"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, April 24, 2011

ummi

bismillah..

hari ni ummi ulang lagi,

"dah lama kakcik tak call ummi..."

ada dalam tiga empat hari rasanya tak telefon ummi. kasihan ummi rindu anak dia yang busy lah sangat.. lepas ni najibah kena call ummi hari-hari. jangan bazirkan bil family plan yang abah bayar bulan-bulan.



"ummi takut anak ummi busy dengan benda lain ja.."

"benda lain apa..?", dalam hati risau juga kalau ummi dapat tahu anak dia banyak main dan tak study pun untuk pro exam. (siap boleh update blog lagi)

"emm.. remaja zaman sekarang ni bukan duk kira bergayut telefon lelaki perempuan"

eh? tersasar pula sangkaan.

itu rupanya yang ummi risaukan. mungkin sebab ummi mingle dengan hal-hal itu membuatkan ummi selalu pesan perkara sama. respon biasa anak ummi; malu tak bersebab sambil tukar topik.

terima kasih ummi selalu ingatkan. ummi pun suka pegang kepala anak ummi lepas solat sambil doa sir-sir (sebab saya tak dengar) macam yang nabi selalu buat pada kanak-kanak. doa dekat ubun-ubun.


antara doa yang ummi tak tinggal dan saya terdengar;

1)di kuatkan iman
2)berakhlak solehah
3)di pelihara daripada kejahatan jin dan manusia
4)di lembutkan hati -rasa fragile pula bila besar ni..-
5)di terangkan hati menuntut ilmu
6)mampu menghadapi ujianNya
7)di kurnia husnul khatimah dan dikumpulkan bersama orang-orang soleh (termasuk ahlil beit, sahabah, keluarga)

zaman dulu-dulu rasa lenguh kepala sebab kena lentok lama-lama. tapi sekarang bila dah jarang, rindu la pula.. inilah manusia...

banyak pula entri pasal ummi abah kebelakangan ni. mungkin inilah syndrome 'sakit rumah' namanya. semoga bermanfaat InsyaAllah.

5 comments:

H.D said...

:)

ﺧﻳﺮﺍﻟﻌﺎﻣﻟﻳﻦ said...

perkara yg dulu kita salu kata penat, susah, dsb, satu masa akan menjadi kenangan manis untuk kita.. :)

wardatul asrar said...

mlov:

=)

amilin:

begitulah =) harapnya untuk masa akan datang pun sama. brsusah2 dahulu,pasni manisnya akan mnyusul InsyaAllah

Zahra Ameerah said...

Akak, rindu la kat akak. Huhu

wardatul asrar said...

ima:

iye dik ima :) akak pun rindu kan kamu.. tp apakan daya, akak takda pintu suka hati doremon nk pegi jumpa adik.. doa banyak2 moga Allah panjangkn jodoh. nnti kita jumpa InsyaAllah ;)