"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Monday, September 29, 2008

musafir agung itu~


musafir agung itu di tanah gersang
ditinggal keseorangan mencari jalan pulang
debuan menjadi saksi menunggu saat
tika rebah, maka terkuburlah jasad
meniti siraat penuh kekecewaan


musafir agung itu dalam kegelapan
mencari cahaya dalam secebis jihad
mendamba cintaNya yg Maha Hebat
dalam sujud syahdu resah meruntun jiwa
insan penuh noda mengharap belas Rabbnya


musafir agung itu tak pernah goyah
meredah onak mengharap hikmah
seisi dunia bukan galang gantinya
umpama dahaga di tanah tandus
juga kelemasan di lautan luas
bila redhaNya bukan lagi yang utama

musafir agung itu thabat jiwanya,
menuju jalan kalimah Ilahnya
kasih mereka terpaksa diabai
bukan itu penyelamat di negeri abadi
bila tiba saat diri dijemput pergi

~wardatul asrar,29 ramadhan,2.39 am~

1 comment:

Anonymous said...

najibah nye blog ke ney??
dia is ija..
SLAMAT ARI RAYA!!
MAAF ZAHIR BATIN..
miss u