"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, November 5, 2010

'hold my hand.. will ya?'

bismillah..

“lina sihat? mengantuk?”

Kelas baru saja tamat. Dengan bekalan ilmu mekanisma tubuh yang agak kompleks, tak hairanlah masing-masing berwajah cuka. Kaki melangkah ke belakang mahallah, suasana hijau terhias dengan sebatang anak sungai yang mengalir perlahan.

“takda lah.. I nampak lain ke?”, senyuman kelat di hadiah.

Pandangannya di lontar jauh. Nota di tangan di peluk kejap.

Biji tasbih rancak menari di celah-celah jariku meratib asma’ Yang Maha Agung. SubhanAllah.. Terubat keletihan melihat kehijauan alam ciptaanNya. Sekali-sekali ku toleh ke arah sekumpulan monyet yang riang bergayut di dahan. Ada yang mencicip air di anak sungai. Aku tertarik melihat keletah seekor monyet betina yang sedang mengendong anak kecil dengan penuh kasih sayang, melompat dari satu dahan ke dahan yang lain.

“Binatang pun sayangkan anak. Tapi manusia hari ini, nak kata berperangai binatang pun dah tak sanggup. Kasihan binatang pula di sabitkan atas sikap tidak berperikemanusiaan mereka yang bergelar manusia”

Alina cuma mengangguk.

Suasana sepi.

************************

Usia ukhwah yang belum sampai dua tahun ini menyukarkan aku untuk menebak hati seorang sahabat. sebiji batu kecil di capai, ku lontar jauh ke semak merentasi sebatang sungai kecil.

“kamu tahu batu tu kat mana sekarang?”

“Tak..”, kepalanya di geleng senada.

“Macam perasaan kamu, dalam sangat sorok. Susah kite nak tahu kamu kat mana sekarang. Ntah-ntah dah ke Aussie..”, cuitan kecil singgah di bahu. Kami ketawa di temani dedaunan yang mula gugur di tiup angin petang.

“lina.. kalau awak ada masalah, awak cakaplah. Mana tahu kite boleh tolong”

Wajahnya di tunduk sambil menguis pasir dengan ranting pokok.

you tak segan ke kawan dengan l?” ujar Alina lambat-lambat.

“segan? Kite tak faham..” minda ku berkira-kira.

“yelah.. I tak baik macam you, macam kawan-kawan you yang lain”, kendur suaranya.

Sungguh, langsung tak pernah terbit rasa malu mahupun segan malah aku sangat-sangat senang mengenali dia. Selama ini pun, tak pernah dia menuturkan sebegitu rupa.

“mesti ada something kamu cakap macam ni.. kenapa sebenarnya?”

“ntah.. people keep on comparing between me and you. I kan ‘loud’ and gila-gila.. tak macam you

“siapa?”

people.. Baju I ketat dengan jeans lagi, baju you labuh. Tudung I singkat. I cakap je ape I nak cakap, you tak.. I.. kesian you bila orang cakap macam-macam bila you kawan dengan I. Friends kan mirror of each other? i'm sorry for being selfish selama ni, nak you kawan dengan I tapi I sendiri tak tahu you happy ke tak kawan dengan I.. someone made me realize it”, lepas Alina. Sesak mindanya di hurai.

Terkesima.

Wahai manusia, siapakah kalian untuk menilai siapa mulia siapa yang hina? Dia manusia, aku juga manusia. Andai kalian tahu siapa itu seorang ‘aku’, pasti kalian takkan menilai dia sebegitu. Andai kalian mengenali siapakah dia, pasti sayangnya kalian sama seperti aku. Dia yang ceria, penyayang dan baik hati. Dia yang setia di sisi katil saat aku di serang sakit, sanggup menyuakan makanan saat aku lemah. Dia mengalunkan Quran saat aku tak mampu, menemaniku qiam menghadap Yang Satu. Pasti ramai yang tak sangka; sisi lain seorang of Alina Mohamed.

serious I nak berubah.. tapi..”, suaranya perlahan.

Jarinya ku usap lembut. Mata kami bertentang. Ya Allah, bantulah aku untuk aku bantu dia..

“Dalam hati setiap anak adam tu pasti ada rasa ingin berubah kearah yang lebih baik dan perubahan itu tak mudah, sayang. Kita perlukan mujahadah yang sangat-sangat hebat..” hela nafas ku lepaskan berat.

Terkenang saat dulu.. pahit.

“kawan-kawan I kat luar drags me to another path.. my family lagi.. Allah..”, keluh Alina.

