"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, May 11, 2010

banyak lagi langkah

bismillah..

abah cakap, kawan itu sementara
bila umur meningkat, fasa hidup berubah
dari zaman sekolah ke zaman universiti
dari zaman universiti ke zaman kerjaya
dari zaman single ke zaman berkeluarga
kita akan jumpa diri kita dengan kawan yang berbeza

mungkin secara literal itu hukumnya
walau berbumbungkan langit biru yang sama
tanah yang kita pijak berbeza
saya meniti dalam dunia sendiri
kamu pula menari dengan cara itu
kita tak lagi serupa

~moga ada seri di hujung nanti~ 

oh, kamu ingat pada fairy tales?
snow white di kecam si tukang sihir 
cinderella di dera si ibu tiri 
rapunzel di kurung dalam menara tinggi 
aurora tak terlepas dari sumpahan maleficent
belle juga takut berjumpa beast

ya, itu dongeng zaman kanak-kanak
tapi saya juga belajar satu perkara
mereka tempuh semua sebelum di akhir cerita 
"they live happily ever after"
oh, manisnya mengalahkan gula
dan lagi sweet, bila ada yang lebih pasti 
"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (al-Nahl, ayat 96)
saya cuba untuk semat dalam jiwa
dunia ini bukan hanya ada kamu dan saya
tapi dunia ini ada semua
open our hearts~ terima ketentuan seadanya
Allah tak menjanjikan hidup ini senang kata kamu
tapi Dia janjikan kebahagiaan hakiki nanti

moga kita dalam golongan yang bersama Dia
yang bertemu dan berpisah kerana Dia
di alam yang kita tahu indahnya statik
kamu tahu,kan? :)
jom, masih banyak lagi langkah..

9 comments:

dell~ said...

yes..i like...

najibah said...

to dell:

thanks =)

fatin nazihah ashari said...

ok tak reti nak komen ape..
just nak cakap,

Fatin Nazihah likes this.

5 bintang ^^

Anonymous said...

jazakallah ukhti.. =)

-dhh-

najibah said...

jihah:

time kasih, jiha =)

dahlia:

afwan.. heppi2 sokmo ye~

bob said...

kawe xpehe gapo2 la kalu sastera2 n falsafah2 gini!!!!

najibah said...

takpo2, it's ok :)

aku bukan aku said...

nyata..hepi ending itu bukan dongengan semata-mata..

ini bukti..kan?
=)

jzkk..

najibah said...

bukti yg nyata =) bg mereka2 yg benar2 brfikir *lets look beyond the screen*

aiwah