"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, June 23, 2011

cream caramel & macaroon

bismillah...

aku melabuhkan duduk di sofa empuk bewarna kelabu.

selesa.

ma, pa dan Jia Hui, turut mengelilingi meja kaca yang sama.

"encik mahu memesan apa?", tanya seorang pelayan berbahasa Inggeris. segak dalam suit blazer hitamnya dengan rambut terpacak.

aku asyik memerhati hiasan dalaman ruang itu.

indah.

lampu oren berkaca menyimbah frame dinding dengan lukisan abstrak.

"cik..?"

"oh.. emm.. cream caramel, please", hanya menurut pilihan Jia Hui.

ma memesan jasmine green tea sebelum menghulur buku menu kepadaku.

"lihatlah dahulu, kamu mungkin mahu menukar pesanan", kuntum senyum di hadiah.

huluran itu bersambut. helaian demi helaian ku selak.

jiwaku berkocak hebat.

'astaghfirullah al-adzhim.. astaghfirullah al-adzhim..'

hanya pa masih belum memesan apa-apa. kepada kami di beri ruang dahulu.

"wine, sir?"

mataku membulat.

"oh, tidak. saya tak minum waktu siang. lagi pula, sekejap lagi saya harus memandu", ujar pa dalam sing-lish nya.

aku sedikit lega.

"saya minum wine pukul 8 pagi tadi. ok, sahaja. kamu perlu cuba!" sekilas dia menoleh pandangan kosongnya ke arahku.

aku mengetap bibir.

dalam hati, rancak berhusnu dzan.

"sungguh..??" tanya pa dalam nada kurang percaya. "kamu ok kalau saya pesan wine?", pa memandang tepat ke arahku.

perlahan ku menundukkan wajah.

Allah! bantulah aku keluar daripada kesempitan ini...

jumhur ulama' bersepakat, tidak harus malah jatuh haram hukumnya bagi seorang muslim terlibat langsung dengan arak. baik menjual, membeli, memesan, mengirim atau menerima kiriman.

duduk bersama dalam majlis yang di hidang arak juga tidak harus!

"tak apalah, bawakan saya white coffee", pa dapat 'membaca' riak ku.

senyum kelat ku hadiah.
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan  menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu) (Al-Maidah: 90-91)
"kek lapis? macaroon? biskut?", soal pelayan.

"macaroon, please", sambut Jia Hui dalam sengih lebar.

cream caramel & macaroon
lama sudah dia teringin menjamahnya, sejak kami berjalan di Marina Bay tempoh hari. namun dek harga $15 untuk 5 biji macaroon yang besar sedikit sahaja dari siling 50 sen, niat itu teraksa di batalkan.

pelayan lelaki tersebut berlalu setelah mengambil pesanan.

"dia lelaki melayu, kan?", pa menyoal, merujuk kepada pelayan lelaki tadi.

dari fizikal dan cara percakapannya, aku juga merasakan yang sama.

"emm.. saya kurang pasti", ujar ku teragak-agak.

"yea, yea..  nama dia.. saya pasti dia melayu.. tapi tadi, dia kata dia minum. macam mana tu..??"

soalan cepucemas.

"urmm.. sepatutnya tidak boleh.. hal ini termaktub dalam al-quran.. tapi, yeah.."


"yea, yea.. jesus christ juga melarang.. tapi.. ha ha.. " pa ketawa lambat-lambat.

aku faham.

"saya agak terkejut bila dapat tahu orang Islam tak boleh minum arak. kenapa,ya??", soal pa.
"Mereka bertanya ke padamu tentang khamar dan judi. Katakanlah (wahai Muhammad), pada ke duanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa ke duanya lebih besar dari manfaatnya..." (Al-Baqarah: 219)
aku diam lima saat sebelum menjawab.

"muslim wajib solat lima kali sehari. waktu solat, kami membaca surah-surah daripada al-quran. di bawah pengaruh alkohol, seseorang mungkin akan membaca ayat al-quran dengan salah. ini adalah kesalahan yang berat. hal ini pernah terjadi suatu masa dahulu sebelum arak di haramkan secara total dalam Islam"

ma khusyuk memerhati. jarang-jarang dia bercakap dek aku yang tidak tahu ber-mandarin. dia pula kurang fasih berbahasa Inggeris.

"oh, ya.. jadi, pernah berlakulah? bila?", soal pa.

"ya, dalam seribu tahun lebih dahulu"

pa, Jia Hi dan ma menggangguk perlahan.

"seribu tahun? wah! jadi, selepas sembahyang pun tak boleh? setiap waktulah maksudnya?"

giliran aku pula mengiyakan.

"Islam memilih jalan selamat dan pencegahan. arak di umpama seperti ibu segala kerosakkan. ia meragut kewarasan akal seseorang. waktu itu, orang takkan sedar apa yang di lakukan. dia mungkin membahayakan orang lain dengan memandu secara semberono, atau merbahayakan diri sendiri kerana terterjun tingkap!"

"benar.. benar.. kalau kita langgar pokok, tak mengapalah. tapi kalau kita langgar orang, kita membuatkan orang lain menangis!", sokong pa. "sebab itu saya tidak minum di siang hari. saya hanya akan minum di rumah waktu malam. selepas minum, saya terus masuk tidur, tidaklah menyusahkan orang", sambungnya lagi.

aku merekah senyum nipis.

"tak perlu minum,lah..", ujarku seloroh ada makna.

pa mengulang ketawa lambat. "saya pasti akan kurangkan.."

8 comments:

Saefullah said...

kisah benar ke ni? mashaallah. moga tabah..

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

Najibahhhh! soalan sama juga, terjadi kat awak ke hari tu?

nak tanya, yang homestay tu, aak duduk dengan siapa? hehe *kepo* :))

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

*awak. heh

Nad Izza said...

Salam'alaykum...

Good job jibah! =)

panda putih said...
This comment has been removed by the author.
panda putih said...

pengalaman kmo sgt byklah jibah

Zahra Ameerah said...

akk ni. saya kagum!

wardatul asrar said...

saefullah:

pembelajaran daripada kehidupan

jazakallhu kheir

hada:

:)

merlion mencipta banyak episod dalam hidup saya

family pa & ma ;)

zati:

wa'alaikumsalam,

Alhamdulillah :)

kakak dell & ima:

haza min fadhli robbi.. :)