"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, June 26, 2011

bon appetit: nasi bukhara

bismillah..

sebelum ke dapur, sediakan rencah basmalah bersama sepotong ayat al-Quran yang bermaksud,

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami" (18:10)
NASI BUKHARA

nasi bukhara -google image-

bahan-bahan:

2 pot beras
1/2 ekor ayam
1/2 senduk minyak sapi
1/2 tin susu cair
2cm halia (hiris)
sedikit garam kunyit

bawang goreng
daun pudina


bahan kisar:

5 ulas bawang merah/ 2 labu bawang besar (mayang halus)
5 ulas bawang merah/ 2 labu bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)

1 s/b jintan manis (kisar lumat)
1/2 s/b jintan putih (kisar lumat)
2 s/b ketumbar (kisar lumat)

2 biji buah tomato (mayang bulat)

bahan rempah:

4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3cm kayu manis

cara-cara:

1) ayam di potong kecil. gaulkan dengan garam kunyit dan goreng. ketepikan.

2) dalam rice cooker, panaskan minyak sapi. tumiskan bahan kisar dan bahan rempah sehingga wangi.

3) masukkan ayam goreng tadi dan kacau rata.

4) masukkan susu cair, daun pudina, halia, garam secukup rasa dan air. biarkan mendidih seketika.

5) masukkan beras dan tanak sehingga masak.

6) tabur bawang goreng sebelum di hidang.

[nota]
- rendam beras basmati selama sepuluh minit dan toskan airnya sebelum di tanak.
- boleh di makan sahaja atau bersama lauk sampingan seperti kari ayam tanpa santan dan acar sayur.
"Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang shalih." (Al-Mukminun: 51)


wassalam..

Saturday, June 25, 2011

a ray of sunlight

bismillah..


"what's your name?", tanya ku.

"yi keong", ujarnya dengan wajah ceria.

"hye, yi keong.. could you please help me to read my name?", saya mengujurkan tag nama kepadanya.

"N.. A.. J.. I.. eh, I don't know how to pronounce it. tell me, tell me, what is your name", pintanya. tangan kiriku di tarik sedikit.

"secret... haha", sengaja saya berbisik dekat telinganya.

dia menarik wajah masam.

"haih.. you should tell me your name leh.. I don't know what to call you"

"ok, ok. na..ji..bah"

"na..ji.. eh, what?"

tersengih aku di buatnya. bukan dia seorang, hampir semua peserta bulat mata mahu menyebutnya.

"call me najib or jib instead. can aa..?"

"ok!", yi keong merenung dari atas kaca matanya.

aku membetulkan duduk kaca matanya yang sedikit melurut.


"eh, where is your hair??", dia tiba-tiba bersuara.

pecah tawa kami. pei ying turut tersengih lebar.

"go check,la", shah beri 'jalan'.

yi keong memulakan sesi spot-check.

"I can't see.. sure eh you don't have hair?"

lucu. mahu setiap inci tudungku di beleknya.

"please.. please... I wanna see..", rayuannya makin mengundang tawa.


"where is your ears?? you don't have also??", tanya yi koeng penuh curiga. matanya di buka besar.

sekali lagi, kami pecah tawa. seronok melayan karenah kanak-kanak di sini.

"how can I hear you, then?", ujarku.

"hurmm.. you only got hole but no ears?", yi keong meluahkan teori mindanya.

;)

macam-macam...

"under her hijab. go check!", sekali lagi shah beri jalan.

dengan excitednya, yi koeng kembali menyiasat.

"let me have a look.. only for once.. please.. please... i really wanna look", rayu yi keong.

Ya Allah, sakit perut menahan gelak.

puas hatinya bila dapat menjamah walau hanya di luar hijab. "there, I can touch it!"


"where's your leg??", sekali lagi yi koeng bertanya.

dari atas sampai ke bawah di tiliknya. bahaya sungguh!

laju dia menjamah stokinku.

"oh.. you wear socks eh.."

haha. lucu.

"no, I don't have leg coz you can't see it"

"no, you have! under your socks!"

****

fitrah anak-anak itu penuh dengan sifat ingin tahu :)
a ray of sunlight -google image-



tembusilah ruang yang kelam demi menerangi sekeping hati..

-memoirs of sunbeam's kids-


"i'm going back to malaysia"

"oh, malaysia? when?"

"yup. in 4 days. will you miss me..?"

"no. hee.."

=.="

Thursday, June 23, 2011

cream caramel & macaroon

bismillah...

aku melabuhkan duduk di sofa empuk bewarna kelabu.

selesa.

ma, pa dan Jia Hui, turut mengelilingi meja kaca yang sama.

"encik mahu memesan apa?", tanya seorang pelayan berbahasa Inggeris. segak dalam suit blazer hitamnya dengan rambut terpacak.

aku asyik memerhati hiasan dalaman ruang itu.

indah.

lampu oren berkaca menyimbah frame dinding dengan lukisan abstrak.

"cik..?"

"oh.. emm.. cream caramel, please", hanya menurut pilihan Jia Hui.

ma memesan jasmine green tea sebelum menghulur buku menu kepadaku.

