"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, September 25, 2009

penjaja cerita-pembunuh jiwa

bismillah..

Tersebutlah kisah di sebuah perkampungan, tinggal dua orang sahabat yang sangat akrab dan *saya beri nama* marina dan murni. Dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar alam di kongsikan. Hebat ukhwah mereka.

Panas yang di sangka sampai ke petang hanya sekadar mimpi pabila mendung berarak lalu hujan lebat di tengah hari. Ukhwah mereka di uji. Segalanya berantakan. Semua kisah busuk-wangi sahabatnya di jaja. aduh~ pedih.

Hidayah Allah hadir tanpa di duga. Ikatan kasih ukhwah yang terbina sekian lama tak mahu di kuburkan begitu saja. Datanglah murni *si penjaja cerita* memohon ampun dari sahabat sehati-sejiwa, marina.

murni: "aku janji takkan buka aib kau pada siapa-siapa lagi. aku takkan tabur fitnah pasal kau lagi. aku mahukan kita bersahabat macam dulu"

Mulianya jiwa si marina untuk memaafkan tapi dengan tiga syarat:

1) sila ke hutan di hujung kampung dan tangkap seekor ayam kampung dan ke mari semula.
2) sila kembali ke tempat kamu menangkap ayam tersebut dan carikkan bulunya sepanjang jalan kamu ke mari.
3) sila kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu carikkan tadi dan bawa ke mari.

murni akur dengan kehendak sahabatnya. syarat pertama dan kedua di lakukan dengan jayanya. namun syarat ketiga tak dapat di lunaskan dengan sempurna. hanya beberapa helai bulu ayam yang berada dalam genggaman. kembalilah murni menghadap marina sambil berkata:

murni: "maafkan aku marina. syarat yang ketiga tak dapat aku sempurnakan"

marina: "kenapa?", bertanyakan soalan yang dia sendiri pasti akan jawapannya.

murni: "pasti kau tahu. bulu-bulu ayam tu ringan. pada masa aku mencarikkannya saja, sudah banyak yang terbang entah ke mana. mustahil untuk aku kumpulkan ke semuanya."

marina : *senyum* "sahabatku, andaikan bulu-bulu ayam itu adalah fitnah yang tertabur. ringan. mudah saja ia terbang dari satu mulut ke mulut yang lain. buktinya, lihatlah helaian bulu ayam yang terdapat dalam genggam mu. mungkin ini saja fitnah yang tak tersebar dek insan yang menjaga kata-kata. selebihnya? akan terus terbang dan terbang. percaya?"

murni tersenyum kelat. mati akal untuk berkata-kata.

marina: "sahabatku, untuk menutup mulut manusia bukanlah umpama menutup mulut tempayan. meskipun zahir mulut tempayan jauh lebih besar dari manusia, bisa mulut mungil itu lebih merbahaya. betapa hanya sepatah kata, mampu membunuh jiwa. walau kadang tanpa sedar, ada hati yang terguris luka.."

marina: "yang sudah, biarlah berlalu. hidup adalah satu kembara. ambillah pelajaran dari kehidupan agar kita punya bekal di hari kemudian"

p/s: kisah ini mungkin punya kaitan dgn yg hidup *umpama bergunanya talkin hanya untuk yg hidup*. watak segala adalah rekaan semata. ampun maaf buat semua yg pernah terasa hati dgn saya.

******************************
*tiada kaitan dgn kisah di atas*



*putera uncountable dan 3/4 puteri grup 4 bersama respected miss nurul hidayati. nabilah is missing*



*ini adalah 3/4 orang puteri lindungan bulan grup 4. nabilah kembali*

ma'at taufiq wan najah
group 4 sem II 2009

Sunday, September 20, 2009

satu penghargaan

bismillah..

berlabuh tirai di senja ini,
kembalilah fitrah di aidil fitri,
izinkan ku susun sepuluh jari,
mengharap kemaafan ikhlas dari hati.

Salam aidil fitri, maaf zahir batin buat semua yang sudi membaca ~::wardatul asrar::~. Segala kesilapan, kesalahan, salah informasi, atau entri2 yang tak ilmiah langsung yang terdapat sepanjang saya menulis, harap kalian maafkan. Kepada followers mahupun silent readers, terima kasih kerana sudi jd followers dan meluangkan masa di blog yg tak seberapa ini. Moga ada secebis manfaat yg boleh di dapati dari penulisan yg banyak kekurangan.

