"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, July 1, 2010

kanak-kanak: mengajar erti sabar

bismillah..

di tengah rembang berjalan kaki ke PASTI (pusat asuhan tunas Islam) untuk menjemput mereka.. terkenang.."satu jari.. satu jari.. satu jari Allah jadikan.. tunjuk atas, tunjuk bawah Alhamdulillah.." dari satu jari sampailah ke sepuluh jari. 'berzikir' hari-hari sampai abah pun hafal. kalau mood abah nak mengusik datang, "satu jari.. satu jari..~" makin kuatlah menjerit..
~tunas-tunas Islam~

hampir sepuluh minit berjalan, jumpalah dengan guru mereka yang dipanggil ummu. "ah, ni.. tadi alif kencing dalam seluar. kami takda baju spare.." aduhai.. dah la berjalan kaki. si kecil itu keluar dengan tuala yang hampir terlucut. malu-malu dia sengih sambil gigit jari. kopiah hijau berkait nama masih di kepala. apa fesyen la ni.. beg sandang kecil, kopiah dengan tuala yang cukup labuh untuk tuan. dua abangnya dah keluar dulu. "nape dik lih tak cakap kat ummu nak pegi tandas? baju dik lih mane?" alif membisu. "dalam beg die, ummu masukkan", hafiz jawabkan.

sedang mengemaskan tuala si adik, "kakcik, kim nak beli kat bas boleh?" terpamer gigi yang putih tersusun dengan wajah penuh mengharap. "kim ada duit!", sambil mengeluarkan not RM 1 dari kocek beg. kopiah berkait nik abdullah al-hakim di sumbat menggantikan duit. sekilas menoleh kepada bas yang berhenti betul-betul di depan pasti. datang pula adik lagi seorang, "fiz nak jugak..". alif pula dah berlari keluar pagar ke arah jalan besar. Allahu akbar.. "alif, tunggu!" mengah juga nak kejar seorang-seorang. "alif! lain kali jangan kencing dalam seluar tau. nak buang air, cakap kat ummu nak pergi tandas..", ada suara dari atas bas. alif merapatkan tubuh. sengih, gigit jari.
**********
sampai di rumah, masing-masing nak makan sendiri. adat sudah.. beterabur biji-biji nasi di lantai dan meja. lepas makan, tengok tv dan main. apa saja yang tercapai boleh jadi bahan mainan. "nak tuala..!", ilhami jerit lepas mandi. dia berdiri betul-betul depan pintu tandas. telanjang bulat. "ee.. abang tak malu.. dah sekolah,dah. amik laa tuala siap-siap". tak endah. "ish kakcik ni.. bia la abang.." =.='

tv terpasang tapi remote rosak. battery di pasang terbalik, penutup remote untuk pemegang battery, pecah. hero malaya menunjukkan kehebatan. "sapa bagi rosak remote?" hakim terkebil-kebil. ilhami tunjuk-tunjuk adiknya. "dek kim kakcik, dek kim.. dia main tadi". "a'ah, dek kim", hafiz menjuih ke abangnya. hakim membela diri, "dik kim nak tengok tv je. pastu die jatuh.. bukan dek kim buat.." aih.. anak-anak... tak tau nak cakap apa. berlalu.
~rama-rama & ayam on the wall~ 

di hall pula ada art-work yang sangat 'kreatif'. dinding terlukis dengan pen marker merah. jelas sekali. sekali lagi hero-hero malaya menunjukkan sifat kreatif masing-masing. "ni sapa lukis?" alif dah sengih-sengih. hakim dan hafiz turut serta. "alih yang buat banyak sekali.. fiz buat sikit ja", hafiz bela diri. "ha'ah kakcik. kim pun buat sikit ja", hakim menambah. alif tak pandai nak berhujah. sengih saja. "lih buat.. hee.. chantek.." aduhai... nak cakap apa kat ummi nanti. "buku kan ada.. lain kali tulis kat buku, bukan kat dinding ye.. nanti mak long balik, mak long marah"
***********
tiba petang, hero-hero malaya di jemput ummi abah mereka. dek lah baru sampai rumah.

"kakcik, shampoo kat bilik air yang ada separuh botol dah habis. berbuih tandas ni"

sudah...

check setiap toilet. pintu toilet yang menyambungkan dua bilik terbuka. pintu bilik study yang selalunya tertutup pun luas terbuka. ada sampah dan plastik oreo lagi dalam toilet. kesabaran di uji.. t.t

takpa lah.

moga besarnya kalian menjadi anak-anak soleh..

p/s: menunggu siang untuk soal siasat~

Tuesday, June 29, 2010

tag & cool cakes

bismillah..

dah lama meninggalkan zaman tag-men-tag. kak aji mengembalikan nostalgia. this is for you, kak sebelum kita jumpa kat kuantan nnti InsyaAllah.. (^^,)

apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
*call ambulance dan dapatkan rawatan =) forgive and forget, InsyaAllah. (moga Allah bagi kekuatan). manusia boleh berubah..

