"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Wednesday, August 17, 2011

bila lama 'terikat'-khitbah

bismillah..


sedang bersilat di dapur, tiba-tiba ummi buka topik itu.

hebat ummi susun ayat sambil jeling-jeling anak dia yang buat muka innocent.

ingat senang nak mengelat dengan ibu? tak boleh.

pusinglah lapan puluh dua kali litar F1, ummi pasti kejar nak sampaikan juga.

sental tonyoh la pinggan periuk sambil kalih sana sini nak cover muka segan, kena tadah juga.

ok, kembali.

ummi kata..

"payah nak belajar kalau 'terikat' waktu ni. biarlah dulu.. tapi kalau akan datang nanti Allah taqdir begitu, InsyaAllah. takpalah, fikir balik macam mana.."

aduh. rasa nak menyorok dalam rice cooker!

akhirnya saya lari untuk tulis entri ni. jom kita segan sama-sama :')

ni yang sayang ummi lebih-lebih-lebih lagi ni.. selalu ingatkan untuk yaqin dan percaya dengan qada' dan qadar Allahu subhanahuwa ta'ala.

di sini saya menghurai maksud di sebalik ayat ummi yang saya buat-buat faham sendiri.

"payah nak belajar"

merujuk kepada masalah hati. takut teringat pada orang yang berkenaan itu lebih daripada kita ingat Dia dan dia shollahu 'alaihi wasallam. solat teringat, buat itu ini teringat, nak study teringat. (yeke? pukul rata je ni, takda pengalaman)

oh, mungkin anda tidak. takut saya lah tu orangnya. sebab tu ummi ingatkan.

sedang enak menyulam angan, rupanya takdir memukul dengan sebaliknya. Dia yang 'menjemput' dahulu. tidakkah makan hati berulam jantung nanti?

oh, mungkin anda tidak. takut saya lah tu orangnya. sebab tu ummi nasihat.

di bimbangi juga syaithon nirrojeem akan memainkan peranan yang maha hebat demi memalingkan hati-hati manusia supaya bermaksiat kepadaNya. dalam ikatan yang belum sah, tiadalah siapa yang terlepas daripada godaanya maka eloklah sedari awal kita (saya terutamanya) yang lemah ini memilih qaedah saddu adz-dzari'ah (السد ذريعة) dan mengurangkan tempoh ikatan. qaedah ini banyak di bincangkan para ilmuan yang secara tuntasnya;

"Melarang sesuatu, yang zahir-nya bersifat mubah  namun dapat membawa kepada yang haram. untuk mencegah kemungkinan berlaku maksiat dan kerosakan, maka kita menolaknya”





oh, mungkin anda tidak. takut saya lah tu orangnya sebab tu ummi pesan.

adapun kaedah ini tergantung kepada keadaan individu. dengan pilihan yang ada, mudhorat sedikit yang mungkin terjadi adalah lebih harus di pilih daripada membiarkan mudhorat lebih besar berlaku.

contohnya, andai muslimat ini tidak di ikat sekarang, ibu bapa si muslimat mahu mengikatnya dengan muslimin yang kurang soleh. atau andai tidak di lafazkan sekarang, muslimat itu akan di sunting orang.

apapun tindakannya, hendaklah di lakukan selepas istikharah dan meminta petunjuk Allah SWT. sesungguhnya Dialah yang paling layak menentukan apa yang terbaik perlu kita laku.

seorang alim bekata,  "Ilmu itu nuur (cahaya). dan nuur (cahaya) tidak akan masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat"

ini adalah natijah daripada kemaksiatan yang mungkin berlaku akibat lamanya ikatan. bukanlah di sini bermaksud orang yang berbuat maksiat itu akan jadi kurang bijak, tidak pandai dan sebagainya.

ada pula yang kata "dia itu maksiat berbakul-bakul tapi best student sokmo.. macam mana tu?"

nuur  di sini merujuk kepada petunjuk, hidayah Allah SWT yang mana orang yang selalu bermaksiat akan menjadi jauh hubungannya dengan Allah dan jauh daripada mengenal Allah azza wajalla.

