"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, February 12, 2011

review filem

Bismillah..

Seingat saya, belum pernah saya review filem di sini. tengok filem pun tak rajin,kan =) Tapi kali ini rasa terpanggil sebab baru sahaja tengok sebuah filem English yang bermanfaat. Tidaklah saya orang yang layak untuk buat ulasan seperti Ust Sya’ari. Sekadar berkongsi pengajaran, khas buat sahabiah muslimat saya terutamanya. Mungkin agak ‘lambat’ sebab filem ini terbitan 2008 (kalau tak silap) tapi saya baru tahu.

Sinopsis

(nota: memang terdapat kecacatan sebab sangat banyak fast forward. Maaf =))

Filem ini mengisahkan Bryan Mill yang telah berpisah dengan Lenore, isterinya atas sebab pekerjaannya yang sulit dan tidak tentu masa. Namun dia tidak pernah lupa ulang tahun kelahiran anakknya, Kim dan sanggup pulang walaupun bekerja di luar kawasan. Filem ini mengangkat tema perngorbanan seorang ayah, Bryan Mills, yang sanggup meletak jawatan demi meluang lebih masa dengan anaknya, Kim.

Kim dan Amanda, dua orang gadis Carlifornia berumur 17 dan 19 tahun berhajat untuk tour ke seluruh Eropah bersama band rock terkenal. Oleh kerana masih di bawah umur, Kim perlu mendapatkan tanda tangan bapanya untuk keluar negara.

Sebagai bekas perisik kerajaan, Bryan menjadi seorang yang agak paranoid. Dia sangat keberatan untuk melepaskan Kim melancong. Dunia luar di rasakan terlalu bahaya. Namun setelah di desak oleh bekas isterinya Lenore serta Kim sendiri, Bryan bersetuju dengan beberapa syarat keselamatan.

Setiba di apartment di Paris, Bryan menelefon Kim untuk memastikan keselamatannya. Serentak itu, apartment mereka di pecah masuk. Amanda di culik. Dengan pengalaman yang ada, Bryan meminta Kim untuk tenang dan fokus serta menjeritkan sebanyak mana klue yang ada untuk mengecam penculik.

Kimmy dan Amanda telah di culik oleh sebuah syarikat pelacuran antarabangsa. Modus operandi agensi itu sangat licik bermula dengan cubaan mendekati mangsa sejurus mereka mendarat di lapangan terbang untuk mendapatkan alamat tempat tinggal. Penjenayah kolar putih ini bebas bergerak di sebabkan pentadbiran kerajaan yang korup dan memakan rasuah.

Atas dasar sayang dan cinta seorang bapa, Bryan bergadai nyawa bergerak sendiri demi mengesan Kim dan memburu penjenayah yang membawa anaknya pergi.

Kesudahannya?

=’)

Pengajaran

1) Cinta seorang ayah. Nilai yang saya rasakan sangat terbaik dalam filem ini. ‘Bukan tak sayang, tapi terlalu cinta’ bak kata Ust Pahrol. Bukan abah tak nak benarkan, tapi abah risau kalau ada apa-apa jadi. Menyingkap rahsia hati seorang abah itu tak mudah. Bicaranya sedikit namun maksudnya mengakar. Sekali katanya ‘jangan’, kadang kita si anak mahu juga merajuk panjang. Bukan sebab tak percayakan kita, tapi dia risaukan manusia luar di sekeliling kita. Bila kita di luar lingkun jagaan dia, dialah yang susah nak tidur memikirkan kita. Berpuluh tahun dia menatang, pasti tak senang untuk melepaskan. Kita pula? ‘Bacalah nota hati seorang lelaki’, bab hati seorang ayah.

2) Pangkat dan harta adalah ujian besar buat manusia. Dari kawan boleh jadi lawan. Dengan wang, manusia sanggup menggadai integriti dalam amanah yang di beri. ‘Suapan’ di terima, manusia lain pula menderita. Jenayah kolar putih kedengaran sangar berleluasan hari ini. Bahana korupsi dalam pentadbiran terbukti jelas dengan kebangkitan rakyat Mesir dan Tunisia. moga kejatuhan regim Hosni Mubarak ini membuka lembaran baru buat bumi 'anbiya, Mesir. Moga Allah melimpahkan rahmat buat Malaysia dan berikan yang terbaik buat pemimpin dan rakyat juga.

3) saya sangat-sangat risaukan sahabat perempuan saya. Jaga diri, jangan travel sendiri-sendiri. Lagi-lagi yang belajar di seberang laut. aneh, hana, dahlia, ayang, liyana, pija, amirah bazil, myra, saibah (tak tertulis semua, maaf) saya teringat kalian bila tengok cerita ni. Yang berhajat untuk vacation ke tempat kawan-kawan pun hati-hati juga. Solat sunat musafir dan doa banyak-banyak. Kakak pun, have a safe journey (walaupun lambat lagi) and take care there.

Wallahu’alam.

p/s: I prefer not to share the title in public. I'm not paid for that. ok, kidding =)

4 comments:

lidey lim said...

baru nak tanya tajuk filemnya apa tadi. he he he...

wardatul asrar said...

kte search nama watak utama je dah keluar tajuk dia :) 'taken' tajuknya

Baya said...

best kan citernye

wardatul asrar said...

family value. sangat :)