rupanyanya, sahabiah yang lain juga turut merasakan perasaan yang sama tatkala menatap wajah kak Hajar buat kali terakhir..

--------------------------------------------------------

Bukanlah diri ini memuji mu untuk kau di sanjung.. Cuma inginku kongsikan kisah hidupmu agar dapat ku jadikan qudwah hasanah di zaman ini. Satu hari, kak Hajar menangis teresak-esak sehingga menimbulkan kerisauan teman sebiliknya. pabila didesak, barulah di beritahu akan asbab kesedihannya iaitu kerana tertinggal solat tahajjud.

Tidak berapa lama selepas pemergian kak Hajar, bapanya dipanggil ke kampus untuk menerima anugerah 'dean list' kak Hajar. Kau bukan sahaja srikandi di medan dakwah, malah kau juga pejuang akademik yang unggul.. hebat diri mu..

Keletah kak  Hajar yang sangat suka bercerita itu pasti di rindui. Walau jasad kak Hajar tiada lagi, semangat yang di tiup olehnya sentiasa bersemadi dalam tiap-tiap hati sahabat seperjuangannya di medan yang penuh onak itu. Benarlah simpulan aqidah itu mengatasi ikatan darah.

menggapai tittle syahidah bukanlah sesuatu yang mudah. Kenanglah kisah Zainab al-Ghazali yang di seksa penuh kezaliman.. badannya di sebat tanpa belas.. berbirat.. kemudian di rendam pula bersama luka2 di badan dalam air.. Allah... Sehingga ada ketikanya, anjing2 yang kebuluran dan tidak diberi makan selama seminggu di lepaskan dalam sel beliau.. Hanya Allah di hatinya.. Mindanya mula membayangkan dagingnya di robek rakus oleh anjing2 yang kebuluran tersebut.. namun dengan kuasaNya, segalanya berubah.. Anjing yang kelihatan sgt lapar tadi sedikit pun tidak menyentuh tubuh beliau.. Allahu Robbi...

semoga kau bahagia di sana bersama janjiNya untuk pejuang agama seperti mu.. nantikan daku..~ (al-fatihah)

Monday, February 9, 2009

tika senja berlabuh.. ~al-fatihah~

bismillah~

sedang sahabat2 lain berbincang berkenaan slide show dan pengisian log book assignment Problem Based Learning (PBL) kami di sofa, kte terpaksa mencari ruang yg mempunyai plug untuk charge laptop memandangkn pemiliknya ini kurang gemar mengcharge battery. Sudahnya, tempat yg paling sesuai adalah surau ground floor mahallah zainab bagi meneruskan kerja2 mengemaskini report PBL. Berbeza dengan mahallah aisyah yang sudah lama terbina, mahallah zainab mempunyai kelebihan facilities yang agak terkedepan. Surau pun ada pendingin hawa.

Hampir sejam berlalu, azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib. Sahabat lain sudah pulang mungkin memandangkan masing2 ada urusan yg perlu di selesaikn. Ketikan Toshiba Satellite di hentikan seketika. Sepahan peralatan tadi dikemas ala kadar agar tidak terlalu bersepah. Kte melangkah ke tempat wudu' yg baru pertama kali di jejak. bersih. Ada paip air yg melalui penapis. Boleh ambil air minuman terus dr situ. Seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang 4 tahun turut sama berada di situ, mengikut ibunya mngambil wudu' sambil mulutnya petah bertanyakan itu dan ini. "adik tak boleh masuk sini sebenarnya. jgn kacau kakak. amik air semayang kat ibu, sini". si ibu tersenyum.

selesai mengenakn telekung, kte melangkah ke bahagian depan surau. Ada sesuatu yg menarik kte rasakan. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan umur 70 tahun sedang khusyuk berdoa. Sebaya nenek kte, mungkin. Dalam keadaan berdiri, tangannya di cekup erat ke wajah sambil badannya bergerak sedikit ke depan dan belakang. khusyu'. Pandangan mata beralih pula ke bahagian depan sejadah nenek tersebut. Kelihatan beberapa naskhah buku terbentang. Dua daripadanya kelihatan seperti bahagian naskhah al-quran yg sgt usang. Warnanya kusam dan hampir setiap helaiannya koyak dan hampir putus. Sebuah buku lagi tertera bacaan tahiyyat akhir beserta gambar sewaktu duduk tahiyyat.

