bismillah..
hampir kepada wajib untuk pusat beli-belah di bandaraya Kuala Lumpur sesak setiap hujung minggu. entah kenapa. ada yang serius mencari barangan. tapi tak kurang juga yang sekadar berpeleseran mencuci mata bersama pasangan masing-masing, bersarung pakaian sesumpah pelbagai fesyen dan
trend terkini demi menutup sebahagian kulit dalam kadar paling minimum.
seksa.
namun, boleh juga menjadi modal dakwah buat pemuda-pemudi berjiwa haraki. khas untuk mereka yang memikirkan keadaan umat dan generasi anak-anak yang bakal tercetak. berapa ramai yang peduli kini?
Ya Allah.. lindungilah aku, keluargaku juga generasi umat Islam yang akan datang dari kemurkaanMu. Peliharalah kami dan pilihlah kami untuk berada di bawah lembayung naungan rahmatMu..
‘kasihan sungguh muslimin..’, bisik hatiku perlahan. bukan mudah nak jaga mata dalam keadaan masyarakat yang sebegini rupa. aku sendiri pun malu melihatnya. ‘moga Allah memberi hidayah buat kau dan aku...’
bahu yang di sentuh lembut mematikan lamunan. aku menoleh.
“ada apa boleh saya bantu?”, senyum segaris di hadiah.
gadis di hadapanku kelihatan serbasalah.
“err..
hello.. saya Siew Lin. kawan saya tadi suruh saya tegur kamu, tapi
he’s the one missing”, keluhnya sambil mata menilau mencari kelibat seseorang.
“
i see.. it’s ok.. saya Najibah”, huluran tanganku bersambut.
“Assalamualaikum, puan!”, ada suara garau menyapa dari tepi.
terkejut juga, lelaki mana pula yang begitu mesra di tengah-tengah
mall macam ni?
“wa.. wa’alaikum..”, jawabku tersekat.
dia menghampiri kami sambil menyengih lebar.
“
you.. hilang pulak tiba-tiba”, Siew Lin menarik wajah masam.
“
sorry la darling.. dah berkenalan dengan
ex-girlfriend I..?”, ujarnya sambil jeling mengusik.
Siew Lin membulatkan mata.
hampir saja aku pecah tawa. lucu pula tengok keletah mereka ni.
“tak kenal saya la tu”, lelaki tersebut menebak, mengalih tumpuan ke arahku.
aku pula hanya mampu sengih. macam pernah tengok. tapi..
“ni Goh, la.. sedih saya kamu dah lupa pada saya”, ujarnya dalam nada merajuk. mata yang dah sedia kecil tu sengaja di kecilkan lagi.
“oh ya, Goh Cheon Han...”, maca mana boleh lupa. aku satu-satunya dulu yang memanggil dia dengan nama ‘Goh’ sebab tak tahu itu sebenarnya nama keluarga. terlekat sehingga tamat persekolahan.
Cheon Han ketawa.
“Najibah, Siew Lin.. Siew Lin, ni Najibah
my long lost ex-girlfriend..”, sempat lagi dia mengusik.
agak lama tak dengar khabar berita. tup-tup terjumpa di tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. siapa sangka?
“
you datang seorang?”, Siew Lin yang memerhati dari tadi membuka bicara.
“eh, tak..”, baru sedar sedari tadi keseorangan berborak dengan mereka. adik yang sepatutnya menemaniku membeli belah hilang entah ke mana.
“rancak borak..”, sapa Nazmi mesra sambil berjabat tangan dengan Cheon Han.
‘ada pun.. boleh pula sekejap hilang sekejap muncul..’, monolog ku sendiri.
“oo.. padan la senyap selama ni. dah berteman baru”, seloroh Cheon Han sambil berjabat tangan dengan Nazmi. matanya sengaja di kenyit ke arah ku.
ada-ada saja lah si Cheon Han ni nak kenakan orang.
“Cheon Han, Nazmi.. abang, Cheon Han
classmate dekat maktab dulu”, giliran aku mengenalkan mereka.
