"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, January 23, 2014

takdir: the chow kit road

bismillah..


aku memerhati. bertahun.. saat Allah izinku di sini.

zaman kanak.. fikirku dunia ini indah-indah semua.

nyata aku silap..

esak tangisnya buat ku gerun; bonda di rumah menahan terajang si bapa.

rintihan si usia buat ku risau; teman memboyot membawa nyawa.

remang roma menyaksikan adegan; teman sejantina berkasih mesra.

apakah..??

dera itu hanya dalam drama. zina itu bukan di sekeliling kita. arak, dadah dan judi; semua itu jauuuhh nun di sana.


tidak rupanya.. sama sekali ianya hampir dengan ku.


ya, aku pernah jadi pemerhati kaku di sisi chow kit road.

siulan gatal anak muda itu biasa..

aku pernah meloloskan diri dari lorong-lorong sempit berbau hanyir.

aku pernah menyaksikan rumah tumpangan murah di 'sambut' pelayan seksi tapi berketak.

aku pernah melepasi tubuh yang hidupnya segan, mati nya tak tak mahu.

aku pernah mendengar pengakuan-pengakuan yang amat pedih untuk aku nukilkan..


****

dan masih segar dalam ingatan... ratap tangis si ibu supaya memaafkan anaknya yang mencuri barangku; lalu di jual untuk mendapatkan wang.

bapanya sudah tiada, entah kan hilang ke mana. tinggal lah dia bersama ibu dan adik-adiknya.

"kalau pun kita miskin, ibu tak pernah ajar kau mencuri!"- tidak. ini bukan ayat drama.

jarang-jarang ku lihat kelibatnya selepas itu. tak lama sampai pula khabar, dia sudah berhenti daripada pengajian dan mula bekerja.

andai mampu ku ulang waktu...


****

aku gadis yang pernah menghabiskan secebis umur di black-area metropolitan.

yang dulunya ku tak sabar untuk akhiri.

"ini bukan dunia" rasa ku. lucu nya aku takutnya realiti


chow kit road..

membuka dimensi baru dalam juzu' hidupku.

mengisi ruang jahil padaku tentang dunia dan isinya

tak kan ku sesal meski kelihatan tak sempurna

kau dan aku;

tak semua Allah takdir jalan yang serupa.

untunglah cuma taqwa yang di nilaiNya.



-asrar
230114
0353