"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Monday, April 6, 2009

kisah gadis yang mengaku daie

bismillah..
                      

kali pertama gadis yang mengaku daie itu berdepan dengan mad'u sebenar. Program yang menuntutnya berada di hospital selama seminggu dan bergaul mesra dengan semua golongan tak kira pesakit, doktor mahupun peserta program yang terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman.


seorang gadis berbangsa India bertanyakan kepada gadis yang mengaku daie, mengapa tudung yang dipakai gadis itu sedikit berbeza saiznya dengan yang lain? dalam bahasa inggeris fasih, sempat gadis berbangsa india itu memuji material kain tudung yang di pakai gadis yang mengaku daie yang di katakan lembut dan menarik. "you look elegant", sambungnya. Mungkin selepas melihat gadis yang mengaku daie hanya mampu tersenyum dengan persoalan dan kenyataan yang dia ucapkan. Gadis yang mengaku daie hanya mampu melihat dengan pandangan kosong kepada muslimah lain, memohon kekuatan,kah? gadis mengaku daie kurang pasti. "Pakaian ini di tuntut oleh agama saya untuk memelihara kemuliaan seorang wanita agar bebas dari pandangan jahat dan panahan mata syaitan", kata2 yang hanya mampu bermain di minda seorang gadis yang mengaku daie.


gadis yang mengaku daie sedang jalan beriringan dengan dua orang gadis berbangsa india dan sikh. gadis berbangsa sikh memulakan bicara dengan menanyakan kepada gadis yang mengaku daie, tidakkah dia pergi sembahyang zohor bersama sahabat muslim yang lain? gadis yang mengaku daie menjawab dalam segan tentang keuzuran syarie yang menghalangnya dari menunaikan kewajipan solat. gadis berbangsa sikh menyambung "kamu ni pemalu lah. tak perlu lah malu, kami pun perempuan". gadis mengaku daie hanya tersenyum sambil mengamati perbicaraan mereka pula. gadis berbangsa india pula melontarkan soalan kepada gadis berbangsa sikh, "kamu pernah nampak minah sembahyang?". gadis berbangsa sikh kelihatan sedang berfikir sambil menyoal kembali tujuan soalan itu di ajukan. "tak, saya tak pernah nampak. sebab tu saya tanya kamu.", sambung gadis berbangsa india. "tak kanlah setiap kali dia pergi sembahyang nak kena bagi tahu kamu", balas gadis berbangsa sikh sambil menoleh ke arah gadis yang mengaku daie. "tak kan la selama kita sekolah sama tu, tak pernah nampak sekali pun? tak kan asek tak boleh sembahyang saja", balas gadis berbangsa india. gadis berbangsa sikh kelihatan serba salah sambil cuba mengalih topik perbualan. gadis yang mengaku daie hanya mampu tersenyum kelat pabila saudara seagamanya diperkatakan oleh mereka.


"kamu orang melayu memang tak cakap ke sesama lelaki perempuan?", soal gadis berbangsa sikh melihatkan keadaan mereka satu kumpulan yang apabila lelakinya ke utara, perempuannya pula akan ke selatan. komunikasi antara mereka yang sediki korup jelas kelihatan. gadis yang mengaku daie cuba menerangkan sebaik mungkin. "tiada masalah berhubung lelaki perempuan atas tujuan yang jelas. maaf, salah saya yang tak pandai untuk berkomunikasi dengan mereka", ujar gadis yang mengaku daie, kesal kerana mungkin telah terfitnah Islam kerananya, menzahirkan tidak berkalibernya dia sebagai ketua kumpulan yang telah di pilih oleh pihak hospital. Islam bukan agama yang mengongkong, Islam agama yang fleksible kecuali kepada perkara2 yang tsabat. "tak adalah, kamu kan perempuan. saya faham, kamu mungkin segan. mereka lah sepatutnya usaha minta nombor ke apa supaya kita dapat contact dengan mereka kalau mereka ke mana-mana", kata gadis tersebut sedikit memujuk. gadis yang mengaku daie hanya mampu tunduk. di ruang rehat, gadis yang mengaku daie menebalkan wajah sambil berlagak selesa, meminta nombor dari salah seorang lelaki dari kumpulan mereka supaya komunikasi lebih licin. "you go girl!", sambil tersenyum, gadis berbangsa sikh tadi menutur bicara. mungkin menzahirkan bahawa dia faham akan keadaan gadis yang mengaku daie.