Lama kami diam. biarkan mata yang berbicara. Butiran jernih mula mengalir seiring derasnya anak sungai di hujung kaki. Alina... luarnya keras, dalamnya hanya yang benar-benar mengenali sahaja tahu. Lembut. Halus..

“Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi. you are strong enough to face it, InsyaAllah.. mintalah dengan ayat-ayat dari Dia.. Dan katakanlah, ‘ya Tuhanku, aku berlindung kepada engkau dari bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya Tuhanku agar mereka tidak mendekatiku"

Air matanya ku seka dengan lengan baju.

“berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis~ as you always nyanyikan untuk I”, Alina mengalunkan lirik lagu Hijjaz.

Aku merekah senyum dalam payah. Sampai bila perlu wujudnya double-standard dalam bersahabat? aku bukanlah yang terbaik namun aku masih belum mampu melihat seseorang yang aku sayang terus hanyut di telan waktu. Kalau dia rasa tiada yang sudi, cukuplah dia tahu bahawa aku sedia di sisi.

“pandai pun... biarlah apa orang nak cakap, kite nak jugak kawan kamu. Nanti siapa nak buli ajak basuh baju sama-sama? siapa nak sorokkan hard disk biar kamu tak boleh tengok korea selalu? Kite pun nak jugak buatkan cereals untuk orang yang malas breakfast macam kamu..”, hidungnya ku picit lembut.

Alina ketawa.

"I nak masuk syurga dengan you.. hold my hand, will ya?”

Harapannya yang menggunung dapat ku rasa. Ya Allah, berkatilah ukhwah kami moga dengan ini dapat menjadi tiket untuk kami sama-sama menjejak syurgaMu.

sehelai daun kering ku capai.

'hold my hand.. always and forever..

love,
husna'
                                                    '
“always be.. InsyaAllah..”, daun bertulisan tangan ku hulur.

Dia hilang dalam peluk dengan wajah terbenam di bahu. Basah.

‘lepaslah apa yang terpendam di dada mu.. segalanya Allah Maha Tahu.. moga kau di berkati selalu’

14 comments:

siapa saya tanpa dia said...

Salam...

memang tersentuh baca post ni (=_=,)

wardatul asrar said...

wa'alaikumsalam..

=)

kid said...

assalamualaikum.

jibah.
moga ukhwah kita juga diberkati.
moga ukhwah kita ni, fillah.

ingatkan diri ni selalu ya?
walau kamu jauh, rasa macam kita ni dekat sangat.
uhibbukifillah abadan abada insyaAllah.

jazakillah khair :)

Anonymous said...

allahuakbar...manisnya ade kawan seperti husna..moga sy juga akn berubah seperti alina ~~

lukpi said...

tatau knp
suka bila awk buat bentuk ala2 cerita pendek camni. sgt berbakat!
kalo ade masa, buatla cerpen satu =)

tokey kedaii-kopi said...

salam..

Allahuakbar..
aku pun nak jadi macam kamu..

Qimmi said...

salam...
waa...sgt berbakat la...keep it up!!

wardatul asrar said...

to syahirah:

wa'alaikumsalam..

Allahumma ameen.. Allahumma Ameen.. Allahumma ameen..

yup =) jauh tp dekat.. tak mampu mata kita berbicara, cukup dengan tulisan yang tembusnya terus ke dalam hati.. bi iznillah..

ukhwah fillah lestari selamanya~

to anonimes:

Allahumma ameen3x.. =) InsyaAllah. moga di beri kekuatan buat kita bersama untuk berubah demi menggapai redhaNya

to lukpi:

terima kasih.
ni tak termasuk dalam cerpen ye? saya tak reti sebenarnya, type ikut rasa hati. maaf atas kekurangan.

to sipenggalikubur:

wa'alaikumsalam..

InsyaAllah, saya doakan 'aku' jadi lebih baik dari 'kamu'. ameen..

to qimmi:

walking over here?
thanks, qimmi. may Allah bless

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

wah, boleh jadi penulis lah lepas ni. hehe..yes, i love the "hold my hand..will ya" heh

keep more stories coming! :)

wardatul asrar said...

to mawaddah:

penulis jalanan alam maya, doakan ya =) InsyaAllah, kalau ada ilham.. hada taknak sumbangkan cerita? boleh kte 'cerpen'kan..

panda putih said...

best!

wardatul asrar said...

kakak dell:

=)

AAM said...

Pergh, dia da mantap dah skang.

wardatul asrar said...

to AAM:

ini daripada kurnia Tuhanku

doakan Dia redha..