Nazmi senyum menggangguk sambil meminta diri. ada urusan lain seketika katanya.
“jangan main jauh-jauh. nanti abang cari kat sini je”, sempat dia berpesan sebelum berlalu. sengaja telunjuknya di angkat gaya arahan seorang ayah.
“sayangnya dia pada kamu.. tak macam Cheon Han ni, hilang pergi mana-mana tak bagitahu pun”, rungut Siew Lin.
“adik saya tu.. ibu minta dia temankan saya
shopping. kalau saya hilang, kena saman la dia nanti...”, memberi pencerahan.
Siew Lin menggaru kepalanya yang tak gatal “oh..
I thought your.. ok, ok..”,
innocent sungguh gayanya.
“orang Islam tak boleh
dating la.. kan, Najibah? saya selalu dengar orang cakap dekat surau maktab dulu”, Cheon Han menambah.
ingat lagi dia rupanya tazkirah zaman dulu kala.
“oo.. kamu boleh
dating lah ya?
neighbour saya,
aunty Anne selalu mengadu bila anak dia keluar
dating.. orang lelaki ni Siew Lin, bukan boleh percaya sangat...”, berceramah gaya menteri wanita dan keluarga.
Cheon Han sengih menayang gigi.
“yalah.. yalah.. bila Najibah dah bagi... apa orang kata, tazkirah? hahhaha..”
Siew Lin di sebelah tersipu malu.
“lain kali
you bawa adik
you sekali bila kita
dating. ingat,tau”, pesan Cheon Han.
macam-macam lah mereka ni..
lama tak berjumpa, banyaklah perkembangan masing-masing yang di tanya. kami mengambil keputusan untuk singgah di
food court yang berada di tingkat atas. bukan tiada restoran makanan berhampiran tapi bila melihatkan tema warna restoran merah kuning itu, sebu hati rasanya. ceria wajah badut yang menghias pintu masuk restoran kelihatan sinis sekali.
‘Setiap sen tukarannya darah!’, gerun.
“mestilah tunjuk contoh makan makanan berkhasiat,kan.. tapi yang paling penting, saya kesian pada
women, kids dekat Palestin..”, Cheon Han bernada sayu.
masih ada yang peduli rupanya meski berlainan aqidah.
perebutan bumi qiblat pertama umat Islam, Baitul Maqdis bermula sejak zaman para sahabat lagi. pada 15 Hijrah bersamaan 636 Masihi, dunia melakar sejarah agung pembukaan Kota Baitul Maqdis apabila tentera Islam berjaya mengalahkan Rom Byzantium yang sekaligus mengangkat Saidina Umar al-Khattab menjadi khalifah. namun sekali-kali takkan pernah golongan musyrikin diam dan berserah. cubaan demi cubaan di lakukan demi menawan kembali kota suci umat Islam.
saat tirai Maal Hijrah 1430 baru di buka, dunia sekali lagi di kejutkan dengan serangan zionis laknatullah keatas penduduk Gaza. ribuan jiwa menggapai syahid. usaha penubuhan negara haram Israel dan penghapuskan penduduk Islam Palestin tiada tanda bakal berhenti. sekutu kuat mereka, Amerika Syarikat terus-terusan menggosok dan menyogok. darah umat Islam terus-terusan di hisap. bumi Palestin terus-terusan di noda.
kita?
mencicip nescafe panas di cecah biskut kering hup seng.
mungkin kerana bukan ibu dan kakak kita di perkosa. bukan ayah dan abang kita yang di bedil. bukan adik dan anak-anak kita sebatang kara. mungkin bukan harta dan rumah kita porak peranda. mungkin bukan masa depan kita yang gelap gelita...
bukan kita, tapi mereka yang kena!
secangkir kopi..
secawan darah...
leka?
Hancurlah. Hancurlah. Hancurlah Zionis dan sekutunya!
perkongsian hampir setengah jam terasa singkat tetapi sangat bermakna. setelah hampir tiga tahun berpisah daripada bangku sekolah, kini masing-masing meniti waktu menamatkan pengajian untuk melayakkan kami menggenggam segulung ijazah.
