"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, January 27, 2011

percaya

bismillah.

coretan terus tanpa recheck yang mungkin bakal punya banyak khilaf. maka maaf sedari awal saya pohon. adapter laptop saya rosak di tambah dengan final yang bakal menjelang dalam masa kurang dua minggu, cukup menjadi 'alasan' untuk tidak update blog. maaf lagi sekali..

waktu senggang di kelas tadi sempat berbual ringkas mengenai hal ini.

percaya

tiga suku kata yang punya makna amat mendalam. pada siapa harus kita letakkan percaya? kenapa perlu adanya percaya? apa jadi bila hilang percaya?

pernah dulu..

"..minta izin, saya balik dulu. tak solat asar lagi", ujar saya ringkas. mengelak perbualan lanjut yang memancing banyak mata memandang. dataran hijau penuh dengan pelajar lalu-lalang untuk pulang ke hostel masing-masing.

"oh.. emm.. najibah, kadang-kadang saya tak tahu kenapa saya solat. orang lain tunggang terbalik sujud, rukuk, saya pun buat la. orang baca quran, saya pun baca", straight sungguh wajah senior itu.

dia pelajar hebat. di sekolah yang hebat. dia aset buat Islam. itu yang saya terfikir sejak angin menyampaikan khabar tentang dia. tak sangka rupanya ada konflik yang melanda jiwa. Allahu.. tergumam saya dan sahabat mendengar kenyataannya. langsung saya lupa apa yang saya katakan saat itu.

antara takut kerana hal ini berkisar tentang bukan calang-calang aspek tetapi aspek terbesar dalam hidup seorang muslim yakni aqidah, dan juga satu muhasabah buat diri saya sendiri yang saban hari mengakui  wamahyaya wa mamati lillahi robbil 'alameen.

sejauh mana saya percaya?

kata abah, dengan ajnabi jangan pernah melayan. mereka selalunya punya agenda buat perempuan. kata ummi, jangan melangkah ke panggung wayang. bimbang terlaknat sama andai bala mendatang. pesan abah, utamakan pelajaran tapi jangan sampai lupa Tuhan. pesan ummi, jaga pertuturan, jaga akhlak, jaga pergaulan, itu mahkota insan beriman.

menurut perintah wahai ummi, wahai abah. kerana saya percaya, ada benar kata mereka. dan apa yang lebih utama, saya mahu pelihara 'percaya' mereka. kalau dengan insan mampu saya katakan. hilanglah percaya semua manusia pada saya namun jangan sekali gugur percaya ummi abah buat diri. saya mungkin tak mampu tegak berdiri lagi.

namun...

bagaimana pula dengan yang tidak nampak di mata? yang diakui ke-ilahan. saban waktu kita menjalani hari, ada saja saat menyeleweng dari jalanNya. saat itu, adakah berlari pecut kita kembali atau sambil lewa saja seolah pasti hari esok sedia menanti.

adakah sama 'percaya' kita dengan ummi abah? yang sepatutnya berjuta ganda lebih tinggi buat Dia. tidakkah takut kalau Dia hilang percaya buat kita?

bagaimanakah?

bagaimanakah?

adakah punya tanah lagi yang kita layak untuk pijak? adakah mampu lagi waktu itu untuk mengangkat wajah? persoalannya, apakah benar kita percaya?

sewaktu saya memohon doa ummi bersempena peperiksaan yang sedia menanti, ujar ummi..

"ummi tak pernah doa anak-anak ummi dapat A, tapi ummi doa Allah bagi yang terbaik sekali buat anak-anak ummi.. ummi tak doa anak-anak ummi jadi doktor atau ustazah tapi ummi doakan Allah tunjukkan jalan terbaik sekali buat anak-anak ummi.. Alhamdulillah, ummi rasa kakcik sesuai dengan course sekarang. niatlah segalanya kerana Allah. belajar untuk dapat redha Allah, bekerja demi agama Allah. itu ja yang kita perlu. kalau tak, semuanya sia-sia. ganjaran dunia sebagai sampingan sahaja dan pasti akan datang. yakinlah, hanya Allah tahu apa yang terbaik buat kita"

dan itu menenangkan...

walau dulu pernah wajah itu basah saat keputusan bertentangan terpaksa di buat. walau dulu ada janji yang terpaksa di mungkiri.

rencana Dia, tak siapa boleh menyangka

dan itu saya katakan percaya buat yang jauh di mata..

subhanAllah..

