Bismillah
semalam saya menerima lagi khabar satu kehilangan. Fellow mahallah zainab al-jahsyi, madam mustamirah telah kembali ke rahmatullah selepas mengadu sakit dada. Baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan (Allahuma faqqihu fiddeen wa’alimhu takwil) sepuluh hari yang lalu.. moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.. [al-fatihah]
********************
kisah benar yang di khabarkan oleh seorang ustaz, berkenaan sahabatnya sendiri. Mereka di pertemukan atas dasar kerja-kerja Islam. Baru sahaja lima bulan mendirikan rumahtangga, takdir Allah menjemput si suami menghadapNya. si isteri mula berubah menjadi seorang yang emosi. Kerinduan, tekanan dan kesedihan di luah di layar maya. Maha Kuasa Allah yang menurunkan ujian kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Mungkin saat itu, si isteri lupa bahawa si suami hanyalah pinjaman Allah kepadanya buat sementara. (semoga Allah memberi kekuatan kepada si isteri juga kepada kita semua untuk meraih cinta Utama)
Bilamana Dia ingin hambaNya kembali, maka itulah yang terjadi. Allahu Akbar.
Diam saya seketika.
Andai aku di uji dengan satu kehilangan, apakah yang mula-mula terbit di jiwaku?
Terkadang jauh di sudut hati, kita tak sedar bahawa telah meraja satu rasa; rasa memiliki. Sukar untuk melepaskan. Tak kiralah insan mahupun harta dalam genggaman. Rasa seolah ‘itu’ mutlak aku yang punya. Jangan ada yang berani sentuh, hatta Izrail sekalipun! Kalau tidak, takkan ada yang berani ‘meredah lautan api’ membunuh diri bila kekasih hati di jemputNya pergi.
Pernah seorang sahabat mengungkap, bersedialah pada bila-bila masa untuk berpisah dengan insan tersayang bilamana usia kita mula mencecah angka ‘2’ di hadapan. kalau tidak dia, kita yang 'pergi' dahulu.
Terima kasih atas peringatan yang sangat-sangat bermakna.
Jari yang awalnya rancak menari atas papan kekunci jadi kaku. Dalam hati, hanya Allah yang tahu. Rasa nak berhenti belajar, duduk di rumah menghadap wajah ummi abah saja pun ada.
Bersedia?
Allahu... redha itu tidak semudah ungkapan di bibir mungil. Redha itu lahir dari hati yang begitu kuat simpulan aqidahnya pada Tuhan yang satu, penentu qada’ dan qadar. Teorinya ramai yang tahu.
hakikatnya di tahap manakah ‘aku’?
'Aku' yang boleh menangis bila tak dapat cuti bertemu keluarga. 'Aku' yang banyak complain bila biasiswa masuk lambat. 'Aku' yang boleh sumpah-seranah bila harta di curi orang. 'Aku' yang menarik muncung panjang bila sahabat di rapati orang. 'Aku' yang sering lupa bahawa segalanya milik Dia...
atau..
'Aku' yang tenang menghadapi hari-hari tanpa keluarga di sisi. 'Aku' yang sentiasa berjimat kalau-kalau biasiswa masuk lambat. 'Aku' yang bersangka baik menghalalkan harta yang di ambil orang. 'Aku' yang bahagia melihat sahabatku gembira meskipun di samping yang lain. 'Aku' yang meyakini bahawa setelah berusaha sehabis upaya, ketentuan Dialah yang paling cantik penuh hikmah..
carilah, yang mana 'aku'?
Saya hidup hanya untuk Allah! mudahnya mengungkap. Syahadah yang menjadi satu penyaksian aqidah. Namun sejauh mana intipati syahadah itu saya hayati dan implimentasi dalam hidup.
“Ya Allah, leraikanlah dunia yang terbuku di dalam hatiku. Kerana di situ (hati) tidak ku mampu mengumpul dua cinta...”
"hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini akan bertambah lagi tanggungjawabmu
hari ini akan menjadikanmu lebih matang dek ujian yang mendatang
hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri
hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya
semakin kurang tempoh untukmu beramal
semakin kubur mempersiap tempat untukmu
semakin bersedia malaikat maut datang menjemput
semakin dekat masa amalan dapat di hitung
dan semakin dekat haruman firdausi atau azabnya jahannam ”
(kak dib, 8.o6 am, 21/10/2010)
11 comments:
subhanallah..
jazakillah khair atas peringatan:)
ohh tambahan.
nama penuh saya,nursyahirah. :)
jibah, rindu kamu!
haah tgb. dah terjawab tak?
hee
syahirah:
afwan..
rasa taknak benti sengih ;D
looong time no stories
rindu kamu jugak *hug*
nk link ye? i can feel the sincerity in yours =)
di temukan kita balik kat alam maya walau jauh berpisah benua, Alhamdulillah..
syahirah:
afwan..
rasa taknak benti sengih ;D
looong time no stories
rindu kamu jugak *hug*
nk link ye? i can feel the sincerity in yours =)
di temukan kita balik kat alam maya walau jauh berpisah benua, Alhamdulillah..
'Aku' yang meyakini bahawa setelah berusaha sehabis upaya, ketentuan Dialah yang paling cantik penuh hikmah..
Salam... saye suka ayat ni... serius... :-)
suka :)
syabas bete! :D
diriku bukan milikmu . dirimu bukan milikku . diri kita adalah milikNya.:)
akk pon selalu jenguk sini tau ;)
tapi tak stalk macam jeep la kot.hek ;D
syukur la kat umah takde tenet.huhu~
jangan pernah rasa dimiliki, memiliki, pemilik...
haha, nice post...
1017641:
wa'alaikumsalam. ambil manfaat brsama InsyaAllah
kak ngah:
=D
kak ngah ulang-alik hari2? rajin nye..
helmi:
moga bermanfaat InsyaAllah
subhanallah, SGT hebat sekali tulisan hati ini.
keep up ur great words.
semoga terus di limpahkan nikmat dari Ilahi. amin.
to shuhadak shokri:
jazakillah ya ukhty =) Allahumma ameen3x.. buat mu juga, moga sentiasa dalam redhaNya
Post a Comment