Bahu kte di tepuk. Kehadiran ibu tadi bersama anaknya, kak sakinah yg juga sepengajian dengan kte sedikit mnyedarkn diri ini dari terus-terusan memerhati. Kami solat jema'ah bersama. Usai solat, kak sakinah memperkenalkn kte kpd ibunya. Kami bersalaman. Sempat menoleh seketika kepada nenek tadi yg juga baru selesai solat, sedang melipat telekung. Senyuman manis terukir di wajahnya sebelum kte melangkah kembali ke belakang surau. Segala peralatan di kemas sepenuhnya sambil menunggu ketibaan abah untuk pulang ke rumah.

sampai sekarang masih teringatkn nenek tersebut. Hebat mujahadahnya. Mungkin sudah lupa bacaan akibat usia yg lanjut, di bentang buku bagi memudahkan bacaan. Hidup manusia umpama roda,kan. Tiba masa kte akan kembali dhaif seperti zaman anak-anak dahulu. Tapi, apakah sempat untuk kte sampai ke tahap itu? wallahualam.. tiada kepastian.

Peristiwa beberapa jam yang lalu salah satu buktinya. Beberapa kali juga ummi telefon bertanyakan sama ada kakak ada telefon atau tidak hari ini. Sejak pagi lagi kakak ada di hospital, menemani sahabat sepengajian merangkap bekas housemate nya yang sedang nazak akibat leukemia. Seluruh keluarganya juga telah di minta oleh doktor untuk berkumpul sejak pagi di wad ICU.

Panggilan telefon dari ummi sebaik azan maghrib berhenti berkumandang, agak memelikkan. Innalillahi wa innailaihi rooji'un.. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kan di kembali kan. "kakak telefon ummi tadi. Kak Huda dah meninggal. Menangis kakak call tadi". Disertakan dengan doa dan nasihat2 dari ummi. Allahu Robbi. Mana kepastian usia muda menjanjikan hidup yang lama? Kak Huda, pelajar tahun tiga jurusan perubatan di USIM yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.15 pm, 9 febuari 2009 bersamaan 13 safar 1430 ~al-fatihah~

Tuesday, January 27, 2009

mencintai sejantan 'Ali



kalau cinta berawal dan berakhir karena Allah,
maka cinta yang lain hanya upaya menunjukkan cinta padaNya,
pengejawantahan ibadah hati yang paling hakiki:
selamanya memberi yang bisa kita berikan,
selamanya membahagiakan orang-orang yang kita cintai.

-M. Anis Matta-



ada rahsia yang tersimpan di lubuk hati 'Ali, tanpa siapa pun mengetahui.

fatimah. sahabatnya ketika kecilnya, puteri kesayangan rasulullah yang juga sepupunya itu sangat mempersonakan. kesantunannya, ibadahnya, akhlaknya. ingatkah ketika suatu hari, ayahanda tercinta pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang di lumur isi perut unta. fatimah membersihkannya dengan berhati-hati, ia seka dengan penuh cinta. dia tempelkan perca di luka si ayah bagi menghentikan darah. semuanya di lakukan dengan mata berkaca, hati menderita.

Muhammad ibn Abdullah, seorang Al-Amin tidak layak di perlaku sebegitu rupa oleh kaumnya! maka berlalulah gadis cilik itu menuju ka'abah. di sana, dia berhadapan pemuka-pemuka Quraisy yang sedang enak tertawa bangga dengan tindakan mereka kepada rasulullah. nyaring seorang fatimah mengherdik mereka. terdiam semuanya. waktu seolah berhenti daripada membenarkan mereka bersuara. mengagumkan!

'Ali tidak tahu apakah rasa itu cinta. tapi dia memang tersentak saat perkhabaran sampai kepadanya, karibnya fatimah di lamar insan yang paling akrab dengan rasulullah. lelaki yang membela Islam dengan nyawa dan hartanya sejak mula-mula penyebaran risalah. lelaki yang di gelar as-siddiq kerana tidak pernah bertentangan dengan nabi shallahu alaihi wasallam. susuk itu ialah Abu Bakr Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali berbicara.

siapalah dia untuk di bandingkan dengan Abu Bakar. kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama walaupun Abu Bakar bukan kerabat dekat nabi seperti dirinya. namun keimanan dan pembelaannya kepada Allah dan RasulNya tak tertandingi. lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di tempat tidur baginda.

lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. lihatlah berapa ramai tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang memeluk Islam dek sentuhan Abu Bakar; iaitu’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash dan Mus’ab.

lihatlah berapa banyak hamba muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar? merekalah Bilal, Khabbab, keluarga Yassir dan ’Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar adalah seorang saudagar. InsayAllah dia lebih mampu membahagiakan Fatimah. 'Ali hanya pemuda miskin, daripada keluarga yang jiga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

setelah berlalu beberapa waktu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harapan di hatinya yang sempat layu. lamaran Abu Bakar ditolak. ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.

Ah... rupanya ujian itu belum berakhir.

Setelah Abu Bakar, datanglah melamar Fatimah seorang lelaki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang lelaki yang membuat syaitan berlari takut dan musuh-musuh Allah menjatuhkan lutut. ’Umar ibn Al Khaththab. Ya, Al-Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah.

