"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, January 28, 2012

tawajjuh

bismillah..

"saya nak bahagia tapi Allah tak pernah bagi... lepas satu, satu Allah uji.."

medengar sahabiah berbicara dalam sendu, sedikit sebanyak rasa macam... hebatnya dia Allah uji begitu begini. bukankah orang beriman akan selalu di uji?

kita ini hamba.

mahu bahagia? mintalah pada Dia.

jangan tertipu dengan kesibukkan dunia sehingga kita tiada masa untuk Allah dan Rasulullah. bukankah siapa kita pada Allah bergantung siapa Allah di hati kita?

mulakanlah hari bahagia kita dengan bertawajjuh di sepertiga malam. kalau kita boleh stay-up untuk belajar, kenapa tidak mampu stay-up untuk Allah?

seorang ilmuan pernah berkata, kalau kita payah untuk melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa kita sedang di belenggu oleh dosa-dosa kita yang banyak.

ulama' zaman silam bilamana tak terjaga walau satu malam untuk bertahajjud, mereka berasa sangat sedih sehingga menangis.

kita?

mujahadahlah.

"jangan mengaku diri pejuang kalau tahajjud dua rakaat pun tak mampu nak buat"

aku menasihatimu bukanlah bermaksud aku lebih baik dari mu. aku menasihatimu kerana aku bermaksud memperingatkan diriku.

~Allahummardzuqnal istiqomah~
Ya Allah! kurniakanlah kepada kami istiqomah

Thursday, January 12, 2012

melepas amanah


Bismillah..

Detik 2336, 7 Januari 2012 dengan rasminya merakam pembubaran tampuk pimpinan Dental Student Society (DENSS) tenure 10/11 dan di gantikan dengan pelapis baru DENSS tenure 11/12.

Alhamdulillah.. terangkat sudah satu beban amanah yang tertanggung di pundak. Namun ini bukanlah pengakhiran yang abadi kerana masih ada soal-jawab dengan Tuhan sekalian alam mengenai tanggungan kita di dunia.

Telah berkata al-imamul Ghazali rahimahullahu ta’ala kepada anak muridnya bahawa perkara yang paling berat dalam dunia ini adalah beban amanah. Di umpamakan seseorang yang memegang amanah itu seperti meletakkan sebelah kakinya ke syurga manakala sebelah lagi kakinya ke neraka. Andai pimpinan itu menjalankan amanahnya dengan adil, maka tiada lain baginya melainkan naungan yang telah Allah janjikan di saat tiada naungan lain melainkan naunganNya; yakni di Yaumul Hisaab. Namun andai sebaliknya berlaku, tiadalah manusia yang dapat menyelamatkannya daripada nyalaan membara; an-naar.

Nastaghfirullah.. Nastaghfirullah.. Nastaghfirullah.. saya mohon keampunan kepada Allah di atas setiap ketidaksempurnaan yang berlaku sepanjang tenure ini berlangsung. Saya juga dengan rendah hati memohon ampun daripada setiap individu yang bernaung di bawah Dental Student Society 10/11 di atas segala kekurangan dan hak yang tidak tertunai. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menggerakkan DENSS. Tiadalah kami punya kekuatan melainkan kekuatan yang di pinjamkan olehNya serta sokongan daripada sahabat sekalian.

Tahniah di ucapkan kepada komiti Annual General Meeting (AGM) DENSS yang berlangsung pada malam tadi kerana berjaya membawa perbincangan ini dengan matang. Inilah AGM yang paling memberi kesan yang pernah saya hadiri. Terima kasih kepada mereka yang memberi kritikan membina. Moga perbincangan yang berlangsung menjadi muhasabah buat pimpinan DENSS 10/11 dan seterusnya memberi input buat DENSS 11/12 untuk melakukan penambahbaikkan di masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi kepada semua.

Buat pimpinan DENSS 11/12, ‘the taklifan is yours :) Tahniah and takziah in advance’. Selamat bekerja kerana Allah dan jadikan tenure anda lebih baik daripada tenure sebelumnya, InshaAllahu ta’ala.

Wassalam..

Sunday, January 1, 2012

aku sedang futur

bismillah..

~google image~


Aku sedang futur,
solatku umpama persinggahan hambar,
puasa?Aaah…perutku tak tahan lapar,
malamku berlalu tanpa qiamullail,
mashafku tersisih tagih perhatian,
catatan amalanku mengeluh hampa.

Aku sedang futur,
melangkah ke jilsah terasa susah,
mendengar pengisian terasa muak,
aku mahukan bebas dan rehat,
bukan langkah yang sering diatur,
bukannya taklifan yang sering membeban.

Aku sedang futur,
bermalas santai menonton filem,
bertukar cerita berbual kosong,
lebih ku suka dan ku damba,
dari ziarah yang belum tentu hasilnya,
dari tazkirah yang belum pasti penerimaannya.

Aku sedang futur,
dakwah bagai merampas segala,
studyku..wangku..masa lapangku,
amar makrufku bukannya dipeduli,
nahi mungkarku dibiar sepi,
jadi..untuk apa aku bertahan lagi?

Ya, aku memang sedang futur!
Tapi kenapa kalian menjauh?
Mengapa tiada tangan yang menghulur,
memaut bahu berkongsi kekuatan,
menutur mau’izah mendamai jiwa?
Bukankah kita umpama bangunan,
saling menguatkan pabila lemah,
saling memperingat tatkala lupa?


-unknown-