sayang itu fitrah. sayang itu indah. saat sayang mula bercambah, insan itulah yang paling bahagia dalam dunia. tanyalah hati yang tenggelam dalam sayang. "sayang-sayang Allah, sayang-sayang nabi, sayang-sayang ayah, sayang-sayang ibu.." pinjam lirik lagu kumpulan huda sebentar.
sayang yang sarat itu kurniaan Allah buat insan bergelar wanita, yang jauh lebih daripada lelaki. mafhum hadith nabi sallahu 'alaihi wasallam, doa ibu lebih maqbul kerana sifat penyayangnya lebih daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia (hadith ini tercatat dalam Ihya' `Ulumu-Deen karangan al-Imamul Ghazali). apa lagi srikandi, asahlah senjata doa biar terus memberi makna.
maka atas dasar sayang yang menebal, sukalah saya membakar peringatan. khas buat sayang-sayangku, srikandi ad-deen sekalian.
beberapa tahun dahulu, ada bayi di rumah saya. menangis tak henti-henti di sepertiga malam. mungkin hendakkan penghuninya bangun tahajjud. waktu itu, nafsu yang ingin lena rasa sangat membara. di kuatkan juga melangkah keluar, menjenguk siti dan kholah yang cuba menenangkan si kecil. saat pandangan jatuh padanya, terbang segala rasa derita. titisan di jubir mata membuahkan sayang yang amat dalam. wajah suci tanpa dosa yang menenangkan sehingga akhirnya dia lena dalam pangkuan. ajaib sungguh kuasa sayang.
dan saya sangat pasti, saya tidaklah keseorangan menghadapi situasi ini. pasti ramai daripada kita yang sayangkan kanak-kanak bukan? bila melihat si kecil yang comel lotte itu, mahu saja di picit pipi sampai merah. teringin sangat mencium sampai rimas budak tu. silap terlebih teruja, menangis pula bayi itu di buatnya. namun srikandiku, apakah kita hanya mahu sekadar cium, cubit, pangku dan sayang?
kita mampu lebih dari itu meski saat ini kita bukan seorang ibu. umur kita pun belum tentu panjang untuk menjulang tahta insan mulia yang di bawah telapaknya adalah syurga. pendekkan angan-angan, lajukan langkah perjuangan. dalam umur yang masih bersisa, gunakanlah untuk mencorak generasi al-ayyubi di akhir zaman. dengan fitrah sayang inilah kita bisa menggoncang dunia.
punya adik? maka sasarkan adik-adik kita. saudara-mara, anak-anak jiran, malah anak-anak yang kita jumpa di sepanjang perjalanan pun boleh di jadikan target.
dalam kita asyik menyoal "A for Apple, B for Ball", eloklah di selitkan juga "A for Allah, B for Brotherhood". kembalikan fungsi ilmu yang seharusnya membawa insan mengenal Tuhan sedari kecil. hiasi malam hari mereka dengan bed-time story kisah-kisah nabi dan para wali. raikan fitrah anak kecil yang suka bertanya dengan jawapan yang bijaksana dan bukan mengekang mereka dari bersuara. andai dia sedih bila gula-gula terjatuh dan tak dapat di makan, didiklah dia untuk husnu dzan dengan rezeki Allah. bila dia marah berebut mainan dengan tetangga, katakan padanya nabi hanya cinta orang yang berakhlak mulia. tika dia malas solat, ingatkan dia pedihnya siksa neraka.
"satu jari, satu jari, satu jari Allah jadikan. tunjuk atas, tunjuk bawah, Alhamdulillah", inilah lagu 'jari' yang ummu di PASTI al-huda pernah ajarkan. sampai sekarang saya mampu alun. terima kasih ummu, walau hanya dengan bait lagu dirimu mampu membentuk aqidahku. nampak kecil bukan?
mungkin kita boleh kembali menyelak doktrin yahudi kepada anak bangsa mereka, "minuman dan makanan yang paling sedap adalah darah dan daging umat Islam" di alunkan anak kecil mentah yang tak mengerti apa secara berterusan sehinggalah lahir pemuda yang tegar perasaannya. tidak terusik oleh rayuan, air mata mahupun darah. justeru kita mahu salahkan siapa apabila pemuda-pemudi Islam kita kelak pudar aqidahnya, luntur akhlaknya, lemah semangat juangnya serta longlai perasaannya andai drama cinta-cintaan dan akademi fantasia yang kita saji?
untuk memperbaiki sistem pendidikan hari ini kerarah agenda pentarbiyyahan ummah itu bermula daripada kita. tunding jari ke arah diri, tanggungjawab itu ada di bahu ini. biarlah walau berbekal skrip sama, "adik dah solat?" agar dengan itu lahir generasi yang kenal Tuhan.
kearah Islah EduCare. credit: Hannah Aini
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment