"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Friday, August 19, 2011

'maternity wear': jangan merungut teman muslimat beli-belah

bismillah..

bahang mencari pakaian muslimah makin terasa. kalau bukan kerana arahan kuliah, mustahil mahu melangkah keluar masuk tiga empat gudang beli belah sampai sakit kaki.

selama ini aci grab seluar slack kalau terjumpa saja, itu pun andai ada yang longgar dan selesa. kalau ke gudang, payah sangat nak jumpa pilihan hati. sahabat muslimat saya ada yang guna seluar PBSM saja nanti. betapa payahnya nak cari.

kasihan abah dan abang yang terpaksa rela mengikut ke hulu ke hilir.

"have you found the right one?", ujar abah.

"nope", kecewa.

"never mind, next shop. saya boleh tunggu. tak jumpa hari ni, next day boleh keluar lagi. but make sure beli yang you nak pakai, jangan beli then kata ketat, not suitable. you taknak pakai"

ceh. kena penampor sekali.

"sesungguhnya orang yang membazir itu adalah ikhwaan kepada syaithon", tahu?

kamu si pembaca muslimin,

jangan merungut saat menemani saudara perempuan kamu beli-belah. bukan dia cerewet, tapi dia mencari pakaian yang paling menepati syara' (husnu dzon). untuk selamatkan kamu juga. tak mahu gara-gara dia kamu terhumban sama ke neraka Allah (moga di jauhi bagi kita).

kerana zaman ini, pakai sendat-jarang-singkat itu biasa. jadi jagalah saudara perempuanmu supaya tetap menjadi ghuraba' dan luar biasa :) muslimah acuan al-Quran InsyaAllah..

****

tiba di suatu gudang, mak cik saleswoman asyik mengsyorkan seluar itu dan ini. kasihan juga si mak cik.

"you want this or not? if no, I go find another one", ujar mak cik.

"emm.. sorry auntie. labuh semua ok tapi, tapi tight fitted la auntie.. takpa, saya boleh cari sendiri"

tapi dia tetap setia menjalankan tugas. bukan tak sudi, tapi seluar-seluar itu ada saja yang tak kena. sudahlah labuh tunics (sejenis baju, bukan makanan) masih tak dapat di pastikan.

selepas ketika yang lama, terjumpa juga dengan pilihan hati. walaupun size s, ia 'sempurna'. siap ada getah lagi. rare, memang rare.

"adik, nak cuba seluar yang ini?", ujar mak cik itu sambil mengunjurkan sehelai lagi seluar.

"terima kasih banyak-banyak mak cik, saya ambil yang ini saja..", sambil menunjukkan seluar 'sempurna'ku.

"tapi dik, itu seluar ibu mengandung", sambut mak cik tu sambil sengih. tag pink tertulis 'maternity wear' di tunjuk kepadaku sambil menarik kain bberi (stretchable) di bahagian pinggang seluar. "mudahla pegnant mother nak pakai bila boleh stretch ni"

~google image~



oh, terpempam. "mak cik, saya.. saya.. tak menandung". cakap dalam hati cuma.

maternity pun maternitylah. itu sekadar nama saja. yang penting, kita mahu cari yang paling menghampiri kesempurnaan.
 
*****
 
di kaunter pembayaran..
 
"abah, this is maternity wear", sambil sengih.
 
"what?",bulat mata.
 
"ma.. ter.. nity wear" bisik kuat lagi sambil gelak dalam hati.
 
"for what?? nak pakai? serious now. go change nanti you taknak pakai la apa la", kerut dahi abah bertambah. risau jiddan rupanya.
 
*burst* "orang pakai laa.. ni je yang paling ok, yang lain tak ok,tak best pakai"
 
"but you don't have to buy maternity one.. boleh cari kedai lain"
 
"takpa-takpa. boleh pakai, no worries. tak larat dah ni nak jalan"


nota:

payah sangat cari seluar. sarung saja meksi (baca: skirt labuh) tak pun baju kurung atau jubah. di takdirkan terbeli seluar sendat, boleh pakai di dalam. nak ligan (baca: lari) kalau kena kejar beruk di mahallah pun tak susah mana. tiada lagi masalah untuk bergerak walaupun pakai kain :)

wassalam..


supposed to be 'gedung' instead of 'gudang', right? (I wonder..)

Wednesday, August 17, 2011

bila lama 'terikat'-khitbah

bismillah..


sedang bersilat di dapur, tiba-tiba ummi buka topik itu.

hebat ummi susun ayat sambil jeling-jeling anak dia yang buat muka innocent.

ingat senang nak mengelat dengan ibu? tak boleh.

pusinglah lapan puluh dua kali litar F1, ummi pasti kejar nak sampaikan juga.

sental tonyoh la pinggan periuk sambil kalih sana sini nak cover muka segan, kena tadah juga.

ok, kembali.

ummi kata..

"payah nak belajar kalau 'terikat' waktu ni. biarlah dulu.. tapi kalau akan datang nanti Allah taqdir begitu, InsyaAllah. takpalah, fikir balik macam mana.."

aduh. rasa nak menyorok dalam rice cooker!

akhirnya saya lari untuk tulis entri ni. jom kita segan sama-sama :')

ni yang sayang ummi lebih-lebih-lebih lagi ni.. selalu ingatkan untuk yaqin dan percaya dengan qada' dan qadar Allahu subhanahuwa ta'ala.

di sini saya menghurai maksud di sebalik ayat ummi yang saya buat-buat faham sendiri.

"payah nak belajar"

merujuk kepada masalah hati. takut teringat pada orang yang berkenaan itu lebih daripada kita ingat Dia dan dia shollahu 'alaihi wasallam. solat teringat, buat itu ini teringat, nak study teringat. (yeke? pukul rata je ni, takda pengalaman)

oh, mungkin anda tidak. takut saya lah tu orangnya. sebab tu ummi ingatkan.

sedang enak menyulam angan, rupanya takdir memukul dengan sebaliknya. Dia yang 'menjemput' dahulu. tidakkah makan hati berulam jantung nanti?

oh, mungkin anda tidak. takut saya lah tu orangnya. sebab tu ummi nasihat.

di bimbangi juga syaithon nirrojeem akan memainkan peranan yang maha hebat demi memalingkan hati-hati manusia supaya bermaksiat kepadaNya. dalam ikatan yang belum sah, tiadalah siapa yang terlepas daripada godaanya maka eloklah sedari awal kita (saya terutamanya) yang lemah ini memilih qaedah saddu adz-dzari'ah (السد ذريعة) dan mengurangkan tempoh ikatan. qaedah ini banyak di bincangkan para ilmuan yang secara tuntasnya;

"Melarang sesuatu, yang zahir-nya bersifat mubah  namun dapat membawa kepada yang haram. untuk mencegah kemungkinan berlaku maksiat dan kerosakan, maka kita menolaknya”





oh, mungkin anda tidak. takut saya lah tu orangnya sebab tu ummi pesan.

adapun kaedah ini tergantung kepada keadaan individu. dengan pilihan yang ada, mudhorat sedikit yang mungkin terjadi adalah lebih harus di pilih daripada membiarkan mudhorat lebih besar berlaku.

contohnya, andai muslimat ini tidak di ikat sekarang, ibu bapa si muslimat mahu mengikatnya dengan muslimin yang kurang soleh. atau andai tidak di lafazkan sekarang, muslimat itu akan di sunting orang.

apapun tindakannya, hendaklah di lakukan selepas istikharah dan meminta petunjuk Allah SWT. sesungguhnya Dialah yang paling layak menentukan apa yang terbaik perlu kita laku.

seorang alim bekata,  "Ilmu itu nuur (cahaya). dan nuur (cahaya) tidak akan masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat"

ini adalah natijah daripada kemaksiatan yang mungkin berlaku akibat lamanya ikatan. bukanlah di sini bermaksud orang yang berbuat maksiat itu akan jadi kurang bijak, tidak pandai dan sebagainya.

ada pula yang kata "dia itu maksiat berbakul-bakul tapi best student sokmo.. macam mana tu?"

nuur  di sini merujuk kepada petunjuk, hidayah Allah SWT yang mana orang yang selalu bermaksiat akan menjadi jauh hubungannya dengan Allah dan jauh daripada mengenal Allah azza wajalla.

ilmu seseorang itu mungkin banyak; dengan tittle Professor, Ir dan sebagainya namun ilmu itu menjadi sia-sia yakni tidak dapat memberi manfaat kepadanya (untuk mengenal Tuhan) dek terhijab dengan maksiat yang di lakukan.

jadi marilah kita bersama-sama memperelok diri dan memperindah akhlak. andai persiapan kita untuk akhirat (matlamat akhir), nescaya akan tertunailah juga urusan kita dengan dunia.
`
`
`
`
`
inilah sekadarnya daripada saya, seorang invisible muslimah di sudut dunia yang faqir dan sedang segan yang amat menulis entri ini. moga ada sedikit manfaatnya buat semua, walaupun tidak banyak. belajar rajin-rajin, doa jangan putus.

InsyaAllah, ada lah yang terbaik. pada waktu yang terbaik, di tempat yang terbaik, dalam keadaan yang terbaik dan dengan insan terbaik.


wallahu'alam..
-TAMMAT-

Tuesday, July 26, 2011

kisah cinta Zainab

bismillah..

Zainab binti Rasulullah melupakan puteri sulung baginda sallallahu 'alaihi wasallam dengan sayyidah Khadijah. dek keturunannya yang baik, tidak sedikit pemuda-pemuda Quraish yang ingin menyunting srikandi al-Amin di madrasah solehah ini. sehinggalah suatu saat Allah mentaqdirkan jodohnya dengan Abu al-'Ash, sepupunya dari sebelah ibu. riwayat menyebut, kala itu usia Zainab belum lagi mencecah sepuluh tahun.

