berbulan sudah terputus daripada siaran main stream. apa itu ini segala yang berlaku, jadi tidak menahu. tangan yang gatal mengisi borang dalam fatrah peperiksaan rupanya membawa diri ke satu daerah yang jauh berbeza dari 'zon selesa'. sangat jauh. pertama kali seumur hidup. walhal secangkir pengetahuan tentang agendanya juga saya tidak tahu. empat hari tiga malam. macam-macam ada..
*****
bilik krew sekretariat di bangunan KBS saya redah. tumpuanku hanya satu, bawah meja. manusia dalam ruangan itu tidak terendah.
"maaf ya sis, nak cari barang sekejap", si gadis itu melarikan sedikit kasut tumit tinggi lima incinya.
bawah meja saya intai. kiri, kanan. tiada.
"atas meja rupanya..", lega.
"boleh... err..", kata-kataku mati. tak jadi meminta di pass-kan barang. dua tiga pasang mata bergilir melihatku. saya menoleh sekilas, ada dalam tiga lelaki dan empat gadis dalam ruang itu. kami 'bermain mata'.
'reporter mungkin', saya berlalu setelah meminta izin mengambil barang. senyum di lempar segaris.
di muka pintu, sekumpulan rakan asyik mengintai "kenapa?", kening sebelah di angkat. "masuklah kalau nak amik barang. emm.. siapa mereka tu?", tanya saya jujur.
"artis la tu..", mereka menjelaskan lebih kurang. peserta realiti TV rupanya. ada juga artis berkumpulan yang pernah popular satu masa dahulu.
"oh? tak perasan..", wajah straight. saya mengulang pandang. make-up tebal, baju glamour. ya, tak mustahil. mujur bukan saya seorang tak kenal.
hari-hari berlalu dengan situasi lebih kurang sama. selebriti ada di mana-mana. sengaja saya tak bawa kamera. tak mahu jadi seorang 'pemuja'. suasana luar tak pernah sunyi. hanya surau, tempat rehat paling aman bila arahan 'stand by' (baca: tiada kerja) di terima.
*****
seawal pagi dataran di pentas utama menerima ketibaan pengunjung. sangat pasti, mereka adalah belia yang menanti artis kesayangan mendarat nun jauh dari bumi korea. ruang pentas bingit dengan artis-artis tempatan yang melakukan persembahan. ada juga di lakukan cubaan suara PA system untuk majlis pelancaran.
saya belum mampu untuk turut 'bertugas' di situ. manusia berasak dan mengharapkan untuk ke ruang paling hadapan demi menikmati persembahan artis kesayangan dari jarak paling minimum.
bijak strategi penganjur menarik kunjungan satu juta belia. kalau tiada super junior (suju), sampai satu juta tak?
solat..?, ah.. saya tak berani kata. kalau sejak pagi berkampung, mungkinkah di jama' solatnya? tapi.. bolehkah jama' solat kerana ke konsert seperti ini? persoalan di situ.. saya tak berani bermain hukum. cuma setahu saya, andai niat musafir ke tempat maksiat maka tidak di bolehkan rukhsah solat.
jeritan belia mula menggila saat suju menghadirkan bayang. usahkan bayang, bila pengacara ulang nama super junior sahaja, gamat putrajaya. malah jauh lebih 'hebat' daripada konsert tahun baru sewaktu terlibat dalam skuad cegah. kalau konsert nasyid, mana ada peminat segini rupa. selama ini menonton di TV sahaja lagak manusia. hari ni di depan mata.
suffocated!
ada yang sakit jantung, asma, malah sawan pun ada! ambulan berulang alik dari dataran pentas dengan siren yang tak henti.
ah.. beginilah dunia.
"shupper jun.ni.or M!!!" tak kurang yang bagai histeria layaknya.
maaf wahai peminat suju sekalian, saya berkata dari apa yang di kaca mata. saya tak benci suju, malah ada ibrah yang boleh di ambil daripada mereka walau sekejap cuma menjadi pemerhati. mereka muda, namun mampu meletakkan 'harga' diri sebegitu rupa atas usaha mereka. ada yang sanggup sujud di kaki petugas semata mahu ke back-stage! di mana pula harga diri kita? saya tak mahu mengulas lanjut tentang rumors color sebenar sikap mereka, saya pun tak kenal.
ibrah itu perlu di kutip walau dari musuh kita sekalipun. mereka tidak beraqidah dengan aqidah kita. terpulanglah mereka melakukan apa mengikut norma hidup mereka. kita? nak minat, terpulanglah. tapi ada batas hadnya kan :)
pengacara majlis bermain kata dengan enam manusia di atas pentas. jeritan pula tak henti-henti dengan sound system yang bergema, sedikit cuma yang saya faham.
sekejap sahaja bertahan, saya mula lemas. jauh membawa diri ke hujung tasik. sunyi daripada gamat suasana. mujur ada sahabat yang berfikiran sama. ramai pula tu. nampaklah yang jadi komiti ni bukan sebab suju. kan? (tak tahu pun awalnya akan wujud suju di sana) lepas tamat konsert, barulah mampu menjejak ruang itu semula.
