"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, May 3, 2011

semut & istana cokelat

bismillah..
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, "Seorang nabi singgah di bawah pohon, dia digigit oleh seekor semut. Dia memerintahkan agar barang bawaannya dijauhkan dari bawah pohon itu. Lalu dia memerintahkan agar rumah semut itu dibakar. Maka Allah mewahyukan kepadanya, mengapa tidak hanya satu ekor semut saja?"
Dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah, "Bahawasanya seekor semut menggigit salah seorang Nabi, maka dia memerintahkan agar desa semut dibakar. Allah pun mewahyukan kepadanya, hanya karena kamu digigit oleh seekor semut lalu kamu membinasakan sebuah umat yang ber-tasbih"

istana coklat

“…berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai…” (Surah an-naml: ayat 18-19)

semut & istana coklat
Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W melarang membunuh 4 binatang yakni semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah (Hadith Riwayat Abu Daud dengan rangkaian perawi yang tsiqah)

Ulama mengecualikan semut jika ia membahayakan, maka didalam keadaan ini dibenarkan membunuhnya. Berikut adalah pandangan 4 Mazhab mengenainya.

1. Mazhab Maliki : dibenarkan membunuh semut dengan 2 syarat : (1) Ia mencederakan, (2) Ia tidak mungkin akan meninggalkan tempat tersebut, kerana ia tidak disukai kerana mengakibatkan kerugian badan ataupun harta.

2. Mazhab Hanafi dan Maliki membenarkan membunuh serangga, tetapi Maliki meletakkan syarat hanya dibenarkan membunuh serangga yang merbahaya dengan cara ubat serangga dan tidak disalah gunakan, atau ditangguhkan melainkan 5 perosak yang dibenarkan membunuhnya samada didalam keadaan Ihram atau tidak (seperti dalam hadis di bawah).

3. Mazhab Syafie membahagikan serangga kepada 3 bahagian :

a. Yang pasti merbahaya, seperti 5 perosak sebagaimana hadith A'isyah :-
"Rasulullah saw memerintahkan (dibenarkan) membunuh 5 perosak : tikus, kala-jengking, gagak, helang dan anjing gila"
Termasuklah mana-mana serangga yang merbahaya.

b. Apa yang munafaat dan tidak memudharatkan, maka tidak baik membunuh dan tidak dibenci.

c. Tidak zahir darinya perkara yg bermanfaat dan tidak merosakkan seperti kumbang dsb, adalah makruh dibunuh. Adalah haram membunuh semut Al-Sulaiman, lebah dan katak. Selain dari semut Nabi Sulaiman, semut kecil dibenarkan dibunuh, tetapi bukan dengan cara membakarnya.

4. Mazhab Hanbali berpendapat bahawa adalah dibenarkan membunuh serangga yang membahayakan selain dari 5 perosak. Membunuh serangga yang bahaya adalah boleh, seperti kala-jengking, tikus, kumbang, lalat, nyamuk. Bagi serangga yg tidak merbahayakan seperti cacing, jawabnya mungkin dibenarkan, atau markuh ataupun haram. Adalah makruh (di benci) membunuh semut melainkan yang membahayakan, seperti anai-anai."

[nota kaki] coklat hersyes yang kakak bagi tapi jadi rezeki semut, hamdanlillah.. semut-semut, tasbih banyak-banyak. minta doa banyak-banyak dekat Allah supaya Allah mudahkan saya jawab exam, ya :) makanlah istana kamu puas-puas..

lanjutan: klik di sini

4 comments:

Unknown said...

ok. tajuk entri kedengaran sangat sedap :)

btw, lipas trgolong dlm point no.2 eh? hmm..

wardatul asrar said...

fareha:

haha. snanya nk buat post lain tp trjumpa pulak pasal semut ni ^^

emm.. lipas trgolong dlm serangga perosak kan..

dd_asrar said...

hamdanlillah.. mungkin ad hikmah allah jdkan coklat tu rezeki semut.. kt abg, coklat herseys diragui kehalalanny..wallahua'lam

wardatul asrar said...

oh ye..? Ya Allah, sian semut tu.. tp mmg coklat lebih2 lg imported susah nak pastikn kehalalannya.

"syubhah itu lebih dekat dgn haram", maka nabi minta kta jauh. zaman skarang ni;

"kalau tak sure halal ke haram, yakin je la dia halal. makan ja" tak gitu? :)