“saya
drive datang sini. jom, saya hantar ke Star. tak perlu naik teksi lagi ke sana”, pelawa Cheon Han bila kami berhajat untuk beransur pulang.
kebetulan aku dan adik datang dengan
public transport sahaja tadi. malas berperang dengan sesak jalan raya di tengah kota metropolitan. lebih-lebih lagi di hujung minggu macam ni, sesaknya bagai semut menghurung gula.
pelawaannya kami sambut baik.
“bila balik KL lagi, singgah la jumpa kami di UPM. saya buatkan
free medical check-up for you”, laung Cheon Han bergurau.
“kamu dan Siew Lin pun rajin-rajinlah singgah Kuantan, ya..”
Star LRT, kami berpisah di situ.
untuk waktu yang lama lagi, mungkin..
*************************
Masjid Wilayah terapung indah. masih sama seperti tahun-tahun awal pembinaannya dahulu.. kolam yang menghias sekitarnya kelihatan berkaca di simbah lampu biru. subhanAllah.. akhirnya dapat juga berjema’ah di masjid bumi kelahiran sendiri setelah sekian lama merantau di negeri orang.
“hah! termenung apa?”, sergah Mubarak. tangannya menjinjit dua plastik kecil. makanan moreh tadi, mungkin.
kalaulah tiada
ribs, mahu terkeluar jantung ni di buatnya. kita tunggu dia, kita pula di kata termenung. Yumna Humaira’ dalam dukungan merengek kecil bila tidurnya terganggu.
“wa’alaikumsalam cik abang..”, sengaja aku menekan suara. “ni lama berzikir ke, dok menghadap moreh?”, perlahan-lahan kutepuk belakang si kecil. bimbang dia terjaga. letih sangat mungkin. biarlah sekadar bermain, asal jiwanya nanti dekat dengan rumah Allah. ikutkan ajaran nabi yang tak pernah menghalang anak kecil mendekati masjid malah sangat menggalakkan. berbeza keadaannya kini yang boleh saja di lihat papan tanda yang melarang membawa anak kecil ke dewan sembahyang..
Mubarak sengih bermadu.
“tadi jumpa sheikh Mekkah yang jadi imam tu. bila abang barak bagitahu nama Abdullah al-Mubarak, senyum lebar dia.. MasyaAllah.. MasyaAllah.. dia sebut..”, sengihnya masih belum pudar.
tak ubah perangai yang sama setiap kali datangnya bulan barakah.. cepat sahaja mata dia menangkap mana-mana banner yang tertulis Ramadhan al-Mubarak, istimewa untuk dia katanya. ni dah kena puji dengan sheikh, makin ‘naik sheikh’ la kot..
“sukanya dia.. yelah, nama dah hebat.. ibadah pun kena sama hebat la ya..”, aku menambah. Terkenang seorang abid yang terkenal suatu zaman dahulu, Abdullah ibn Mubarak..
“lepas ni orang mesti rajin.. dah dapat doa terus dari sheikh tadi.. moreh ni pun dia yang bagi”, cerianya bagai orang baru menang motor.
“assalamualaikum.. maaf menggangu. Najibah kan?”
suara yang menyapa mematikan perbualan kami.
“wa’alaikumsalam.. ya, saya”
aku mengamati gadis berbaju kurung hijau lembut dan bertudung warna senada. kecil orangnya dengan kulit yang putih gebu.
“Siew Lin?”, soal ku teragak-agak.
“
knew it. thanks Allah, I’m not wrong.. Maisarah Abdullah”, Siew Lin memperkenalkan nama barunya.
Allahu Akbar.
“bila?”, kejap aku memeluk Maisarah. saudara lama yang kembali ke pangkuan Islam. mengamati susuk di sebelah Maisarah, aku pasti dia adalah Cheon Han.