Sunday, January 9, 2011

bahasa kanak-kanak

bismillah..

bahagian 1:

dik kim: kakcik, ni ikan ape kak cik?

kak cik: ni ikan siakap

dik kim: kak cik, nape ikan ni die besar?

kak cik: err.. ha. sebab Allah jadikan die besar =)

dik kim: oooo...

kak cik: dik kim, nape udang ni die besar?

dik kim: emm.. ha! sebab Allah jadikan di besar (sambil sengih tunjuk gigi)

************
bahagian 2:

ilhami: kak cik, nape die tak pakai tudung?

kak cik: abang rase sebab ape?

ilhami: *angkat-angkat bahu*

kak cik: abang suke orang pakai tudung ke tak?

ilhami: suke yang pakai,la.. ummi abang pakai tudung

kak cik: cantik tak pakai tudung?

ilhami: cantik

kak cik: abang tak pakai?

ilhami: ish, kak cik. abang laki-laki. laki-laki mane pakai tudung

kak cik: hehe.. ummu ajar kat PASTI, siapa yang kena pakai tudung?

ilhami: perempuan,la.. laki-laki tak payah

kak cik: oo.. ha, ok. abang rase kenapa orang tu tak pakai tudung?

ilhami: mana tau

kak cik: sebab.. orang tu orang cina, die bukan Islam.. ummu tak ajar die, perempuan kene pakai tudung =)

***********
bahagian 3:

dik kim: kak cik, sape jadi dokter?

kak cik: dokter? kakak la

ilhami: dokter gigi la, kim..

kak cik: oh.. kenape..?

dik fiz: ummi cakap, kak cik

ilhami: betul la ummi cakap..

dik kim: kak cik, tengok gigi dik kim! (sambil nganga)

dik lif: tengok gigi dek lih jugak...!

dik fiz: dek fiz nak jugak.. tepi la lih!

kak cik: *alamak* dah, jangan gaduh.. meh kak cik tengok adik dulu.. dek lih gosok gigi tak hari ni? dik kim pun same.. ish2, ni semua suka makan cekelat. jangan makan cekelat banyak sangat nanti ulat makan gigi. kena gosok gigi hari-hari, Allah tak suka gigi kotor.



seronokkan layan kanak-kanak?


=)

Tuesday, January 4, 2011

monolog

bismillah..

Kurang pasti apakah rasa
Tak pernah fikir akan ada pembaca
Menari sesukanya kata dari hujung jari
Kadang terpaksa padam bila baca kembali

Serba salah?
Ada juga
Menghabiskan masa-masa mereka
Yang mungkin lebih hak pada yang lain
Janganlah setiap saat mereka
Aku juga dapat sahamnya

Malu?
Sangat
Amaran biasa buat orang ‘dekat’
Jangan sekali-sekali tegur di alam realiti
Tutup telinga. Tutup muka.
Mungkin sorok bawah meja
Cukup-cukuplah di sini sahaja
Tak perlu di jaja karutan maya di alam yang sana

Takut
Ya. Ini pasti
Bila yang di sampai adalah kata emosi
Bukan sepatutnya tulisan hati
Bila masa akan di persoalkan nanti
Tiap bait perkataan yang telah di saji

Pinta ku lagi
Kutiplah al-haq yang mungkin terselit
Amallah al-haq yang mungkin terwaris
Janganlah sekali menilai aku yang hanya menzahirkan
Aku takut.. mereka mungkin meninggalkan
Kerana..
Mungkin saja aku bukan apa yang mereka sangkakan

Saturday, January 1, 2011

[CamPro] Opening Ceremony

bismillah..

belum pengsan lagi. cuma tumbang sekejap pagi tadi. (macam mana nak jadi da'ie berjasad jundi ni..)

baru pulang XPDC dakwah banyak tinggalkan memori. kena tahan mata, nasib baik ramainya chinese. nanti-nanti saja tulis pasal ni. tumpu yang lebih utama, mari-mari join sekali:-

Talk & Opening Ceremony of Campus Dakwah Project [CamPro]

guest speaker: Ust Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)
date: 1/1/2011 (saturday)
time: 8.00pm-11.00pm
venue: lobby Kuliyyah of Pharmacy

walau ramai yang pulang ke kampung 'mengejut' sebab dapat cuti 'mengejut', yang masih tinggal dan sekitarnya jemputlah hadir,ya.. lagi-lagi yang nak dekat end-block exam *you know who you are* InsyaAllah, kita luangkan masa untuk isi rohani seketika, moga Allah bantu untuk yang selainnya.. moga najah dunia akhirat buat KITA. Allahumma ameen..