ilmu seseorang itu mungkin banyak; dengan tittle Professor, Ir dan sebagainya namun ilmu itu menjadi sia-sia yakni tidak dapat memberi manfaat kepadanya (untuk mengenal Tuhan) dek terhijab dengan maksiat yang di lakukan.

jadi marilah kita bersama-sama memperelok diri dan memperindah akhlak. andai persiapan kita untuk akhirat (matlamat akhir), nescaya akan tertunailah juga urusan kita dengan dunia.
`
`
`
`
`
inilah sekadarnya daripada saya, seorang invisible muslimah di sudut dunia yang faqir dan sedang segan yang amat menulis entri ini. moga ada sedikit manfaatnya buat semua, walaupun tidak banyak. belajar rajin-rajin, doa jangan putus.

InsyaAllah, ada lah yang terbaik. pada waktu yang terbaik, di tempat yang terbaik, dalam keadaan yang terbaik dan dengan insan terbaik.


wallahu'alam..
-TAMMAT-

18 comments:

unknown said...

=) sweet sangat. alhamdulillah. sejuknya hati mendengar nasihat dari ibumu adikku. kirim salam kat ummi

wardatul asrar said...

kak hanisah:

hamdanlillah :) terima kasih kakakku, akan di sampaikan salam itu InsyaAllahu ta'ala.

lukpi said...

yg last tu best..

InsyaAllah, adalah yang terbaik. pada waktu yang terbaik, di tempat yang terbaik, dalam keadaan yang terbaik dan dengan insan terbaik.

slm ramadhan :)

wardatul asrar said...

to lukpi:

credit buat ummi, itu juga kalimah doa yang ummi ajar untuk di amalkan setiap kali lepas solat.

salam ramadhan kembali

fana said...

Hehe suwit aje hehe, setuju sgt dgn nasihat ummi najibah. perjalanan masih jauh dan tak dpt nak predict how it is going to be, jadi just take it easy and live as usual first til everything ready =)

me too, like the last du'a too! hamdallah! syukran ukhtie, rindu. lama tak jumpa najibah! =)

wardatul asrar said...

to faten:

eh, org jauh.. :D lamanya tak denga khabar.. so true. be prepared for the hereafter, InsyaAllah we are ready to face anything in dunya.

InsyaAllah, boleh sama2 amalkn lepas ni yea rindu kamu jg @>;~

.::annemishi::. said...

hihi.. suka laa..

suweet... :D

sham moduLLus said...

hahaha. nasib tak pecah dua pinggan tu yek jibah. nice one.

wardatul asrar said...

aneh:

haha *gelak segan*


farisham:

hati-hati, pasti

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz said...

hek..hek..hek..

anda sudah dewasa..~

wardatul asrar said...

to ust hisham:

(ana selalu tak dapat/lambat faham maksud ust. kenapa ye? belum cukup dewasa lagi ni)

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz said...

bila isu nikah kawin dibincang secara matang, maka itulah tanda dewasa dan berjiwa matang..

(artikel nie bagi penampar sedas kat ana..)

Zahra Ameerah said...

akak ^____________^

wardatul asrar said...

ust hisham:

kalau matang tak segan

(oh, maaf. takda niat nak tembak sapa2. tembak diri sendiri cuma)


ima:


adik :') (penuh makna sungguh senyumanmu itu)

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

wah Najibah, dah ade ye, patutlah your ummi pesan to u macam tu, hehe .

And, I love the last part too! :D

wardatul asrar said...

i'm thinking of shooting myself in the foot. tp sy sedang berpuasa!

so sad deary, coz the answer is NO :'( (don't get cheated by the expression) haha. go find one for me

bob said...

hebat2..
xramai ore supo mu atas dunio nih..
hebat2..

*ngepong

wardatul asrar said...

astaghfirullah al-adzim

meme la, ramai hebat2 lg supo dio atah dunio ni

(ngepong xdpt gapo pong)