"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Wednesday, February 9, 2011

nota fikir

bismillah..

waktu ekspidisi tahun baru tempoh hari, sahabat saya tanya seorang pengunjung. Tiga orang kakak semuanya.


“akak satu hari nanti InsyaAllah akan kahwin dan ada anak,kan. Akak nanti nak anak akak sekolah agama ke sekolah biasa?”

saya macam dah boleh agak jawapan mereka.

“sekolah biasa je la. Sekolah biasa pun ada belajar agama juga”

Ok, memang betul yang saya agak.

“tapi, mungkin tak mendalam sangat macam didikan di sekolah agama”, sahabat saya menambah.

Saya senyum nipis. Macam dapat agak lagi jawapannya.

“alah zaman sekarang ni. Sekolah agama dengan sekolah biasa sama ja. Kadang tu yang sekolah agama lagi teruk perangai. Yelah, kat sekolah terkongkong. Keluar sekolah, rasa nak bebas la.”

Yes. Saya betul lagi. Hormati pandangan meski itu sangat klise. Mungkin sebab saya pun dalam komuniti biasa-biasa (baca: bukan sekolah agama). Reason ‘pelajar sekolah agama lagi teruk’ itu sangat biasa bermain di bibir. mungkin untuk over shadow kesalahan diri yang buat nakal dan tak beberapa nak baik ni kan. Kira ‘ok’ lah kalau kami kurang baik sebab kami sekolah biasa. Anda tu sekolah agama.

Aih, manusia. Padahal Allah nak hisab nanti tak tanya pun sekolah biasa ke sekolah agama.

Kawan saya terdiam. Sebab dia tak sangka pandangan masyarakat sampai begitu sekali kepada lepasan sekolah agama. Saya ‘back-up’lah sikit.

“emm.. ada betulnya. Tapi akak rasa tak, kebanyakan yang jadi kes pelik-pelik tu sebab mak ayah lepas tangan nak didik anak? Bila dah tak sanggup, mereka hantar anak ke sekolah agama dengan harapan anak jadi baik. Bukan didikan sekolah yang tak betul. ”

Kakak tu angguk-angguk. “mak ayah pun main peranan. Kena ajar agama kat anak-anak tapi jangan kongkong sangat. bila dah kena kongkong tu yang macam-macam masalah. ”

Senyum lagi. Hidup dalam kongkongan agama tu terkongkong,tak? Tapi tanya dalam hati cuma. Seronok bila dapat berdepan dengan masyarakat. Tahu serba sedikit pandangan mereka yang mungkin lain dari kita. Lepas bincang sedikit hal itu ini, masing-masing minta diri.

“moga akak semua cepat dapat jodoh dan InsyaAllah di kurnia anak yang soleh solehah dan mampu didik anak dengan baik..”

Serentak mereka mengamin kan.

Sahabat saya tu bekas pelajar sekolah agama. Lima tahun. Sekolah perempuan, lagilah kurang masalah.

Tak macam saya. Sekolah biasa-biasa. Sekolah terakhir, di sisi simpang kerayong cuma. Sebelum tu, nun di ceruk kepulauan utara. Sebelum-sebelum tu, sekolah perempuan di tengah ‘black area’ bandar metropolitan. Macam-macam kisah ada. Agak boleh buat novel.

Sekolah di ‘black area’ buat saya sedar, negara kita agak caca merba. Luaran tampak indah harmoni. Hakikatnya, nanah sedang membarah. Rasa nak ponteng? Silakan. Pusat beli belah tersergam indah. Saya pun pernah buat. Tapi dengan cara terhormat, sebab tak balik sekolah terus lepas chess tournament. Tarikan mall waktu tu agak irresistable *nakal*. You name it. Segala macam masalah sosial wujud di kawasan tu. Belum masuk hal jenayah. ‘Hebat’, kan? Ah,ya. Waktu saya perkenalkan diri di sekolah baru, ada suara-suara “fuyyow… orang key ell…”. Eh? Perli ke puji?

