bismillah..
"assalamualaikum, mak cik.." hulur tanganku di sambut mesra.
padanlah sedari tadi ibu ini melihatku dari jauh. mungkin sudah mengagak akan ada lagi yang menziarahi puterinya.
wajah ibu tua itu merekah senyum kelat dalam hidung yang merah. si ibu yang kuat. setabah puterinya di pembaringan.
"akak dari mana..? maaf, saya tak dapat bangun", ujarnya lemah.
"akak baru je habis kelas. maaf, lambat datang". ini pun hanya aku yang di beri pelepasan awal ke wad oleh pengawal selepas puas di pujuk. dua lagi sahabiah terpaksa tunggu di bawah. kebetulan kedatanganku kurang dua puluh minit sebelum waktu melawat. di jadualkan pula si adik ini akan menjalani pembedahan pada jam lima petang.
"eh, takpe kak. tak datang pun takpa.. maaf menyusahkan akak.. terima kasih sangat sudi datang..", sambungnya lagi.
"tak. tak susah langsung.. jangan risau ya....", tangan kanannya ku usap perlahan. sebelah kiri pula tertempel branula untuk IV drip.
serba sedikit di kisahkan perihal sakitnya. baru malam tadi dia mengalami sakit perut yang kronik. ingatkan siasa-biasa saja. rupanya ada ujian yang Allah hantar.
ultrasound scan pada jam 6 pagi menunjukkan ada cyst sebesar 5 cm di ovari bahagian kiri. scan seterusnya oleh pakar sakit puan menunjukkan ada lagi ketulan di bahagian rahim.
hebat ujian Allah pada dia, pasti sehebat iman empunya diri.
doktor menasihatkan untuk dijalankan pembedahan serta merta kerana bimbang ketulan itu akan pecah. kesannya? ovari sekaligus dengan rahimnya terpaksa di buang.
aku gumam.
"bila scan lagi sekali, ada di uterus pulak tu yang dia menangis. mula-mula dia ok lagi siap tak bagi mak cik datang. dia kata dia ok", cerita ibunya.
aku faham, adikku..
untuk berbicara lebih, aku tidak mampu. siapalah aku, seorang insan biasa-biasa yang tak pernah di hempap ujian sebegini rupa.
"saya dah pakai baju operation. semangat,tak? hehe", dia menempel wajah suka.
kuat sungguh adikku ini. walau belum sebulan dia menjadi juniorku, sifat lembut dan ramahnya membuat aku senang.
"tengah tunggu OT kosong je. takut la kak.. doakan ya..", sambungnya lagi.
"pasti, InshaAllah. akak sentiasa doakan.. adik kuat, sebab tu Allah uji adik. Allah tak uji akak atau kak zati.. kan? orang yang mampu je Allah bagi. Allah tak pernah menzalimi hambaNya", ku hembus tasyji' tulus dari hati. moga tembusnya ke hati juga.
menitis juga takungan di jubir matanya. cepat-cepat di seka dan kembali melorek senyum segaris.
bergelora juga jiwa ini. namun aku harus kuat!
"adik, doktor panggil", jururawat tiba.
operation theater sudah kosong. adikku kini siap di bawa ke tingkat bawah. pelukkan kejap dan kucupan semangat di singgah ke pipi. berubah wajahnya. sekali lagi air matanya tumpah. hampir saja aku tewas sama.
aku wajib kuat! Allah ada bersamanya...
"saya pun rasa nak mengalir dah tadi. tu yang lari kebelakang.." ujar sahabiahku seorang.
siapalah yang tidak sayu melihat sahabat di uji begini.
-
-
-
-
-
-
kini adikku selesai di bedah. enam minggu doktor beri pelepasan pengajian. maksudnya, masuk saja pengajian semula adalah minggu peperiksaan.
moga Allah mengembalikan nikmat kesihatan kepadanya dan memudahkan urusannya di kemudian hari.
doakan ya sahabat-sahat pembaca sekalian. jazakumullahu khairan jaza', moga doa itu di aminkan para malaikat dan kembali kepada kalian jua..
wassalam.