"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, March 29, 2014

StuDent Diary: Promotional Exam

Bismillah..

2 hari 'study days' sebelum End Block 3 Exam. Maknanya, isnin ni mula exam; 8 kertas, isnin hingga jumaat.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah..

Untuk tahun 4 ni, kami takda professional exam tapi ada promotional exam.

Bezanya?

Promotional exam ni sepenuhnya praktikal. Ada 3 department core yang terlibat untuk melayakkan atau mem-promote-kan anda ke tahun 5.


I- Oral Surgery [checked on 3/3/2014]

Kena suntik ubat bius (block technique)
Buat cabutan mudah atau pembedahan mulut
Viva- soalan yang saya dapat;

"What is vasovagal attack and how to manage it?" beserta soalan anak-anak yang bertubi-tubi. Mechanism of action, clinical features, physiological changes, emergency measures, semua kena tanya. Dr kata ni antara soalan distinction final year OS tahun lepas-lepas. Masa pilih kertas soalan dari kotak tu kemain pilih yang paling kurus -.-' see.. rezeki masing-masing. Doa banyak-banyak supaya Allah bagi ilham..

Medical question, sangat. Setahun sudah tinggalkan jadi agak 'krikk3' la juga. Jadi adik2 junior yang tengah posting medicine & surgery, mohon serap ilmu banyak-banyak. jangan perah semua sampai lupa habis lepas exam. Ilmu ni berguna tau. Sangat.


II- Conservative Dentistry (checked on 27/3/2014)

Buat tampalan Class II amalgam restoration dalam masa 2 jam. Lebih 2 jam, markah akan di tolak setiap 3 minit.

Rasa macam explorace sangat :')

Tebuk gigi, ambil gambar guna intraoral camera, lari panggil Dr. Sambung tebuk, ambil gambar, panggil Dr. Setiap langkah kena ambil gambar & panggil supervisors untuk catat markah. Dr takkan komen atau betulkan langsung kesalahan yang kita buat. Kalau buat fatal mistake, kira gagal terus.

Palpitation tu... Allah je tau. Semalaman tak mampu lelap nak tunggu keputusan. Esoknya kena panggil dengan 3 orang panel dalam klinik;

"What mistakes you realized during the exam?". Serius semuanya.

Pelan-pelan tarik surgical mask. Dalam hati.. 'Ya Robb.. kurniakan aku jiwa yang redha untuk hadapi segala ketentuanMu'

Sempat senaraikan satu, dua. Dr sambung komen sebelum kata;

"So, yeah. you passed! Congratulation". Barulah bercahaya muka Dr2 :') nice, Dr.. Nice.. ala-ala pengumuman penyingkiran dalam master chef.


III- Prosthetic department

Kena ambil cop untuk gigi palsu bahagian bawah. Ada kriteria2 yang wajib di penuhi + soalan viva.

InshaAllah, bakal diambil dalam masa 2 minggu selepas End Block Exam. Doakan!

****

Above all.. kita (saya) lulus peperiksaan ni bukannya sebab hebat atau pandai pun. Atas rahmat Allah semata & berkat doa ummi abah.

Banyak sangat2 faktor 'x' yang mempengaruhi.

Oleh itu, jangan pernah sesekali rasa hebat itu milik kita. Pandai itu milik kita. Hakikatnya semua milik Allah yang di pinjamkan secebis buat kita untuk menguji;

Adakah kita akan kembalikan semuanya kepada Allah? Atau mula merasakan bibit-bibit takabbur yang merosakkan amal.. (naudzubillahi min dzalik)

Alhamdulillah, Hadza Min Fadhli Robbi ♡

Thursday, March 27, 2014

inner peace

Bismillah..

Longlai.

Semua serba tak kena.

"Ku tak mampu hadapi dunia. Tolonglah! Macam mana kau..?"

Ambil nafas. Hembus..

'cipta dunia damai kau sendiri. Inner peace.'

Kedip mata. "Macamana? Kau ni memang takda masalah?"

Tarik senyum segaris. Bohonglah, aku juga penghuni dunia. Masalah itu rempah kata orang. Cuma..

'Dunia memang kan menolakmu dengan kasar. Tapi.. kau punya kuasa dalam diri. samada kau nak biar keganasan dunia merosakkanmu atau.. kau jaga'

"Jaga?"

'Ya. Jaga. Cipta dunia damai kau sendiri. Dalam diri. tak perlu orang nampak, asal kau dapat rasa'

Dunia itu hanya dua; kau dan rasa.


Yang dapat access hanya engkau.

Yang dapat jaga, hanya engkau.

Yang dapat rasa, engkau dulu

Yang pilih untuk rosak, juga engkau.

Tapi jangan lupa Dia.

Maka.. pilihlah..


Antara mengeluh atau menyuluh

Wednesday, March 26, 2014

Rasuk

Bismillah..

"Dengar tak bunyi macam anjing menyalak pagi tadi?"

Angguk. Dalam 3.50 pagi.

"Takutkan? Macam nampak benda2, macam kena rasuk ja"

Diam.

Manusia yang bangkit tengok jam tapi tarik balik comforter sambung lena tu maknanya kena rasuk kuasa dua.

Orang yang terhijab daripada ketaatan adalah orang yang pekat dengan kemaksiatan

#nangis

Thursday, January 23, 2014

takdir: the chow kit road

bismillah..


aku memerhati. bertahun.. saat Allah izinku di sini.

zaman kanak.. fikirku dunia ini indah-indah semua.

nyata aku silap..

esak tangisnya buat ku gerun; bonda di rumah menahan terajang si bapa.

rintihan si usia buat ku risau; teman memboyot membawa nyawa.

remang roma menyaksikan adegan; teman sejantina berkasih mesra.

apakah..??

dera itu hanya dalam drama. zina itu bukan di sekeliling kita. arak, dadah dan judi; semua itu jauuuhh nun di sana.


tidak rupanya.. sama sekali ianya hampir dengan ku.


ya, aku pernah jadi pemerhati kaku di sisi chow kit road.

siulan gatal anak muda itu biasa..

aku pernah meloloskan diri dari lorong-lorong sempit berbau hanyir.

aku pernah menyaksikan rumah tumpangan murah di 'sambut' pelayan seksi tapi berketak.

aku pernah melepasi tubuh yang hidupnya segan, mati nya tak tak mahu.

aku pernah mendengar pengakuan-pengakuan yang amat pedih untuk aku nukilkan..


****

dan masih segar dalam ingatan... ratap tangis si ibu supaya memaafkan anaknya yang mencuri barangku; lalu di jual untuk mendapatkan wang.

bapanya sudah tiada, entah kan hilang ke mana. tinggal lah dia bersama ibu dan adik-adiknya.

"kalau pun kita miskin, ibu tak pernah ajar kau mencuri!"- tidak. ini bukan ayat drama.

jarang-jarang ku lihat kelibatnya selepas itu. tak lama sampai pula khabar, dia sudah berhenti daripada pengajian dan mula bekerja.

andai mampu ku ulang waktu...


****

aku gadis yang pernah menghabiskan secebis umur di black-area metropolitan.

yang dulunya ku tak sabar untuk akhiri.

"ini bukan dunia" rasa ku. lucu nya aku takutnya realiti


chow kit road..

membuka dimensi baru dalam juzu' hidupku.

mengisi ruang jahil padaku tentang dunia dan isinya

tak kan ku sesal meski kelihatan tak sempurna

kau dan aku;

tak semua Allah takdir jalan yang serupa.

untunglah cuma taqwa yang di nilaiNya.



-asrar
230114
0353