“
meet me, Shamweil Abdullah
and my wife, Maisarah”, senyum Shamweil lebar.
jarang-jarang orang ada nama nabi yang tidak tergolong dalam dua puluh lima rasul ini. moga kau di muliakan sepertimana Allah memuliakan pemilik asal namamu, Shamweil.. benarlah;
Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman. (al-An’am: 125)
soalan yang bersesak-sesak di minda seakan tak sabar minta di luah namun hanya hati mampu berbicara. dengan pandangan mata sahaja aku yakin mereka tahu apa yang bermain di benakku.
segalanya sangat tiba-tiba.
Mubarak kaku di sebelah. terkejut mungkin dengan drama
reunion di depan mata.
“bertiga, saja?
family yang lain tak ikut?”, tanya Shamweil ramah.
ahli keluarga yang lain semua ke Masjid Negara. aku sahaja yang teringin sangat solat di sini. sudah bertahun tak jejak.
“ni kes kena jadi
driver saya, tu yang berdua ja..”, balasku sambil menoleh ke kanan. Mubarak senyum mengangguk.
Yumna Humaira' bertukar tangan. teringin Maisarah mendukung si kecil.
“comelnya
baby... eh, tak perkenalkan pun
your husband and nama
baby ni”, pinta Maisarah.
lupa pula.
aku ketawa kecil. “muka
photostate pun husband juga ke?
meet my lil’ brother, Abdullah al-Mubarak. adik kepada Nazmi yang kamu jumpa hari tu. yang ni anak buah saya, Yumna Humaira'”
Shamweil mengangguk.. “mana tahu, orang kata
husband and wife kan muka sama..” tak habis-habis lagi
hobby mengusik Cheon Han. Aqidahnya berubah namun karakter ramahnya masih sama.
“oh,ya.. sebelum saya lupa,
thank you so much”, Maisarah mengeluarkan terjemahan al-Quran berwarna ungu lembut dari beg yang di bawa.
"
I'm sorry.. lupa nak ambil
your contact number masa kita jumpa dulu. kamu tertinggal ni dalam kereta Cheon Han..
i mean.. Shamweil”, Maisarah menjeling Shamweil. manja.
tak pudar senyuman yang terukir.
terpana aku dengan mutiara hikmah yang berguguran di sebalik kejadian. puas sudah Quran kesayangan di cari, tapi tak jumpa-jumpa. rupanya agenda Allah memulangkannya dengan cara yang lebih hebat,
package dengan saudara baru.
subhanAllah!
“pergi mana-mana, saya mesti bawa Quran tu. Kalau-kalau
miracle happen and I meet you,kan.. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya”, Shamweil lega.
“
I read yours bila ada masa lapang
together with my medical books”, ujar Shamweil. ”mustahilkan untuk ada terlalu banyak kebetulan kalau tiada satu kuasa yang mentadbir... saya pun suka buku-buku Harun Yahya..”, sambungnya sambil mendongak ke langit menyaksikan kebesaran Yang Maha Esa.
“subhanAllah..”, tuturku perlahan.
perpisahan kami di Star LRT bertahun lalu bukanlah perpisahan yang sia-sia tetapi pemula satu lembaran baru buat seorang Maisarah Abdullah dan Shamweil Abdullah. hari-hari yang di lalui penuh dengan episod kembara cinta mencari Yang Esa. sememangnya ini telah di ajar kepada setiap nafs yang bernafas sebagai seorang Muslim. ‘ilmu yang di peroleh sepatutnya membawa kita lebih kenal kepada Dia’
“selepas beribu tahun pun, Al-Quran yang saya baca dengan Quran yang orang-orang di NZ baca masih sama. bibble pun ada banyak
version tapi Al-Quran tetap satu.. pengarangnya juga satu.. Allahu Akbar!”, Shamweil kagum.
suasana sepi. muhasabah.
"jemputlah ke rumah,ya.. dah lama berborak di
car park ni..”, Mubarak yang diam dari tadi bersuara.
Yumna Humaira' terjaga. menangis.
tak perasan yang sedari dari kami kami berbicara di ruang letak kereta. Shamweil dan Maisarah ku jemput ke rumah sebelum jutaan lagi mutiara hikmah kami singkap bersama.
serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (al-Nahl:125)
Alhamdulillah..