"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, October 22, 2010

terima kasih

bismillah..

“umi, nak tido...”, rengek si kecil. berpisat-pisat menahan kantuk.

“dik na masuklah bilik dulu, nanti umi ikut”, pujuk umi sambil menyimpan Quran di rak. Baru saja selesai mengajar si kecil mengaji.

“taknak. nak ikut umi masuk jugak. takot..”, baju uminya di tarik perlahan.

setelah mengemas apa yang patut, tangan si kecil di bimbing ke bilik tidur.

“baca doa dulu ye, ikut umi”, umi mengalunkan doa sebelum tidur.

si kecil mengikut sepatah-sepatah.

“ameeeeennnnn....” ujar si kecil, panjang.

seharian dengan tugasan di pejabat memang memenatkan. namun hak dan pendidikan anak-anak tak pernah di abai. meski punya pembantu rumah, itu bukan alasan untuk melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu. wang ringgit bukan tukaran perhatian dan kasih-sayang.

“umi sambung la cerita semalam.. tak habis lagi”, pinta si kecil untuk bed-time story yang biasa di dengarkan sebelum dia lena.

“sampai mana dah semalam?”, tanya umi.

“yang abang-abang dia jahat.. diorang tinggal adik dia dalam lubang.. ”, si kecil mengingatkan.

“haa.. lepas tu, abang-abang dia pun balik jumpa dengan abah dia, nabi ya’kub. abang dia menangis kuat-kuat dekat ayah dia sambil tunjuk baju adik dia yang ada darah. diorang cakap, nabi yusuf kena makan dengan serigala waktu diorang main lari-lari. tapi sebenarnya..”

“sorok dalam lubang!”, ujar si kecil petah.

matanya kembali segar mendengar cerita.

“betul tu. abang nabi Yusuf sorokkan dia dalam perigi.. sebab tu umi tak bagi dik na main jauh-jauh. Kalau nak keluar depan rumah pun kena bagitau umi abah dulu..”, sambung umi. suaranya makin perlahan.

khusyuk si kecil menadah telinga.

“lepas tu?”

tiada respon.

“umi.. sambung la..”, sambil menggoyangkan tangan uminya.

umi terjaga dari lena. letih yang teramat.

“dik na tido, ye.. esok nak sekolah. nanti umi sambung lagi”, ujar umi sambil mendodoikan si kecil dengan kalimah agung ‘laa ilaha illAllah’.

si kecil akur. “ok... sambung lagi esok tau”

satu kucupan singgah di pipi.

selamat malam.
 ***************************
Terima kasih untuk perit mu melahirkan

Terima kasih untuk setiap kucupan yang menenangkan

Terima kasih untuk setiap amarah yang menyedarkan

Terima kasih untuk setiap kehadiran yang menguatkan

Terima kasih untuk setiap nasihat yang memberi peringatan

Terima kasih untuk setiap ringgit yang kau taburkan

Terima kasih untuk setiap doa yang kau titipkan

Terima kasih untuk setiap kudrat yang kau korbankan

Terima kasih untuk setiap air mata yang kau alirkan

Terima kasih untuk setiap kesakitan yang kau tahan

Terima kasih untuk setiap kesabaran yang kau pertahankan

Terima kasih untuk setiap kasih sayang yang kau curahkan

Terima kasih untuk setiap ajaran agar aku kenal Tuhan

Terima kasih umi

Terima kasih umi

Terima kasih umi

terima kasih abah
“Wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil”

Terima kasih Allah atas setahun lagi usiaku yang Kau panjangkan dan jadikanlah pengakhiran hidupku bertemu dengan Mu nanti sebagai satu kenikmatan..

4 comments:

lukpi said...

salam.
eh besday ke?
btw best cite tu
mmg ada bakat la jd novelis

dell~ said...

kalau lah post ini dpt dismpaikan kepada mak dan ayh ku... T_T

najibah said...

to lukpi:

wa'alaikumsalam.
beberapa hari lepas
terima kasih, moga bermanfaat InsyaAllah

to kakak dell:

rindu mak ayah ye..? ^.~

not much of a secret said...

slamat ulangtahun kak chik
we all love you (:
moga dibimbingNya