Thursday, November 19, 2009

buku pilihan

bismillah..

Lembaran Hidup Ulama warisan ilmuan Islam kini menjadi pilihan. Masih banyak baki helaian yang belum sempat saya selak dan InsyaAllah akan saya lebih utamakan peng-hadam-an dari peng-khatam-an. Buku yang menghimpunkan kisah imam2 agung sangat berguna dalam memberi tarbiyyah rohaniah. Sungguh saya terkejut melihatkan penulis buku ini adalah seorang anak muda yang baru berusia 20 tahun (1989)! Beliau berasal dari pulau borneo dan langsung tidak berada dalam institusi pengajian formal dalam bidang agama. Pengetahuan agamanya terasah melalui minat yg tinggi dan inisiatif diri. SubhanAllah. Dalam usia 20 tahun sudah mampu menghasilkan buku yang bermaanfaat sedang aku?

Sangat tak rugi rasanya wang yang di infak untuk ilmu Allah cuma terkadang perasaan sedikit menekan sehingga tercetus 'perang kecil' dalam diri. Buku-buku akademik saya put aside dan menghabiskan novel non-fiction Hari-hari dalam hidupku (ehsan roommate tersayang) karangan Zainab al-Ghazali al-Jubaili, salah seorang pimpinan muslimat Ikhwanul muslimeen. Buku yang mengisahkan penderaan di penjara tentera Mesir ini sangat tak tergambar dek akal! Seorang wanita di gantung up-side-down sambil di sebat sehingga pengsan, bermandikan darah, di kurung berjam2 lamanya bersama anjing yang kelaparan sehingga terobek kulit, ibadat di sekat dan bermacam2 lagi jenis seksa yang hanya mampu di lakukan manusia tak berperikemanusiaan. Kemanisan yang sangat terasa dari kisah ini apabila Zainab bermimpi bertemu Rasulullah beberapa kali, di beri tasyji' dan janji indah. Maha Suci Allah yang memberi nikmat kepada hambaNya yang di kehendaki.

Zainab al-ghazali merakam jerit perih dalam perjuangan menegakkan kalimah Laailahaillallah Muhammadurrasulullah.. Di seksa, di keji, di caci, di maki, segala bentuk deraan mental mahupun fizikal. Namun Zainab tetap cekal dan tabah, beliau tak rebah jauh sekali mengaku kalah. Layaklah janji indah buat beliau, semoga Allah merahmati beliau. Adakah aku mampu seperti itu....? masihkah ada lagi srikandi harakah sehebat srikandi-srikandi lalu....? bangkit muslimat bangkit!

Friday, November 13, 2009

pentas opera

bismillah..

Wahai teman, bisikkan di hati kecilmu "Wahai Tuhanku, tiadalah daya aku berjuang jika bukan kerana kudrat dan kekuatan dariMu. Tuhan, di sisiMu jua ku pohon segala bantuan agar hati ini sentiasa di anyam kekuatan buatku kental dan tabah menempuh ujian mendatang. Di mana penghujungnya nanti ku harapkan moga berkekalan iman. ameen.." [Dahlia Husna]
Hakikat kehidupan ini satu perjalanan yang panjang dan penuh ujian di mana hujungnya nanti akan di hisab segala amalan. Ianya umpama pentas opera yang menunggu masa tayangan pada yaum-ul-zalzalah. Kitalah pelakon utama yang menjadi perhatian penonton di layar Mahsyar, nafsu dan syaitan pula pelakon pembantu yang senantiasa berusaha memacu hikayat kamu, malaikat saat itu bukan lagi saksi bisu, dan Allah adalah juri yang satu. Siapa yang berjaya merangkul gelaran artis wanita/lelaki TER-soleh? artis wanita/lelaki TER-kufur (naudzubillahi min dzalik)?