Abu al-'Ash sangat menyintai separuh lagi belahan jiwanya. sehingga ketika berangkat ke Syam, dia ada mengalunkan syair yang menyatakan keredhaannya terhadap Zainab. usia perkahwinan mereka meningkat dan makin ceria dengan kehadiran dua cahaya mata, Ali dan Umamah.

waktu berganti hari, khabar kenabian sampai ke telinga Zainab. tanpa ragu, Zainab terus menyatakan keimanan dan mengikuti jejak ayahanda dan bunda tercinta. namun sayang, walau betapa besar cinta Abu al-'Ash terhadap Zainab, itu tidak mampu menggugah kepercayaannya terhadap agama nenek moyang. benarlah firman Allah SWT,
إِنَّكَ لاَ تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ


Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (28:56)
mulianya seorang Zainab, cinta tidak menyebabkan keyakinan kepada risalah yang di bawa sang ayah di ragui. pada waktu itu, belum turun lagi wahyu pemisahan suami isteri yang berlainan aqidah. maka tetaplah Zainab mentaati suaminya Abu al-'Ash.

tekanan demi tekanan terhadap kaum muslimin menyebabkan turunnya arahan untuk mereka berangkat ke Habshah. namun atas halangan si suami, Zainab tertinggal daripada mengikuti rombongan muhajirin.

dua tahun setelah itu, berlangsungnya peperangan Badar iaitu perang pertama dalam kalendar Islam di mana menyaksikan kemenangan berpihak kepada kaum muslimin. Abu al-'Ash adalah salah seorang tawanan pihak muslimin. mendengar sahaja perkhabaran itu, Zainab langsung mengutuskan sahabat untuk menebus suaminya dengan seutas kalung.

melihat sahaja kalung itu, sebak rasa jiwa banginda sallallahu 'alaiihi wasallam. baginda sangat kenal akan kalung milik srikandinya, Khadijah binti Khuwailid yang di berikan kepada Zainab pada hari pernikahan mereka. berkatalah baginda sallahu 'alaihi wasallam "seandainya kalian mahu membebaskan tawanan puteriku dan kalian berkenan mengembalikan kalung miliknya, maka lakukanlah!” para sahabat berkata:”Ya, wahai Rasulullah!”. mereka pun segera membebaskan Abu al-‘Ash dan mengembalikan kalung milik Zainab.

Abu al-'Ash pun kembali ke Mekah menjumpai Zainab, isterinya. perjumpaan yang juga menjadi perpisahan. Zainab yang tersenyum bahagia menatap suaminya untuk seketika cuma kerana dia harus berpindah ke Madinah. kesedihan Zainab begitu terasa. hati Zainab pun masih berharap suaminya memeluk Islam. di Madinah, Zainab sepi tanpa Abu al-'Ash. Zainab tak bosan berharap suaminya beriman.

Zainab menjalani kehidupan di Madinah seperti biasa sampailah suatu hari, rombongan kafilah dagang Abu al-'Ash di sekat oleh pasukan Muhammad sallahu 'alaihi wasallam. Abu al-'Ash sempat berlari dan mendatangi rumah Zainab di Madinah. menyedari kedatangan suaminya, Zainab berasa sangat terkejut.

tak redup cinta Zainab kepada Abul Ash. Zainab yang masih menyayangi suaminya mengumumkan kepada umat muslim di Madinah, dia menjadi pelindung Abu al-'Ash. mungkin saja Zainab terlihat berlebihan, apatah lagi Abu al-'Ash tidak lagi halal buat Zainab. Rasulullah awalnya terkejut dengan pengumuman itu. melihatkan puterinya, baginda akhirnya bertanya kepada para sahabat, apakah mereka mahu menyerahkan harta Abu al-'Ash. para sahabat pun bersetuju. subhanAllah, meski nampak berat sebelah, rupanya ini adalah jalan hidayah yang di beri.

setelah mendapatkan harta dan barangnya, Abu al-'Ash kembali ke Mekah. ketika di Mekah, dia mengikrarkan “La ilaha ilallah, Muhammadur Rasulullah,”. Zainab tak pernah tahu suaminya akhirnya memeluk Islam dan menyatakannya di hadapan kaum Quraisy.

setelah mengikrarkan keislaman di hadapan kaumnya, Abu al-'Ash lantas bergegas menuju Madinah. takbir bergema mengiringi keislaman Abu al-'Ash. keislaman yang menyatukan kembali sepasang kekasih dalam bahtera rumah tangga Ali dan Umamah, kedua anaknya. Zainab dan Abul Ash akhirnya saling meneguhkan cinta di bumi Madinah.

tak lama selepas penyatuan kembali dua jiwa itu, Allah memanggil Zainab menghadapNya. Abu Al-'Ash menyimpan kesedihan. Zainab telah meninggalkannya dengan dua anakanda tercinta, Ali dan Umamah. Abu al-'Ash seorang suami yang sangat mencintai Zainab. sepeninggal Zainab, Abu al-'Ash menjalani kehidupan bersama kedua anaknya kerana mereka merupakan buah hati dari perjalanan cintanya dengan Zainab. tidak lama selepas itu, Allah mamnggil Abu al-'Ash pula menghadapNya.

cinta Zainab telah di sempurnakan Allah SWT. cinta menyatukan Zainab dengan aqidah yang soheh. cinta menyatukan Abu al-'Ash dengan separuh jiwanya. dan.. kisah cinta mereka telah mewarnai perjalanan sejarah.

wallahu'alam.
~google image~

Sunday, July 3, 2011

kemarau hati

bismillah..


Entah kenapa puteri ku.. malam ini terasa lapang bagai walau sarat berita yang bertandang. Itu semua buat aku duduk dan muhasabah.. kenapa puteri ku kenapa? Kenapa itu semua berlaku?

Jangan di salahkan pada Tuhan. Yang baik itu sungguh dari Dia, namun yang buruk itu sandarannya dari kita juga..

Puteriku.. malam ini aku berteleku. Kenapa kita sering di kait dengan emosi yang tak menentu?

“sudah fitrah kita memang begitu”

Sungguh puteriku, langsung tak tersangkal hakikat yang itu. Namun, adakah itu alasan untuk kita terus-terusan menghambur perasaan? bukankah ada masanya ia untuk kita kawal?

sayangku, bukan terciptanya fitrah sebagai petanda kita lemah. Jauh sekali itu petanda kebencian Dia. Emosi itu ada guna pada tempatnya. Tapi bila di salah luah, maka binasa mula tercipta.

Jadilah wanita cerdik. Jadilah wanita solehah.

Tidak puteriku, bukan aku berniat untuk mengajarmu. Aku tahu, jelik akhlak ku mungkin saja jauh dari kamu. Tapi saat Allah mengilhamkan ini, aku rasa tanggungjawab itu tergalas di bahu.. dan tidak lain, untuk mengingatkan peminjam tangan yang melakukan ketikan ini terutamanya.

Aku faham.. bila amarah menguasai diri, tidak semena-mena rasa diri ingin mengherdik. Geram. Benci. Meluat. Segala rasa ada. Mungkin akulah orang itu! isti’azahlah. Isti’azahlah. dan berwudu’lah, puteriku. Marah itu percikan neraka.

Usai tenang akalku, berfikirlah dengan akal yang waras. Ketepikan emosi yang setadinya menjulang.



Apa benar kalimah-kalimah dia?

“ya. tapi…”

Andai benar, usah tapinya puteriku. Al-haq sahaja yang kita tunggu. Meski pahit, telanlah. Bukankah kita ingin menjadi wanita bijaksana? Wanita bijaksana itu sedikit sungguh alasannya namun lebih pada amalnya. Bukan?

Jika itu fitnah, bangkitlah kita tegakkan maruah. Itu hak aku, itu hak kamu dan aku sokong seribu satu. Walau sedunia menidakkan tindakan kita yang ini, ketahuilah Dia takkan pernah menjauh.


“cara dia begitu salah. cara dia begini salah”

Ya, ya mungkin salah. Tapi wanita bijaksana itu tidak meng-alasan-kan dengan perkara yang salah. Wanita bijaksana menggunakan kesempatan merungkai hikmah. Bukankah?

Sudahlah duhai hati.. dengarkan iman nazakmu bicara. Yang mekarnya sekejap cuma bagai kemarau yang tak sudah. Selagi kita masih bernyawa, ada peluang dari Tuhan untuk menghidupkan jiwa. dengarlah.. dengarlah.. walau unuk sekali ini cuma..














15 februari 2011

Saturday, June 4, 2011

seindah mawar berduri

bismillah..

[seindah mawar berduri]



SINOPSIS


Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang  yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?

Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki? Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….

Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar.

Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?

Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?

Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,

“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”

Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
 
*********
 
lama sudah penulisan ini tersimpan kemas. suka untuk berkongsi, moga ada manfaatnya buat semua.

Monday, May 30, 2011

diari ibrah: super junior & mr xy

bismillah..

berbulan sudah terputus daripada siaran main stream. apa itu ini segala yang berlaku, jadi tidak menahu. tangan yang gatal mengisi borang dalam fatrah peperiksaan rupanya membawa diri ke satu daerah yang jauh berbeza dari 'zon selesa'. sangat jauh. pertama kali seumur hidup. walhal secangkir pengetahuan tentang agendanya juga saya tidak tahu. empat hari tiga malam. macam-macam ada..
*****

bilik krew sekretariat di bangunan KBS saya redah. tumpuanku hanya satu, bawah meja. manusia dalam ruangan itu tidak terendah.

