"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Wednesday, April 30, 2008

so sweet.. so beautiful~


LELAKI


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh. Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, Dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum Berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh. (kalau tidak didik dengan sempurna)


Beratkan? Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya. Isteri berbuat baik, Pahala dapat kepadanya, kalau isteri buat benda tak baik Mcm tak menutup aurat dgn sempurna, Dosanya di tanggungoleh suami. Beratkan??


Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami. HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri, Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.


Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI. Suami kena tanggung. Kalau nk di bayangkan beratnya, Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut. Sebab tu mengikut kajian, nyawa org perempuan lebih Panjang dari laki. laki mati cepat sebab dah tak larat Nak tanggung dosa yg beratnya. (pendapat peribadi penulis.. ;p)


Wanita..
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya.. cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.
PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??


Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn? itulah bandingannya dgn seorg wanita


Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya. Bukankan ibu adalah seorg wanita?


Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki, Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya, manakala laki perlu menggunakan harta pusaka itu untk menyara anak-anak dan isteri.

Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak, tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan, malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya di ampunkan. Oleh ALLAH SWT..


Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shaja..
-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya


Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki, tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni.. tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang bwrwibawa, tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman.. tapi, ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..


Wahai lelaki... Kamu juga sebenarnya adalah istimewa di sisi ALLAH, Maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin bagi wanita tidak kira di dalam masyarakat mahupun keluarga.. Dengan keistimewaan itu JAGALAH dan HARGAILAH wanita dengan sebaik-baiknya suapaya nanti masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap ALLAH SWT bersama-sama dalam keadaan istimewa di sisiNYA..


kejarlah matlamat hidup itu bersama.. utamakan akhirat insyaALLAHkalian tidak akan terleka dengan tipuaan dunia yang fana..

*taken from unknown source*

3 comments:

Izat Tarmizi said...

Salam

gambar keluarga siapakah itu,hehe

wardatul asrar said...

wsalam..

undefined~

'Umayr SRA said...

Tiada sesiapa menanggung dosa sesiapa yang lain. Setiap orang itu akan memikul beban dosanya sendiri.

Ini tersebut dalam quran, "walaa taziru waziratun wizra ukhra"

Namun ini tidak bermakna seorang bapa yang sengaja tidak mendidik anak-anaknya dengan islam itu tidak bertanggungjawab atas kecuaian itu. Dia bahkan dicatatkan dosa sesuai dengan kecuaiannya.

Manakala sesiapa sahaja yang menggalakkan kejahatan mendapat balasan kejahatan itu sama seakan-akan dia melakukannya. Begitu juga sebaliknya, penggalak kebaikan akan menerima ganjaran melakukan kebaikan sama banyak dan sama besar dengan pelakunya tanpa dikurangi sedikitpun.

Wallahu a'lam.