*****
biarlah hanya dalam diam.. |
'kan best kalau ada mr xy..', bisik hati tiba-tiba. teringat seorang-seorang ahli kumpulan itu. teringat vocal mantap mereka yang pernah menjadi halwa telinga saat muda-muda. lunak sangat. terngiang-ngiang jadinya. senyum sendiri.
'ah.. mana mungkin mereka hadir..', saya berpijak pada realiti yang paling hampir. ada sebab yang membuatkan saya mula mencari mereka kembali. tak pernah tergambar dek akal hal ini bakal terjadi.
jam mula menginjak ke pukul dua belas malam. kaki lima di tepi jalan besar kami huni sementara menunggu bas ke tempat kediaman.
dari jauh, ternampak tiga kelibat berpakaian sunnah. makin lama, makin hampir.
'ada juga orang 'alim mahu ke sini.. menyampaikan dakwah mungkin', dalam diam, saya kagum. malu dengan diri sendiri. saya di sini, tapi apa usaha yang saya dah buat?
jarak kami makin hampir. kalau sudah pernah jadi pojaan hati (bak kata p. ramli), haruslah saya cam siapa dia.
"mr xy..?", terpacul juga namanya. selama ini lihat dalam gambar sahaja. jubah putih separa buku lali dengan rida' hijau terhias di bahu kanannya.
jarak yang kurang dua meter sudah cukup untuk membuatkan dia perasan. dia menoleh sambil senyum. tangan kanan di angkat.
bila sahaja dia menoleh, sepantas kilat darah terasa menyerbu wajah.
al-haya mula menebal.
'apa yang najibah buat ni??' respon spontan, terus pandangan di alih. menyorokkan wajah di belakang teman.
saya bukan pemuja! kan saya dah kata..
ah.. mungkin ini Allah nak uji. saya tak suka pemuja suju yang asyik menyeru. mana boleh saya laku hal yang sama.
mungkin dia faham, lalu di teruskan perjalanan.
lega rasanya. hanya melihat dari jauh bila dia semakin menjauh.. tak perlulah beramah mesra bertemu mata. biarlah hanya dalam diam..
alunan qasidah dan selawat dari dia pula yang menjadi halwa telinga kini. walau mungkin ada lompong, hijrah mereka tetap saya sokong. istiqomah. hati jadi berbunga. setelah sekian lama, rasa itu berputik semula :-)saya ingin kembali 'meminati' mereka kerana minat mereka kepada Allah dan baginda. moga mereka thabbat, bukan mudah berubah bila bergelumang dalam dunia seperti ini.
people change, kan? kita pun boleh.
ayuh hijrah!
7 comments:
setuju dengan apa yg kak cakap.
tapi tak leh nafi kan sy juga ada di sana atas niat yang lagha.
:(
sapa mr xy? almawlid? (haha pepandai je)
jibah, maaf tau rupenye langsung tak gi HB tu. aritu bukan main rancang nak jumpa. takde orang nak teman, takkan sorang2 lak. :)
p/s tiba-tiba negara kita ada banyak duit sebab boleh jemput artis bagai? :)
lidey lim:
hati ini Allah yg bolak balik.. kadang susah nk pasti apa yg kta rasa bila ada kt sana :( moga amalan2 sunat mampu menyucikan karat2 jahiliah yg masih brtapak dlm hati kita :)
nazihah:
(^^ ,)
it's ok, kte faham. anak gadis comey cm jihah mane boleh jalan sensorang :) menjaga2.
p/s: emm.. minta maaf rakyat malaysia.. :'(
alhmdulillah.
lihat dunia dgn mata hai.
pasti ibrah diperoleh sana sini.
insyaAllah ^^
nailah:
InsyaAllah, moga di kurnia hati yg bersih agar mampu mengutip hikmah pada setiap hal yg berlaku
al mawlid mari utp bule 7 ni weh..
sapo organize? nnti nk pm for detail
Post a Comment