daripada ummi, ibu sidi (sayyidi) @ moyang saya berkata:-
"perempuan kena pandai jaga akhlak (mulia) dan lidah"(semoga Allah memberi ganjaran pahala dan syurga ke atasnya oleh hikmah nasihat yang di ajar.)
'akhlak' ya, bukan 'moral'. moral itu bersandarkan semata kepada penerimaan anggota masyarakat namun akhlak itu berpaksikan al-Quran dan sunnah.
kata moral sesetengah masyarakat: "kami memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia. maka kami tidak peduli untuk mereka memakai apa jenis pakaian sekalipun. itu hak individu."
kata akhlak dalam agama: "masuklah dalam agama itu secara seluruhnya. Islam mewajibkan ummatnya menutup aurat secara sempurna kecuali dalam keadaan dharurat. Islam mementingkan pedulisma bersyarat"
nampak beza?
akhlak itu adalah buah kepada aqidah dan ibadah. kalau akhlak kita jelita, maka aqidah dan ibadah kita juga haruslah sempurna. kalau akhlak kita jelita, Allah dan Nabi (Allahumma sholli 'ala sayyidina wa habibina wa syafi'ina wa maulana Muhammad) pasti sayang. Manusia pun InsyaAllah akan sayang.
abah berkata:-
"kalau kasar-kasar, lelaki pun lari"ini bahasa abah. baca: "perempuan yang kasar, kurang di sayangi umum".
'perempuan sahaja? ini tidak adil!'
lelaki juga sebetulnya. bukankan junjungan kita seorang yang lembut lagi hikmah? cuma fokus abah kepada anak perempuannya.
berbalik kepada isu.
'kasar' di situ adalah 'kasar' yang tidak perlu. bila berurusan sesama manusia, seeloknya keluarkanlah kata-kata yang baik dan sedap di dengar. jangan meninggikan suara, tiada siapa yang suka di marahi.
'takkanlah nak sopan-santun, lembah-lembut sentiasa? kami ada peribadi kami sendiri. kami tak mahu hipokrit'
benar sahabatku. Islam juga tidak menyuruh perempuan untuk selamanya taat dan tunduk. muslimat dalam Islam tidak di lahirkan untuk jumud dan tertutup namun Islam menganjurkan kita untuk bersikap dengan hikmah. biasa kita dengar terma ini?
hikmah itu bukanlah bermaksud berlemah-lembut, sopan-santun, senyum menggula setiap masa. hikmah itu adalah apabila kita memberi reaksi yang paling sesuai dengan keadaan. bilamana perlu marah, kita marah. bilamana perlu tegas, kita tegas. bila perlu pujuk, kita pujuk. itulah hikmah.
'redha' sahaja menerima setiap perkara tanpa fikir itu bukan lemah lembut tetapi lemah lembik. jadilah muslimat haraki yang berfikir dan bijaksana.
andai diam itu lebih baik, mengapa perlu bicara? itu hikmah.
andai kita bersalah, mengaku dan mohon maaf. itu hikmah.
andai anak tidak solat, ibu merotan demi mendidik. itu hikmah.
andai sahabat mendedahkan aurat, kita pujuk dan tegur. itu hikmah.
hikmah itu strategi menyebar dakwah.
jika tiada larangan khusus, khair sahaja untuk kita laku. mahu panjat gunung dan tunggang unta? silakan, tiada salah. sebarkan sayap menaungi kebajikan buat ummat. libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. tiada salahnya asal adab terus di pelihara. timbang pandangan manusia dengan neraca agama.
indahkan Islam? :)
indahkan Islam? :)
dalam diri manusia, ada dua 'kutub magnet' yang berbeza. satu kearah kejahatan dan lagi satu kearah kebajikan. kita ada iman dan akal. kita juga ada nafsu dan emosi. bijaklah untuk tentukan yang mana satu menjadi kemudi.
wallahu'alam.