"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, May 23, 2010

kerjaya: amanah seorang muslim

bismillah..

"dentist antara career yang memang boleh buat duit.. nak tipu orang pun senang", ujar kak anem sambil senyum nipis. sengaja di tekankan perihal kewangan kerana itu yang selalunya menjadi sasaran manusia bekerjaya.

"pak cik, pak cik.. sila buka mulut,ya.. pak cik tu pun buka mulut. apa kita buat kat dalam mulut pak cik, bukan dia tahu. kita cakap ada lubang ke apa, dia akan percaya je. patient tak dapat tengok apa yang berlaku dalam mulut dia.", sambung kak anem lagi.

"sebab tu dalam apa-apa pun tindakan kita, kita kena ingat.. walaupun manusia tak tahu, ada yang sentiasa memerhati. pak cik tu mungkin tak tahu tapi Allah tahu." khusyuk kami adik-adik junior mendengar penerangan kak anem yang datang jauh dari kuantan. kagum dengan seniors yang sanggup turun ke pj semata-mata untuk berjumpa dengan kami. malam itu juga mereka terpaksa kembali semula ke kuantan untuk menghadiri kelas pada jam 8 pagi.

sesekali kami mengangguk tanda faham dengan penerangan kak anem berkenaan realiti yang bakal di hadapi oleh seorang doktor gigi. takut juga kalau tersungkur dalam jenayah tidak berbau ini. benarlah kata-kata yang menyebut, di uji dengan kesenangan itu kadangkala lebih sukar dari di uji dengan penderitaan. manusia selalunya kembali kepada Pencipta di saat genting dan seringkali lalai daripada mengingati Allah bila senang. istidraj, mungkin. di sangkakan rahmat, rupanya laknat!

saya mengimbau kisah lebih sepuluh tahun lalu. memori dengan seorang doktor gigi di private clinic yang sering menjadi tumpuan kami sekeluarga. setiap bulan, ada saja greeting card yang sampai ke rumah dari klinik beliau. sangat mesra pelanggan. saya tak ingat nama doktor tu jadi saya gelar beliau dengan nama Dr Nathan.

tapi panas taklah sampai ke petang. ada hujan, petir dan segala macam kilat di tengah hari.

Dr Nathan cakap, gigi saya ada cavity yang tak kelihatan. kena buat tampalan dengan segera. tapi saya yakin sangat, gigi saya bebas cavity. doktor gigi yang datang kat sekolah selalu cakap gigi saya "good!", siap ada rekod. bila sampai rumah, mulalah saya 'beggar' dengan family members. kanak-kanak~ lagipun, saya takda rasa sakit atau sesuatu yang luar biasa pada gigi saya. tapi suara kana-kanak, siapalah sangat yang nak dengar. abah pun benarkan Dr Nathan buat 'treatment' dan filling segala. ngilu sangat-sangat waktu kena 'gerudi'. saya cakap dengan abah, rasa macam Dr Nathan buat lubang sendiri dan tampal balik,ja. bukan sekali saya 'kena' tapi banyak kali.

tak lama lepas tu, umi dan abah pergi lagi ke klinik Dr Nathan untuk check-up. setiap kali sebelum scaling, Dr Nathan akan suntik dua kali di gusi abah. untuk gum treatement dan mematikan bakteria katanya. Dr Nathan cakap lagi, empat batang gigi depan umi ada cavity yang tak kelihatan. kena buat operation dan cabut dengan segera. tapi umi tak nak dengan beralasan akan datang semula nanti. lepas tu, umi pergi check-up di klinik kerajaan. doktor sahkan gigi umi normal, takda cavity seperti yang di dakwa. abah ada juga tanya berkenaan suntikan gum treatment setiap kali sebelum scaling pada dentists lain. jawapannya, suntikan gum treatement hanya untuk gusi yang bermasalah dan ada side-effects kalau berlebihan. doktor nasihatkan ke klinik kerajaan kalau nak buat check-up.

satu ja nak cakap, umi sangat bernasib baik tak kena 'gerudi', operation buang gigi segala. baru-baru ni saya tengok klinik tersebut dah di tutup. dengar kata, kena saman. wallahu'alam. geram kurang sabar pada mereka-mereka yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. kalau bukan di dasari agama sekalipun, etika dan moral sahaja sudah bercanggah dengan apa yang sepatutnya di lakukan.

"buat kerja pun kena ada iman", kata abah. kalau tidak, perkara pelik-pelik macam ni juga yang akan jadi. saya mengingatkan diri saya sebelum semua sahabat, bakal profesional muslim yang saya kasihi sekalian. tak kira dalam bidang apa pun kita, jom inspect hati. kenapakah aku di jalan ini sekarang. tajdid niat senantiasa, InsyaAllah.. semoga kita menjadi salah seorang yang menjulang nama Islam dan bukannya yang membawa fitnah kepada Islam. saya rindukan zaman emas Islam di mana kepentingan ilmu dan amal itu julang. kita yang memilih, jenis profesional muslim apakah kita nanti? bidang ini bukan bidang sampingan tetapi tuntutan keatas semua muslim yang tergalas sebagai fardhu kifayah di atas bahu-bahu kita. maka tunaikanlah sebaiknya. medan ini bukanlah batu loncatan untuk meraih syurga dunia idaman nafsu yang tak terdidik, langsung membawa kepada muflis di akhirat kelak. semoga Allah memudahkan jalan kita menuju syurga dalam mujahadah kita menuntut ilmu..
"Ya Allah, letakkanlah dunia dalam tangan-tangan kami (orang Islam) tetapi bukan dalam hati-hati kami"
wallahu'alam.