"maaf ya sis, nak cari barang sekejap", si gadis itu melarikan sedikit kasut tumit tinggi lima incinya.
 bawah meja saya intai. kiri, kanan. tiada.

"atas meja rupanya..", lega.

"boleh... err..", kata-kataku mati. tak jadi meminta di pass-kan barang. dua tiga pasang mata bergilir melihatku. saya menoleh sekilas, ada dalam tiga lelaki dan empat gadis dalam ruang itu. kami 'bermain mata'.

'reporter mungkin', saya berlalu setelah meminta izin mengambil barang. senyum di lempar segaris.

di muka pintu, sekumpulan rakan asyik mengintai "kenapa?", kening sebelah di angkat. "masuklah kalau nak amik barang. emm.. siapa mereka tu?", tanya saya jujur.


"artis la tu..", mereka menjelaskan lebih kurang. peserta realiti TV rupanya. ada juga artis berkumpulan yang pernah popular satu masa dahulu.

"oh? tak perasan..", wajah straight. saya mengulang pandang. make-up tebal, baju glamour. ya, tak mustahil. mujur bukan saya seorang tak kenal.

hari-hari berlalu dengan situasi lebih kurang sama. selebriti ada di mana-mana. sengaja saya tak bawa kamera. tak mahu jadi seorang 'pemuja'. suasana luar tak pernah sunyi. hanya surau, tempat rehat paling aman bila arahan 'stand by' (baca: tiada kerja) di terima.

*****
seawal pagi dataran di pentas utama menerima ketibaan pengunjung. sangat pasti, mereka adalah belia yang menanti artis kesayangan mendarat nun jauh dari bumi korea. ruang pentas bingit dengan artis-artis tempatan yang melakukan persembahan. ada juga di lakukan cubaan suara PA system untuk majlis pelancaran.

matahari tunduk bersembunyi. manusia semakin sesak mengerumuni. para krew yang di tugaskan mengawal crowd ada yang di asak, di maki.


"penyek kitorang!", cerita seorang sahabat.

saya belum mampu untuk turut 'bertugas' di situ. manusia berasak dan mengharapkan untuk ke ruang paling hadapan demi menikmati persembahan artis kesayangan dari jarak paling minimum.

bijak strategi penganjur menarik kunjungan satu juta belia. kalau tiada super junior (suju), sampai satu juta tak?

solat..?, ah.. saya tak berani kata. kalau sejak pagi berkampung, mungkinkah di jama' solatnya? tapi.. bolehkah jama' solat kerana ke konsert seperti ini? persoalan di situ.. saya tak berani bermain hukum. cuma setahu saya, andai niat musafir ke tempat maksiat maka tidak di bolehkan rukhsah solat.

jeritan belia mula menggila saat suju menghadirkan bayang. usahkan bayang, bila pengacara ulang nama super junior sahaja, gamat putrajaya. malah jauh lebih 'hebat' daripada konsert tahun baru sewaktu terlibat dalam skuad cegah. kalau konsert nasyid, mana ada peminat segini rupa. selama ini menonton di TV sahaja lagak manusia. hari ni di depan mata.

suffocated!

ada yang sakit jantung, asma, malah sawan pun ada! ambulan berulang alik dari dataran pentas dengan siren yang tak henti.


ah.. beginilah dunia.

"shupper jun.ni.or M!!!" tak kurang yang bagai histeria layaknya.

maaf wahai peminat suju sekalian, saya berkata dari apa yang di kaca mata. saya tak benci suju, malah ada ibrah yang boleh di ambil daripada mereka walau sekejap cuma menjadi pemerhati. mereka muda, namun mampu meletakkan 'harga' diri sebegitu rupa atas usaha mereka. ada yang sanggup sujud di kaki petugas semata mahu ke back-stage! di mana pula harga diri kita? saya tak mahu mengulas lanjut tentang rumors color sebenar sikap mereka, saya pun tak kenal.

ibrah itu perlu di kutip walau dari musuh kita sekalipun. mereka tidak beraqidah dengan aqidah kita. terpulanglah mereka melakukan apa mengikut norma hidup mereka. kita? nak minat, terpulanglah. tapi ada batas hadnya kan :)


pengacara majlis bermain kata dengan enam manusia di atas pentas. jeritan pula tak henti-henti dengan sound system yang bergema, sedikit cuma yang saya faham.

sekejap sahaja bertahan, saya mula lemas. jauh membawa diri ke hujung tasik. sunyi daripada gamat suasana. mujur ada sahabat yang berfikiran sama. ramai pula tu. nampaklah yang jadi komiti ni bukan sebab suju. kan? (tak tahu pun awalnya akan wujud suju di sana) lepas tamat konsert, barulah mampu menjejak ruang itu semula.

*****

biarlah hanya dalam diam..

'kan best kalau ada mr xy..', bisik hati tiba-tiba. teringat seorang-seorang ahli kumpulan itu. teringat vocal mantap mereka yang pernah menjadi halwa telinga saat muda-muda. lunak sangat. terngiang-ngiang jadinya. senyum sendiri.

'ah.. mana mungkin mereka hadir..', saya berpijak pada realiti yang paling hampir. ada sebab yang membuatkan saya mula mencari mereka kembali. tak pernah tergambar dek akal hal ini bakal terjadi.


jam mula menginjak ke pukul dua belas malam. kaki lima di tepi jalan besar kami huni sementara menunggu bas ke tempat kediaman.

dari jauh, ternampak tiga kelibat berpakaian sunnah. makin lama, makin hampir.

'ada juga orang 'alim mahu ke sini.. menyampaikan dakwah mungkin', dalam diam, saya kagum. malu dengan diri sendiri. saya di sini, tapi apa usaha yang saya dah buat?

jarak kami makin hampir. kalau sudah pernah jadi pojaan hati (bak kata p. ramli), haruslah saya cam siapa dia.

"mr xy..?", terpacul juga namanya. selama ini lihat dalam gambar sahaja. jubah putih separa buku lali dengan rida' hijau terhias di bahu kanannya.

jarak yang kurang dua meter sudah cukup untuk membuatkan dia perasan. dia menoleh sambil senyum. tangan kanan di angkat.

bila sahaja dia menoleh, sepantas kilat darah terasa menyerbu wajah.

al-haya mula menebal.

'apa yang najibah buat ni??' respon spontan, terus pandangan di alih. menyorokkan wajah di belakang teman.

saya bukan pemuja! kan saya dah kata..

ah.. mungkin ini Allah nak uji. saya tak suka pemuja suju yang asyik menyeru. mana boleh saya laku hal yang sama.

mungkin dia faham, lalu di teruskan perjalanan.

lega rasanya. hanya melihat dari jauh bila dia semakin menjauh.. tak perlulah beramah mesra bertemu mata. biarlah hanya dalam diam..

alunan qasidah dan selawat dari dia pula yang menjadi halwa telinga kini. walau mungkin ada lompong, hijrah mereka tetap saya sokong. istiqomah. hati jadi berbunga. setelah sekian lama, rasa itu berputik semula :-)saya ingin kembali 'meminati' mereka kerana minat mereka kepada Allah dan baginda. moga mereka thabbat, bukan mudah berubah bila bergelumang dalam dunia seperti ini.

people change, kan? kita pun boleh.

ayuh hijrah!

Saturday, March 19, 2011

bukan muslimah lemah lembik

bismillah..

daripada ummi, ibu sidi (sayyidi) @ moyang saya berkata:-
"perempuan kena pandai jaga akhlak (mulia) dan lidah"
 (semoga Allah memberi ganjaran pahala dan syurga ke atasnya oleh hikmah nasihat yang di ajar.)

'akhlak' ya, bukan 'moral'. moral itu bersandarkan semata kepada penerimaan anggota masyarakat namun akhlak itu berpaksikan al-Quran dan sunnah.

kata moral sesetengah masyarakat: "kami memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia. maka kami tidak peduli untuk mereka memakai apa jenis pakaian sekalipun. itu hak individu."

kata akhlak dalam agama: "masuklah dalam agama itu secara seluruhnya. Islam mewajibkan ummatnya menutup aurat secara sempurna kecuali dalam keadaan dharurat. Islam mementingkan pedulisma bersyarat"

nampak beza?

akhlak itu adalah buah kepada aqidah dan ibadah. kalau akhlak kita jelita, maka aqidah dan ibadah kita juga haruslah sempurna. kalau akhlak kita jelita, Allah dan Nabi (Allahumma sholli 'ala sayyidina wa habibina wa syafi'ina wa maulana Muhammad) pasti sayang. Manusia pun InsyaAllah akan sayang.

abah berkata:-
"kalau kasar-kasar, lelaki pun lari"
ini bahasa abah. baca: "perempuan yang kasar, kurang di sayangi umum".

'perempuan sahaja? ini tidak adil!'

lelaki juga sebetulnya. bukankan junjungan kita seorang yang lembut lagi hikmah? cuma fokus abah kepada anak perempuannya.

berbalik kepada isu.

'kasar' di situ adalah 'kasar' yang tidak perlu. bila berurusan sesama manusia, seeloknya keluarkanlah kata-kata yang baik dan sedap di dengar. jangan meninggikan suara, tiada siapa yang suka di marahi.

'takkanlah nak sopan-santun, lembah-lembut sentiasa? kami ada peribadi kami sendiri. kami tak mahu hipokrit'

benar sahabatku. Islam juga tidak menyuruh perempuan untuk selamanya taat dan tunduk. muslimat dalam Islam tidak di lahirkan untuk jumud dan tertutup namun Islam menganjurkan kita untuk bersikap dengan hikmah. biasa kita dengar terma ini?

hikmah itu bukanlah bermaksud berlemah-lembut, sopan-santun, senyum menggula setiap masa. hikmah itu adalah apabila kita memberi reaksi yang paling sesuai dengan keadaan. bilamana perlu marah, kita marah. bilamana perlu tegas, kita tegas. bila perlu pujuk, kita pujuk. itulah hikmah.

