"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Wednesday, August 11, 2010

bila Dia bayar 'cash'

bismillah..

meraba bengkak di kepala
lebamnya masih ada
sakitnya masih bersisa
"luruskanlah hatimu!"
terbisik peringatan buatku
ini baru hantukkan dunia
belum pasti nasib di sana

bukan ini yang pertama..
berpijaknya kaki di daerah ini
terlalu banyak yang Kau ajar
seakan bumi ini bumi barakah
detik hatiku Kau kabulkan jua
seakan bumi ini bumi barakah
kafarah dosa di balas segera

bila Dia bayar cash
aku tunduk muhasabah
sungguh dosa terlalu banyak
berbalas kasih yang Kau kurnia

ku intai keampunan di celah rahmatMu
ku pohon keberkatan di tengah RamadhanMu
ku damba keampunan dari Mu Yang Satu
perkenankanlah.. perkenankanlah..

2 comments:

Anonymous said...

like it very much! luahan rasa yg mnyentuh hati dan muhasabah dri..

sahabatku, tabah ye!

Allah did not promise u the way would be easy, but He didi promise u that He will be with u as long as u want Him too.. (^_^)

~dhh

wardatul asrar said...

dhh:

terime kasih ya habibaty

InsyaAllah, doakn & ingtkn sy slalu ye.. mmg salu sgt dpt 'cash' skrg ni.. astaghfirullah wal hamdulillah. *sebak tiba2* moga2 ni dpt mnyedarkn sy..