"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, November 28, 2008

inni akhafullah~

Ya Allah,
janganlah Kau jadikan dosa,
terhadap apa yg mereka perkatakan tentangku..
jadikanlah aku sebaik apa yang mereka sangkakan..
ampunkanlah aku di atas segala dosa yang tidak mereka ketahui..

jangan Kau jadikan kaum ku ini..
sebagai penggoncang iman syuhada' Mu..
hindarilah aku ini Ya Allah,
dari menjadi bahan bakar di neraka Mu..

ampunkan segala ketelanjuran ku..
sama ada yg aku sengajakan mahupun tidak..
ya Allah, sungguh Kau Maha mngetahui..
Yang menguasai setiap degupan jantung ku ini..
malah hal-hal yang lebih kecil dari itu..


Ya Allah,
Kau jauhilah aku dari menjadi bahan fitnah dunia..
Kau jauhilah aku dari menjadi bahan fitnah dunia..
Kau jauhilah aku dari menjadi bahan fitnah dunia..

~inni akhafullah~
~wardatul asrar~
~1.20 am~

Monday, November 17, 2008

kasihku buat ummi~

bismillah..


Jam menunjukkan pukul 6.05 minit pagi. Balqis bangkit dari tidur, membuka matanya dengan lemah sekali. Dia mengucapkan syukur kerana masih di panjangkan umur lalu terus bergegas ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri.

Selesai semuanya, Balqis membentang sejadah lalu memakaikan telekung membalut tubuhnya. Dia menunaikan kewajipan pertamanya pada hari itu dengan penuh kekusyukan. Di akhir solat itu, dia menadah tangan, memohon keampunan daripadaNya, memohon kekuatan dariNya dan mengadu segala keresahan dan derita yang ditanggungnya..hanya kepada Dia Balqis mengadu..Panjang sekali doanya..begitu banyak aduan dan harapan di tagih dariNya..benar-benar dia memohon di anugerahkan kekuatan dariNya utk meneruskan kehidupannya di hari-hari yang mendatang.

Suara tangisan Athirah mengejutkan lamunan Balqis. Airmata yang mengalir di pipi di seka pantas. Dengan tergesa-gesa dia menamatkan doanya dan menutup doanya dengan membaca selawat ke atas Nabi. Jari jemarinya bergerak pantas menanggalkan telekung berwarna putih yang membalut tubuhnya, sesudah melipat telekung sejadah pula dilipat rapi lalu di gantung kembali ke tempat asalnya. Dengan langkah yang penuh berhati-hati Balqis menuju ke arah Athirah.

Athirah masih lagi menangis di tempat tidurnya. Dia bergolek ke kanan dan ke kiri. Menyedari tiada siapa di sisinya membuatkan dia menyaringkan lagi tangisannya, dengan harapan uminya akan segera mendapatkannya. Tidak berapa lama kemudian, uminya sudah ada di sisinya lalu segera mengangkatnya ke pelukan.

Athirah masih lagi teresak-esak.. namun suara merdu yang lahir di bibir wanita itu mendayu-dayu memujuknya supaya jangan menangis. Suara yang penuh kasih sayang. Suara yang penuh rasa cinta.

Athirah memandang wajah wanita yang memeluknya itu. Wajah itu terlalu menyenangkan. Wajah itu pernah mengukir senyum memujuk Athirah supaya jangan menangis namun Athirah dapat melihat, dari celahan kelopak mata uminya itu, ada airmata yang mengalir deras. Sesungguhnya Athirah tidak mengerti.

Kenapa ummi tersenyum dalam tangisan? Adakah orang dewasa selalu begini? “Aneh..“bisik hati kecil Athirah lalu dia berhenti menangis lalu cuba tersenyum kepada umminya itu. dia tidak mahu umminya turut sama menangis sepertinya. Hatinya resah melihat airmata di pipi ummi. Dia tidak mahu.

Beberapa hari yang lalu, ada dua wajah yang selalu menatap dan memeluknya. Athirah tidak tahu siapa mereka namun Athirah sangat berasa selesa bersama mereka. Yang wanita bersuara merdu dan yang lelaki bersuara garau namun kedua-duanya sangat menyayangi Athirah.

