"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, July 1, 2010

kanak-kanak: mengajar erti sabar

bismillah..

di tengah rembang berjalan kaki ke PASTI (pusat asuhan tunas Islam) untuk menjemput mereka.. terkenang.."satu jari.. satu jari.. satu jari Allah jadikan.. tunjuk atas, tunjuk bawah Alhamdulillah.." dari satu jari sampailah ke sepuluh jari. 'berzikir' hari-hari sampai abah pun hafal. kalau mood abah nak mengusik datang, "satu jari.. satu jari..~" makin kuatlah menjerit..
~tunas-tunas Islam~

hampir sepuluh minit berjalan, jumpalah dengan guru mereka yang dipanggil ummu. "ah, ni.. tadi alif kencing dalam seluar. kami takda baju spare.." aduhai.. dah la berjalan kaki. si kecil itu keluar dengan tuala yang hampir terlucut. malu-malu dia sengih sambil gigit jari. kopiah hijau berkait nama masih di kepala. apa fesyen la ni.. beg sandang kecil, kopiah dengan tuala yang cukup labuh untuk tuan. dua abangnya dah keluar dulu. "nape dik lih tak cakap kat ummu nak pegi tandas? baju dik lih mane?" alif membisu. "dalam beg die, ummu masukkan", hafiz jawabkan.

sedang mengemaskan tuala si adik, "kakcik, kim nak beli kat bas boleh?" terpamer gigi yang putih tersusun dengan wajah penuh mengharap. "kim ada duit!", sambil mengeluarkan not RM 1 dari kocek beg. kopiah berkait nik abdullah al-hakim di sumbat menggantikan duit. sekilas menoleh kepada bas yang berhenti betul-betul di depan pasti. datang pula adik lagi seorang, "fiz nak jugak..". alif pula dah berlari keluar pagar ke arah jalan besar. Allahu akbar.. "alif, tunggu!" mengah juga nak kejar seorang-seorang. "alif! lain kali jangan kencing dalam seluar tau. nak buang air, cakap kat ummu nak pergi tandas..", ada suara dari atas bas. alif merapatkan tubuh. sengih, gigit jari.
**********
sampai di rumah, masing-masing nak makan sendiri. adat sudah.. beterabur biji-biji nasi di lantai dan meja. lepas makan, tengok tv dan main. apa saja yang tercapai boleh jadi bahan mainan. "nak tuala..!", ilhami jerit lepas mandi. dia berdiri betul-betul depan pintu tandas. telanjang bulat. "ee.. abang tak malu.. dah sekolah,dah. amik laa tuala siap-siap". tak endah. "ish kakcik ni.. bia la abang.." =.='

tv terpasang tapi remote rosak. battery di pasang terbalik, penutup remote untuk pemegang battery, pecah. hero malaya menunjukkan kehebatan. "sapa bagi rosak remote?" hakim terkebil-kebil. ilhami tunjuk-tunjuk adiknya. "dek kim kakcik, dek kim.. dia main tadi". "a'ah, dek kim", hafiz menjuih ke abangnya. hakim membela diri, "dik kim nak tengok tv je. pastu die jatuh.. bukan dek kim buat.." aih.. anak-anak... tak tau nak cakap apa. berlalu.
~rama-rama & ayam on the wall~ 

di hall pula ada art-work yang sangat 'kreatif'. dinding terlukis dengan pen marker merah. jelas sekali. sekali lagi hero-hero malaya menunjukkan sifat kreatif masing-masing. "ni sapa lukis?" alif dah sengih-sengih. hakim dan hafiz turut serta. "alih yang buat banyak sekali.. fiz buat sikit ja", hafiz bela diri. "ha'ah kakcik. kim pun buat sikit ja", hakim menambah. alif tak pandai nak berhujah. sengih saja. "lih buat.. hee.. chantek.." aduhai... nak cakap apa kat ummi nanti. "buku kan ada.. lain kali tulis kat buku, bukan kat dinding ye.. nanti mak long balik, mak long marah"
***********
tiba petang, hero-hero malaya di jemput ummi abah mereka. dek lah baru sampai rumah.

"kakcik, shampoo kat bilik air yang ada separuh botol dah habis. berbuih tandas ni"

sudah...

check setiap toilet. pintu toilet yang menyambungkan dua bilik terbuka. pintu bilik study yang selalunya tertutup pun luas terbuka. ada sampah dan plastik oreo lagi dalam toilet. kesabaran di uji.. t.t

takpa lah.

moga besarnya kalian menjadi anak-anak soleh..

p/s: menunggu siang untuk soal siasat~

5 comments:

A.N said...

salam..

alaalalala.. anje, comelnye ciptaan Allah dalam baju hijau nih.. :D

memang dorang menguji sejauh mana kesabaran kita.. kadang2 boleh judge seseorang tu, penyabar ke tak, melalui pendekatan beliau dengan kanak2.. kalau dorang MAMPU tersenyum, memang penyabarlah orang tuh..

semoga kita tergolong dalam golongan yang penyabar melayan kerenah kanak2 ni [^_~]

kena sabar, sebab dorang ni telus.. hati tak 'tercemar' lagi kan.. ibu selalu pesan kat angah, "buat baik kat kanak2.. jangan kedekut dengan depa.. insyaAllah murah rezeki kita.." :)

Unknown said...

budak2. comel dan nakal. insyaAllah boleh dididik jdi pejuang agama yg mantap :)

wardatul asrar said...

angah:
wa'alaikumsalam..

mmg comey sgt3, takda dosa. tp kalau depa buat perangai.. fuh~ =p

betul3.. tgk kes dera skarang ni pn dh boleh gambarkn. anak2 kecil ni bkn mengerti ape2. kalau org dewasa tak sabar, mmg mereka lah yg akn jd mangsa.

ummi anje ckp,anak2 ni kalau marah pn bukn dorg faham. kna ckp elok, ulang2 benda sama. didik baik2, barulah terbentuk peribadi soleh/ah,kn..

mmg dorg mengajar erti sabar ^^ InsyaAllah, ameen..

faa:

InsyaAllah.. syabab harapan ummah.. (",)

panda putih said...

seronok melihat telatah anak2 kecik

wardatul asrar said...

seronok2.. kadang2 sampai penin pn ada jgk nk faham bahasa diorang ^^