"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, August 31, 2008

mati itu pasti~

bismillah..

'1 new message'

'view'

'salam,smlm kta dh khilngn seorg shbt, _ _ _ _ _ _ _ stdnt 1st year engine ..
arwah trjatuh dr tgkt 3 bgunan annex..
sdkhkn ALFATIHAH kpd arwah'

'Aug. 31 2008 07:37 pm'


innalillah.. itu saja yg terluah saat menerima perkhabaran.. tp, betul ke? annex? macam mana? kenapa? mcm2 persoalan yg timbul di minda yang jawapannya telah Rabbul a'lamin berikan, 'kun fayakun'.. bila Dia kata jadi, maka jadilah ia.. subhanallah..

kte amik henset abah, call ain, roomate kte. 'panjang ceritanya..' 'ramai brothers berkerumun dkt laluan tu.. sisters berapa org ja' penjelasan yang hampir 10 minit. sohih. rasa mcm baru sangat dengar girang tawa shake bercerita tentang arwah masa kali pertama mereka bersua..

smalam waktu lunch di Mid selepas reunion maktab, kami bincang pasal ni..

dahlia: 'ingat kak iris? senior puteri wilayah?'
kte : 'emm.. name biase denga. kakak dorm kte ke?'
dahlia: 'kakak kak ayu, tak silap.. tak pastilah'
kte : 'kenape dengan kak iris?'
dahlia: 'dpt berita, die dah meninggal'
kte : '...' 'innalillah..'


sungguh mati itu tak kenal siapa..

kte : 'ingat rai..?'
dahlia: 'rai mana..?'
muhsonat: 'die stdnt akademik, bkn aliran'
kte : 'rai yg slalu dtg kelas ckp psl badminton, rai kak ejat'
dahlia: 'ingat kot..'
kte : 'kte dpt berita dr junior, die pun dah meninggal bulan mei hari tu. kemalangan.'
dahlia: 'bln mei tahun ni? baru lg...'



sungguh mati itu tak kenal waktu..

dahlia: 'kwn adik kte mninggal waktu cuti hari tu..'
kte : 'sekolah mana?'
dahlia: 'adik kte, kt puteri wilayah..'
kte : 'ouh...' '...'
dahlia : 'balik2 sekolah tgk2 dah takda'
kte : 'sebab..?'
dahlia : 'kene gelek lori'


sungguh mati itu tak kenal usia..

kte : 'ramai dah yg baya2 kte meninggal sekarang..'
dahlia : 'a'ah.. takut..'
kte : 'bace paper pasal kapal terbang terhempas kt langkawi?'
dahlia :'yg mane, ye? kenape?'
kte : 'juruterbang pelatih tu, baru 20 tahun. ank mara kte jgk. stdnt mrsm taiping'


sungguh mati itu tak kira di mana..

'bila pula tibanya giliran aku?' 'bagaimana keadaan kembali ku nanti?' 'adakah dalam peluk kasih Mu atau... nauzubillahi min dzalik'.. 'mati itu terlalulah sakit.. di dalam kubur amatlah sempit..'

bait lirik nyanyian hijjaz bermain di bibir.. ya Allah...

'Allahummakhtim lana bi husnil khotimah. wa laa takhtim 'alaina ya Allah bi su'il khotimah..'

peringatan dari Allah buat diri yg sering lalai dan leka.. usia muda tak menjanjikan kehidupan dunia yang lama.. sesungguhnya mati itu pasti.. bila, di mana atau bagaimana bukanlah urusan kita sebagai makhluk.. carilah bekalan taqwa kerana hanya itu yang dapat mnyelamatkan kita di sana.. wallahualam..

Wednesday, August 6, 2008

tangisan seorang lelaki di bumi debu mesir~

bismillah..




nukilan yg sangat memberi kesan pada jiwa ini. moga dapat sama2 kta manfaatkan,InsyaAllah..


Tangisan Seorang Lelaki di Bumi Debu Mesir
www.iLuvislam.com
oleh: akulahkaulah


``Hampir ku tangisinya ya Allah. Tidak! Sekali-kali tidak, aku tidak akan benarkan tangisan ini ditumpahkan lagi. Cukuplah ia pernah berderai dahulu,tidak lagi sekarang ,mata ini juga perlukan kerehatan. Benar, sukar sekali mata seorang lelaki untuk menangisi sesuatu ya Rahman. Apatah untuk meratapi sesuatu dihadapan manusia .Kerana diri ini tetap seorang lelaki ,yang punyai egonya sendiri.’’

``Namun wahai Tuhanku,aku tidak mampu mengalah dari pinta hati ini ya Allah. Hanya engkau dan aku yang mengetahui kesakitan ,jerit tawa,senyumnya,dukanya dan pilunya Ya Allah. Oleh kerana engkau sahaja yang membelai hati ini wahai Pemilik hati, izinkan aku adukan padamu kesakitan hati ini.’’

Tuhan,aku kehilangan…
Diari hambamu..--/--/---,----------



Saat kau disisi,aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya. Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Aku merasai kenikmatanya. Dunia ini tiada apa bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu,selagi kau disisi,semua itu tidak bererti bagiku..Tapi,itu dulu..

Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung,lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang.




‘Hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa sengsara menanggung derita?
‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka,tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’
Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..

Untukmu,
Tahukah engkau, aku merindukan sesuatu.Aku terasa kekosongan dalam diriku.Setiap langkahku menuju ke university longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku entah melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh pancainderaku. Namun ku tidak mampu. Aku rindu..Aku rindukan dirimu..Rindukan belaian mu..
Memang benar,aku akui ini semua salahku,semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak pernah memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu. Aku tahu sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu.Untuk dirimu yang berharga,ku korbankan segala galanya. Harta,tenaga dan jiwa,semua adalah untukmu..kerana aku sgt sayangkanmu..

Aku juga teringat akan peristiwa-peristiwa kita dahulu..

Merisik
Waktu itu kusingkapi tirai hidupmu,aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya,tempat tinggalmu,keluargamu,teman-temanmu..Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku yang pernah mengenalimu.Mereka juga ingin mengenalimu dirimu. Peliknya,aku gembira kerana mereka juga seperti aku. Benarlah,dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar lautan. Perlu diselam ,perlu tenggelam. Siapa yang lebih mendambakanmu,pasti berusaha kearah itu. Aku ingin menjadi salah seorang darinya.

Meminang
Setelah itu, aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah,pinanganku diterima olehmu. Aku mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku. Teman yang akan memegang hati kecilku tika ku jatuh,teman yang akan mengingatkan ku pada bila saat aku perlukanmu.

itu semua dulu..
Tapi bila berlalunya waktu, dalam tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti dulu di waktu kau menerima pinanganku. Hajatku untuk menjadikan kau teman hidupku pudar begitu sahaja. Segala persiapan dan perancangan hanya tinggal sebuah dongengan. Malah,hinanya diri ini, aku tidak mendengar setiap teguranmu, bahkan kadang-kadang aku memarahi dirimu yang suci itu. Sehingga aku merasakan kau tidak lagi perlu disisiku. Kau hanyalah burung yang singgah dikamar hatiku tika musimnya. Bila tiba waktunya, aku perlukanmu,tapi bila musimnya berlalu,engkau ku halau dari menganggu di diari hidupku. Entah berapa kali agaknya jiwamu dirobek-robek oleh kelakuan sang binatang sepertiku. Seringkali juga aku rasai yang kau ingin lagi menyentuh hati ini,kau ingin menyintai hati ini. Tapi,seringkali juga aku menjadi api,menjauhi dan terus menjauhi..

Kini,kau pergi..
‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,
Aku perlukanmu ,aku rindukanmu.
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya?’

p/s: bukan NURUL IMAN ye!..

di antara dua tangisan~

Di antara dua tangisan..
www.iluvislam.com
oleh: wardah_tiey



Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.


AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.


“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.” 

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu" Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.”
Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”

Tuesday, August 5, 2008

rimbun keampunan~





Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan
Mu Oh Tuhan

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Kepayahan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Sunday, August 3, 2008

aku terlalu ingin kembali~


setiakah laungan fisabilillah mu..??!
atau kau sekadar ikutkan teman..?
jujurkah sahutan perjuangan mu..??!
atau kau mahukan 'tittle' sorg pejuang..?
ikhlaskah pengorbanan jiwa mu..??!
atau kau mengharapkan sanjungan..?
di jalan Rabb mu kah kamu..??!


bisikan akal yg dijawab iman..
merentap segenap inci tubuh..
siapakah aku sebenarnya..??
hamba kah aku..?
sedang fitrah hamba itu taat..
tapi aku..?

'tidakkah kau MUNAFIK di jalan Rabb mu..??'
'laranganNya kau lakukan,betul..??'
'suruhanNya kau pilih-pilih,betul..??'
'sunnah kekasihnya kau abaikn,betul..??'
'dan kini kau megah menggelar dirimu hamba..??'
'dan kini kau megah menggelar diri mu daie..??
'layakkah engkau..??!' 'layakkah engkau..??!'


diri mula rebah menyembah..
tiada lagi berdaya melangkah..
layak si tua di baluti usia muda..
ketar bibir mengucapkan dakwah..
lemah lutut ber'tittle'kn munafik..

aku di medan itu,namun aku kaku..
aku di medan itu,namun aku kelu..
seakan pasrah ditujah segala..
seakan hilang laungan lalu..
pasti mereka kecewa dengan ku..
pasti Dia lebih benci melihat diriku..

pandangan ku kabur..
sekabur jalanMu yg ku abaikn..
perit jiwa ku tahan..
bertemankan titisan pilu..
ku renung ia dari kejauhan..


Ya Allah,Kau yang Maha Tahu..
perasaan ini terlalu mencengkam..
sedang aku makin layu..
Kau Yang Maha Tahu..
aku terlalu ingin kembali..
aku terlalu ingin kembali..
membawa diri hina ini jauh pergi..

biarlah ku sucikan dahulu karat jiwaku..
izinkan ku gilap kembali semangat juang ku..
sebelum ku layak melangkah di medan itu..
medan yang terlalu mulia buat insan semacam aku..
Kau mudahkahlah Ya Allah..
andai ada hayat ku..
Ku pohon padaMu Ya Allah..


allahumma anta robbi zolamtu nafsi..
waillam taghfirli wa tarhamni..
la akunanna minal khosirin..
allahumma anta robbi..
a'inni a'ala zikrika wa syukrika..
wa husni min i'badatik..
allahumma anta robbi..
taqabbal minni du'ai..
innaka antassanmi'ul a'lim..
watub aliyya ya Allah..
innaka anta tawwaburrahim..

~wardatul asrar~


Saturday, August 2, 2008

nasihat ibnu Qayyim~


Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim




Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.