bismillahi wal hamdulillah..
berlalu sudah separuh Ramadhan yang awal. moga yang berbaki ini dapat kita pacu lagi dengan lebih mantap InsyaAllahu ta'ala.
saya suka memerhati, mendengar dan membaca kisah hidup manusia. kisah baginda shallahu alahi wasallam dan para sahabat, masyaAllah. superb! takkan kita jumpa manusia yang berakhlak seagung ini lagi. waktu santai-santai menunggu subuh, saya syorkan untuk sama-sama menonton rancangan 'law kaana bainana' yang di tayangkan di TValhijrah jam 5.30 hingga 6.00 pagi. di youtube juga banyak video rancangan ini. bergenang air mata mengenangkan baginda. di banding pula denga kerdilnya kita ini. Allahu..
kita tak mampu dan mungkin juga tidak layak dengan tahap iman yang cetek untuk lalui semuanya dalam kehidupan singkat ini tapi kita mampu mengkaji dan mengutip ibrah yang ada demi memandu hidup ke arah yang Dia redhai.
kadang kita (yang belum mahu berhijrah) suka beralasan dengan nafsu.
"mereka bolehlah, mereka punya baginda bersama mereka" "mereka boleh la, keluarga mereka memang orang beriman" "mereka boleh la, suasana mereka membantu"
memang, terlalu banyak alasan yang kita boleh beri kalau memang itu yang kita cari. kita terlalu mudah menilai dengan apa yang kita nampak secara lahiriah sedang kita tidak tahu di sebalik dia yang sekarang, terbalut kemas luka dan pedih semalam.
rakaman 'ini kisahku' yang menemu bual para selebriti tanah air yang telah berhijrah punya tempat tersendiri di hati saya. tulislah wahai sahabat-sahabiah, saya suka membaca turning-point hidup kalian :) bagaimana kalian mengambil keputusan untuk kembali kepada nuur hidayah Allah swt dan menjadikan baginda shallahu 'alahi wasallam sebagai role model hidup kalian. ujian yang terpaksa di harung tidak sedikit dan bukan calang-calang orang mampu harungi. rugi kalau tidak di kongsi. mana tahu itu menjadi asbab insan lain untuk berubah langsung menjadi modal di sana kelak? hebat masyaAllah mujahadahnya sekaligus mendetikkan di hati ini;
"kalau mereka boleh, kenapa tidak aku?"
pernah suatu ketika saya di taklifkan menjadi fasilitator pelajar muslimat di sebuah sekolah. sebelum program malam itu tamat, salah seorang fasilitator sempat memberi sedikit teguran, amanat dan nasihat sehingga ada yang menitiskan air mata. Allahu Akbar.
dengan melihat dirinya sebagai seorang hafizah, lengkap berjubah dan berniqob, pasti tak ramai yang sangka dia teruji dan mengharungi sejarah kelam sebegitu rupa. rata-rata mereka yang soleh-solehah ini daripada keturunan baik-baik kita rasa.
langsung berlainan dengan sahabiah yang seorang ini. dalam sekat katanya, dia jujur berkongsi. kakaknya seorang penzina. abangnya seorang kaki botol, peneguk minuman haram. ibu bapanya biasa-biasa saja, tak mampu lagi menyekat keinginan anak-anak. dia sendiri di herdik di sakiti kakak dan abangnya bila cuba menegur. entah di mana silapnya. keluarganya jauh daripada apa yang di katakan sebagai usrah solehah.
namun itu bukan alasan untuk dia terus-terusan menyalahkan takdir. dia berusaha mencari sinar dalam zulumat yang mebelenggu. untuk kita berubah dan mengubah, semuanya tergantung pada diri kita sendiri. andai kita mendekati Allah secara berjalan, akan Allah menghampiri kita dengan berlari. begitulah bantuan demi bantuan akan Allah hantar bagi hambanya yang cekal dan ikhlas untuk mengenaliNya. mujahadah sahabiah ini sehingga memasuki sekolah agama, mengaji di pondok-pondok dan menghafaz al-Quran sehigga terhasilah dia yang sekarang. subhanAllah. moga di kurnia istiqomah.
tak semua kita punya kisah hidup berwarna pelangi. saya juga. andai istikharah memberatkan saya untuk berkongsi, InsyAllah walau kisahnya tidaklah sehebat mana. jadilah pendengar yang baik. nescaya kita akan sedar bahawa seteruk mana pun hidup yang terpaksa kita lalui, masih ada lagi mereka yang lebih teruk ujiannya daripada kita. di sini InsyaAllah kita mampu menyemai nilai syukur yang tinggi.
"kalau mereka mampu, kenapa tidak aku? kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan di sini, di mana lagi?"
wallahu'alam.
* law kaana bainana = kalaulah ada di sisi/ di antara kita (baginda SAW)
* ibrah = pengajaran
* taklif = di beratkan/ di tanggungjawabkan
* usrah solehah = keluarga yang baik
* zulumat = kegelapan
3 comments:
Salam anje.
Betul. angah sangat bersyukur sebab ada tv al-hijrah skang ni, esp bulan Ramadhan ni. at least, terisi juga masa2 lompong tyme berpuasa :)
angah suka tgk Law Kana Bainana dgn Reflections. yang pasal sahabat tu pun. sayu je hati dgr, esp sebab yang bercerita tu pulak org arab kan? lagi dekat di hati *walupun baca translation je*. yg reflections tu pulak, nampak simple, tapi motivasi dia sangat menyeluruh. as usual, sentap sikit :)
tak dpt nak tgk alhijrah, di perantauan ni xde.. nnt sy balik awk tunjuk eh cite tuh..nak tgk gak.. =)
-dhh-
wa'alaikumsalam, angah :)
absolutely. hampir semua dalam tvalhijrah tu bermanfaat kn. mula2 anje tak perasan rancangan law kaana bainana ni ada kt tvalhijrah.(dulu tgk kt youtube tp tak perasan & mmg slalu tv yg tgk kte ;D) ummi suruh tgk, boleh belajar arab sekali ummi kata. nk meloncat (haha. kanak2) bila tau law kaana bainana.
yup2, imam suhaib webb pun best :) anje dh follow die dkt fb, byk artikel2 motivasi & muhasabah :')
dhh:
boleh2, InsyaAllah. awak boleh try search 'law kana bainana' kt youtube. kt situ pn byk jgk video dia tp tak sama la nikmatnya dgn tgk dkt screen tv yg besar.. ;)
Post a Comment