"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Monday, April 11, 2011

stu-DENT diary: 'bear with tears, blood and saliva!'

bismillah..

baru-baru ni sempat jumpa dengan sahabat-sahabat di PJ. Alhamdulillah, seronok sangat. tahniah dan takziah kepada yang di pilih Allah untuk masuk ke jurusan masing-masing. sama ada dalam rela atau paksa rela, senyumlah dengan pilihanNya :)

cerita lagenda dari kak masitah. yang sudah atau baru dengar, sama-sama kita ambil iktibar.

mengisahkan seorang raja yang mahu mengahwinkan puterinya. syarat yang perlu dipenuhi adalah  menyeberangi sungai yang penuh buaya. lama orang ramai tunggu tapi tiada yang sanggup sehinggalah seorang lelaki tiba-tiba terjun ke dalam sungai itu. dia pun berusaha sehingga selamat sampai di hujung sana. wartawan dan orang ramai sangat kagum dengannya.

wartawan bertanya; "apakah yang memotivasikan saudara untuk terjun, bergadai nyawa meredah sungai itu?"

sebelum menjawab, lelaki itu bertanya, "saya nak tanya, siapa yang tolak saya ke dalam sungai tadi??"

sungguh, saya pun ketawa bila mendengarnya.

ternyata lelaki itu berusaha untuk sampai ke daratan dalam paksa rela dan bukan atas kehendaknya sendiri. keadaan 'memaksanya' untuk sampai ke hujung.

"dalam marah sebab kena tolak, gembiralah juga kan sebab dapat kahwin dengan puteri raja!", seloroh masitah.

kami ketawa lagi.

ada nilai dalam kisah ini.

kadang mungkin kita di paksa untuk rela melakukan sesuatu. nyata sekali itu bukan yang kita mahu. tapi mungkin orang sekeliling- ibu bapa atau sahabat-sahabat kita lebih nampak potensi diri kita. bila sudah 'terjun', seeloknya janganlah ada rasa untuk berpatah balik. InsyaAllah, ada manis yang akan kita temu di hujungnya.

untuk bakal junior saya terutamanya, bergembiralah :)

'bear with tears, blood and saliva!'

**********

profesional examination akan menjelang dalam masa kurang 23 hari lagi. merangkumi semua topik sepanjang tahun. kurang pasti dental school lain macam mana. tapi di sini, andai gagal satu subjek pun kena repeat the whole year. hal yang 'mengecutkan' kami sekelas.

MCQ, Essay & Short Notes

tuesday (3/5):   anatomy
thursday (5/5): biochemistry
tuesday (10/5): oral biology
thursday (12/5): physiology

OSPE

monday (16/5);

9.00 am-11.00am:   anatomy
                               biochemistry
                               physiology

2.30pm-3.30pm: oral biology


dear classmate,
hannah, mariah, na'a, ekin, qila, izz, akmal, kak taq, an, rose, jah, su, su'ai, wan, fariha, zati, fariz, kak dijah, bella, anas, asiah, wani nonani, fatin adik, hazie, fatin amy, kak qayyim, teha, kina, sofi, alkaff, ummi, faz, hafizul, shafiq, sufi, mohammad, fariss, herie, nazim, azmi, zaim, saifullah, shamsul, dan taufik.
najibah doakan semua classmate berjaya tidak hanya lulus tapi cemerlang!

All the best!

nota kaki: sesiapa yang singgah/terbaca, sudilah titipkan nama kami dalam doa kalian :) jazakumullahu khairan.

2 comments:

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

heard of tat story before! it is soo funny lah! haha!

hmm, tat time, never reply my messag eh Najibah, hmph! haha joking je ;)

wardatul asrar said...

;D kan. kan..

which one..? how can i ignore ur message... hehe..