"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, July 14, 2011

bon appetit: gulai sardin jepun

bismillah..

google image
bahan-bahan:

rencah basmalah :)

2 ekor ikan sardin jepun
1 biji bawang besar (tumbuk)
1/2 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji kentang (potong 4/6)
3 sudu rempah kurma
2 keping asam
2 cm kunyit (tumbuk)
2 biji cili (tumbuk-ikut selera kepedasan masing-masing)
susu segar (ikut kadar kuah)
santan sedikit
sedikit air (suku cawan)
garam dan gula secukup rasa

cara-cara:

1) dalam periuk, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
2) campurkan rempah kurma degan sedikit air sehingga menjadi pes. tumis bersama bawang.
3) masukkan kentang, ikan dan sedikit air. tutup selama 5 minit/ ikan separa masak.
4) tambahkan susu, biarkan menggelegak sedikit. masukkan asam keping.
5) tumbuk kunyit bersama cili. masukkan ke dalam periuk tadi.
6) kecilkan api. tambahkan santan dan kacau sehingga menggelegak.
7) tambah garam dam gula secukup rasa.
8) siap di hidang

[nota]

ini cara masak gulai pantai timur tak silap. resepi 'campak-campak ikut dan' barang-barang yang ada di rumah. jadi, jangan peliklah kenapa rempah kurma yang saya guna. selalu orang guna santan untuk masak tapi saya suka gantikan dengan susu. lemak dan kurang bau santan. sesuai di makan dengan nasi dagang. nasi putih pun boleh.

wassalam.

2 comments:

-nk said...

Gonna wait for delivery :')
look so yummyyy~

wardatul asrar said...

please drop by, i'll treat you well InsyaAllah