’Umar memang lewat memeluk Islam, dalam 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakr. Tapi siapa yang sangsi akan ketulusannya? Siapa yang sangsi kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang sangsi pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, ’Ali sendiri sering mendengar nabi berkata;

”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar..”

Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah.

cubalah bandingkan bagaimana 'Umar berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya. ’Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang menekan. Maka dia hanya berani berjalan di waktu malam. di waktu siang, dia kan bersembunyi di balik bukit pasir. menanti dan bersembunyi. ’Umar telah berangkat sebelumnya. Ia tawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah.

”Wahai Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan halang ’Umar di balik bukit ini!”

’Umar adalah lelaki pemberani. ’Ali, sekali lagi sedar. Di nilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, dia pemuda yang belum layak menikah. apalagi menikahi Fatimah binti Rasuluillah! Tidak. ’Umar jauh lebih layak.

Dan ’Ali redha. Mencintai tak bererti harus memiliki. mencintai bererti pengorbanan untuk kebahagiaan orang yang kita cintai. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan-itulah keberanian. Atau mempersilakan-yang ini pengorbanan.

namun, khabar menyapa bahawa lamaran Umar juga di tolak. 'Ali bingung.

adakah seperti Uthman yang gagah perkasa, sudahpun menikahi Ruqayyah binti Rasulullah? adakah seperti Abul ’Ash ibn Rabi’, saudagar Quraisy itu, suami kepada Zainab binti Rasulullah?

Ah... dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatkan dirinya hilang percaya diri.

di antara mmuhajirin, hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka. Atau sebenarnya Nabi ingin mengambil menantu dari ansar untuk mengeratkan persaudaraan dengan mereka? Sa’d ibn Mu’adz kah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’d ibn ’Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?
”mengapa bukan engkau yang mencuba, kawan?”, kalimat teman-teman ansarnya itu membangunkan lamunan.
”mengapa engkau tak mencoba melamar Fatimah? aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda Nabi..”
”aku?”, tanyanya tak yakin.
”ya. engkau wahai saudaraku!”
”aku hanya pemuda miskin. apa yang mampu aku berikan?”
”kami di belakangmu, kawan! semoga Allah menolongmu!”
’Ali pun menghadap Sang Nabi. maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fatimah.

ya, menikahi.

diaa tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya. hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya.

tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? itu memalukan! meminta Fatimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? itu sangat keanak-anakkan.

”engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. pemuda yang siap bertanggungjawab atas rasa cintanya. pemuda yang siap memikul risiko atas pilihan-pilihannya. pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.

lamarannya berjawab, ”ahlan wa sahlan!”. kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.

dan ia pun bingung. apa maksudnya? ucapan selamat datang itu sulit untuk di tafsirkan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. mungkin tidak sekarang. tapi dia bersedia untuk di tolak. itu risiko.

tetapi... kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung jawapan. apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan.

ah..! itu menyakitkan.

”bagaimana jawab Nabi, kawan? bagaimana lamaranmu?”
”entahlah..”
”apa maksudmu?”
”menurut kalian apakah ’ahlan wa sahlan’ bererti sebuah jawapan!”
”dasar bodoh! bodoh!”, kata mereka. ”eh, maaf kawan.. maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! ahlan saja sudah berarti ya. sahlan juga. dan kau mendapatkan ahlan wa sahlan, kawan! dua-duanya bererti ya!”

hanya Allah yang mengetahui syukurnya rasa seorang 'Ali.

’Ali pun kemudian menikahi Fatimah dengan menggadaikan baju besinya. dengan rumah yang ingin disumbangkan kawan-kawannya tapi Nabi berkeras untuk menanggungnya. itu hutang di atas keberanian 'Ali untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fatimah. dengan keberanian untuk menikah. sekarang. bukan janji-janji dan nanti-nanti. ’Ali adalah gentleman sejati. tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki pendapat, “laa fatan illa ‘Aliyyan! tak ada pemuda kecuali Ali!”

inilah jalan cinta para pejuang. jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. seperti ’Ali; ia mempersilakan atau mengambil kesempatan. yang pertama adalah pengorbanan. yang kedua adalah keberanian. dan bagi pencinta sejati, selalu ada yang manis dalam mencecap keduanya.

....di jalan cinta para pejuang, kita belajar untuk bertanggungjawab atas setiap perasaan kita...

