"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, May 4, 2010

tribute: 'dia' yang di ingati

bismillah..

setelah di type-edit-delete-type *again*-edit *again* akhirnya ter-publish juga entri ini. macam-macam yang saya fikir. apa pun, alhamdulillah. harapnya beroleh pengajaran bagi yang membaca, InsyaAllah.

****************************
"sedapnya dia baca quran.. tenang.. beruntung siapa dapat dia. dapat syurga dunia!", ujar ida yang baru tiga hari saya kenal, sejak bermulanya minggu ta'aruf di ipta. sekilas saya menoleh ke arah 'dia' yang di maksudkan di sebalik rostrum. tak jelas di sebabkan jarak kami yang jauh.

ya, tenang bacaan dia walaupun tanpa hijjaz, bayati mahupun nahwan. senyuman saya hadiahkan buat sahabat. tak tahu respon apa yang sepatutnya saya beri. mungkin bukan saya untuk judge sesiapa seawal ini. dia yang tadinya di balik rostrum, kini di pentas pula mendendangkan nasyid bagi mengalu-alukan kedatangan kami, pelajar junior.

******************************
kadang-kadang saya nampak dia di pentas membuat persembahan, kadang-kadang saya nampak dia mengimamkan doa, kadang-kadang saya nampak dia mengalunkan ayat suci al-quran bagi memenuhi jemputan penganjur program. sangat aktif.

hari berlalu seperti biasa sehinggalah satu hari, kami dikejutkan dengan mesej yang tak terduga. baru saya sedar 'kehilangan' dia kebelakangan ini. rupanya dia kini terlantar di hospital akibat penyakit kronik. seminggu dua juga kami ter-up-date dengan keadaan beliau.

yang sempat saya ingat, dia lumpuh separuh badan. saat sahabat-sahabiah berlinangan air mata melihat keadaannya, dia masih mampu mengukir senyuman dan memberi tasyji' (motivasi). tak lama selepas itu, kami di khabarkan bahawa darah mula keluar dari rongga tubuhnya. kata kakak, bila darah mula keluar dari rongga itu tandanya majoriti organ dalaman sudah rosak. hanya dengan kuasa Allah sahaja dia mampu kembali normal.

terkedu. hebat sungguh ujian Allah pada dia. dia baru seusia kakak, masih muda. rencana Dia, tiada siapa mampu meneka. mungkin usia dia masih remaja namun imannya mampu menanggung semua. laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha... tak beberapa lama selepas itu, kami terima perkhabaran bahawa Allah telah menjemput hamilul quran itu kembali. kepada Allah kita datang, kepada Dia jugalah tempat kembali.. 

kami para sahabiah tak mengenali dia secara peribadi namun saya yakin bumi cfs menghadapi kehilangan yang besar. masing-masing bergenang air mata. antara sedih dengan kehilangan juga muhasabah tentang satu kepastian : mati. sebaik menerima berita, terpacul kata-kata saya buat ida. "wanita dunia tak layak dapat dia. Ada bidadari syurga untuk dia, InsyaAllah."

*********************************
semenjak itu, tak pernah saya dengar berita yang kurang enak tentang dia. semuanya baik-baik belaka. dialah penghidup amalan sunnah di bumi cfs. dialah yang rajin ke kelas-kelas pengajian kitab. dialah yang sopan dan baik akhlaknya pada guru-guru juga sahabat. sejenak terfikir, salah satu tanda orang itu kembalinya dalam husnul khatimah, cerita-cerita kebaikkannya akan tetap subur diperkatakan orang. ah, cemburunya!

dua minggu berturut-turut sebaik kembalinya dia ke rahmatullah, ust muhadhir dan seluruh hadirin pengajian menghadiahkan al-fatihah kepadanya. kehilangannya di rasai. hebatnya dia di ingati di majlis talaqqi yang penuh barakah bersaksikan malaikat. setahun berlalu.. kelas pengajian kitab pada setiap jumaat bermula seperti biasa. ini adalah antara kelas-kelas terakhir buat mereka yang akan ke main campus. untuk kesekian kalinya, dia di ingati lagi. serbannya kemas tersusun seperti habib umar, kata ustaz. tenang saja jiwa ustaz setiap kali melihat dia.
*********************************
hebat sungguh manusia ini. dia sentiasa di ingati. kembalinya husnul khatimah, InsyaAllah. usia muda bukan janji hidup kita masih lama. bila-bila Dia kata "kun" maka jadilah ia tanpa ada sesiapa yang mampu menghalang. dia dah lepas fasa ujian yang banyak menghanyutkan manusia. saya tak tahu pengakhiran saya bagaimana. anda juga tak tahu pengakhiran anda bagaimana..
"Allahumma Ya Mukalibal Qulub.. tsabbit qulubana 'ala deenik wa'ala tho'athik.. wa'ala jihadu fisabeelik"
"Allahummakhtimlana bihusnil khotimah.. wala takhtim alaina ya Allah bi su'il khotimah"


 moga cebisan ini mampu memberi ibrah kepada kita yang masih hidup.

al-fatihah buat akh Nabil Marwan.

8 comments:

Anonymous said...

salam najibah.. terkedu bace.
insyaAllah, dia yg diingati sedang bahagia di syurga..

sy belum pnah hadapi khilangan kawan or org sekeliling lg.. apatah lg org yg dsanjungi..mgkin mreka yg pnah mrasai lebih mrase 'bahang maut' yg bakal mnjelma bile2 mase, tak knal usia mahupun dmana..

benar kata seorg kawan, muhasabah paling terkesan adalah mngingati mati.. walllahualam..

-salam dr bumi taj mahal-

wardatul asrar said...

wa'alaikumsalam..

dhh..? :)

InsyaAllah, janji Dia pasti buat org2 soleh seperti akh nabil..

kehilangan org2 sekeliling yg hampir sebaya dgn kita mmg mmberi kesan.. mati tak kenal usia.. teringat waktu kta borak pasal 'mati' @ mid dulu.. senior, junior yg dh kembali..

bak kata nabi SAW, org yg paling bijak adalah org yg paling byk mngingati mati dan org yg paling bodoh adalah org yg pnjg angan2. wallahu'alam..

panda putih said...

sy dapat merasai kesedihan kehilangan beliau dgn hanya membace coretan ini..hurm.tetbe sebak plk.

wardatul asrar said...

lembutnya hati dell :)
insyaAllah, moga ada kebajikan yg tersalur pd dia di sana bila ramai org mngambil pengajaran dr kisah hidupnya yg singkat..

adlina said...

mjls talaqqi terakhir tuk sem ke 3 hr tu..syaahhduu...lain rasenye...tenang ja..dgn alunan selawat..sedih..menangis sbb sedih xmampu nangis sesyahdu sorg ikhwan..Allah..mgkn ht ini keras..byk dosa..cinta Rasul tercinta blm mmpu dihayati sedalamnya...

dicerita pula tntg akh nabil..mkn sebak jdnya...lykkh nama kita diingati oleh sang murabbi...terasa diri begitu jauh dibndgkn dgn arwah akh nabil..

moga kita semua ditempatkan dikalangan solehin n org2 yg Allah kasihi d akhirat kelak...

ameen~

wardatul asrar said...

khair.. zikir2 yg sgt menenangkn mcm yg salu ada kt astro oasis,kn =)

ada ikhwan mnangis? tak perasan. hebatnya dia.. Allah.. hadiahknlah kami hati seumpama itu.. *mujahadah*

sgt^infinity terkesan bilamana kisah akh nabil di buka. ada satu rasa yg susah nk ungkap. cemburu? bukan.. ntah,la.. hebat sgt2 dia ni.. di ingati pula oleh org2 hebat di sisiNya,InsyaAllah..

Allahumma ameen..

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari said...

walaupun telah lama pergi...beliau akan sentiasa tetap diingati..walaupun hanya singkat perkenalan dengan beliau...masih ingat lagi saya tersalah tegur beliau di Darul Quran kerana rupanya mirip seorang seorang sahabat saya...Dia tetap insan istimewa yang dianugerahkan dengan jemputan istimewa daripada Tuhan mendahului kita...Moga engkau bahagia bersama kekasih agungMu...kirimkan salam rindu dan cinta ini pada Dia...Mudah-mudahan kami akan menyusuli jalan anda suatu hari nanti...mudah-mudahan kita bertemu di syurga abadi.......bersama hamala~tul quran yang lain ya..kita bertadarrus bersama-sama lagi.......

wardatul asrar said...

akh rahman:

beruntung enta punya kenalan seperti dia. moga di kumpulan kembali di jannatul firdaus kelak. Allahumma ameen..