6 orang di hati anda
*sama macam kak aji jawab.. 6 tak cukup quota

anda rasa anda comel
*what-say-you

single or taken?
*single yet taken.. taken yet single..

blog yang saya suka?
*muhasabah, memasak, architecture design, experiences

adakah bilik anda kemas setiap hari?
*mungkin

lagu terakhir yang anda dengar
*my ummah (lagu @ blog)

last text message
*received: Tq Dr ;-)
*sent: medic ptg. *etc-etc*

last phone call
*missed: dahlia husna
*received: rosyidah
*dialed: ummi

list 5 kaler feveret anda
*purple, white, selected green, selected pink, maroon

bila kali terakhir YM?
*pagi tadi (10 am +)

game yang anda paling suka?
*sally spa, bakery cooking games, barbie games

adakah anda peminat MCR
*nope

anda rasa tag ni best?
*ok ja..

tagged lagi 10 orang
*sapa rajin nak buat, dipersilakan

********************
gambar-gambar di bawah ni adalah cakes ya sahabat-sahabat. selamat menjamu mata =) terima kasih dik [anesh shapiah] kek-kek ini sangat comel, cantik & menarik. *harap dapat buat cake decoration macam ni satu hari nanti*

crown for beauty princess
crown for prince charming
 
happy graduating!
cool corns
breakfast.. brunch.. supper..
grilled steak anyone?
maaf kepada yang sedang berpuasa rejab. selamat berbuka~ ilal liqa'..

Thursday, June 24, 2010

jangan sombong: hidup untuk mati

bismillah..


alhamdulillah, hingga saat ini masih terkurnia untuk kita nikmat yang tak terhintung banyaknya. masih punya waktu untuk menyemai taqwa sebelum berangkat ke negeri abadi, alhamdulillah.. pancaindera kita nikmat, alhamdulillah. tenaga kita nikmat, alhamdulillah. nafas kita nikmat, alhamdulillah. akal kita nikmat, alhamdulillah. nafsu kita juga nikmat, alhamdulillah. terlalu banyak nikmat Allah.. subhanallah.. tapi nikmatNya yang manakah yang telah kita dustakan?



sama-sama "korek & see" diri..

seminggu lebih sudah sahabat tersayang meninggalkan fana dunia dan seminggu ini jugalah saya berada dalam mode separa sedar. terbayang. seolah mimpi. kadang sendu.. kadang pula seyum, terasa dia dekat sangat. tadi ada baca blog sahabiah, jiran atim bagitahu yang atim tak putus-putus sebut Allah selepas kemalangan. bahagianya.. bahagia sangat-sangat =) tiadalah yang lebih beruntung bagi seorang hamba itu melainkan pengakhiran yang baik, mati dalam iman dan Islam. Allah Ya Mujib.. kalaulah tiba masa kita saya nanti, entah ready entahkan tidak. tiba-tiba..

"cop, Izrail! aku tak ready lagi.."

possible?

Allah..

jangan sombong dengan Allah: hidup untuk mati

pernah tak kita bangun pagi dan terfikir bagaimana penghujung jalan hidup kita? pernah saya rasa takut nak tidur. takut bila dah tidur nanti takkan bangun. ceteknya iman, sedang saat jaga pun Allah boleh jemput,kan.. hidup kita sekarang adalah untuk hayat kita di negeri abadi. andai baik amalan kita, bahagialah kita kat sana. kalau tak, kita semua tahu akibatnya. naudzubillah.. tapi ramai yang sombong (saya la tu) rasa seolah hari esok itu pasti ada untuk aku. taubat bertangguh, amal tak bersungguh. complete package sebagai.. ah.. tanya diri.

ada pula yang takbur, riak, ujub, dengan segala bentuk mazmumah. rasa diri hebat dari Tuhan. rasa diri tahu segala-gala sedang apa yang terkurnia itu hanyalah setitis dari apa yang Allah ada. kalau di gunakan semua pena di dunia ni untuk menulis ilmu Allah, nescaya keringlah lautan sebelum semua ilmu itu tertulis. memang kita tak cakap tapi amal kita yang buktikan. ilmu agama di ketepi, ilmu dunia saja yang kita nampak. kita sombong dengan Allah.. kita lupa yang duniawi dan ukhrawi itu berkait. bersungguh kita dengan fardhu kifayah *alhamdulillah* tapi fardhu ain kita pula bagaimana? haram-halal dah tiada beza. kata-kata ulama' dan orang jahil, kita samakan. asal aku suka, semuanya beres saja.