Athirah nampak, kedua-dua wajah itu sentiasa tersenyum dan ketawa melihat keletahnya. Athirah juga nampak, kedua-duanya itu juga saling menyintai antara satu sama lain. Athirah juga nampak, umminya bahagia bersama lelaki itu. Tapi kini, wajah lelaki itu sudah tidak lagi menyapa Athirah. Susuk tubuh lelaki itu sudah tidak lagi memeluknya menghangatkan tubuhnya. Suara lelaki itu tidak lagi mendodoikan tidurnya. Di mana dia? Athirah tertanya-tanya.

“Di mana dia??” Jerit Athirah bertambah kuat namun cuma bergema di dalam hatinya. Sejak lelaki itu tiada, ummi sudah berubah. Wajah ummi tidak semanis dulu. Wajah ummi sarat dengan pelbagai emosi yang susah untuk Athirah tafsirkan. Ummi tidak lagi ketawa riang seperti dulu. Seolah-olah separuh dari hidupnya sudah di rampas..“Kejamnya..siapa yang rampas ayahku?” tangis Athirah bersatu setelah melihat umminya menangis memeluknya untuk kesekian kalinya.

Athirah dapat merasakan derita yang sarat di tanggung umminya. Hati Athirah juga sakit namun Athirah tidak mampu berbuat apa-apa. Ubtuk memujuk ummi juga Athirah tidak mampu..Saat ini, dia hanya mampu menangis dan tersenyum sahaja..merangkak pun Athirah tidak tahu..Bagaimana pula dia hendak memujuk ummi? Athirah benar2 resah lalu memeluk umminya erat-erat..dalam hati memohon..“Tuhan, Kau tabahkanlah hati ummi ku..dalam doanya tadi aku terdengar dia merayu drpMu, dalam doanya tadi aku terdengar dia memohon daripadaMu, dalam doanya tadi aku terdengar dia memohon supaya Kau tempatkan roh suaminya dalam golongan yang Kau kasihi..dan sampai di situ saja aku mampu mendengar kerana selepas itu, kata-kata ummi tidak lagi jelas, yang kedengaran cuma tangisan dan esakkan. Aku tidak mengerti di mana suami ummiku namun aku memohon, agar Kau tunaikanlah doa-doa ummiku, Tuhan..”

____________________________________________________________________

Masa berlalu pantas. Sekarang Athirah sudah dewasa. Athirah sudah tahu soal hidup dan Athirah juga tahu apa itu mati. Athirah juga sudah mengerti siapa dia di dunia ini dan kenapa dia ada di dunia ini. Athirah juga tahu siapa yang menciptanya dan Athirah juga tahu bahawa hidup di dunia ini cuma sementara. Athirah tahu, segala apa yang ada di dunia ini, hanyalah pinjaman daripadaNya dan Dia berhak merampasnya bila-bila masa sahaja. Bila-bila masa sahaja. Athirah tahu..

Jika dulu, ketika bersekolah rendah, dia hairan kenapa semua teman sekelasnya mempunyai ibu dan bapa, namun dia tiada. Yang ada cuma ummi. Pernah juga rakan-rakannya mengejek mengatakan dia anak yatim, tiada bapa. Athirah tidak mengerti apa-apa namun bila makin hebat mereka mengejek Athirah akhirnya menangis sambil pulang ke rumah lalu mendapatkan umminya. Dalam pelukan ummi Athirah menyambung esakan. “Ummi..kenapa Athirah tiada ayah seperti kawan-kawan yang lain?”..itulah soalan Athirah berulang-ulang kali. Namun ummi selalunya akan diam lalu memeluknya. Ummi akan tersenyum lalu mengusap-usap kepalanya.

Pernah juga ummi menangis melihat Athirah menangis namun Athirah tidak mengerti apa-apa. Ummi selalu berkata “Tuhan lebih menyayangi babah Athirah..” Namun Athirah tetap tidak berpuas hati lalu menyoal..”Kalau Tuhan sayangkan babah..kenapa Dia curik babah Athirah?”..demikian soal Athirah yang sememangnya tidak mengerti apa-apa. Dia memang tidak mengerti.

“Athirah..buat apa tu sayang?” suara ummi yang datang dari belakang mengejutkan lamunan Athirah. Dengan segera dia memalingkan wajahnya menatap wajah Ummi. Athirah mengukir senyum, Ummi juga membalasnya.“Ummi, terima kasih untuk segalanya..” tidak semena-mena Athirah mengucapkan kata-kata itu lalu memeluk Balqis. Balqis terpinga-pinga, kaget namun masih membalas pelukan puteri kesayangannya itu. “Hurmm..thanx for what my dear? Ada buat salah ngan Ummi ke nie?..” Balqis cuma memerangkap buah hati kesayangannya itu.

