"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, August 19, 2010

berita terkini

bismillah..

semenjak dua menjak ni (sebulan lebih sebenarnya) buat tak nampak pada surat khabar. harap nak beli, seorang 'saya' memang payah. tak menurun habit abah yang tak senang duduk sehari tanpa news paper sampai sanggup pergi kedai beli walaupun dah senja. oh, kejap. ada ke jual surat khabar kat sini? bila rajin berkawad ke library, boleh ja luang seminit dua jeling-jeling berita hari ni tapi tak pernah buat. tak rajin lagi nak panjat tingkat atas duduk kat sofa empuk sambil baca paper. paling senang, type ja malaysiakini. beratur berita terkini menunggu tapi baru sekarang terfikir nak buat. loading slow. alasan lagi. ok,cukup muqaddimah.

terus pada point: takut surat khabar. setiap helaian membawa debaran. 1) tak reti skimming menyebabkan boleh ambil masa hampir sejam untuk baca. 2)  emosi sepanjang hari jadi tak best. risau. risau. risau sampai tak lalu nak makan. mungkin para doktor boleh prescribe ubat yang sepatutnya. bak kata mariah dalam sesi bicara roommates beberapa hari lalu cakap pasal isu global; palestin aqidah murtad politik jenayah zina bunuh dera cerai rompak dan lain-lain "berikan dunia mana lagi yang selamat kita nak duduk". banyak berita buruk dari yang baik.

update berita dari ex-collegemate yang saja telefon tanya khabar buatkan diri macam kena ketuk-ketuk. ada puting beliung kat bazar ramadhan jasin. kat situ la dulu ramai-ramai turun dari 'van sapu' semata-mata nak beli sebiji dua kuih. agak-agak ada kaitan bencana ni dengan sekolah hamil? pop kuiz: kaum apa yang Allah datangkan 'angin' kepada mereka dan kenapa Allah mendatangkannya? kalau rajin sila jawab sebab diri ni pun ingat-ingat lupa. sungguh Al-Quran itu peringatan yang terbaik. khas buat mereka yang mahu berfikir.
"dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaanNya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang" (Yunus:107)
lagi, bila classmate review berita terkini kat kelas. macam-macam berlaku kat dunia tapi saya masih dalam bi'ah selesa. tak tahu apa jadi kat dunia luar. tahniah! mahasiswa tidur. zzz.... dalam bulan mulia ni pun ada kes bunuh. suami siang isteri. bukan siang hari tu. 'siang' macam ikan. baru ja tadi click [link ni], buang anak-bunuh anak. have a glance. sesak dada.

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi 
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia 
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

(wajah suci-mestica)

kes lama yang jadi berita baru hari-hari dan akan tetap sampailah dunia ni back to basic: Al-Quran kalamullah. banyakkan tepuk-tepuk iman biar jaga. didik nafsu biar tunduk dan patuh. umur dunia dah tak lama, umur kita lagilah tak lama. kadang mungkin kita rasa usaha kita takkan bawa hasil pun sampai nak ubah dunia. setakat amar makruf nahi munkar sikit sana sini, apalah sangat. mungkin kita lupa Allah tak lihat kejayaan tapi Dia lihat pada usaha yang kita lakukan. lepas lakukan yang terbaik, serahkan pada Dia. Dia tahu selayaknya buat kita, buat dunia. ketahuilah, Dia tengah menapis ghuraba' di zaman ini. Dia tengah menapis para syuhada'. Dia tengah tapis ahli syurga. siapakah bakal-bakalnya? layak? ....

segulung sijil berinitialkan Dr, Ir, Ar, Qs dan sebagainya; adakah laku di mata Dia?

wallahu'alam

Wednesday, August 11, 2010

bila Dia bayar 'cash'

bismillah..

meraba bengkak di kepala
lebamnya masih ada
sakitnya masih bersisa
"luruskanlah hatimu!"
terbisik peringatan buatku
ini baru hantukkan dunia
belum pasti nasib di sana

bukan ini yang pertama..
berpijaknya kaki di daerah ini
terlalu banyak yang Kau ajar
seakan bumi ini bumi barakah
detik hatiku Kau kabulkan jua
seakan bumi ini bumi barakah
kafarah dosa di balas segera

bila Dia bayar cash
aku tunduk muhasabah
sungguh dosa terlalu banyak
berbalas kasih yang Kau kurnia

ku intai keampunan di celah rahmatMu
ku pohon keberkatan di tengah RamadhanMu
ku damba keampunan dari Mu Yang Satu
perkenankanlah.. perkenankanlah..