kita lupa; hebat aku, bijak aku, cantik aku, kaya aku semua milik Allah. semuanya. kita hanya pinjam sekejap ja sebelum dia kejutkan kita dari mimpi dunia. ya, kita berusaha tapi kalau Allah tak izin, semuanya sia-sia. kita ni siapa? dari setitis air yang hina tapi Allah angkat sebagai sesempurna makhluk. bersyukurlah diri.. bersyukurlah diri.. walaupun di saat sempit, di saat sedikit.. di saat sendu mahupun pilu. itu semua rezeki Allah. sungguh Allah tahu yang terbaik. jangan sombong dengan Allah.

tangan boleh saja menari di papan kekunci, mulut boleh saja bicara tentang segala kebenaran. begitu-begini. namun telinga orang yang berkata-kata adalah yang paling dekat dan paling jelas mendengarkan setiap kalimahnya. peringatan itu untuk diri saya. peringatan itu saya dahulu mesti beriman dan beramal dengannya.
wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.  (As-Saff 61:2-3)
Allahuakbar!

doakan saya.

ingatkan saya.

kuatkan saya.
”Ya Allah, janganlah Engkau izinkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun hanya sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu“
sempena bulan Rejab yang mulia ini, suka saya berkongsi entri dari blog seorang [sahabat] berkenaan wasiat ulama'. InsyaAllah, kita sama-sama amalkan. semoga diri lebih bersedia menghadapi bulan yang penuh barakah nanti.

wallahu'alam..

Thursday, June 17, 2010

pemergian yang di redhai

bismillah..

entri ini bukan untuk dia yang telah pergi
tapi untuk aku agar sentiasa mengingati mati
juga untuk kamu agar sentiasa hati-hati
kerana kita takkan pernah tahu bilakan di jemput kembali
**********
kadang-kadang saya drama queen. exaggerate dan fikir macam-macam. semalam saya mimpikan satu hal. mungkin petanda, mungkin juga sebab terlalu memikirkan. "aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang di rejam!" hening pagi.. saat manusia lain lena di buai mimpi, hiba datang menjengah. hiba yang sangat-sangat, hiba yang datangnya tiba-tiba.

bingung.

siang ini segalanya terungkap. panggilan telefon memberi jawapan kepada satu penantian yang mendebarkan. "atim dah takda..", lembut.. sayu.. suara waris di sana. Allah.. Allah.. suara tersekat di kerongkong. "Innalillahi wainna ilairojiun," terungkap senafas, menekup mulut. tubuh menggeletar. mata meliar kalau-kalau Izrail mungkin menjemput saat ini. genang mata di tahan. mengharap ini prank call. tidak. berulang episod saat mendengar perkhabaran tentang [dia] yang menyusul dahulu. usia kami tak jauh.. sebaya, muda remaja.

tiba di bilik itu dengan ummi dan abah. rata-rata mereka berwajah basah. para sahabiah, saudara mara. ummi turut sama. segaris senyum di hadiah. kelat. berbalas peluk menyalurkan semangat. "kita hilang lagi seorang", meluncur dari bibirnya. "takpa. redha.. ada hikmah" kolam mata tak di biar tumpah. redha. sabar. hikmah. di ulang dan ulang. "sesungguhnya sabar itu adalah pada pukulan pertama," (Muslim) sabda junjungan yang kita cinta.

sekujur tubuh terbaring kaku. tiada maya seperti hayatnya. wajah yang lena itu di tatap dalam-dalam. masih sama cuma bengkak sedikit akibat hentakan di kepala. bergetar jiwa mendengar tazkirah, "beginilah adik-adik. secantik mana pun pakaian kita di dunia, ini (kaffan) sajalah yang kita akan bawa ke sana." benar. yang bergenang akhirnya tumpah juga. tubuh itu di usap, di kucup. beruntung kau mujahidah, akhir hayatmu masih di jalan perjuangan..

dia dulunya seusrah di tahun satu. yang kemudian menjadi pasangan naqibah untuk adik-adik pula. saling bergantung berkerut dahi mencuri masa. penyeri usrah dengan usikkannya. panggilan "dato' seri najib" pasti di ingati. loghat inggeris-terengganu nya pasti di rindui. "i dong kno wat to say, la" lucu la atim =) Allah pinjamkan dia seketika. untuk sama-sama kami dalam perjuangan ini. kini Dia dah jemput kembali. berpisah kami jasad cuma, ada doa buat penghubung. najib dah ampunkan andai ada salah atim, najib dah halalkan andai ada yang terhutang. pergilah dengan aman ke sana, kita jumpa lagi di syurga, InsyaAllah.
**********
maafkanlah andai ada salah silap beliau sepanjang hayatnya dan nyatakanlah andai ada hutang yang belum terlunas oleh beliau (amanat waris). hadiahkanlah walau dengan al-fatihah buat Fatima Zurwanti Zulkifly [cfs iium pj - biological sciences - mrc zc].