Saturday, December 6, 2008

srikandi talk dari ustazah fatimah syarha (zikr maut)

bismillah...

ada yang masih tak kenal pada novelis islamik, ustazah fatimah syarha? penulis yang sedang mencipta nama dalam bidang penulisan dan kini bergiat aktif memberikan ceramah motivasi pada remaja. di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat pengantin baru pada kak ha dan akh farhan hadi.. moga bait muslim yang di bina kekal hingga ke syurga sana.. ameen..~



tak ingat dah tarikh kak ha datang sebab di sini kini sedang di hujani majlis ilmu.. subhanaallah.. permulaan sem yang saya rasa sangat-sangat bagus.. moga berterusan.. bertempat di court zc, kak ha mengingatkan srikandi2 agar menjadi MAWAR AGAMA. sentiasa bersedia menhunus duri pada setiap mehnah yang hadir..

srikandi talk~ (rumus)

kita pasti nakkan kubur kita menjadi salah satu dari taman-taman syurga kerana kubur orang Islam itu di gambarkan luas dan penuh ketenangan. malah, amalan-amalan baik di atas dunia ini akan menemani kita berzikir sehingga hari Qiamat, berupa lelaki atau wanita yang soleh. hal ini ada di jelaskan dalam kitab-kitab tafsir.

namun, azab siksa kubur itu amatlah pedih bagi mereka-mereka yang kufur. pabila ditanyakan mengapa Allah menggambarkan azab sempitnya kubur itu sehingga berselisih tulang rusuk, bukan patah tulang belakang atau patah tengkuk? 'Dr ummah', zauj kak ha menjawab, dalam bidang perubatan sendiri merekodkan bahawa pembedahan yang paling sakit adalah pembedahan pada tulang rusuk.

tidak hairanlah baginda SAW bersabda, orang yang paling bijak dalam kalangan kamu adalah orang yang paling mengingati mati. orang yang sering mengingati mati itu pasti memulakn langkahnya berpandukan petunjuk wahyu dan bukannya nafsu kerana segalanya nanti akan di pertanggungjawabkan oleh Allah swt. segala amalan kita akan dipertontonkn di hadapan khalayak ramai. malunya manusia saat itu sungguh tak tergambar sehingga luruh kulit-kulit wajah. saat di kumpulkan nanti, manusia akan ditenggelami dengan air peluhnya sediri kerana ketakutan. bagi orang yg beriman, masyaAllah... pasti bahagia keadaan mereka di sana tatkala yang lain ada peluhnya setakat lutut, ada juga yg lemas dalam peluhnya sendiri! ~naudzubillahimindzalik~
"mengapa Allah menggambarkan azab sempitnya kubur itu sehingga berselisih tulang rusuk..? bukan patah tulang belakang atau patah tengkuk..?"
"baginda SAW bersabda, org yg paling bijak dalam kalangan kamu adalah org yg paling mngingati mati."
"segala amalan kita akn dipertontonkn di hadapan khalayak ramai. malunya manusia saat itu sungguh tak tergambar sehingga luruh kulit2 wajah"
ada orientalis yang membantah hal mengenai siksa kubur dan alam barzakh, juga menyatakan bahawa alam barzakh itu adalah ciptaan orang Islam semata. untuk membuktikan hujahnya, dia meletakkan mayat seorang mati di hadapan orang ramai. tiada sebarang bentuk siksaan, penyoalan mahupun riak pelik pada si mati. jadi, apakah buktinya alam barzakh itu wujud? andaikan diri anda berada di situ, apakah hujah anda bagi mempertahankan kalam Allah dan wahyu yang di sampaikn oleh baginda? org Islam yang lemah pegangangan agama, yang kurang jelas fikrahnya tentang Islam, pasti saja mudah goyah.

menjawab hujah orientalis tersebut, ulama telah menggunakan logik science juga. cuba kita lihat pada orang yang sedang tidur. tenang saja kelihatan. tapi apakah kita tahu, apa yang sedang dia alami olehnya di alam mimpi? mungkin saja sedang di kejar binatang buas yang mengerikan, jatuh bukit atau sedang menikmati buah-buahan lazat. kita nampak biasa saja tapi rohnya yg sedang mengalami azab, hanya Allah yg tahu. Allahuakbar~ contoh yang sangat logik.
apakah buktinya alam barzakh itu wujud..??

Allah memberi ukuran alam dunia dengan alam akhirat itu umpama alam mimpi dan alam nyata. di mana bila tiba saat di alam nyata yang kekal abadi nanti, ramai manusia yang menyesal teramat sangat kerana tidak membuat bekal semasa hidup di alam yang sekejap itu. sebab itulah kita kena bersedia setiap masa. andai terdetik untuk berbuat baik, maka segerakanlah. andai terdetik untuk bertaubat, sahutlah dengan bersungguh-sungguh kerana kita tak tahu bilakah kita akan di jemput menghadapNya.