'redha' sahaja menerima setiap perkara tanpa fikir itu bukan lemah lembut tetapi lemah lembik. jadilah muslimat haraki yang berfikir dan bijaksana.


andai diam itu lebih baik, mengapa perlu bicara? itu hikmah.
andai kita bersalah, mengaku dan mohon maaf. itu hikmah.
andai anak tidak solat, ibu merotan demi mendidik. itu hikmah.
andai sahabat mendedahkan aurat, kita pujuk dan tegur. itu hikmah.

hikmah itu strategi menyebar dakwah.

jika tiada larangan khusus, khair sahaja untuk kita laku. mahu panjat gunung dan tunggang unta? silakan, tiada salah. sebarkan sayap menaungi kebajikan buat ummat. libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. tiada salahnya asal adab terus di pelihara. timbang pandangan manusia dengan neraca agama.

indahkan Islam? :)

dalam diri manusia, ada dua 'kutub magnet' yang berbeza. satu kearah kejahatan dan lagi satu kearah kebajikan. kita ada iman dan akal. kita juga ada nafsu dan emosi. bijaklah untuk tentukan yang mana satu menjadi kemudi.

wallahu'alam.

Saturday, February 12, 2011

review filem

Bismillah..

Seingat saya, belum pernah saya review filem di sini. tengok filem pun tak rajin,kan =) Tapi kali ini rasa terpanggil sebab baru sahaja tengok sebuah filem English yang bermanfaat. Tidaklah saya orang yang layak untuk buat ulasan seperti Ust Sya’ari. Sekadar berkongsi pengajaran, khas buat sahabiah muslimat saya terutamanya. Mungkin agak ‘lambat’ sebab filem ini terbitan 2008 (kalau tak silap) tapi saya baru tahu.

Sinopsis

(nota: memang terdapat kecacatan sebab sangat banyak fast forward. Maaf =))

Filem ini mengisahkan Bryan Mill yang telah berpisah dengan Lenore, isterinya atas sebab pekerjaannya yang sulit dan tidak tentu masa. Namun dia tidak pernah lupa ulang tahun kelahiran anakknya, Kim dan sanggup pulang walaupun bekerja di luar kawasan. Filem ini mengangkat tema perngorbanan seorang ayah, Bryan Mills, yang sanggup meletak jawatan demi meluang lebih masa dengan anaknya, Kim.

Kim dan Amanda, dua orang gadis Carlifornia berumur 17 dan 19 tahun berhajat untuk tour ke seluruh Eropah bersama band rock terkenal. Oleh kerana masih di bawah umur, Kim perlu mendapatkan tanda tangan bapanya untuk keluar negara.

Sebagai bekas perisik kerajaan, Bryan menjadi seorang yang agak paranoid. Dia sangat keberatan untuk melepaskan Kim melancong. Dunia luar di rasakan terlalu bahaya. Namun setelah di desak oleh bekas isterinya Lenore serta Kim sendiri, Bryan bersetuju dengan beberapa syarat keselamatan.

Setiba di apartment di Paris, Bryan menelefon Kim untuk memastikan keselamatannya. Serentak itu, apartment mereka di pecah masuk. Amanda di culik. Dengan pengalaman yang ada, Bryan meminta Kim untuk tenang dan fokus serta menjeritkan sebanyak mana klue yang ada untuk mengecam penculik.

Kimmy dan Amanda telah di culik oleh sebuah syarikat pelacuran antarabangsa. Modus operandi agensi itu sangat licik bermula dengan cubaan mendekati mangsa sejurus mereka mendarat di lapangan terbang untuk mendapatkan alamat tempat tinggal. Penjenayah kolar putih ini bebas bergerak di sebabkan pentadbiran kerajaan yang korup dan memakan rasuah.

Atas dasar sayang dan cinta seorang bapa, Bryan bergadai nyawa bergerak sendiri demi mengesan Kim dan memburu penjenayah yang membawa anaknya pergi.

Kesudahannya?

=’)

Pengajaran

1) Cinta seorang ayah. Nilai yang saya rasakan sangat terbaik dalam filem ini. ‘Bukan tak sayang, tapi terlalu cinta’ bak kata Ust Pahrol. Bukan abah tak nak benarkan, tapi abah risau kalau ada apa-apa jadi. Menyingkap rahsia hati seorang abah itu tak mudah. Bicaranya sedikit namun maksudnya mengakar. Sekali katanya ‘jangan’, kadang kita si anak mahu juga merajuk panjang. Bukan sebab tak percayakan kita, tapi dia risaukan manusia luar di sekeliling kita. Bila kita di luar lingkun jagaan dia, dialah yang susah nak tidur memikirkan kita. Berpuluh tahun dia menatang, pasti tak senang untuk melepaskan. Kita pula? ‘Bacalah nota hati seorang lelaki’, bab hati seorang ayah.

2) Pangkat dan harta adalah ujian besar buat manusia. Dari kawan boleh jadi lawan. Dengan wang, manusia sanggup menggadai integriti dalam amanah yang di beri. ‘Suapan’ di terima, manusia lain pula menderita. Jenayah kolar putih kedengaran sangar berleluasan hari ini. Bahana korupsi dalam pentadbiran terbukti jelas dengan kebangkitan rakyat Mesir dan Tunisia. moga kejatuhan regim Hosni Mubarak ini membuka lembaran baru buat bumi 'anbiya, Mesir. Moga Allah melimpahkan rahmat buat Malaysia dan berikan yang terbaik buat pemimpin dan rakyat juga.

3) saya sangat-sangat risaukan sahabat perempuan saya. Jaga diri, jangan travel sendiri-sendiri. Lagi-lagi yang belajar di seberang laut. aneh, hana, dahlia, ayang, liyana, pija, amirah bazil, myra, saibah (tak tertulis semua, maaf) saya teringat kalian bila tengok cerita ni. Yang berhajat untuk vacation ke tempat kawan-kawan pun hati-hati juga. Solat sunat musafir dan doa banyak-banyak. Kakak pun, have a safe journey (walaupun lambat lagi) and take care there.

Wallahu’alam.

p/s: I prefer not to share the title in public. I'm not paid for that. ok, kidding =)

Tuesday, January 4, 2011

monolog

bismillah..

Kurang pasti apakah rasa
Tak pernah fikir akan ada pembaca
Menari sesukanya kata dari hujung jari
Kadang terpaksa padam bila baca kembali

Serba salah?
Ada juga
Menghabiskan masa-masa mereka
Yang mungkin lebih hak pada yang lain
Janganlah setiap saat mereka
Aku juga dapat sahamnya

Malu?
Sangat
Amaran biasa buat orang ‘dekat’
Jangan sekali-sekali tegur di alam realiti
Tutup telinga. Tutup muka.
Mungkin sorok bawah meja
Cukup-cukuplah di sini sahaja
Tak perlu di jaja karutan maya di alam yang sana

Takut
Ya. Ini pasti
Bila yang di sampai adalah kata emosi
Bukan sepatutnya tulisan hati
Bila masa akan di persoalkan nanti
Tiap bait perkataan yang telah di saji

Pinta ku lagi
Kutiplah al-haq yang mungkin terselit
Amallah al-haq yang mungkin terwaris
Janganlah sekali menilai aku yang hanya menzahirkan
Aku takut.. mereka mungkin meninggalkan
Kerana..
Mungkin saja aku bukan apa yang mereka sangkakan

Friday, December 24, 2010

dedicated to her :)

bismillah

[nota 1: brothers tidak di galakkan untuk membaca entri ini. ini cuma ceritera 'kami-kami' sahaja. terima kasih]

[nota 2: maafkan bahasa rojak yang di gunakan. 'dia' tak suka bahasa skema ;)]

khas buat dia, my beloved bubbly mubbly clumsy buddy

kita sekelas sejak 1st semester 1st year. 1st impression; vouge! sejujurnya, pernah timbul rasa "macam susah je nak masuk dengan dia". mana tidak, sudahlah bijak bistari, jenis speak-out lagi. takut kena 'sound' nanti. bila buat presentation, mantap sangat. oh. nak banding ngan kite ni.... jauh nam san tower dari klcc.

walaupun tinggal di level yang sama, jarang kita berbual mesra. sampailah saat Allah nak ubah 1st impression kte pada kamu. pelik juga bila kamu baca yaasin seorang-seorang kat lobby level 6. rupanya Allah jadikan waktu 'hanya kau dan aku' itu sebagai 'starter' untuk kite lebih kenal kamu. terkejut sangat bila kamu cerita masalah kamu kat kite. yela, kte kan kawan hye-hye bye-bye je, langsung tak rapat. tapi takdir Allah merubah segalanya. 180 darjah dari yang di sangkakan. betullah, kita hanya mampu meramal tapi tak mampu memastikan masa depan.


ungs: dunia 'kita'

kite-kamu jadi ...-mate dalam erti kata sebenar. kalau sehari ada lebih 24 jam, sebanyak tu jugak lah kita menghadap satu sama lain. bangun pagi, menghadap kamu. solat dengan kamu, breakfast dengan kamu. bersiap pergi kelas jugak dengan kamu. dalam kelas duduk sebelah kamu. sebelum lecturer masuk pun borak dengan kamu. brunch, lunch, dinner, supper jugak dengan kamu. balik bilik menghadap lagi kamu. oh, tak berkembang. kite ingat, kite akan bosan menghadap kamu 24 jam sehari tapi... ajaibnya tidak!

