"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Wednesday, December 15, 2010

fahami lawan anda dalam gerak kerja

bismillah.


pertamanya, maaf kepada sesiapa (kalau ada) yang singgah di blog ini namun tiada pula up date terbaru. kekangan dengan kesihatan laptop yang kurang mengizinkan tambah dengan kesibukan penulis sendiri dengan aktiviti luar alam maya. alhamdulillah, di beri juga kesempatan untuk mencoret seketika walau mungkin ayat tunggang-terbalik (hilang momentum seketika). mohon maaf in advance =)
********************

tak kira sudah bekerja atau masih belajar, seorang mahasiswa atau pelajar sekolah, Perdana Menteri atau rakyat biasa, hampir mustahil untuk kita lari daripada berhubung dengan manusia lain. hakikatnya jelas bahawa manusia saling memerlukan dalam mengemudi hidup di bumi Allah. namun dalam interaksi mutual yang di amal, miskomunikasi yang membawa kepada tergurisnya hati dan perasaan juga hampir mustahil untuk di elak.


memahami lawan anda


kata orang, sedang lidah lagi tergigit inikan pula kita; nafs manusia yang berbeza-beza. masing-masing punya ragam dan pendirian tersendiri. seorang berfikir cara begitu, seorang berfikir cara begini. suka saya membaca "men from Mars, women from venus" beberapa lama dahulu. kajian psikologi yang mendedahkan kebiasaan cara interpretasi dan berfikir makhluk Allah; Ar-Rijal dan An-Nisa meski di bawah satu tittle 'manusia', khalifah fil ardh. masyaAllah, macam-macam ada. apa yang lebih menarik, saya sendiri pernah mengalami situasi di 'sound direct' bilamana niat untuk membantu rupanya di salah tafsir. 


tersentak sebentar bila kena praktikal.


waktu itu langsung terfikir, "ya, saya pernah baca mereka tak suka, begini begini". rasa 'tersuka' psikologi pula tiba-tiba.


gerak kerja


umum tahu, dalam bekerja, muslimat selalunya lebih teliti. memilih untuk menjadi realistik daripada idealistik. fikiran mereka mengakar walau untuk sesuatu yang kecil. terlebih 'hati-hati' mungkin sehingga ada muslimin yang merasakan mereka ini cerewet dan bossy. banyak soal dan skema? macam-macam ada. emosi mereka yang kuat terkadang di bawa-bawa dalam gerak kerja.

untuk muslimin, tak mampu nak komen banyak. kalau muslimat selalu di label 'emosi', muslimin pula ada yang 'ego' mengalahkan KLCC. nak terangkan pun tak tau =) mungkin muslimin sendiri boleh tambah-tambahkan nanti. suka saya tekankan, ini hanyalah kebiasaannya sahaja bukan merujuk kepada semua secara total. ada sahaja muslimat yang masih rasional dalam menerima kritikan. masih ada lagi muslimin 'cool' yang dalam menerima bantahan.

pesanan


"letakkan emosi di tingkat terakhir dalam gerak kerja"


bila rasa nak marah, ingat-ingatlah balik ayat di atas. banyak-banyak baca ucapan isti'azah, jangan benarkan syaitan membakar obor neraka. wahai muslimin, muslimat ni memang complicated. wahai muslimat, muslimin ni memang memeningkan kepala. solusinya? saling memahami dan berlapang dada. saya begini, kamu begitu. fitrah kita berbeza tapi saya perlu kamu, kamu juga perlu saya. maniskan kalau saling menampung menutup cela?


nota: adat sudah bila berbantah-bantah dalam gerak kerja. fikirlah positif, mungkin idea makin bercambah. suka sangat bila argumentasi di siang hari, tiba malam macam tak ada apa yang jadi. panas sekejap-sekejap sudah la ya.. paling penting, jangan rojakkan urusan peribadi dengan kerja.

7 comments:

Unknown said...

'saling memahami dan berlapang dada. saya begini, kamu begitu. fitrah kita berbeza tapi saya perlu kamu, kamu juga perlu saya. maniskan kalau saling menampung menutup cela?'

suka ayat ni. moga mampu buat, insyaAllah :)

panda putih said...

=) macam 2 la baru ade keserasian nak buat gerak kerja kan..

patenjihah said...

FATIN LIKES THIS

wardatul asrar said...

fareha:

InsyaAllah =) sama2 berusaha jd lebih matang

kakak dell:

yup2 wlpn mustahil untuk capai 100% serasi, paling kurang kita cuba yg terbaik,kn

fatin nazihah:

fatin likes sbb fatin alami ke? :)

aku bukan aku said...
This comment has been removed by the author.
aku bukan aku said...

uhhhh...mmg terasa..

lebih2 lg part awal..

terimakasih ketukan membina!

*oh yea..post terakhir d skolahkehidupan adalah utk tatapan semua..mungkin mnyangka ramai juga akn bertanyakan sedemikian..setelah beberapa siri kejadian y sama berlaku..(wah ayt skema)

hadoi~

wardatul asrar said...

qusyairi:

ketuk diri sendiri sebenarnya. ambillah mana2 manfaat kalau ada,ya.

no worries, noted from beginning =)

cadangan solusi: back up post-yg-tak-jadi dgn post baru