di unit forensik kelihatan sekumpulan lima orang gadis dari pelbagai bangsa dan anutan sedang berdiskusi. dua dari mereka berbangsa india, dua lagi berbangsa cina dan gadis yang mengaku daie mewakili penganut Islam. mereka sedang menunggu kebenaran untuk melihat bedah siasat yang bakal berlangsung. seorang gadis cina sedang rancak berbicara tentang ketidakpuasan hatinya terhadap sahabatnya yang terlalu kuat pegangan kristian. "kalau nak beragama pn, sikit2 cukuplah. tak payah nak ajak2 orang", tambahnya dalam bahasa inggeris. kelihatan dia sungguh tak percaya tentang kebenaran mana-mana agama pun di dunia ini. andai punya tujuan tertentu sahaja dia berdoa, katanya. sangat berbeza degan kepercayaan gadis yang mengaku daie. gadis yang mengaku daie semakin yakin kebenaran agama yang di anuti, sungguh tiada dua, malah hanya satu agama yang di terima Tuhan seluruh alam ini. seorang gadis berbangsa india menceritakan pula tentang cara sembahyang mengikut agamanya apabila di minta gadis berbangsa cina tadi. gadis yang mengaku daie terus menjadi pemerhati yang setia sedang rakan muslimah lain menghilang entah ke mana.


di unit kecemasan terdapat seorang nenek yang beragama Islam sedang menanti saat-saat akhir rohnya di jemput Robbul a'alamin. gadis yang mengaku daie dan ahli kumpulannya dalam program tersebut turut berada di situ, merasai kesedihan ahli keluarga nenek tersebut. "seronoknya nenek tu, ramai sanak saudara di sisi saat menghembuskan nafas terakhir", kata gadis yang mengaku daie kepada sahabat muslimat yang lain. tepat jam 11.15 am, doktor mengesahkan nenek tersebut telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnailaihi roojiun. gadis yang mengaku daie membacakan yaasin sambil memerhati gelagat sanak saudara nenek tersebut. pelik mungkin melihat mulut gadis yang mengaku daie terkumat kamit, gadis berbangsa sikh merenung sejenak. gadis yang mengaku daie melemparkan senyuman, terhenti seketika bacaannya. "kamu beroa dengan cara kamu, saya berdoa dengan cara saya", kata gadis berbangsa sikh sambil merapatkan kedua belah tapak tangannya dan membawa ke dada. gadis yang mengaku daie menggangguk sambil menyambung bacaan.


gadis yang mengaku daie sedang menunggu ketibaan ayahnya untuk menjemputnya pulang ke rumah pada malam terakhir mereka berprogram. "you are not pure malay, right?", seorang gadis berbangsa india mengajukan soalan kepada gadis yang mengaku daie. gadis yang mengaku daie mengangguk, "my dad convert (revert) into Islam". "ouh.. then how come you can be like this..? meaning by.. so... religious.. something..?", soalnya lagi dalam keadaan yang kurang pasti tentang struktur ayatnya. gadis yang mengaku daie sedikit tersentak dengan soalan yang di ajukan. "yang terzahir tak menggambarkan dalaman yang sebenar", gadis yang mengaku daie bermonolog sendirian. hanya senyuman mampu di hadiahkan kepada si pengaju soalan sebelum ayah gadis yang mengaku daie tiba beberapa ketika selepas itu dan membiarkan soalan itu tinggal soalan. langkah gadis yang mengaku daie berlalu meninggalkan medan tempurnya dengan soalan-soalan yang menyesak. gadis yang mengaku daie makin sedar kekerdilan dan kejahilan diri. fenomena dalam jiwa, sangat memberi kesan. gadis yang mengaku daie belum layak menjadi daie.

4 comments:

Imran said...

well said. T T.

wardatul asrar said...

well said..? kurg jelas mksud anda..

~[Wardah al-Farafishah]~ said...

salam'alaik kak najibah! sgt menarik ^_^

LSJ said...

buzz...

u've been tagged..

jawab, jgn x jawab yerr