kembalilah pada fitrah baik, fitrah cemerlang kita di saat awal kejadian. lihatlah kecemerlangan kita, saat sperm menembusi ovum. subhanAllah! sangat cemerlang yang mana sperm-sperm lain semuanya mati. kita yang hebat-hebat ini saja yang mampu survive dan wujud hingga ke saat ini. Allah menjelaskn fitrah manusia ini hebat, baik. bukan seperti fahaman orang kristian bahawa setiap anak yang lahir itu mewarisi dosa nabi Adam. walhal dalam kitab bible mereka sendiri menyatakan anak-anak itu tidak mewarisi dosa bapa-bapanya dan begitu juga sebaliknya. mereka sendiri memanipulasi ayat-ayat dalam kitab mereka. jadi betulkanlah kembali fahaman kita. bukanlah jika kita berbuat baik itu, kita sedang hipokrit. tetapi sewaktu kita melakukan kemungkaran, menyalahi fitrah itulah sebenarnya kita yang hipokrit.
"bukanlah jika kita berbuat baik itu, kita sedang hipokrit. tetapi sewaktu kita melakukan kemungkaran, menyalahi fitrah itulah sebenarnya kita yang hipokrit"
wallahualam..

Friday, November 28, 2008

inni akhafullah~

Ya Allah,
janganlah Kau jadikan dosa,
terhadap apa yg mereka perkatakan tentangku..
jadikanlah aku sebaik apa yang mereka sangkakan..
ampunkanlah aku di atas segala dosa yang tidak mereka ketahui..

jangan Kau jadikan kaum ku ini..
sebagai penggoncang iman syuhada' Mu..
hindarilah aku ini Ya Allah,
dari menjadi bahan bakar di neraka Mu..

ampunkan segala ketelanjuran ku..
sama ada yg aku sengajakan mahupun tidak..
ya Allah, sungguh Kau Maha mngetahui..
Yang menguasai setiap degupan jantung ku ini..
malah hal-hal yang lebih kecil dari itu..


Ya Allah,
Kau jauhilah aku dari menjadi bahan fitnah dunia..
Kau jauhilah aku dari menjadi bahan fitnah dunia..
Kau jauhilah aku dari menjadi bahan fitnah dunia..

~inni akhafullah~
~wardatul asrar~
~1.20 am~

Sunday, November 9, 2008

beramal bak debu~

bismillah~

Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak mengetahuinya. Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )



Monday, October 27, 2008

overestimate~


bismillah..

overestimate atau boleh di definisikn sbg, harapan org lain yg terlalu tinggi terhadap seseorang sehingga kadang kala x tercapai oleh insan tersebut sekali gus membawa kpd tensi (tiru saff).. kerana manusia tidak selamanya berada di atas.. juga tidak selamanya berada di bawah.. pernah seorang guru berbangsa siam yg berkahwin dgn seorang yg berbangsa cina bercakap tentang 'kelebihan ank2 mixed-blood'.. ini jg salah satu tindakan overestimate manusia terhadap anak2 mereka yg berkahwin campur..

tidak di nafikn, Islam juga menganjurkn perkara ini (kahwin jauh2 dan jgn kahwin saudara terdekat) bg mngelakkan inherited desease dan mngembangkn keturunan.. bila peristiwa ini di sampaikn kpd family, abah lantas mengeluarkn hujah yg boleh di simpulkn, mixed-blood itu hanyalah additional point yg sgt2 sedikit pengaruhnya terhadap kecemerlangan seseorang kerana genius itu boleh dilahirkn (teringat satu rancangan kt AXN x silap tajuknya becoming a genius).. "try to hold on this mixed-blood thingy and see your examination result"..genius itu perlu di pupuk dgn usaha dan ikhtiar, bukan celik sahaja mata, segala benda telah di ketahui.. bergantung pada usaha, usaha, usaha, sesudahnya di susuli dgn doa dan tawakkaltu a'la Allah..


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang2 yang masih berkerabat kerana anak diciptakan laksana cahaya. Carilah wanita2 yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya."
(Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)


kalau terlalu di overestimate mcm mane? seringkali terjadi bila seseorang yg 'terror'ist dlm sesuatu subjek itu cthnya, bkn lg mnjadi scorer bg subjek tersebut.. pasti ada bisikan2 halus 'die bkn scorer,ke..? knape ngan die tu..?' yg pastinya melipatkaligandakn kesedihan si scorer.. sudah laa result kurang memberangsangkan (tdk seperti yg di harapkn oleh guru2 mahupun rakan) di tambah pula suara2 sumbang.. kecemerlangan pelajar yg di overestimate ini di anggap normal seolah-olah kecemerlangan itu di peroleh percuma.. tp, kejatuhan mereka2 ini pula yg sering menjadi sebutan..

juga sering berlaku pabila sejarah keluarga yg cemerlang, pasti keturunannya (aka adik2) juga di anggap cemerlang yg memarakkan lagi 'the battle of becoming the best among family members'.. mungkin dr satu segi, hal ini dianggap baik sebab masing2 berusaha untuk menjadi yg terbaik antara yg terbaik.. tp dari sudut yg berlainan, hal ini juga menimbulkn tekanan yg agak parah pada seseorang itu.. seterusnya membawa kpd... belajar kerana exam..? (emm.. kte jee kot~).. mudah saja org sebut cthnya, "ala.. kau kan adik abu.. mesti laa scorer mcm die jgk".. tak pun waktu zaman2 result exam keluar, "adik kau dpt berapa, abu? sure straight A cam engkau jgk kn..".. walaupun mereka dua beradik, tetapi mereka tetap individu yg berlain, punya jasad juga pemikiran yg berbeza.. kalaulah mereka2 yg di overestimate ni tak mampu nk mendapatkn semua2 tu.. tekanan, bukan..?