rindunya.. rindu nak borak dengan kamu, cerita pasal mama, abah, sarah, along, mak cik. rindu nak makan ruski dengan kamu (opss! kite dah tak makan ruski semua-semua tu), toast roti dengan kamu. rindu kamu 'mendedahkan realiti' masyarakat zaman ini. rindu kamu review movie, "jangan tengok cerita ni, nanti rosak otak". rindu kamu 'memalukan diri' dengan action spontan kamu =.=', rindu kamu yang clumsy, yang caring sangat bila kite tak sihat, yang baik hati, rindu bila kamu mengaku menangis sorok-sorok sambil buat muka malu segan. siap blushing. rindu perkara pelik yang kita buat sama-sama. dulu pernah kata nak pakai 'tudung kite',kan? hehe. bila lagi?

discover your true beauty

banyak yang kite belajar dari kamu walaupun mungkin kamu tak sedar. kamu ajar kita, lagi kita rasa uneasy dengan seseorang, paksa diri untuk kenal orang tu. rapati seseorang itu untuk kenal 'kecantikan' dia. sungguh, tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini melainkan baginda SAW. semua orang ada kelemahan. bagi orang yang melihat dari luar, teliti dan petiklah kecantikan pada mereka di sekeliling kamu. bukan menghukum dia dengan kelemahan yang ada.

walau ramai yang pelik tengok kita yang mereka kata berbeza, hanya kita je tahu apa 'samanya' kita. bak kata shake, kite dan kamu berbeza tapi sama =) kamu selalu kata, kite jaga kamu sebab tu kamu jarang cakap dengan 'kaum mereka' waktu ungs. tapi hakikatnya, kita wujudkan 'dunia kita' sampai kamu tak sempat nak cakap dengan orang lain pun. pernah kite terfikir, kenapa lewat sangat Allah 'kenalkan' kite dengan kamu. mungkin inilah hikmahnya. kesian orang lain. bila kita berdua, dah macam tak nampak orang sekeliling =) dasyatnya penangan.. kite pernah doa supaya Allah panjangkan masa ungs. kite nak kenal kamu lagi dalam sebab kite tahu, bila dah masuk main campus kite dah tak boleh macam dulu walau kite dan kamu selalu berzikir "rindunya waktu ungs.."

pesanan

kamu cantik, kamu istimewa. asal kamu tahu yang kamu buat tu betul berlandaskan syara', pedulikan kata-kata manusia. I'll always stay by your side dear. doakan sama-sama berubah menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ke hari. kita mampu merubahnya =) apa azam baru kamu bila dah tua lagi setahun ni?

kite dah takda untuk saling buatkan cereals atau toast-kan roti. promise me, try hard not to skip your breakfast,ok? kamu bukan boleh lapar lama-lama. kesian badan tu. jangan tidur lewat sangat, jaga hak badan. jangan lupa cari rapunzel, tau.. thank you, ajarkan korea sebebis dua perkataan =D

I love you, beb.

I miss you, hyung nim.

take care, ahjumma.

all the best in your coming examination, unni.

happy birthday, Dr Amalina Zaharani.

semoga bertemu dengan calon soleh (dah besar dah dia...)

semoga segala impian murni mu di kabulkan Ilahi..

Wednesday, December 15, 2010

fahami lawan anda dalam gerak kerja

bismillah.


pertamanya, maaf kepada sesiapa (kalau ada) yang singgah di blog ini namun tiada pula up date terbaru. kekangan dengan kesihatan laptop yang kurang mengizinkan tambah dengan kesibukan penulis sendiri dengan aktiviti luar alam maya. alhamdulillah, di beri juga kesempatan untuk mencoret seketika walau mungkin ayat tunggang-terbalik (hilang momentum seketika). mohon maaf in advance =)
********************

tak kira sudah bekerja atau masih belajar, seorang mahasiswa atau pelajar sekolah, Perdana Menteri atau rakyat biasa, hampir mustahil untuk kita lari daripada berhubung dengan manusia lain. hakikatnya jelas bahawa manusia saling memerlukan dalam mengemudi hidup di bumi Allah. namun dalam interaksi mutual yang di amal, miskomunikasi yang membawa kepada tergurisnya hati dan perasaan juga hampir mustahil untuk di elak.


memahami lawan anda


kata orang, sedang lidah lagi tergigit inikan pula kita; nafs manusia yang berbeza-beza. masing-masing punya ragam dan pendirian tersendiri. seorang berfikir cara begitu, seorang berfikir cara begini. suka saya membaca "men from Mars, women from venus" beberapa lama dahulu. kajian psikologi yang mendedahkan kebiasaan cara interpretasi dan berfikir makhluk Allah; Ar-Rijal dan An-Nisa meski di bawah satu tittle 'manusia', khalifah fil ardh. masyaAllah, macam-macam ada. apa yang lebih menarik, saya sendiri pernah mengalami situasi di 'sound direct' bilamana niat untuk membantu rupanya di salah tafsir. 


tersentak sebentar bila kena praktikal.


waktu itu langsung terfikir, "ya, saya pernah baca mereka tak suka, begini begini". rasa 'tersuka' psikologi pula tiba-tiba.


gerak kerja


umum tahu, dalam bekerja, muslimat selalunya lebih teliti. memilih untuk menjadi realistik daripada idealistik. fikiran mereka mengakar walau untuk sesuatu yang kecil. terlebih 'hati-hati' mungkin sehingga ada muslimin yang merasakan mereka ini cerewet dan bossy. banyak soal dan skema? macam-macam ada. emosi mereka yang kuat terkadang di bawa-bawa dalam gerak kerja.

untuk muslimin, tak mampu nak komen banyak. kalau muslimat selalu di label 'emosi', muslimin pula ada yang 'ego' mengalahkan KLCC. nak terangkan pun tak tau =) mungkin muslimin sendiri boleh tambah-tambahkan nanti. suka saya tekankan, ini hanyalah kebiasaannya sahaja bukan merujuk kepada semua secara total. ada sahaja muslimat yang masih rasional dalam menerima kritikan. masih ada lagi muslimin 'cool' yang dalam menerima bantahan.

pesanan


"letakkan emosi di tingkat terakhir dalam gerak kerja"


bila rasa nak marah, ingat-ingatlah balik ayat di atas. banyak-banyak baca ucapan isti'azah, jangan benarkan syaitan membakar obor neraka. wahai muslimin, muslimat ni memang complicated. wahai muslimat, muslimin ni memang memeningkan kepala. solusinya? saling memahami dan berlapang dada. saya begini, kamu begitu. fitrah kita berbeza tapi saya perlu kamu, kamu juga perlu saya. maniskan kalau saling menampung menutup cela?


nota: adat sudah bila berbantah-bantah dalam gerak kerja. fikirlah positif, mungkin idea makin bercambah. suka sangat bila argumentasi di siang hari, tiba malam macam tak ada apa yang jadi. panas sekejap-sekejap sudah la ya.. paling penting, jangan rojakkan urusan peribadi dengan kerja.

Saturday, December 4, 2010

rabitah srikandi: teruslah melangkah

bismillah..

Meja Balqis di ketuk dengan pensil. Terkumat-kamit Zayyad menutur bicara.

Balqis mengangkat wajah. Suara Zayyad tenggelam dalam alunan Quran dari mp3 nya. Sebelah earphone yang di sumbat di telinga sedari tadi di cabut.

“nak apa?”, Balqis menutur tegas.

“jom la balik sekali..”, sekali lagi suara Zayyad memecah sepi.

Balqis diam tidak melayan.

“nak tinggal sini sampai esok pagi ke?”, Zayyad menyindir.

Balqis menoleh jam di tangan sekilas. "Sebelas suku!", batinnya menjerit. Akibat terlalu khusyuk menyiapkan tugasan, Balqis tidak sedar akan masa yang berlalu pantas. Earphone yang di sumbat di telinga membataskan pendengarannya terhadap suasana sekeliling. Di luar, langit kelihatan gelap. Hujan renyai mula turun membasahi bumi.

Balqis makin kaget melihatkan tiada seorang pun rakan muslimat yang tinggal walhal baru lima belas minit waktu prep tamat. Yang tinggal hanya dia, Zayyad dan Nazmi.

"Astaghfirullah.. muslimat lain tak perasan mungkin", Balqis memujuk hati. Langkahnya laju ke belakang kelas. Buku-buku telahannya tadi di susun kemas di atas rak yang tersedia.

"Aku tunggu ni..", tambah Zayyad mengulang ajakan. tangannya di silangkan ke dada sambil badannya bersandar ke daun pintu. Kepalanya di gerakkan sedikit, memberi signal supaya Nazmi pulang dahulu. Nazmi akur menapak langkah pulang ke asrama.

Zayyad melakar senyum senget.

Balqis resah. Dia harus pantas. Fikirannya jauh memikirkan ustaz yang bakal meronda sambil tangannya lincah mengemas buku untuk di bawa pulang ke asrama. Kalaulah ustaz datang....

"Tap!" suis lampu di matikan.

"Ya Allah!", Balqis melatah, meraba dalam gelap "ini bukan masa main-main!" Geram dengan tindakan Zayyad yang sengaja menguji kesabarannya. Suis lampu di petik semula.

"Relax.. memain je la. Siapa suruh lambat sangat?", Zayyad masih lagi dengan wajah slumber tidak bersalah.

Balqis rancak beristighfar membina sabar. dalam hati hanya Allah yang tahu.

"Silakan puteri singa...", ejek Zayyad sambil berlagak seperti penyambut tetamu. Dia menyilakan Balqis untuk lalu di hadapannya.

Geram Balqis bertambah. Mahu rasanya bertukar menjadi ibu singa dan menelan lumat manusia semacam itu. Zayyad hanya memekakkan telinga setiap kali di tegur tentang sikapnya. Sia-sia.