Carilah teman yang mampu menasihatimu kala jauh, rela bersama mu kala kau jatuh. Untuk mendapatkan semua itu bukan sekadar harap dan menanti, tapi kau juga harus menjadi. Terima kasih buat teman yang umpama penjual minyak wangi. Walau ku tak mampu menjadi seperti kalian, izinkan aku menikmati sedikit haruman buat teladan.

ingatkan aku kala aku lupa,
pujuklah aku kala aku sendu,
didiklah aku kala mula alpa,
sedarkan aku bahawa syurga bukan percuma~

Sunday, November 1, 2009

my mujahid-archery-PKBM

bismillah..


dia mengingatkan saya sewaktu camping PKBM (kadet tentera) hampir dua tahun lepas. banyak sangat perkara baru 'di paksa' belajar. maklumlah, selama di girl-school, paling2 pun masuk pandu puteri, puteri Islam. macam kena tarbiyyah jundiyyah pun ada juga. tapi tak lah teruk mana bagi pihak muslimat sebab stab (panggilan bagi jurulatih) 'manjakan' muslimat. siap tolong betulkan belt lagi O_o *i was like.. errkk!! sigh sigh sigh*

waktu ni lah pendedahan pertama bagi aktiviti2 lasak. abseiling, menembak, kawad dan macam2 lagi. sewaktu di suruh  jongging  sekitar kem di tengah2 malam, saya ternampak sign board "tanah perkuburan kanak2 Islam" di sebelah kanan saya. itu tahan lagi walaupun mampu membuatkan saya kembali segar. betul2 berhadapan tanah perkuburan tersebut, saya ternampak tanda salib berwarna putih setinggi 2 meter. sangat besar! "saya seorang je ke yang nampak? Ya Allah! janganlah Kau buka hijab pandangan ku!" tangan pasangan saya,laila saya genggam erat2. laila membalas. "lela nampak tak ape yang kite nampak?" "nampak2.." "alhamdulillah.." stab kemudiannya memberi penerangan serba sedikit tentang tanah perkuburan tersebut.

hari yang di nanti *saya org2 yg berkecuali* telah tiba. latihan menembak di adakan bagi memilih wakil sekolah bagi pertandingan menembak. majoriti para sahabat adalah dari mereka yang bepengalaman. bunyi letupan belon pun saya kurang gemar inikan pula M-16. redah saja~ semangat mesti kuat. sambil meniarap, 20 das tembakan saya lepaskan. aim > doa "Ya Allah, Kau lah yang menguasai arah bullet ini walau ke mana saja aku lepaskan. maka, tujukanlah ia ke arah yang sepatutnya" > pejam mata > tembak > tawakkal. sakitnya bahu terkena belakang M-16 akibat kurang mahir teknik yang sepatutnya. harapan saya cuma satu, tak mahu jadi fitnah pada Islam. muslimat bukan lembik, muslimat power! dengan kuasa Allah, saya terpilih mewakili maktab. *sangatlah ajaib*masyaAllah* tapi, terpaksa juga menolak atas nasihat abah. dah nak trial spm waktu tu..


 *mujahid-in-action*
1st runner up in open tournament for his first time experience is astonished! main2 jugak, solat jangan lalai, study jangan abai (^^,)v  belajar berenang dan tunggang kuda pulak lepas ni,yea. cukupkan saranan nabi =)


Tuesday, October 27, 2009

duhai puteri ku sayang

bismillah..

ke sini duhai puteri
bersimpuh di samping ku
mari kita buka lembaran lalu
yang sama2 pernah kita hayati dulu

ingatkah lagi pengorbanan ummu sulaim?
atau mungkin khaulah al-azwar al-khind?
"ah.. mereka sangat hebat sedang aku manusia biasa"
"shhtt.." sabar puteri ku
jangan biar emosi bicara
dengar bisikan halus iman mu
walau terkadang tenggelam timbul
itu lebih baik dari mati tanpa mujahadah

hebat mereka bukan dengan petikan
harum mereka dengan semangat perjuangan
tak layu dek mehnah sampingan
mereka punya Allah yang jadi pegangan
bukan ini cita mu dulu?


yakinlah puteri ku
andai ada izinNya
esok mentari kan muncul lagi
kelopakmu bisa mekar dan segar kembali
mungkin juga ada pelangi untuk mu
siapa tahu?

hapuslah air mata
sudah lama pipi mu basah
sini, genggam erat tanganku
ayuh! ayunkan langkah dengan laju
bukan di sini medan rehat mu
untuk mardhotillah, bongkahnya bukan satu
senyum... (^^,)
nah, ini baru puteri ku~