Tuesday, October 21, 2008

qorban: dari sisi lain [repost]

bismillah..

qurban yang selalu di peringatkan buat kita adalah pengorbanan agung nabi Allah Ibrahim juga puteranya Ismail alaihis salam dalam menurut perintah Allah swt. namun, artikel ini mengenengahkan sisi lain pengorbanan yang dapat di lihat juga dalam keluarga mulia nabi Allah Ibrahim.
seandainya tanpa “izin” Sarah, Ibrahim tidak akan meminang Hajar untuk dijadikan sebagai isteri kedua. poligami Ibrahim yang bertujuan untuk ikhtiar memperoleh keturunan pada awalnya adalah sebahagian dari pengorbanan Sarah yang rela memberikan suaminya demi mengharapkan keturunan dari Hajar. pengorbanan Hajar pula ketika ia harus mengarungi hidup tanpa Ibrahim (suami tercinta) di negeri yang sangat tandus dan gersang, Makkah saat itu.

beberapa hal yang dapat diungkap di sini, misalnya mengenai poligami Ibrahim terhadap Sarah dan posisi Hajar di antara mereka. Poligami adalah kenyataan sangat pahit yang harus diterima perempuan. apalagi dalam agama Islam, poligami ‘seakan’ mendapatkan legitimasi dari al-Qur’an dan contoh dari Rasul, tak terlepas contoh yang dilakukan Nabi Ibrahim.

banyak orang tidak menangkap pengorbanan Sarah hingga kemudian dianugerahi anak pada usia yang sudah sangat lanjut. Sarah adalah seorang perempuan yang cantik. Bahkan kerana kecantikannya, Ibrahim pernah memintanya untuk mengaku sebagai saudara perempuannya agar Sarah tidak diambil paksa oleh Raja Mesir yang berkuasa saat itu. bila Raja Mesir mengetahui bahwa Sarah adalah isteri Ibrahim, maka dia tidak segan mengambil Sarah dari sisi Ibrahim. tentu saja pengakuan menjadi saudara perempuan Ibrahim memerlukan kebesaran hati Sarah dan mengorbankan egonya.

ketika Raja Mesir pada akhirnya menghadiahkan Ibrahim seorang hamba perempuan, tanpa segan Sarah mengusulkan kepada Ibrahim untuk memperisterikan hamba yang bernama Hajar itu. satu usul yang mungkin sangat payah untuk diungkap oleh seorang perempuan. Sarah meminta Ibrahim memperisteri Hajar agar Ibrahim dapat meneruskan keturunannya yang tidak diperoleh dari rahim Sarah. pada waktu itu, lelaki beristeri lebih dari satu sesungguhnya bukan hal luar biasa, bahkan penguasa atau raja sangat lumrah memiliki ratusan isteri. untuk Ibrahim, usulan Sarah adalah hal yang luar biasa. pengorbanan Sarah secara tidak langsung memberikan hak kemerdekaan kepada Hajar yang semula berstatus hamba menjadi manusia merdeka.


dari perkawinan Hajar dan Ibrahim, Allah menganugerahkan mereka seorang anak bernama Ismail. seberapa pun besar hati Sarah, dia tetap manusia biasa yang memiliki keterbatasan, kerana dia pun merasakan “kesedihan” ketika setiap hari menyaksikan kebahagian Ibrahim beserta anak dan isterinya yang lain di hadapannya sendiri. perintah Allah pun turun kepada Ibrahim untuk menghantarkan Hajar dan Ismail ke negeri yang jauh dan tandus bernama Makkah dan meninggalkan mereka berdua di sana. walau Hajar sempat bertanya mengapa dia harus pindah dan kemudiaan ditinggalkan di Makkah, tetapi Hajar akhirnya harus sanggup menerima keputusan bahawa ia memang harus mengasuh Ismail tanpa Ibrahim. Hajar mengorbankan kebahagiaan yang baru saja dirasakannya bersama Ibrahim atas nama titah Ilahiah.