Kepada sahabat/sahabiah, akhi/ukhti, ikhwah/akhawat, ust/ustazah, bro/sis, muslimin/muslimat, yang hantar mesej salam lebaran, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Terima kasih atas doa dan ingatan. Moga ukhwah berkekalan, InsyaAllah. Sungguh, lebaran kali, tak menang kredit nak balas mesej semua. Agak terkejut juga bila dapat mesej dari sahabat yang jauh di mata, lama tak dengar berita. Tak kurang juga dari sahabat yang baru2 kenal. Terharu~ Ikutkan hati, memang nak sangat2 balas. Mungkin belum sekarang, nanti akan saya cuba balas.

dedikasi istimewa:

keluarga tersayang
ummi rosseni sekeluarga
guru2 (ummu pasti al huda, sk sultan hisamuddin, smk puteri wilayah, mrsm langkawi, mrsm jasin)
lecturer2 (cfs iium,pj)
princess2 sekalian (alia, dahlia, yana, hannah, onat, amal+ilmu-anz)
mjsc's sekalian (412,TL 05@maresmawi, al battani III,G 224@TGB)
badar tgb (esp 'dzarulhaq', thira, nadz, fana, and all.. you know who you are)
family ceria (aneh,nusaibah,nedd,jihah,nadia,sha,anis,kak epa,kakak dell =), syazwan,remonez,aiman,daniel,mirul and all)
sahabat/sahabiah @ cenfos (tak tersebut ramainya.. you know who you are)

~selamat hari raya eidul fitri~
~maaf zahir & batin~
~jaga diri,iman,amal~

Tuesday, September 15, 2009

pertindihan emosi

bismillah..

(perhatian: entri ini mungkin mengandungi unsur personafikasi, metafora dan hiperbola yang tidak terlampau)

Kala anak2 jiran ring ria menceriakan malam dengan percikan bunga api juga dentuman mercun yang tak nak kalah, kala masjid2 dan surau2 di hujani majlis2 ilmu, kala kaca tv dan corong radio mula memutarkan lagu2 raya, emosi saya sedikit sebanyak tergugat. Antara teriakan batin kitab biology, chemistry mahupun mathematics yang mintak di belek di belai dengan teriakan batin sendiri yang ingin beralih suasana, saya mesti bijak pertahankan yang utama. Saya percaya, bukan saya sorang yang sedang berperang dengan mood sendiri.

Hargai masa sekarang

Compilation questions masih tersusun kemas. Study week hanya berbaki beberapa hari lagi. Sebahagian jiwa saya rindukan suasana Ramadhan yang bebas dari sebarang pertindihan mood. Mood peperiksaan vs mood Ramadhan-eidul fitr. Suka atau tidak, inilah yang harus kita tempuh. Bersyukur dengan masa2 dahulu dan hargai detik2 sekarang kerana kita belum tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Entahkan ada waktu untuk persiapan Ramadhan dan eidul-fitr. Mungkin kita terpaksa bekerja kala sahabat lain seronok menyambut raya di kampung halaman, terutama bagi yang bekerja dalam sektor sains kesihatan. Selamat mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan pertindihan emosi. Salam mujahadah buat kalian =)

upcoming exam:

28/8/2009 : Chemistry II
30/8/2009 : Biology Lab II
1/9/2009 : Biology III
4/9/2009 : Mathematics II

p/s: mohon doa semua, jazakallahu khairan jaza'.. ~selamat meneruskan buruan lailatu qadr~

Friday, September 11, 2009

apology

I’d never thought that
Such word would gives such impact
I hate labelling
But I do it somehow

“I’m sorry”

I want to say it deadly
But I have no guts
I mean it, really
But I don’t know how worth it is

To be condescend
No, I’m not
It is just that..
Nevermind
I don’t think you would understand
*Excuses*
Say it or not to say?

have you read this..?

Thursday, September 10, 2009

merundum

sedetik.. dua detik.. tiga detik..

Ramadhan berlalu..

berdebar + resah + gelisah = banyak dosa

"ighfir zububy, Ya Allah.."

kemudian aku ulang lagi

"ighfir zunuby Ya Allah.."

dan aku ulang lagi..

*sigh*

*sigh*

*sigh*



lagha ku terlampau

dosa ku menggunung

ighfir zunuby Ya Allah..


sepatutnya ku hintung kesyukuran

tp seringkali ku hintung kesukaran

ighfir zunuby Ya Allah..


segalanya merundum

kalaulah ada graf iman umpama bacaan EKG

mungkingkah mendatar bacaannya

sesekali naik sikit

dan turun mendatar semula

hati mati.....

ighfir zunuby Ya Allah..


Allahumma balighna Ramadhan

aku ingin Ramadhan


tp sejauh mana ku hargai RamadhanMu?

tetap aku inginkan Ramadhan

izinkan aku bertamu di RamadhanMu akn dtg

izinkan aku bertamu di lail al-Qadr Mu ='(


(layakkah...??)

*sobbing*


*Ya Allah, kurniakan aku hati yg baru...*