"lihatlah dahulu, kamu mungkin mahu menukar pesanan", kuntum senyum di hadiah.

huluran itu bersambut. helaian demi helaian ku selak.

jiwaku berkocak hebat.

'astaghfirullah al-adzhim.. astaghfirullah al-adzhim..'

hanya pa masih belum memesan apa-apa. kepada kami di beri ruang dahulu.

"wine, sir?"

mataku membulat.

"oh, tidak. saya tak minum waktu siang. lagi pula, sekejap lagi saya harus memandu", ujar pa dalam sing-lish nya.

aku sedikit lega.

"saya minum wine pukul 8 pagi tadi. ok, sahaja. kamu perlu cuba!" sekilas dia menoleh pandangan kosongnya ke arahku.

aku mengetap bibir.

dalam hati, rancak berhusnu dzan.

"sungguh..??" tanya pa dalam nada kurang percaya. "kamu ok kalau saya pesan wine?", pa memandang tepat ke arahku.

perlahan ku menundukkan wajah.

Allah! bantulah aku keluar daripada kesempitan ini...

jumhur ulama' bersepakat, tidak harus malah jatuh haram hukumnya bagi seorang muslim terlibat langsung dengan arak. baik menjual, membeli, memesan, mengirim atau menerima kiriman.

duduk bersama dalam majlis yang di hidang arak juga tidak harus!

"tak apalah, bawakan saya white coffee", pa dapat 'membaca' riak ku.

senyum kelat ku hadiah.
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan  menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu) (Al-Maidah: 90-91)
"kek lapis? macaroon? biskut?", soal pelayan.

"macaroon, please", sambut Jia Hui dalam sengih lebar.

cream caramel & macaroon
lama sudah dia teringin menjamahnya, sejak kami berjalan di Marina Bay tempoh hari. namun dek harga $15 untuk 5 biji macaroon yang besar sedikit sahaja dari siling 50 sen, niat itu teraksa di batalkan.

pelayan lelaki tersebut berlalu setelah mengambil pesanan.

"dia lelaki melayu, kan?", pa menyoal, merujuk kepada pelayan lelaki tadi.

dari fizikal dan cara percakapannya, aku juga merasakan yang sama.

"emm.. saya kurang pasti", ujar ku teragak-agak.

"yea, yea..  nama dia.. saya pasti dia melayu.. tapi tadi, dia kata dia minum. macam mana tu..??"

soalan cepucemas.

"urmm.. sepatutnya tidak boleh.. hal ini termaktub dalam al-quran.. tapi, yeah.."


"yea, yea.. jesus christ juga melarang.. tapi.. ha ha.. " pa ketawa lambat-lambat.

aku faham.

"saya agak terkejut bila dapat tahu orang Islam tak boleh minum arak. kenapa,ya??", soal pa.
"Mereka bertanya ke padamu tentang khamar dan judi. Katakanlah (wahai Muhammad), pada ke duanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa ke duanya lebih besar dari manfaatnya..." (Al-Baqarah: 219)
aku diam lima saat sebelum menjawab.

"muslim wajib solat lima kali sehari. waktu solat, kami membaca surah-surah daripada al-quran. di bawah pengaruh alkohol, seseorang mungkin akan membaca ayat al-quran dengan salah. ini adalah kesalahan yang berat. hal ini pernah terjadi suatu masa dahulu sebelum arak di haramkan secara total dalam Islam"

ma khusyuk memerhati. jarang-jarang dia bercakap dek aku yang tidak tahu ber-mandarin. dia pula kurang fasih berbahasa Inggeris.

"oh, ya.. jadi, pernah berlakulah? bila?", soal pa.

"ya, dalam seribu tahun lebih dahulu"

pa, Jia Hi dan ma menggangguk perlahan.

"seribu tahun? wah! jadi, selepas sembahyang pun tak boleh? setiap waktulah maksudnya?"

giliran aku pula mengiyakan.

"Islam memilih jalan selamat dan pencegahan. arak di umpama seperti ibu segala kerosakkan. ia meragut kewarasan akal seseorang. waktu itu, orang takkan sedar apa yang di lakukan. dia mungkin membahayakan orang lain dengan memandu secara semberono, atau merbahayakan diri sendiri kerana terterjun tingkap!"

"benar.. benar.. kalau kita langgar pokok, tak mengapalah. tapi kalau kita langgar orang, kita membuatkan orang lain menangis!", sokong pa. "sebab itu saya tidak minum di siang hari. saya hanya akan minum di rumah waktu malam. selepas minum, saya terus masuk tidur, tidaklah menyusahkan orang", sambungnya lagi.

aku merekah senyum nipis.

"tak perlu minum,lah..", ujarku seloroh ada makna.

pa mengulang ketawa lambat. "saya pasti akan kurangkan.."

Saturday, June 4, 2011

seindah mawar berduri

bismillah..

[seindah mawar berduri]



SINOPSIS


Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang  yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?

Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki? Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….

Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar.

Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?

Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?

Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,

“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”

Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
 
*********
 
lama sudah penulisan ini tersimpan kemas. suka untuk berkongsi, moga ada manfaatnya buat semua.