tiada yang dapat mengira betapa besar perjuangan Hajar dalam waktu 6-7 tahun untuk membesarkan Ismail. pengorbanan seorang perempuan dan ibu yang tulus. sedangkan Ibrahim telah kembali kepada isteri pertamanya yang tidak lama kemudian dianugerahi anak bernama Ishak. apa yang terbayang oleh seorang perempuan tatkala dia harus berjuang sendirian dengan anaknya, sedangkan di tempat lain suaminya sedang berbahagia dengan isteri pertamanya. bagaimana Hajar harus meletakkan kesedihannya, tatkala dia merasa bahawa Ismail sebagai anak memerlukan sentuhan kasih-sayang Ibrahim, sang ayah, sedangkan kenyataannya Ibrahim berada jauh dari sisinya dan mendakap hangat anaknya yang lain.

kepasrahan, ketabahan, dan kesabaran Hajar adalah cermin bahwa ‘harga’ pengorbanannya sebagai perempuan, sebagai isteri dan sebagai ibu tidak akan terbeli. bahkan hingga akhirnya dia harus rela melepas Ismail tatkala perintah qurban turun kepada Ibrahim. kalau peristiwa penyembelihan Ismail oleh Ibrahim seringkali dinyatakan sebagai salah satu bentuk ketakwaan Ismail dan Ibrahim, maka apalah yang dapat disandarkan kepada Hajar saat itu? seorang ibu yang mengandungkan anaknya selama sembilan bulan dan membesarkannya tanpa bantuan suami di sisi? lebih-lebih lagi, Hajar sendiri yang berpesan kepada Ibrahim untuk tidak lupa membawa pedang yang tajam untuk menyembelih Ismail, puteranya.

qurban pada akhirnya memang disimbolkan melalui penyembelihan seekor haiwan. selain itu, seperti yang terjadi pada zaman Nabi Muhammad, penyembelihan haiwan bukanlah satu tujuan, tetapi menjadi simbol berlawanan terhadap tradisi yang menindas. misalnya tradisi pada zaman jahiliyah yang seringkali menjadikan perempuan sebagai korban, seperti mengubur hidup-hidup bayi-bayi perempuan atas nama kemuliaan suku atau martabat seorang lelaki, atau menjadikan perempuan sebagai pihak yang boleh diwariskan, atau dikendalikan kaum lelaki.

Islam yang diajarkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan perubahan besar terutama dalam hak perempuan. dari sejarah diketahui bahwa perempuan pada masa itu tidak dianggap sebagai manusia merdeka yang utuh, tetapi hanya sebagai makhluk pelengkap kemahuan lelaki yang dapat dipegang dan dicampakkan sesuka hati. perempuan tidak dibolehkan keluar rumah, tetapi Nabi Muhammad meletakkan perempuan untuk menikmati hak pendidikan dan hak sosial mereka. di sini menjadi wajar dan masuk akal, jika ayat-ayat Al-Qur’an yang turun pada masa-masa awal (ayat Makkiyyah) lebih banyak mengandung ajaran protes sosial terhadap status quo yang tidak adil dan menindas, termasuk menindas terhadap kaum perempuan. 

pertanyaannya adalah apakah semangat Islam pada masa awal iaitu penghapusan ketidakadilan dan diskriminasi dalam segala hal, termasuk terhadap perempuan, masih akan dihidupkan dan diperjuangkan? atau terus dinodai dengan cara yang lebih 'mulia'?

(edited from here )

Monday, October 13, 2008

jagalah hati~




Berhati-hatilah Menjaga Hati…


(Az-zumar ;7-8)


7. Jika kamu kafir Maka Sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu [1307] dan dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu dia memberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan. Sesungguhnya dia Maha mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu.


8. Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; Kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; Sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka".


Kejahatan tu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yg terbentuk perlahan2, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yg diungkapkan, apabila manusia berdosa dia bukan saja menentang ALLAH tetapi juga menentang dirinya sendiri..


Namun rasa berdosa itu tidak lama.. jika dosa yg sama dibuat berulang kali.. rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dgn dosa. Jika dulu ada air mata yg mengalir kerana kekesalan dan penyesalan.. tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah lega utk berdosa.


Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dizalimi tidak akan terhenti kesannya di hati. Dari tahap terbiasa dgn dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi.. tibalah pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dgn dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang utk melakukannya. Rasa ketagih dgn maksiat, rasa gian dgn kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.


Nafsu tidak pernah puas. Kehedaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tdk pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuh raya nafsu, diri yg seronok dgn dosa itu dirasuk utuk ‘maju’ setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat.

Keseronokan dosa menjadikan si berdosa itu pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sbg jalan kebenaran dan denai keindahan. Jgn ada pembela agama yg bercakap ttg akhirat dan kiamat.. pejuang dosa itu pun bgn menentangnya dgn seluruh upaya dan kudrat.


Justeru wahai diri, berhati2lah dgn dosa. Jgn tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan sprti belati yg membunuh tiba2, tetapi ia umpama api dlm sekam yg membara dlm diam. Ketelanjuaran kali pertama jgn disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.


