"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, July 3, 2011

kemarau hati

bismillah..


Entah kenapa puteri ku.. malam ini terasa lapang bagai walau sarat berita yang bertandang. Itu semua buat aku duduk dan muhasabah.. kenapa puteri ku kenapa? Kenapa itu semua berlaku?

Jangan di salahkan pada Tuhan. Yang baik itu sungguh dari Dia, namun yang buruk itu sandarannya dari kita juga..

Puteriku.. malam ini aku berteleku. Kenapa kita sering di kait dengan emosi yang tak menentu?

“sudah fitrah kita memang begitu”

Sungguh puteriku, langsung tak tersangkal hakikat yang itu. Namun, adakah itu alasan untuk kita terus-terusan menghambur perasaan? bukankah ada masanya ia untuk kita kawal?

sayangku, bukan terciptanya fitrah sebagai petanda kita lemah. Jauh sekali itu petanda kebencian Dia. Emosi itu ada guna pada tempatnya. Tapi bila di salah luah, maka binasa mula tercipta.

Jadilah wanita cerdik. Jadilah wanita solehah.

Tidak puteriku, bukan aku berniat untuk mengajarmu. Aku tahu, jelik akhlak ku mungkin saja jauh dari kamu. Tapi saat Allah mengilhamkan ini, aku rasa tanggungjawab itu tergalas di bahu.. dan tidak lain, untuk mengingatkan peminjam tangan yang melakukan ketikan ini terutamanya.

Aku faham.. bila amarah menguasai diri, tidak semena-mena rasa diri ingin mengherdik. Geram. Benci. Meluat. Segala rasa ada. Mungkin akulah orang itu! isti’azahlah. Isti’azahlah. dan berwudu’lah, puteriku. Marah itu percikan neraka.

Usai tenang akalku, berfikirlah dengan akal yang waras. Ketepikan emosi yang setadinya menjulang.



Apa benar kalimah-kalimah dia?

“ya. tapi…”

Andai benar, usah tapinya puteriku. Al-haq sahaja yang kita tunggu. Meski pahit, telanlah. Bukankah kita ingin menjadi wanita bijaksana? Wanita bijaksana itu sedikit sungguh alasannya namun lebih pada amalnya. Bukan?

Jika itu fitnah, bangkitlah kita tegakkan maruah. Itu hak aku, itu hak kamu dan aku sokong seribu satu. Walau sedunia menidakkan tindakan kita yang ini, ketahuilah Dia takkan pernah menjauh.


“cara dia begitu salah. cara dia begini salah”

Ya, ya mungkin salah. Tapi wanita bijaksana itu tidak meng-alasan-kan dengan perkara yang salah. Wanita bijaksana menggunakan kesempatan merungkai hikmah. Bukankah?

Sudahlah duhai hati.. dengarkan iman nazakmu bicara. Yang mekarnya sekejap cuma bagai kemarau yang tak sudah. Selagi kita masih bernyawa, ada peluang dari Tuhan untuk menghidupkan jiwa. dengarlah.. dengarlah.. walau unuk sekali ini cuma..














15 februari 2011

2 comments:

Aida Ludin said...

mohon untuk berkongsi coretan ini.sangat mendalam maksudnya.^^ terusik hati bila membacanya.:)

wardatul asrar said...

ci lumix:

alhamdulillah.. silakan :) moga bermanfaat InsyaAllah