"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, February 19, 2011

Ya Tuhan.. apa ini nikmat,ujian atau laknat?

bismillah...

Ya 'Aleem...
pasti Kau lebih tahu
akan keadaan kerdilnya hambaMu
ampunkanku andai seolah mempersoal rencanaMu
apakah ini nikmat, ujian atau laknat?

Ya Raheem..
jiwaku menangis sendu
sangat. teramat.
aku takut. aku malu. aku kelu. aku buntu.
aku tak mengerti apa sepatutnya rasaku

Ya Baari'..
sukarnya mencari hikmah dalam percaturanMu
pernah aku sangka semakin kuat
menongkah arus menuju akhirat
namun saat di bedil hakikat
aku hampir kembali rebah
sungguh aku jauh dari sedia

Ya Ghofur..
aku malu dengan dunia dan seisinya
aku malu denganMu
langkahku tidak selebar mana
pintaku pula tak pernah sirna

Ya Samad..
di tanganMu terletak segala kekuasaan
peliharalah aku dari fitnah yang mencengkam
bantulah aku dari jiwa yang tidak tenteram
bukalah hijab dan dedahkanlah kebenaran
tuntunilah aku melayari keredhaan

Ya Basith..
coretan ini sekadar saksi
aku pernah mengadu padaMu di kala sendu
nukilan ini kekal sebagai bukti
aku pernah mencariMu kala keliru

Allahu..
Allahu..
Allahu..

sujudku. penuh harap padaMu. perkenankanlah.

4 comments:

bunyaminkhair said...

i undrstand the chills, shivers and tears flowing as one would write such as this.

lukpi said...

be strong k. smoga smuanya dipermudahkan pasni
wassalam

p/s: nice la sajak2 najibah.kagum~

Nur said...

salam ziarah.. nice blog..
jmput2 ziarah blog sya ya..

Anonymous said...

He's talking to u, so yeah its right,talk to Him.