"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, September 4, 2012

indahkan kami dengan kalamMu

Bismillah..

Ramadhan itu, walau sesaat tak pernah Masjidun Nabiy lekang daripada manusia.

Seorang gadis arab melabuhkan punggung di hadapan kami. Menghadap. Tangannya mencapai kitabullah di tiang masjid.

Sekali-sekali di selak helainya. Di tatap kosong. Di kucup perlahan.

Ku perhatikan. Senyum :)

"assalamualaikum. Kamu daripada mana?", sapa ummi pada jema'ah yang solat di sekitar kami.

"saya daripada mesir.. Kalian?", balasnya mesra.

"oh.. Kami daripada Malaysia. Kamu boleh berbahasa Inggeris?", aku berbahasa.

"tidak, tidak. Bahasa arab sahaja. Kalian boleh bercakap arab?", soalnya.

"sedikit cuma.. Kami biasa cakap bahasa melayu atau bahasa Inggeris", rendah diri rasanya dengan kejahilan bahasa al-quran.

"mashaAllah, quwayyish! Kamu boleh berbahasa arab walaupun bukan bangsa arab.", balasnya teruja.

Kakak menyambung bacaan quran. Dengan tajwid dan tartil..

Spontas mushaf kakak di tarik wanita mesir tadi, "kitab ini dalam bahasa arab?", soalnya sambil melihat helaiannya.

"iya", balas kakak.

"mashaAllah, benar! Ini huruf-huruf al-Quran. Kalian juga boleh membaca al-quran, ini sangat hebat", wajahnya cerah sambil memulangkan kembali kitab kakak.

'Apakah pelik seseorang yang bukan berbangsa arab boleh mambaca al-quran? Bukankah al-quran itu untuk semua umat Islam bahkan seluruh makhluk?', monologku sendirian.

Ummi seolah mengerti. Pengalaman mengajar ummi terlebih dahulu.

"zaman sekarang, memang ramai orang tak tahu membaca al-quran walaupun mereka boleh berbahasa arab. Lebih-lebih lagi wanita, kadar buta huruf di katakan agak tinggi. Mungkin hasil kejayaan pemerintah sebelum ini yang cuba mengikis sedikit demi sedikit orang Islam daripada agama. Negara yang pemerintahnya bukan pemerintah Islam, ramai yang tidak tahu solat pun. Kasihan.. Semoga Allah mengampunkan kita dan mereka"

Aku terkesima. Ku toleh ke kiri dan kanan. Benar, pelbagai gaya solat dapat ku lihat.

Teringat aku dengan seorang ibu daripada pakistan, mungkin. Anak kecilnya berada di pangkuan. Sekali sekala bayi itu ketawa kecil bila di agah.

Ibu itu kemudiannya mencapai al-quran di tanganku. "mahu pinjam, mungkin..", aku merelakan.

Bayinya pula di halakan kepadaku.

Fenomena serupa berlaku. Kitabullah di selak helaian demi helaian. Di kucup dan di tatap dalam-dalam. Dalam sepuluh minit sebelum si ibu memulangkan kembali al-quran kepadaku.

Bacaan yang tertangguh tadi, ku sambung. Dapat ku rasakan seolah ada orang yang mendekati bahu kananku. Ku toleh perlahan sambil menguntum senyum.

Benar telahan ku, si ibu tadi. Dia menuturkan bahasa yang tidak ku fahami sebelum mengisyaratkan agar aku meneruskan bacaan. Dia ingin menumpang dengar.

Suaraku pula bagai tersekat di kerongkong. Sebak. Bahuku di goyang sedikit agar aku meneruskan bacaan.

Air mata yang bertakung cepat ku seka.

Bermacam hal berlari memenuhi fikiran.

'Allah.... Kau Rahmatilah aku dengan Al-Quran.. Kau muliakanlah lidahku dengan al-Quran.. Kau sempurnakanlah pancainderaku dengan mengenal huruf-huruf al-Quran..'

Dalam sebuah hadis daripada Hudzaifah r.a, ketika nabi bersolat:-

a). dan jika beliau membaca ayat tentang rahmat, beliau memohon rahmat.

b). Jika beliau membaca ayat tentang azab, beliau memohon agar dijauhkan.

c). Jika beliau membaca ayat yang menerangkan tentang penyucian sifat-sifat Allah, beliau bertasbih.

[1119] Sahih Ibnu Majah (Juga diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud).

Tapi aku..??

Jauhilah kami Ya Allah daripada menjadi golongan yang hanya membaca al-Quran tetapi tidak lebih daripada sekadar melepasi kerongkong-kerongkong kami...

Saat al-quran untuk di angkat ke langit itu makin hampir sedang umat Islam makin lalai dengan al-Quran..

Ya Robb...

Terangilah hati kami dengan al-quran, hiasilah akhlak kami dengan al-quran, jauhkanlah kami daripada api neraka dengan al-quran, masukkanlah kami ke syurgamu dengan al-quran. Jadikanlah keturunan kami ya Allah dalam golongan orang-orang yang memelihara al-Quran.

Jadikanlah al-quran sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang, cahaya di atas titian (sirath) dan teman di syurga dan penghalang, dan hijab daripada api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikkan dan tetapkanlah kami di dalam kesempurnaan, anugerahkan kami kemudahan dalam mengamalkan al-quran dengan hati dan lisan, sentiasa cinta kepada kebaikkan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman.

Selawat dan salam sentiasa tercurah kepada junjungan besar nabi Muhammad shallahu alaihi wasallam serta keluarga dan sahabat baginda di atas kelembutan akhlak dan keindahan budi dalam menyampaikan ajaranNya..

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum akak, saya stdnt dent 1st yr uia.
nk tnye antara buku2 nie, mne yg kita akn gne smpi 5th yr???

- richard snell, anatomy clinical oriented
-difiore's atlas human with functional correlation
-longman's embryology
-head & neck Netter's
-snell's neuroanatomy
-gross, Grand's Atlas

sbb ingt nk beli yg original pnyer :))

mohon bantuan akk :))