10 comments:

bob said...

bak kata sorg senior aku:
"pandang semua bnde nih dgn pndgn Islam..xkire la ape2 pun..bab bolasepak ke, badminton ke,kerjaya ke, engineering ke,ape2 jela..jgn jadikn Islam tu kt masjid je.."

btw,ade unsur2 koya dlm post nih..

patenjihah said...

ouh..tak baek dr nathan ni

teringt kat area umah dulu,
ade sorang dr ni, perempuan.
masetu saye saje teman kawan yg memg gastrik buat rawatan.
then lepas check kawan, saye pun sesaje la nak dr cek saye (kengkonon nak make sure betul2 sihat, meskipun time tu xde rase sakit pon)

pastu dr tu cakap, saye ade gastrik gak. die cakap ade cacing itu ini, kalau x amek ubat nanti jadi itu ini. <----- aaa padahal balek umah xyah makan ubat die kasik xde mendape pon.

mencik~~
emo pulaaa

p/s : nanti x sekuliah ngn farah aqilah la kan. die da tuka engine..huhu

wardatul asrar said...

bob: so true.pandang manusia dgn kaca mata dakwah, pandang segalanya dengan pandangan Islam..

koya mende pulop? aduh..

jihah:

hee.. sabar ye jihah. sedih pulak bila ingt balik suka suki ja gigi orang kena cabut, buat lubang semua. dari gigi sihat2 je terus sakit.

moga kte tak jadi org yg 'buat duit' atas kesusahan org lain..

p/s: a'ah, tak sama dah.. lain kuliyyah dan lain tempat pulak tu. dia kt gombak, kte kat kuantan..

Mohd Herie Dahlan said...

SALAM...

(^_^)y... best post ni... jiran herie pun pernah cakap (dia dentist), dia kata kena jujur... walaupun pesakit taktau ape2, tapi last2, akan terbongkar gak...

dan yang penting, DIA tahu...
..

wardatul asrar said...

to herie:

sepandai-pandai tupai melompat,kn herie. kalau pun tak di dunia, ada 'tayangan hebat' di akhirat kelak.. moga kita tergolong dlm golongan2 yg jujur dan amanah..

aku bukan aku said...

salam alaik wbt..

asif baru balas lawatan 2 kali kamu..
huhu

*post sblm2 ni x bole reply sbb jauh 'darjat' kami..

=p

oh yea..
teringat satu perbandingan dibuat seorang kawan..

medical officer(doctor)=1st class
dentist=2nd class

tp jika dilihat dari segi 'buat' wang..
yup..
''kamu'' lg lumayan

=)

kalau mekanik..
diserahkan benda x bernyawa utk dibaiki..
kalau lah diberi 'hidup-hidup'
cmne lah nak rawat ye dak..

tp manusia..dia serahkan 'nyawanya' kpd doktor2 utk dirawat..
amanah tu kan?

setuju dgn bob punye komen..
kalau lah seluruh alam ini 'islam'
rasa selamat sangat..
sangat2 selamat...aman..

*fuh..nabi pun buat semua2 kerja Baginda tanpa dpt lihat hasil kan?
kita?

berangan~
berusaha2! yok~!

toward professional muslims!
*insyaAllah!

wardatul asrar said...

wa'alaikumsalam.

err.. =) tak mengharapkn balasan pun *memang kena balas lawatan,ya?*

'darjat' apakah? =.=!

dah biasa dgn prbandingan serupa =) biarlah buat kerana minat, bukan kerana 'class' atau duit,kn. kalau tidak, kta akan jadi hamba kpd salah satu..

yea, kalau pandang dgn kaca mata Islam, segalanya amanah. hatta diri sendiri pun amanah,kan *oh, makan mee segera tadi~*

nabi.. *muhasabah* -cubaan untuk mencontohi- ganbatte,ne~

InsyaAllah..

salam buatmu, bakal profesional muslim~

kina ;) said...

Gigi yg sehat di'korek'nya. Tak baek betul Dr Nathan tu. >.>
InsyaAllah, apa2 pun yg kita buat kena la berlandaskan Islam.=)

P/S: Suka entry ni. ^^

aku bukan aku said...

darjat=dari segi pengisian..

insyaAllah..moga terus thabat (ikhlas)

salam buatmu kembali..
bakal muslimah profesional~

*sabar itu infiniti

wardatul asrar said...

kina:

tu la sapal.. isk3 =.='
InsyaAllah.. ikhlaskan niat.. ikhlaskn niat..

jauhi $.$

=p makaseh..

qusyairi:

khair.. doakan saudaramu di sini juga. moga tetap dalam kebaikan yg Dia redhai abadan abadaa..