"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, May 31, 2012

StuDent Diary: "I will kick him out of my clinic in no time!"

Bismillah..

I promise myself to write more on dentistry.

Kenapa?

Sebab takut-takut saya tak mampu jawab andai satu saat nanti Allah tanya apa yang saya buat untuk Islam selama dalam bidang ini? Apa usaha saya mendekatkan ummah kepada Allah dan Rasulullah dengan ilmu pergigian?

Ilmu ini ilmu Allah. Maka kembalikan lah ilmu ini dalam genggaman orang Islam.

Golongan profesional sangat ramai, bersepah di luar sana. Namun golongan Profesional Muslim yang kita impi. Belajar ilmu sains dan dengan ilmu itulah kita lebih mengenal Allah.

***********

Professor saya dari Iraq berkongsi;

seorang pelanggan datang ke klinik bekas pelajarnya untuk buat pendakap gigi (braces)walhal keadaan giginya tidak memerlukan pemakaian braces.

"I will never do it for him", kata prof.

"but he insist me to.. it is the trend nowadays", jawab muridnya.

Kos pemakaian braces bukannya murah. Kira siapa yang dapat pakai tu, memang berduit orangnya.

"I will kick him out of my clinic in no time! This is against the syariah", tambah prof.

"If I am not doing it, then someone else will do it for him. Why should I refuse the money?", soal muridnya.

"If you are still doing it, then your money will have no barakah"

********

Kagum.

Prof sangat tegas dengan prinsip seorang Muslim. Sebelum penilaian gigi palsu, lafaz isti'azah akan meniti di bibirnya. Pernah prof 'menghalau' kami daripada mengerumuninya semasa penilaian.

"I fear Allah! I don't want any of you distract me while I’m giving marks", ujar beliau sambil menuturkan ayat Allah daripada surah al-Haqqah yang bermaksud;

"(lalu di perintahkan malaikat penjaga neraka) Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim, selain dari itu masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta (dengan membelitkannya ke badannya)! Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar" (69:30-33)

Allahu Allah :'( Ighfirlana Ya Allah!

dalam bidang ini.. hawa’ yang jahat dan iman sering berperang.

Nak duit? Memang boleh buat duit. Di tambah dengan jutaan manusia yang rupalistik. Macam-macam.

semoga Allah memelihara kita daripada tersasar dari jalanNya..



Akan datang.. kalau patient saya demand yang bukan-bukan..

“I will sweep you off my dental chair in no time!”

:)

Melawak,ja (tapi serius).. Fear Allah, people!