"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, September 25, 2009

penjaja cerita-pembunuh jiwa

bismillah..

Tersebutlah kisah di sebuah perkampungan, tinggal dua orang sahabat yang sangat akrab dan *saya beri nama* marina dan murni. Dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar alam di kongsikan. Hebat ukhwah mereka.

Panas yang di sangka sampai ke petang hanya sekadar mimpi pabila mendung berarak lalu hujan lebat di tengah hari. Ukhwah mereka di uji. Segalanya berantakan. Semua kisah busuk-wangi sahabatnya di jaja. aduh~ pedih.

Hidayah Allah hadir tanpa di duga. Ikatan kasih ukhwah yang terbina sekian lama tak mahu di kuburkan begitu saja. Datanglah murni *si penjaja cerita* memohon ampun dari sahabat sehati-sejiwa, marina.

murni: "aku janji takkan buka aib kau pada siapa-siapa lagi. aku takkan tabur fitnah pasal kau lagi. aku mahukan kita bersahabat macam dulu"

Mulianya jiwa si marina untuk memaafkan tapi dengan tiga syarat:

1) sila ke hutan di hujung kampung dan tangkap seekor ayam kampung dan ke mari semula.
2) sila kembali ke tempat kamu menangkap ayam tersebut dan carikkan bulunya sepanjang jalan kamu ke mari.
3) sila kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu carikkan tadi dan bawa ke mari.

murni akur dengan kehendak sahabatnya. syarat pertama dan kedua di lakukan dengan jayanya. namun syarat ketiga tak dapat di lunaskan dengan sempurna. hanya beberapa helai bulu ayam yang berada dalam genggaman. kembalilah murni menghadap marina sambil berkata:

murni: "maafkan aku marina. syarat yang ketiga tak dapat aku sempurnakan"

marina: "kenapa?", bertanyakan soalan yang dia sendiri pasti akan jawapannya.

murni: "pasti kau tahu. bulu-bulu ayam tu ringan. pada masa aku mencarikkannya saja, sudah banyak yang terbang entah ke mana. mustahil untuk aku kumpulkan ke semuanya."

marina : *senyum* "sahabatku, andaikan bulu-bulu ayam itu adalah fitnah yang tertabur. ringan. mudah saja ia terbang dari satu mulut ke mulut yang lain. buktinya, lihatlah helaian bulu ayam yang terdapat dalam genggam mu. mungkin ini saja fitnah yang tak tersebar dek insan yang menjaga kata-kata. selebihnya? akan terus terbang dan terbang. percaya?"

murni tersenyum kelat. mati akal untuk berkata-kata.

marina: "sahabatku, untuk menutup mulut manusia bukanlah umpama menutup mulut tempayan. meskipun zahir mulut tempayan jauh lebih besar dari manusia, bisa mulut mungil itu lebih merbahaya. betapa hanya sepatah kata, mampu membunuh jiwa. walau kadang tanpa sedar, ada hati yang terguris luka.."

marina: "yang sudah, biarlah berlalu. hidup adalah satu kembara. ambillah pelajaran dari kehidupan agar kita punya bekal di hari kemudian"

p/s: kisah ini mungkin punya kaitan dgn yg hidup *umpama bergunanya talkin hanya untuk yg hidup*. watak segala adalah rekaan semata. ampun maaf buat semua yg pernah terasa hati dgn saya.

******************************
*tiada kaitan dgn kisah di atas*



*putera uncountable dan 3/4 puteri grup 4 bersama respected miss nurul hidayati. nabilah is missing*



*ini adalah 3/4 orang puteri lindungan bulan grup 4. nabilah kembali*

ma'at taufiq wan najah
group 4 sem II 2009

3 comments:

sham moduLLus said...

puteri lindungan bulan????
tak boleh nak lindung ngan bulan
sume saiz besar2

Anonymous said...

slm...slmt brjya dlm last paper


[7]

najibah kazmin said...

to farisham:

xbaik..

to [7]:

wslm.
thanks, InsyaAllah re-sit 2nd nov nnti.
doakn.