Wahai diri.. ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ‘peringatan’ yg ALLAH bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yg hatimu masih hidup. Bukankah penyesalan itu syarat taubat? Maka susulilah dgn syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dgn ALLAH). Jika dosa itu dgn manusia, tambahlah dgn syarat keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada saranan utk kembali kepada ALLAH. Jgn putus asa oleh taubat yg patah, kerana kasih sayang ALLAH akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.


Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bgn, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yg tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yg maju dan laju tanpa henti2. lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat.


Wahai diri, ingatlah.. sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatatan, tetapi jgn sampai kau tertipu dgn nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa.. tetapi jgn smapai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatn yg menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yg menimbulkan rasa takbur!!

Monday, September 29, 2008

buat yang bakal di madukan

Bismillah..

(petikan temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab - pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel dr blog ummi, Tarbiyatul Qalbi)





WASIAT DARI KU BUATMU Sahabat sahabiahku sekalian!


SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!






JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI…


TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!


PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…


JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!




JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI…


TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….


KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA…


DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

Sunday, August 31, 2008

mati itu pasti~

bismillah..

'1 new message'

'view'

'salam,smlm kta dh khilngn seorg shbt, _ _ _ _ _ _ _ stdnt 1st year engine ..
arwah trjatuh dr tgkt 3 bgunan annex..
sdkhkn ALFATIHAH kpd arwah'

'Aug. 31 2008 07:37 pm'


innalillah.. itu saja yg terluah saat menerima perkhabaran.. tp, betul ke? annex? macam mana? kenapa? mcm2 persoalan yg timbul di minda yang jawapannya telah Rabbul a'lamin berikan, 'kun fayakun'.. bila Dia kata jadi, maka jadilah ia.. subhanallah..

kte amik henset abah, call ain, roomate kte. 'panjang ceritanya..' 'ramai brothers berkerumun dkt laluan tu.. sisters berapa org ja' penjelasan yang hampir 10 minit. sohih. rasa mcm baru sangat dengar girang tawa shake bercerita tentang arwah masa kali pertama mereka bersua..

smalam waktu lunch di Mid selepas reunion maktab, kami bincang pasal ni..

dahlia: 'ingat kak iris? senior puteri wilayah?'
kte : 'emm.. name biase denga. kakak dorm kte ke?'
dahlia: 'kakak kak ayu, tak silap.. tak pastilah'
kte : 'kenape dengan kak iris?'
dahlia: 'dpt berita, die dah meninggal'
kte : '...' 'innalillah..'


sungguh mati itu tak kenal siapa..

kte : 'ingat rai..?'
dahlia: 'rai mana..?'
muhsonat: 'die stdnt akademik, bkn aliran'
kte : 'rai yg slalu dtg kelas ckp psl badminton, rai kak ejat'
dahlia: 'ingat kot..'
kte : 'kte dpt berita dr junior, die pun dah meninggal bulan mei hari tu. kemalangan.'
dahlia: 'bln mei tahun ni? baru lg...'



sungguh mati itu tak kenal waktu..

dahlia: 'kwn adik kte mninggal waktu cuti hari tu..'
kte : 'sekolah mana?'
dahlia: 'adik kte, kt puteri wilayah..'
kte : 'ouh...' '...'
dahlia : 'balik2 sekolah tgk2 dah takda'
kte : 'sebab..?'
dahlia : 'kene gelek lori'


sungguh mati itu tak kenal usia..

kte : 'ramai dah yg baya2 kte meninggal sekarang..'
dahlia : 'a'ah.. takut..'
kte : 'bace paper pasal kapal terbang terhempas kt langkawi?'
dahlia :'yg mane, ye? kenape?'
kte : 'juruterbang pelatih tu, baru 20 tahun. ank mara kte jgk. stdnt mrsm taiping'


sungguh mati itu tak kira di mana..

'bila pula tibanya giliran aku?' 'bagaimana keadaan kembali ku nanti?' 'adakah dalam peluk kasih Mu atau... nauzubillahi min dzalik'.. 'mati itu terlalulah sakit.. di dalam kubur amatlah sempit..'

bait lirik nyanyian hijjaz bermain di bibir.. ya Allah...

'Allahummakhtim lana bi husnil khotimah. wa laa takhtim 'alaina ya Allah bi su'il khotimah..'

peringatan dari Allah buat diri yg sering lalai dan leka.. usia muda tak menjanjikan kehidupan dunia yang lama.. sesungguhnya mati itu pasti.. bila, di mana atau bagaimana bukanlah urusan kita sebagai makhluk.. carilah bekalan taqwa kerana hanya itu yang dapat mnyelamatkan kita di sana.. wallahualam..

Wednesday, August 6, 2008

di antara dua tangisan~

Di antara dua tangisan..
www.iluvislam.com
oleh: wardah_tiey



Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.


AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.


“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.” 

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu" Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.”
Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”