"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, October 17, 2010

muslimat: "jangan mudah di gula-gula"

bismillah..

time passed
 

berdesing telinga dengan khabar yang menyapa
mati akal seketika

rasa macam mimpi pun ada
sungguh? sungguh? sungguh?
Allahu..


muslimatku..
ketikan ini buat aku jua kamu
yang sama-sama meniti usia remaja
yang jiwanya rancak hebat bergelora
entah buat kali keberapa
asal ia bermanfaat akan ku ulang-ulang juga



"jangan mabuk cinta!", pesan ibu ayah
mereka yang mengirimkan mu seringgit dua
agar kau mampu singgah di menara kaca
janganlah kerana lelaki yang datangnya entah dari mana
ibu ayah mu kau pinggirkan
cinta sementara yang kau dambakan

andai jujur dia mahukan kamu
bukan cara itu yang dia pilih dahulu
tegaskanlah
aku masih punya insan yang lebih berhak ke atasku
jangan sesuka hatimu mengusungku ke sana ke situ
kerna aku tetap berpegang
redhaNya ada pada redha dua wali ku
andai di kata muslimat konservatif, kolot, ortodoks
jawablah "aku rela itu semua jadi maharnya"

keluarlah muslimat mengembara mengenal cinta utama
agar kau mampu menilai mana malaikat mana buaya
jangan, muslimat jangan..
hanyut dalam lautan manis yang kau sangka gula
akhirnya kau sendiri tenggelamkan dalam racun berbisa

benarlah kata orang
bijak itu bukan pada kertas peperiksaan
bukan pada ranking di tengah masyarakat
bijak itu juga pada pembawakan diri
tahu tujuan hidup kita sebenarnya untuk mati

bijakkah aku? Ya Mukallibal Qulub...