"Jalan sama je, bukan buat apa pun", ada sahaja alasan untuk memancing amarah Balqis.

"Saya tahu jalan balik. InsyaAllah tak sesat. Balik la dulu", Balqis statik di muka pintu. Hujan yang tadinya renyai kini semakin lebat seakan memahami resah yang di tanggung Balqis. Dentuman guruh bertemankan kilat mula memecah hening malam. Dari Taman Mohabattein, kelihatan pekerja cafe sedang mengemas perkakas untuk pulang.

Zayyad berundur. Kali ini, koridor pula menjadi sandaran. Degil dan masih tak mahu berlalu.

"Bagi saya balik dulu, baru kamu jalan", Balqis memberi arahan. Rasionalnya masih berbaki meski terasa ingin 'meletup'.

"Ok...", Zayyad menggangguk sambil tersenyum penuh makna.

Balqis melajukan langkah. Wajah abi dan ummi silih berganti di minda. "Ya Allah.. Bantulah aku"

"tap! tap! tap!", derap langkah yang pantas sedang menghampiri. Balqis menoleh ke belakang. Zayyad sengaja mengejarnya dari jauh. Lagaknya seperti orang kurang siuman dengan jarak kurang lima meter sahaja. Mata sengaja di beliakkan sambil menyengih ala-ala hantu dalam cerita dongeng kanak-kanak.

"Berhenti!", tiada toleransi lagi. Balqis benar-benar 'meletup'. Dia tak peduli lagi kalau-kalau jeritannya memancing mata-mata lain. Kakinya terpaku ke lantai.

Takut.

Geram.

Marah.

Sedih.

Segalnya berbaur. Balqis takut dengan Allah, takut ada orang nampak keadaan mereka. Geram dengan perangai Zayyad yang menjadi-jadi. Marah dengan dirinya yang tak cakna akan masa sehingga terjerat dalam situasi begini...

Zayyad tak sangka yang Balqis begitu sensitif. Niatnya hanya ingin bergurau. Tangan di angkat memberi signal surrender. Bahu Balqis yang terhincut-hincut menahan sendu jelas kelihatan.

Zayyad kaget.

*****************************

Angin bertiup lembut menggugurkan dedaun kering berona perang dari rantingnya. Sesekali terasa seperti berada dalam musim luruh di luar negara. Deretan wakaf di Taman Mohabbatein sekolah elit itu seperti selalu, sunyi daripada manusia. Ramai pelajar memilih untuk belajar di perpustakaan atau di kelas sahaja. Lain pula bagi Balqis dan Ayuni yang lebih selesa memilih suasana santai sambil mentadabbur alam di temani kicauan burung yang singgah sekali-sekala di wakaf mereka.


"Allah tengah uji ateh...", Ayuni mengusap lembut bahu teman sebiliknya. Jauh di sudut hati, Ayuni juga kasihankan Zayyad. Meski zahirnya mereka kelihatan sempurna dengan nikmat harta dan kepintaran akademik, jiwa mereka tandus dan minta di baja. Itulah mungkin sebabnya Zayyad sering menghujani Balqis dengan ‘pertanyaan mengarut’.

“Kenapa tak boleh tengok? Dah diorang tunjuk aku tengok lah..”, Zayyad mempersoalkan tindakan Balqis menegurnya supaya tidak melihat gambar artis yang seksi dan terdedah sebahagian tubuh di akhbar.

Balqis buntu. “tapi.. kalau betul dia tak tahu macam mana?” Balqis hilang rentak. Tak tahu cara terbaik untuk menerangkan hal ini kepada orang semacam Zayyad. Takut-takut kalau Zayyad sekadar memancing bicara.

“Penawar hati.. Ingatkan Allah.. Bacalah Al-Quran.. Ingatkan mati..”, Ayuni mengalunkan nasyid, memecahkan lamunan Balqis sebentar tadi.

“Dunia kita sekarang ni tak sama macam di Raudhah dulu.." ujar Balqis lambat-lambat.

Ayuni merenung langit.

“kita takkan selamanya dalam bi’ah selesa, ateh. lambat laun kita kena lalui juga. dunia luar jauh lebih mencabar. masyarakat nazak, apakah da'ie harus turut nazak juga? Kita ada tanggungjawab besar untuk ummah”, Ayuni melontar tasyji’.

Balqis mengganguk perlahan. Wajahnya bertukar mendung.

“malunya ateh.. sedang nabi kita.. Allah.. terlalu sedikit yang kau rasa, Balqis ”, ucapan Balqis terhenti. Esaknya membuai jiwa Ayuni.

Sirah nabawiyyah di singkap.

Tidak cukup seruan baginda di tolak mentah-mentah di Thaif, tubuh baginda turut di sakiti dengan hujaman batu dari penduduknya. Terompah baginda likat dengan lelehan darah yang mulia sedang Zaid ibn Haritsah mengalami luka-luka yang amat banyak di kepala dan badannya demi melindungi batang tubuh insan agung, Rasulullah S.A.W. Batin baginda juga di hiris dengan cercaan dan maki hamun muntahan mulut mereka yang mengkufurkan Allah.

“namun baginda tenang.. baginda sayang umat.. baginda mendoakan kebaikan”, Ayuni menyapu takungan mata dengan hujung lengan.

Balqis turut sama tenggelam dalam sendu dan rindu. Rindu pada yang hak, rindu pada idola sekalian umat, Rasulullah SAW.

“andai jalan dakwah ini mudah, pasti ramai yang mengikut dan menyambut. Tapi jalan dakwah ini payah.. telah tertipulah diri yang merasakan dia seorang pejuang namun masih boleh bersenang-senang dengan dunia. Sunnatullah, berjuang itu pahit Balqis”, Ayuni menggenggam erat tangan Balqis. Mohon ikatan jiwa srikandi ini terus berpanjangan hingga ke syurga. “dan Balqis di pilih Allah untuk merasa cebisan kepahitan itu”

“Balqis umat baginda.. biarlah sedikit asal suatu saat nanti mahu banginda melihat Balqis dan mampu  juga Balqis katakan, inilah sedikit saja Ya Rasulullah yang aku mampu dalam menyambung perjuanganmu..”, Balqis meniup semangat buat diri. Senyuman kelat di ukir.

Telah tenanglah jasad yang mengharungi perit hari siangnya kerana kita, yang pernah mengikat perut kerana kita, yang pernah di baling batu kerana kita, yang pernah di tusuk pipinya kerana kita, yang di saat akhir hayatnya masih merindui kita.. “ummati.. ummati.. ummati..”

tutur Ayuni seiring hujanan air mata.



“wahai pemilik sekalian hati.. peganglah hati-hati kami dan bantulah kami untuk berada di jalanMu.” Jauh di sudut hati Balqis mendoakan kebaikan buat Zayyad, sepertimana baginda yang senantiasa mendoakan kebaikan buat ummat. Moga Zayyad menjadi sehebat pejuang Allah, Zaid ibn Haritsah.

Dua ekor burung yang singgah di wakaf turut mencicit perlahan seolah memahami perbualan mereka.

"kita hanya penyeru.. kita bukan penghukum.. teruskanlah dan ayunlah langkah.."

Wednesday, December 1, 2010

[doktor] "maafkan ibu,redhakan perjuanganku"

bismillah..

Kunci kereta ku letakkan di meja bersama segala dokumen kerja. Brooch tudung di longgarkan. Letih yang teramat. Pandangan ku terarah pada satu-satunya putera hati di sofa. Melihat keletahnya saja sudah mampu menghilangkan lelah.

“Ayie.. bangun sayang.. dah solat belum ni?”, kepala Ayie ku usap lembut sambil mengemaskan comforter yang membalut tubuhnya. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul enam setengah pagi. Tubuh kecil yang meringkuk di atas sofa ruang tamu mengeliat kecil.

“Sayang.. kenapa tidur kat sini? Sejuk...”, tubuh Ayie cuba ku rangkul. Dia tersedar sambil berpisat menahan kantuk. Mencuka wajahnya.

“Ibu memang tak sayang Ayie! Ibu balik lambat!”, pantas anak kecil itu berlari menaiki anak tangga.

“Ayie...”, panggilanku mati. Ayie hilang ke tingkat atas.

‘maafkan ibu...’

Mak mah yang terdengar suara Ayie segera membasuh tangannya ala kadar. Adunan cucur bilis untuk sarapan pagi itu di tinggalkan seketika.

“Puan dah balik.. Nak saya buatkan air?”, tanya Mak Mah setiba di ruang tamu.

“Kan saya cakap, panggil je Hannah..”, aku mengukir senyum. “Takpe terima kasih Mak Mah, nanti saya buat sendiri.. emm.. Ayie sihat Mak Mah? Tadi dia tidur di sofa..”

Mak Mah mengangguk kecil. “semalam dia tak mahu makan, nak tunggu Hannah balik katanya”

“kasihan dia, Mak Mah.. Mak Mah tak bagitahu saya balik lambat?”

Aku melangkah ke dapur, membuka tudung saji. Lauk hanya kelihatan sedikit terusik. Mungkin Mak Mah dan abahnya sahaja yang makan. Ayam goreng kegemaran Ayie masih tersedia dalam pinggan kaca berbunga kecil, tidak seperti selalunya. Pantang ada ayam goreng pasti Ayie meratah habis.

“Sudah, tapi dia tak dengar. Abah dia pujuk pun dia tak mahu sampai kena teman dia tidur di ruang tamu. Menangis-nangis tak mahu ke bilik”, sambung Mak Mah.

Pasti malam tadi Ayie tidur dalam kecewa, sedih dan marah.