Bila langkah keluar pagar sekolah, di gerbang hotel-hotel murah, tersergam tubuh sasa yang kurang pasti jantina mereka. Bersolek indah dengan gemalainya yang mengalahkan wanita. Di lorong lain, ada manusia-manusia yang khayal dengan jarum suntikan di genggaman. Dari ceruk sana pula, ada golongan berpacaran sesama jantina. Minuman keras? Ada di mana-mana. K**d*m (maaf saya sebut), carilah di mana-mana kaunter 7e, kanak-kanak pun boleh beli. Saya yang naïve lah sangat waktu tu boleh belek-belek, gula-gula apakah ini? sebelum kawan saya tampar tangan. Clueless. “dah remaja. semua orang pun tau!”, kawan saya cakap. Ah. Malu. Malu. Negaraku! ini bukan dalam cerita. ini berlaku depan mata.

Pernah dulu kami menangis dalam perjalanan dari asrama ke sekolah. Allah suntikkan kesedaran sikit masa tu. Kalau zaman kita dah macam ni, apalah nak jadi dengan zaman adik-adik nanti? Anak-anak, generasi akan datang? Sedih sangat-sangat sampai konklusinya, ada yang tak nak kawin (eh? =.=’) ok, abaikan.

Fikir ya, fikir.

Terbit rasa kagum yang teramat dengan ibu bapa yang mampu didik anak di kawasan bandar. Percayalah, tak mudah. Saya boleh cakap sebab saya mengalami. Bukan yang di uji, tapi yang ‘menguji’. Sekarang adalah sikit-sikit rasa di uji bila fikirkan adik-adik, sepupu-sepupu kecil. Kawan-kawan dia orang berjenis,tak? Bukan sikit kes pengaruh rakan sebaya yang saya dengar. Kadang ibu ayah dah bagi didikan terbaik tapi… iyalah, satu segi lain mungkin itu ujian Allah juga.

Tak tahu nak ending macam mana sebenarnya. brain area tak dapat proses maklumat dengan cemerlang,kot. Motif penulisan ni untuk kita semua ambil tahu. Ambil tahu dunia sekeliling lagi-lagi anda yang bergelar mahasiswa. Ya, ya saya tahu anda sibuk dengan study dan segala macam benda tentang diri sendiri. Tapi kalau kita anda ada masa tengok drama korea 20 episod, takkan tak punya masa ambil tahu apa jadi kat negara? Malaysia nak jadi pusat hiburan terkemuka kita tahu dak? Orang sibuk nak pilih pemimpin negara kita duduk dengar tak? Ok, ini dah masuk hal lain, mungkin dalam penulisan akan datang. Mungkin.

Terima kasih sudi baca picisan ini. Moga mampu buka minda walau tak banyak.

Wallahu’alam.

p/s: esok exam physiology. lusa, biochemistry. Mohon doa =) jazakumullahu khairan jaza’.

4 comments:

AZWA ISHAK said...

sekarang ni tgk sekeliling je da menakotkan.... btw,sokong sgt2 entry ni. semuanya bergantung pada diri sendiri. buat ape nak tuding jari ke org lain,sedangkan kita da besar nak enilai mana baik n mana buruk...=)

wardatul asrar said...

satu jari kita tunding kat orang, 3 jari kita tunding balik kat kita,kn.. nilai sendiri dengan mata 'iman'. kalau ikut mata hati yg tak berapa nk cerah, mungkin tersasar.. =)

Abdul Rahman Fauzi Al-Qari said...

rajin menulis..bagus2..buat saya terfikir dan berfikir..bagaimana nak mengubah sistem yang ada sekarang dan meyakinkan orang dengan sistem tarbiyah..kita lah yang patut menjadi testimoni produk tarbiyah itu.

wardatul asrar said...

"kita ada produk yang terbaik (Islam) tapi kita ketandusan promoter yang hebat (musleem)"

serampang dua mata, mungkin. kita kerja dari bawah, 'mereka' mentadbir dari atas. dengan Islam.

bi iznillah..