"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, January 12, 2012

melepas amanah


Bismillah..

Detik 2336, 7 Januari 2012 dengan rasminya merakam pembubaran tampuk pimpinan Dental Student Society (DENSS) tenure 10/11 dan di gantikan dengan pelapis baru DENSS tenure 11/12.

Alhamdulillah.. terangkat sudah satu beban amanah yang tertanggung di pundak. Namun ini bukanlah pengakhiran yang abadi kerana masih ada soal-jawab dengan Tuhan sekalian alam mengenai tanggungan kita di dunia.

Telah berkata al-imamul Ghazali rahimahullahu ta’ala kepada anak muridnya bahawa perkara yang paling berat dalam dunia ini adalah beban amanah. Di umpamakan seseorang yang memegang amanah itu seperti meletakkan sebelah kakinya ke syurga manakala sebelah lagi kakinya ke neraka. Andai pimpinan itu menjalankan amanahnya dengan adil, maka tiada lain baginya melainkan naungan yang telah Allah janjikan di saat tiada naungan lain melainkan naunganNya; yakni di Yaumul Hisaab. Namun andai sebaliknya berlaku, tiadalah manusia yang dapat menyelamatkannya daripada nyalaan membara; an-naar.

Nastaghfirullah.. Nastaghfirullah.. Nastaghfirullah.. saya mohon keampunan kepada Allah di atas setiap ketidaksempurnaan yang berlaku sepanjang tenure ini berlangsung. Saya juga dengan rendah hati memohon ampun daripada setiap individu yang bernaung di bawah Dental Student Society 10/11 di atas segala kekurangan dan hak yang tidak tertunai. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menggerakkan DENSS. Tiadalah kami punya kekuatan melainkan kekuatan yang di pinjamkan olehNya serta sokongan daripada sahabat sekalian.

Tahniah di ucapkan kepada komiti Annual General Meeting (AGM) DENSS yang berlangsung pada malam tadi kerana berjaya membawa perbincangan ini dengan matang. Inilah AGM yang paling memberi kesan yang pernah saya hadiri. Terima kasih kepada mereka yang memberi kritikan membina. Moga perbincangan yang berlangsung menjadi muhasabah buat pimpinan DENSS 10/11 dan seterusnya memberi input buat DENSS 11/12 untuk melakukan penambahbaikkan di masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi kepada semua.

Buat pimpinan DENSS 11/12, ‘the taklifan is yours :) Tahniah and takziah in advance’. Selamat bekerja kerana Allah dan jadikan tenure anda lebih baik daripada tenure sebelumnya, InshaAllahu ta’ala.

Wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

tahniah!

wardatul asrar said...

falsaika:

terima kasih :)

siapa ya falsaika kalau sy boleh tau?