Paip sinki ku pulas, membasuh tangan.

“Mak Mah berehatlah ya.. biar saya siapkan”, adunan cucur bilis ku capai bersama tepung. Tak lupa rencah ‘basmalah’ di adun bersama. Sikit sahaja sebelum siap untuk di goreng.

“Hannah lah berehat, baru balik. Mari sini Mak Mah siapkan. Kasihan badan tu..”, pujuk Mak Mah.

“Mak Mah memang macam ummi saya..”, aku tergelak kecil.

Rindu pada ummi tak tertahan lagi. Barulah aku tahu bukannya mudah bekerja dalam masa yang sama perlu menguruskan rumahtangga pula. Ummi memang contoh insan terbaik dalam hidupku. Meski sibuk di pejabat, masanya dengan anak-anak tidak di abai. Malah ummi pula yang ‘berebut’ dengan pembantu rumah untuk memasak dan menguruskan hal rumahtangga bila dia di rumah.

Berbakti 24 jam sehari.. hebatnya ‘ketahanan’ seorang wanita muslimah...


‘Tak sempurna seorang wanita itu selagi tak mampu menguruskan rumahtangganya dengan baik. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan tempat seorang ibu adalah di sisi anak-anaknya. Nama, pangkat atau sehebat mana pun kita di tempat kerja langsung tak bermakna kalau keluarga kita sendiri kucar-kacir tak bahagia’

Pesanan ummi ku semat utuh.

“bila lagi Ayie nak merasa air tangan saya, Mak Mah.. sikit lagi je nak siap ni..”, ujarku bersungguh.

Biarlah sekadar masa yang aku punya di rumah aku peruntukkan sebaiknya untuk mereka. Mak Mah masih di situ mengambil tugas menjerang air. Air panas di curah ke dalam teko. Minuman pagi kegemaran keluarga di bancuh.

Deruman enjin kereta memecah hening pagi. Serentak aku dan Mak Mah menyambut salam dari muka pintu.

Huluran tangan insan berkopiah dan baju melayu itu ku kucup.

“Baru balik?”, soalnya sambil mengiringiku ke dapur. Mungkin kerana baju kurung yang ku pakai sejak pagi semalam tidak bertukar.

Aku mengangguk.

Memang menjadi kebiasaannya untuk membantu aku dan Mak Mah di dapur usai pulang berjema’ah di surau An-Nuur. “Kalau tak tolong buat kerja, tolong tengok pun jadilah”, pernah dia berseloroh. Seronok Mak Mah ketawa. Sekali-sekala ada juga dia menjadi chief bersilat di dapur. Boleh tahan hebat.

“Ayie macam mana?”, ingatanku tak luput dari memikirkan Ayie. Cucur bilis ku jemput kecil-kecil sebelum di sua ke kuali panas.

Mak Mah sudah berlalu ke ruang makan. Menyediakan meja sebelum sarapan pagi di hidang.

“Biasalah kanak-kanak.. ”, tenang suaranya.

Barulah aku tahu mengapa beriya-iya Ayie mahu aku pulang awal semalam. Rupanya, dia mendapat tempat pertama di tadikanya untuk peperiksaan bulan lalu dan mahu berkongsi berita gembira sewaktu makan malam kami sekeluarga.

“Bila surprisenya tak menjadi, tu yang mengamuk sampai ajak naik tidur kat bilik pun tak mahu”

Sesalku menebal. Harapan seorang anak kecil punah.

“kasihan Ayie... terkadang rasa nak berhenti kerja pun ada...”, ujarku lambat-lambat.

Cucur bilis yang baru ku tos di capainya.

“Bismillahillazi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardh wa la fis samaa’ie wahuwas sami’ul ‘aleem”, sengaja di baca kuat, mengusik. Kalau-kalau ada mudharat pada cucur tu, tiadalah terkesan padanya nanti.

“emm.. sedap! Tukar profesion jadi tukang masak pun boleh ni”, ujarnya sambil menyengih.

Aku mengeluh perlahan. Sepatutnya aku sebagai ibu yang lebih memberi tumpuan buat Ayie. Bukan Mak Mah atau guru-gurunya.

“Ayie perlukan perhatian seorang ibu...”, rendah suaraku.

Sepi.

Dia mengalih tumpu ke arahku. Serius.

“Abang suka keluarga yang boleh berbakti buat ummah seluruhnya, bukan hanya keluarga kecil kita semata-mata. Pasal Ayie, abang akan cuba fahamkan dia, InsyaAllah. Bersabarlah untuk beberapa bulan ja lagi. Lepas ni takdalah hectic sangat dan akan ada lebih masa untuk Ayie. Yang penting, jangan pernah lupa memohon pertolongan dari Dia supaya segalanya berjalan lancar dan terasa mudah.. kita mungkin tak mampu untuk beribadah setaraf sang ‘abid. Jadi, bekerjalah seikhlas mungkin demi menunaikan fardhu kifayah, moga-moga Allah mengira ini juga sebagai ibadah di sisiNya. Pasti ada hikmah kenapa Allah tetapkan jalan ini buat kita. Anggaplah ini pengorbanan kecil dalam perjuangan Islam”, hikmah bicaranya.

Bukan sedikit berita yang sampai di telinga berkenaan keruntuhan rumahtangga sahabat se-profession dengan ku. Segalanya gara-gara jadual kerja yang sibuk dan tak menentu. Makan pakai keluarga langsung hilang cakna. Syukur yang tak terhingga kupanjatkan buat Dia kerana meminjamkan aku pendamping yang sangat memahami. Baik kerjaya mahu diriku yang sangat banyak kelemahan dari sempurna. Dia yang terus-terusan meniup semangat memberi motivasi kala aku hampir berhenti dari jalan ini.

‘moga Allah mengira aku sebagai sayap kiri perjuangan Islam..’

***********************

“Red zone, Doctor! 1st bed”, cemas suara jururawat.

Aku tersentak.

Suasana sekitar ku kembali bingar.

Bunyi mesin ventilator bersilih dengan suara orang mengerang kesakitan.

“Robbi yassir wala tu’assir. Robbi tammim bil khair”, doa ku penuh mengharap sebelum melangkah ke medan juang.

‘maafkan ibu, Ayie. Redhakan ibu berjuang untukmu,sayang juga buat ummah seluruhnya..’



[nota buat sahabatku seorang Doktor]

Tahniah.

Tabahlah.

Moga Allah bantu dan mudahkan urusan kalian.

Baik di dunia juga di akhirat.

Selamat berjuang wahai Doktor Ummah!

ikhlas,

Wardatul asrar

26/11/2010

Friday, November 5, 2010

'hold my hand.. will ya?'

bismillah..

“lina sihat? mengantuk?”

Kelas baru saja tamat. Dengan bekalan ilmu mekanisma tubuh yang agak kompleks, tak hairanlah masing-masing berwajah cuka. Kaki melangkah ke belakang mahallah, suasana hijau terhias dengan sebatang anak sungai yang mengalir perlahan.

“takda lah.. I nampak lain ke?”, senyuman kelat di hadiah.

Pandangannya di lontar jauh. Nota di tangan di peluk kejap.

Biji tasbih rancak menari di celah-celah jariku meratib asma’ Yang Maha Agung. SubhanAllah.. Terubat keletihan melihat kehijauan alam ciptaanNya. Sekali-sekali ku toleh ke arah sekumpulan monyet yang riang bergayut di dahan. Ada yang mencicip air di anak sungai. Aku tertarik melihat keletah seekor monyet betina yang sedang mengendong anak kecil dengan penuh kasih sayang, melompat dari satu dahan ke dahan yang lain.

“Binatang pun sayangkan anak. Tapi manusia hari ini, nak kata berperangai binatang pun dah tak sanggup. Kasihan binatang pula di sabitkan atas sikap tidak berperikemanusiaan mereka yang bergelar manusia”

Alina cuma mengangguk.

Suasana sepi.

************************

Usia ukhwah yang belum sampai dua tahun ini menyukarkan aku untuk menebak hati seorang sahabat. sebiji batu kecil di capai, ku lontar jauh ke semak merentasi sebatang sungai kecil.

“kamu tahu batu tu kat mana sekarang?”

“Tak..”, kepalanya di geleng senada.

“Macam perasaan kamu, dalam sangat sorok. Susah kite nak tahu kamu kat mana sekarang. Ntah-ntah dah ke Aussie..”, cuitan kecil singgah di bahu. Kami ketawa di temani dedaunan yang mula gugur di tiup angin petang.

“lina.. kalau awak ada masalah, awak cakaplah. Mana tahu kite boleh tolong”

Wajahnya di tunduk sambil menguis pasir dengan ranting pokok.

“you tak segan ke kawan dengan l?” ujar Alina lambat-lambat.

“segan? Kite tak faham..” minda ku berkira-kira.

“yelah.. I tak baik macam you, macam kawan-kawan you yang lain”, kendur suaranya.

Sungguh, langsung tak pernah terbit rasa malu mahupun segan malah aku sangat-sangat senang mengenali dia. Selama ini pun, tak pernah dia menuturkan sebegitu rupa.

“mesti ada something kamu cakap macam ni.. kenapa sebenarnya?”

“ntah.. people keep on comparing between me and you. I kan ‘loud’ and gila-gila.. tak macam you”

“siapa?”

“people.. Baju I ketat dengan jeans lagi, baju you labuh. Tudung I singkat. I cakap je ape I nak cakap, you tak.. I.. kesian you bila orang cakap macam-macam bila you kawan dengan I. Friends kan mirror of each other? i'm sorry for being selfish selama ni, nak you kawan dengan I tapi I sendiri tak tahu you happy ke tak kawan dengan I.. someone made me realize it”, lepas Alina. Sesak mindanya di hurai.

Terkesima.

Wahai manusia, siapakah kalian untuk menilai siapa mulia siapa yang hina? Dia manusia, aku juga manusia. Andai kalian tahu siapa itu seorang ‘aku’, pasti kalian takkan menilai dia sebegitu. Andai kalian mengenali siapakah dia, pasti sayangnya kalian sama seperti aku. Dia yang ceria, penyayang dan baik hati. Dia yang setia di sisi katil saat aku di serang sakit, sanggup menyuakan makanan saat aku lemah. Dia mengalunkan Quran saat aku tak mampu, menemaniku qiam menghadap Yang Satu. Pasti ramai yang tak sangka; sisi lain seorang of Alina Mohamed.

“serious I nak berubah.. tapi..”, suaranya perlahan.

Jarinya ku usap lembut. Mata kami bertentang. Ya Allah, bantulah aku untuk aku bantu dia..

“Dalam hati setiap anak adam tu pasti ada rasa ingin berubah kearah yang lebih baik dan perubahan itu tak mudah, sayang. Kita perlukan mujahadah yang sangat-sangat hebat..” hela nafas ku lepaskan berat.

Terkenang saat dulu.. pahit.

“kawan-kawan I kat luar drags me to another path.. my family lagi.. Allah..”, keluh Alina.

Lama kami diam. biarkan mata yang berbicara. Butiran jernih mula mengalir seiring derasnya anak sungai di hujung kaki. Alina... luarnya keras, dalamnya hanya yang benar-benar mengenali sahaja tahu. Lembut. Halus..

“Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi. you are strong enough to face it, InsyaAllah.. mintalah dengan ayat-ayat dari Dia.. Dan katakanlah, ‘ya Tuhanku, aku berlindung kepada engkau dari bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya Tuhanku agar mereka tidak mendekatiku"

Air matanya ku seka dengan lengan baju.

“berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis~ as you always nyanyikan untuk I”, Alina mengalunkan lirik lagu Hijjaz.

Aku merekah senyum dalam payah. Sampai bila perlu wujudnya double-standard dalam bersahabat? aku bukanlah yang terbaik namun aku masih belum mampu melihat seseorang yang aku sayang terus hanyut di telan waktu. Kalau dia rasa tiada yang sudi, cukuplah dia tahu bahawa aku sedia di sisi.

“pandai pun... biarlah apa orang nak cakap, kite nak jugak kawan kamu. Nanti siapa nak buli ajak basuh baju sama-sama? siapa nak sorokkan hard disk biar kamu tak boleh tengok korea selalu? Kite pun nak jugak buatkan cereals untuk orang yang malas breakfast macam kamu..”, hidungnya ku picit lembut.

Alina ketawa.

"I nak masuk syurga dengan you.. hold my hand, will ya?”

Harapannya yang menggunung dapat ku rasa. Ya Allah, berkatilah ukhwah kami moga dengan ini dapat menjadi tiket untuk kami sama-sama menjejak syurgaMu.

sehelai daun kering ku capai.

'hold my hand.. always and forever..

love,
husna'
                                                    '
“always be.. InsyaAllah..”, daun bertulisan tangan ku hulur.

Dia hilang dalam peluk dengan wajah terbenam di bahu. Basah.

‘lepaslah apa yang terpendam di dada mu.. segalanya Allah Maha Tahu.. moga kau di berkati selalu’

Thursday, October 28, 2010

lesson of life #2

[dewan terbuka]


Satu jeritan datang dari atas, tingkap kelas 3 Aurum. Serentak, terhempas sebiji telur tembelang di kaki. Busuk! Nyaris saja kena kepala.

Galak ‘geng Amir’ menghamburkan tawa.

“oh, Hana.. gadis Palembang.. hahahha”

Menoleh sekilas. Senyum tawar di ukir lantas membersihkan sisa telur yang melekat pada kasut kulit berwarna hitam berkilat.

Siapa tak kenal ‘geng amir’?

Itu bukan kali pertama...

********************

[3 Aurum]

“beb, kau dah buat problem ke hari ni? Pahal Puan Rosnah panggil?”, tanya Rina.

Amir mengangkat kening. “sejak bila Hana tu jadi kaki report? Nak kena ni...”

Terjelepuk Hana jatuh bagai nangka busuk. sengaja kaki Amir menghalang laluan.

“Amir!”, jerit Liana.

‘Makin lama, makin menjadi-jadi. Tak padan dengan budak baru’, getus Yana dalam hati.

“maaf la, terlanggar kaki kau”. Bengkak juga hati Hana. Tudung labuh putih, bertompok kelabu bila tercium lantai.

Rambut separa bahu di sisir dengan jari. Senyum sumbing terhadiah dari Amir.

Sabar Hana, sabar.. ada ‘agenda’ lebih besar perlu di utamakan.

********************

[Kantin]

“Kau pahal macam ayam mati bini? Puan Rosnah sebat kau??”, siku Rina bertemu bahu Amir.

Geleng.

“weh, aku blah beli air jap”, Rina berlalu.

Sentuhan lembut singgah di lengan Amir.

Tersentak.

Hana?? Amir menyentap kasar.

Hana melarikan jari. merenung dalam anak mata.

“kau ada masalah?”, sengaja mengaju soal yang dah tahu jawapan.

Membatu.

“kalau Amirah ada probs, aku boleh tolong”

“don’t you ever dare..”, jari telunjuk tepat di hadapan muka Hana.

“tak suka aku panggil Amirah?”

Pang!

“jangan kata aku tak bagi amaran!” bangkit, berlalu.

Pijar wajah di tahan. Ni baru tamparan wanita...

********************

[wakaf]

“sorang? hurm.. takziah...”, Hana bersuara.

Amir menoleh. Tajam.

“pahal?”

“Puan Rosnah ada bagitau aku hari tu”

Takungan jubir mata di tahan.

“apa yang kau tau?”

“not too much if i say.. as much as Puan Rosnah tau?”

Sepi.
“open je ngan aku. Aku takkan gelak kalau kau nangis”

“arghh.. aku tak lembik la”, keluhan berat di lepas.

“sape cakap kau lembik?”

Diam.

Pandangan terlontar pada pokok kaktus yang menghias sekitar wakaf.

I’m not a perfect person...~ [message alert tone]


“there's many things I wish I didn't do.” Hana melagu senada.

“ingat geng malaikat tak layan lagu-lagu macam ni”, sinis.

Ketawa kecil. “sebab aku bukan malaikat. Ntah.. as long as lagu tu ada makna, aku layan je. Betul,kan. Kita semua ni mana ada yang perfect. Kau, aku, semua tak perfect. Kau buat dosa, aku pun buat dosa jugak”

“at least hidup kau lagi perfect. tak miserable macam aku”

“mana tau?”

Ketawa.

“kalau tak, kau dah lama jadi macam aku, Rina.. hidup segan mati tak mahu. Merempat kasih orang yang dah mati pun sekarang. geng set... ”

“shut!” Hana memotong. Serius. “kau nak jadi ke?”

Senyap.

“apa wasiat nek ngah?” Hana pancing bicara.

Amir menoleh. “kau tahu?”

Senyum nipis.

“aku boleh tolong kau...”

“shooot... aku taknak jadi lembik. Lagipun, aku tak pernah janji dengan nek ngah”, tangan di angkat paras bahu, signal surrender.

“jadi perempuan feminin tu lembik?”

“kalau tak, takkan bapak aku sebat mak aku sampai mati. Arghh... ”

“astaghfirullah..”

Hela nafas di lepas, perlahan.

“perempuan ni tak lembik, Amir. Kau sepak aku hari tu, nak tercabut rahang bagai.. nasib temporomandibular joint aku kuat. Haha.. Cuma kuat perempuan tu tak sama dengan kuat lelaki.”

“maksud kau..?”

Hana bangun, buka langkah.

“tutorial dengan aku”, senyum. Tunduk gaya wanita kehormat british.

“oh, no!”

Sunday, October 17, 2010

muslimat: "jangan mudah di gula-gula"

bismillah..

time passed
 

berdesing telinga dengan khabar yang menyapa
mati akal seketika

rasa macam mimpi pun ada
sungguh? sungguh? sungguh?
Allahu..


muslimatku..
ketikan ini buat aku jua kamu
yang sama-sama meniti usia remaja
yang jiwanya rancak hebat bergelora
entah buat kali keberapa
asal ia bermanfaat akan ku ulang-ulang juga



"jangan mabuk cinta!", pesan ibu ayah
mereka yang mengirimkan mu seringgit dua
agar kau mampu singgah di menara kaca
janganlah kerana lelaki yang datangnya entah dari mana
ibu ayah mu kau pinggirkan
cinta sementara yang kau dambakan

andai jujur dia mahukan kamu
bukan cara itu yang dia pilih dahulu
tegaskanlah
aku masih punya insan yang lebih berhak ke atasku
jangan sesuka hatimu mengusungku ke sana ke situ
kerna aku tetap berpegang
redhaNya ada pada redha dua wali ku
andai di kata muslimat konservatif, kolot, ortodoks
jawablah "aku rela itu semua jadi maharnya"

keluarlah muslimat mengembara mengenal cinta utama
agar kau mampu menilai mana malaikat mana buaya
jangan, muslimat jangan..
hanyut dalam lautan manis yang kau sangka gula
akhirnya kau sendiri tenggelamkan dalam racun berbisa

benarlah kata orang
bijak itu bukan pada kertas peperiksaan
bukan pada ranking di tengah masyarakat
bijak itu juga pada pembawakan diri
tahu tujuan hidup kita sebenarnya untuk mati

bijakkah aku? Ya Mukallibal Qulub...