“Mana ada buat salah, tak baik tau Ummi cakap anak ummi yang baik nie camtu..” Athirah membalas dan meleraikan pelukannya. Mukannya sengaja di masamkan, buat-buat merajuk.

“Alahai..merajuk la pulak dia…Ummi tahu anak Ummi ni memang baik, hish..usik sikit pun nak merajuk..” balas Balqis pula lalu memicit hidung Athirah..Athirah mengaduh..Hidungnya kemerahan menahan sakit lalu Balqis ketawa melihat gelagat puterinya itu. Lalu mereka sama-sama ketawa dan meneruskan kebiasaan mereka dengan bersembang berkongsi cerita. Sememangnya antara mereka tiada rahsia dan Athirah benar-benar bersyukur di anugerahkan Ummi yang sangat mengasihinya. “Syukur padaMu Tuhan.” bisik Athirah di dalam hatinya.

“Tuhan kurniakan dugaan hanya kepada hambaNya yang benar-benar mampu menanggungnya. Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Dia tahu kita mampu melalui dugaan hidup ini maka dia menjemput babah kembali ke sisiNya sewaktu Athirah berusia 5 bulan. Athirah masih bayi. Dan Ummi bersyukur kerana Athirah hadir dalam hidup Ummi. Athirah menjadi penguat semangat Ummi. Athirah lambang cinta Ummi dan Babah. Demi Athirah Ummi berjuang meneruskan kehidupan ini. Terima kasih sayang..Moga rahmat Tuhan sentiasa bersama kita, semoga Athirah menjadi anak yang solehah, supaya Ummi kelak tidak rasa bersalah bila berhadapan dengan Babah di sana kelak. Athirah buah hati Ummi dan Babah..Ummi sayang Athirah..Jadilah hamba Allah yang solehah. Ummi tidak mampu limpahkan wang dan harta untuk Athirah, tapi Ummi bekalkan Athirah dengan ilmu dan didikan agama..Athirah harus ingat, untuk bahagia di dunia dan akhirat, kita perlukan Ilmu..”
Itulah kata-kata Ummi yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga Athirah.

Pesan Ummi lagi..“Hidup umpama roda, sekejap kita di atas dan kemudian di bawah pula. walaupun kelak kita jatuh ke bawah, jangan mudah berputus asa kerana roda sentiasa berputar dan kita tidak selamanya akan berada di bawah. Jatuh, menangislah jika mahu tapi jangan terus meratapi nasib, bangkitlah dari kegagalan lalu berusahalah lebih gigih, insyaALLAH kejayaan akan jadi milikmu sayang..”

Kata Ummi lagi..“Untuk bahagia kita tidak perlukan segala apa yang kita inginkan..kadang-kadang, apa yang sudah kita miliki itu sebenarnya sudah memadai untuk membuat kita bahagia. Belajarlah bersyukur ya sayang..”

Dan kata Ummi lagi..”hidup di dunia ini cuma sementara. Ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Menangis dan meratapi pemergian orang yang sudah tiada umpama suatu tindakan yang sia-sia. Sapulah airmatamu dan halaulah segala kedukaan. Kematian memisahkan kita namun tiada di mata tidak bermakna tiada di hati. Bila seseorang anak adam itu mati, terputus segalanya kecuali beberapa perkara, antaranya adalah doa anak-anak yang soleh..Ummi harap, Athirah sentiasa ingat Babah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Babah..”

Dan sebenarnya terlalu banyak kata-kata Ummi yang sentiasa tersemat rapi di ingatan Athirah. Seteguh kasihnya kepada Ummi, sekuat itu juga ingatannya tidak lupakan segala pesan Ummi. Segala jerit perih Ummi membesarkannya sejak dia sebesar tapak tangan hingga kini besar panjang tidak akan dia sia-siakan. Akan dia balas segala jasa Ummi, dengan izin Tuhan, itu janjinya.”Ummi..Athirah sayang Ummi..dunia dan akhirat..” desir hati Athirah penuh ketulusan dan keikhlasan..“Demi Tuhan!”



“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa kedua ibu bapaku..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil..amin..”

Sunday, November 9, 2008

beramal bak debu~

bismillah~

Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak mengetahuinya. Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )